Sabtu, Januari 30, 2010

Siapa Yang Bersalah, Lelaki @ Wanita

Salamelekom, wbt duhai Adikku.

Izinkanlah saya berbicara menggunakan hati di dalam lakaran ini. Maklumlah, hatiku kini diselibungi emosi. Harap-harap tidaklah dikeji kerana sememangnya diriku seorang lelaki. Barangkali bukanlah Lelaki Sejati, tetapi yang pasti, seorang lelaki yang masih lagi tercari-cari cahaya Ilahi.

Seandainya coretan begini terlalu buruk paparannya, harap-harap dapatlah ditunjuki kesilapannya. Lakaran ini sememangnya khusus buatmu duhai Adikku yang saya kasihi kerana DIA.

Minda sedarku berimaginasi bahawa Adikku ini adalah seorang Gadis Berani Penuh Rasa. Sebab itulah barangkali luahan kata-katanya sebentar tadi adalah sindiran bersalut pedoman. Saya teruja menelaahnya kerana terpecik kilauan di sebaliknya yang menyinarkan sebuah misteri untuk saya ketahui. Semoga Adik mengerti bila mana menatap coretan begini. Lakaran hasil daripada imaginasi bersalut emosi dari sebuah hati untuk dimengerti..

Andai di dunia sukar dicari Lelaki Sejati, ketahuilah bahawa ianya terjadi dek kekurangan Wanita Mulia membisikan kepada lelaki-lelaki ini. Bisikan wanita sememangnya berhikmah, sebab itulah mereka dihadirkan untuk menemani kehidupan lelaki.

Perlu juga saya nyatakan bahawa syurga itu telah diibaratkan terletak di bawah telapak kaki wanita yang digelar Ibu.

Rasulullah sendiri pernah memberitahu sampai tiga kali orang yang patut disayangi di dunia adalah wanita bernama Ibu. Seandainya ibu kurang berperanan mendidik lelaki-lelaki ini, maka tersembunyilah pintu syurga kepada anak-anaknya.

Nak harapkan lelaki? saya juga pernah mendengar ungkapan begini;

“Syurga itu terletak di bawah telapak kaki Suami.”

Mungkinkah ini memberikan makna bahawa suami juga perlu berperanan agar pintu syurga tidak ditutup buat selama-lamanya?.

Harap-harap peranan Ibu dan Suami dapat melahirkan Lelaki-Lelaki Sejati dan Wanita-Wanita Mulia agar boleh menghuni dunia dengan aman sejahtera.

Dunia sememangnya menggoda, dan manusia sering terpedaya olehnya. Usahkan negeri serambi mekah, hatta tanah yang diduduki para Rasul dan Nabi mulia pun masih ada manusia yang kufur kepada NYA.

Itulah penangan dunia, penuh pancaroba dan memperdaya setiap manusia.

Berbanding bumi Malaysia yang sekangkang kera baru mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun lamanya, pastilah masih ramai yang kurang kukuh akidah agamanya dek dijajah melebihi sehingga 300 tahun lamanya.

Namun, paling penting disebalik keluhan begitu, kita harus sedar bahawa perjalanan kehidupan dunia perlu diteruskan dengan berbekalkan cahaya Ilahi. Semoga, liku-liku kehidupan dapat disuluh dengan mudah nanti. Sememangnya segala rahsia dunia hanya DIA yang memilikinya, sebab itu kita harus menggapai cahaya NYA.

Bila mana membicarakan kekuasaan di dunia, pastilah kuasa NYA melebihi segala-galanya. Tidak terjangkau oleh minda kita, apatah lagi yang separa sedar sahaja sifatnya.

Dengan hanya ungkapan “Jadi”, maka terjadilah sesuatu itu atas kehendak NYA walaupun imaginasi minda tidak dapat mengkhayalkan kesemuanya. Selain daripada Law of Attraction yang Adikku bawa di lamannya, ada satu lagi hukum alam yang perlu diketahuinya iaitu “Law of Rejection”.

Hukum Penolakan begini boleh terjadi bilamana DIA tidak memperkenankan apa yang diminta. Ada ketikanya, hukum begini kelak menjadi, walaupun Law of Attraction sudah mahir diguna.

Ketahuilah bahawa fenomena Law of Rejection bakal terjadi disebabkan kasih sayang NYA sedang mencurah-curah. Mana mungkin Allah SWT tidak memperkenankan permintaan hamba-hamba yang dikasihi dan disayanginya.

Bila mana Hukum Penolakan terjadi, yakinlah bahawa kasih sayang NYA sedang disimbahkan oleh NYA agar keimanan yang dimiliki oleh jiwa, bertambah tingkatannya.

Jiwa akan mendapat Kejayaan Hakiki bila mana melepasi segala ujian-ujian yang terhasil daripada Law of Rejection sebenarnya.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Januari 29, 2010

Kerja Harian = Kerja Keagamaan

Alhamdulillah, emosi yang menyelubungi diriku kelmarin sebenarnya beransur reda dek demam Isteriku Yang Tercinta telah berkurangan sedikit. Terima kasih kepada adik-adikku dan saudara-saudaraku juga Anda, yang sudi mendoakan kesihatan untuk Isteriku Yang Tercinta. Terima kasih yang tidak terhingga. Izinkanlah saya melakar tazkirah pada pagi jumaat ini. Moga-moga DIA memberkati, InsyaAllah.

Pandangan mata sememangnya buta sebab itu memerlukan kerjasama untuk menyingkap segala-gala dimensi yang tersembunyi. Bantulah saya di dalam coretan begini agar ianya bersinar semula. Tidaklah saya terus teraba-raba di sini... dek dikuasai emosi :)

Oppsss... apa hal pula saya menconteng-conteng diselimuti pelbagai rahsia tersembunyi ketika ini?. Mungkinkah masih diselimuti emosi? Seolah-olahnya masih teraba-raba di dalam kegelapan malam tanpa sinaran Sang Rembulan menyebabkan agak sukar dimengerti?. Ada baiknya saya berhenti berkata-kata mengikut emosi. Stop!

Inilah masalahnya bila minda saya berusaha melakarkan sesuatu di dalam kegelapan yang tidak disuluh oleh cahaya. Sebab itulah contengannya sukar dimegerti. Minda yang tidak menggunakan pandangan mata hati. Maaflah duhai Adikku yang saya kasihi kerana DIA. Salamelekom, wbt.

Izinkanlah muntahan lendir yang mengekang leher dan tekak sebentar tadi diluahkan sekejap. Semoga ianya memberikan kelancaran di dalam susunan kata-kata selepas ini. Tazkirah Jumaat untuk diri saya sendiri sambil-sambil dikongsi.

Duhai Adikku yang saya kasihi kerana DIA, masih ingatkah pesanan NYA di dalam surah Az-Dzariyat ayat 56 yang membawa pengertian “Dan (ingatlah) Allah SWT tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada NYA.”

Pandangan yang gelap tadi ingin menyatakan bahawa usahlah dipisahkan antara aktiviti keagamaan dengan aktiviti harian yang lain kerana realitinya, sebenarnya kedua-duanya adalah sama.

Apakah aktiviti harian yang digariskan bukan aktiviti keagamaan? Lalu untuk apa ianya dilakukan?

Fahamilah duhai adikku bahawa kerja-kerja harian adalah juga merupakan kerja-kerja keagamaan. Usah dipisahkan perbuatan-perbuatan yang sedemikian. Kerja-kerja keagamaan bukannya sempit seumpama bersolat atau berzikir semata-mata. Tetapi ianya melangkaui pandangan mata hati yang sering menyembunyikan pelbagai perkara. Yang mengetahuinya, hanya Hati Sanubari yang dimiliki, apatah lagi DIA yang menciptanya, pasti sedang memerhati.

Kerja-kerja harian yang adik istilahkan sebagai 1.Bekerja, 2.Membaca 3.Blogging, merupakan juga kerja keagamaan sekiranya diniatkan semata-mata kerana NYA. Ingat! semata-mata kerana NYA. Bukan selainnnya seumpama menjadi glamour atau ternampak wow! hebatnya dia. Memang bukan begitu sebenarnya, itupun kalau inginkan Kejayaan Hakiki dikecapi nanti.

Ketahuilah bahawa kerja-kerja harian haruslah dianggap juga sebagai kerja-kerja keagamaan iaitu adalah pekerjaan ibadah supaya tidaklah menjadi sia-sia.

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Al-Anaam, 6: 32)

“… mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.” (Ibrahim, 14: 18)

“(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.” (Al-Kahf, 18: 104)



Sekali lagi, izinkanlah abg melakarkan ayat NYA semula;

“Dan (ingatlah) Allah SWT tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada NYA.” (Ad-Dzariyat, 51: 56)

Matlamat kita di sini adalah untuk beribadah kepada NYA. Itupun kalau inginkan Kejayaan Hakiki iaitu bukannya ilusi yang merujuk pada kejayaan-kejayaan duniawi yang cuma sementara. Mungkin kita gagal di dunia, tetapi adakah kita ingin gagal selama-lamanya di dalam kehidupan yang kekal abadi nanti?

Mungkin juga kita berjaya di dunia tetapi kesenangannya hanyalah sementara dikecapi?

Pilihan tetap ada, tetapi ketahuilah bahawa yang berjaya sebenar-benarnya ialah;

“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.” (Al-Baqara, 2: 5)

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Al-Imran, 3: 104)

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran, 3: 185)

Banyak lagi ayat-ayat yang memperkatakan mengenai kejayaan-kejayaan duniawi yang Hakiki yang masih tersimpan di dalam Kitab Suci. Jika ingin mengetahuinya, sama-samalah kita berusaha membacanya.

Aktiviti keagamaan bukanlah sekadar bersolat atau berzikir semata-mata, tetapi meliputi kerja-kerja harian yang harus ditunaikan semata-mata kerana DIA. DIA yang saya kenali Tuhan Yang Maha Esa, Allah SWT.

Sebab itulah juga di dalam kerja-kerja harian usah dilupa melafazkan Syukur kepada NYA apatah lagi ungkapan “Bismillah... di dalam permulaan setiap perbuatan. Moga-moga akan tersimbahlah keberkatan di dalam pekerjaan harian yang dilakukan.

Ada lagi yang ingin dikongsikan sebenarnya, tetapi barangkali cukuplah setakat ini. Moga-moga akan ada kekuatan di lain masa pula untuk kita bersembang-sembang mengenainya.

Anggaplah coretan begini menjadi peringatan kepada saya sendiri. Sememangnya saya terlalu lemah berbanding Anda di dalam membuat pelbagai tafsiran kehidupan.

Kepada Anda yang sedang membaca ketika ini, maaf saya pinta andai lakaran begini tersasar jauh dari yang dikehendaki. Sememangnya saya sedang melakar di dalam kegelapan yang tidak disuluh oleh cahaya yang terang benderang. Sebab itulah hasil lakarannya seolah-olah terpesong dari apa yang Anda inginkan.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Januari 28, 2010

Hatiku Menangis Kerana Isteriku Yang Tercinta...

Bertemu kembali di dalam coretan hari ini. Saya berusaha menggunakan masa rehat sekarang untuk melakar sesuatu di blog Pedoman Hidup agar Anda mengetahuinya. Perkongsian sebegini saya khususkan buat Anda, Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Ketahuilah bahawa contenganku di sini sedikit bersalut kedukaan kerana mengasihi Isteriku Yang Tercinta. Sebenarnya dua hari lepas saya sudah menghadiahkannya sebuah handphone baru berjenama CSL. Jenama yang kurang popular keluaran dari negaraku tercinta, Malaysia.

Berbanding jenama telefon yang lain-lain, saya rasa buatan CSL lebih canggih dan berharga murah. Itu sajalah yang saya termampu belikan untuknya sebenarnya. Maklumlah, telefon lamanya yang hampir mencecah usia hampir dua tahun telah dirosakkan oleh anak lelakiku yang baru berusia setahun cuma. Saya ada melakarkan ceritanya di sini, bertajuk Pujian Untuk Isteriku.

Handphone baru yang saya belikan untuk Isteriku Yang Tercinta itu adalah ditintakan blueberry, bukan blackberry OK!.

Manalah saya mampu membeli handphone berukir Blackberry yang mahal harganya. Rasanya Isteri Tercintaku juga mengerti di dalam hal-hal yang begini. Syukur Alhamdulillah kerana Isteriku Yang Tercintaku memang memahaminya.

Selain itu, keistimewaan handphone itu adalah berwarna biru dan menurut penjual di situ, ianya merupakan keluaran terbaru daripada syarikat CSL. Alhamdulillah... harganya pun sederhana berpatutan walaupun dikatakan sebagai "Limited Edition". Sebab itulah saya menyayangi negaraku tercinta Malaysia kerana berupaya mengeluarkan produk sedemikian rupa, untuk rakyat Malaysia.

Namun, kisah yang saya ingin bawakan di sini bukanlah cerita itu. Tetapi kesedihan jiwaku yang seolah-olah merasakan juga kesakitann yang melanda Isteriku Yang Tercinta. Dia telah ditimpa demam sejak dari kelmarin lagi.

Bayangkanlah baru sahaja saya berusaha menghiburkan hatinya dengan menghadiahkannya sebuah telefon baru, tiba-tiba pula dia dilanda sakit.

Sedih... memang saya di dalam kesedihan ketika ini. Semalam sesampai sahaja di rumah lebih kurang pukul 6.35 petang, selepas berehat seketika, terus sahaja membawanya ke sebuah klinik perubatan berhampiran. Tetapi doktor menasihatkan saya agar membawanya terus ke hospital sahaja.

Menurut doktor di klinik itu, panas Isteriku Yang Tercinta terlalu tinggi dan disebabkan dia sedang mengandungkan anakku yang ke-3, iaitu baru berusia lebih kurang 18 minggu, ada baiknya di bawa sahaja dia ke hospital dengan segera.

Ya, saya akur dan dengan segera terus memandu ke sana, ke hospital. Itupun selepas diiringkan sepucuk surat yang ditandatangani oleh doktor dari klinik itu. Sampai di hospital, kami ditunjukkan jalan menuju ke bahagian kecemasan untuk rawatan. Ketika menunggu itulah, hatiku sayu melihat Isteriku Yang Tercinta, apatah lagi anak-anakku yang ingin menghampiri ibu mereka.

Tetapi dek memerlukan rawatan, terpaksalah saya memujuk-mujuk kedua-dua anakku dengan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar hospital. Lebih kurang tiga jam lamanya saya menunggu dan bermain-main dengan dua orang anak-anakku yang masing-masing baru berusia 4 dan 1 tahun. Yang empat tahun adalah perempuan dan yang satu tahun lelaki.

Oppsss... jam sudah menunjukkan 10.30 pagi, ada baiknya saya hentikan dahulu lakaran ini di sini kerana saya perlu menyambung tugasan sekarang. InsyaAllah, petang nanti ada ke lapangan, akan saya sambung coretan ini untuk dikongsi dengan Anda. Anda yang menjadi teman saya berbicara di kala dilanda emosi-emosi seperti ini. Moga Anda sudi melapangkan masa mendengar segala rintihan hatiku yang begini.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Januari 27, 2010

Mengenali Cinta... Coretan Buat Adikku

Salamelekom, wbt duhai Adikku yang dikasihi kerana DIA.

Waduh! baru saya teringat mengenai perkara ini. Saya perlu memberikan komentar mengenai Cinta di dalam lamannya. Itu pernah saya janjikan kepada Adiku beberapa hari yang lalu. Tetapi sehingga kini, rupa-rupanya saya belum menjelmakan lakaran Cinta di blognya.

Ketahuilah bahawa inilah kelemahan diri saya. Berkata-kata mengenai Cinta kepada Anda. Sememangnya Cinta yang saya miliki sesama manusia telah dikhususkan kepada Isteriku Yang Tercinta. Bolehkah saya menjelmakannya kepada Anda?

Barangkali boleh, tetapi agak samar-samar sahaja bila dilihat oleh pandangan mata. Terlalu sukar saya menggambarkannya untuk Anda telaah melalui mata sahaja. Apatah lagi kepada orang bujang seperti Adikku. Nanti memberontak pula minda separa sedarnya. Izinkanlah abg bergurau-gurau di dalam coretan ini duhai Adikku.

Cinta memang indah andai difahami sepenuhnya. Orang yang dicintai tidak semestinya hadir di depan mata kerana cinta terletak di dalam hati sanubari. Ramai pengkaji cinta mengkategorikan Cinta melalui pelbagai nama seumpama cinta monyet, cinta buta, cinta dunia dan lain-lain lagi. Sama juga dengan pengkaji minda yang membahagi-bahagikan minda mereka menjadi sedar sepenuhnya, separa sedar, super sedar, dan bermacam-macam lagi istilah, termasuklah juga gelombang-gelombang minda dinamakan alpha, beta, theta dan yang semacam dengannya. Sains juga secara umum membahagikan minda menjadi Otak kiri dan Otak Kanan.

Tidak salah untuk diketahui kesemuanya asal sahaja perjalanan kehidupan sentiasa mengarah kepada NYA. Pedulikan orang lain kata, kerana DIA sememangnya mengetahui segala-galanya. Hatta yang tersembunyi di dalam hati sanubari, DIA pasti mengetahuinya.

Itulah istimewanya kuasa Tuhan Yang Maha Esa melangkaui segala-galanya. Sampai bisikan hati pun DIA masih berupaya mengetahuinya. Walaupun realitinya luaran Anda nampak seolah-olah sudah sempurna, tetapi andai Hati masih kotor, pasti terluah jua kekotorannya. Itu sememangnya kuasa Tuhan Yang Maha Esa. Boleh membongkar segala-galanya. Aik! tersasar pula contenganku ini ya. Bukankah saya sedang memberitahu mengenai cinta kepada Anda? Oklah, saya teruskan sahaja.

Terkadang cinta terlalu sukar diluah kerana sifatnya pemalu seperti saya. Oppsss... Cinta itu Pemalu seperti saya? Betulkah saya ini Pemalu? Perasan pula... Cinta sama seperti saya, pemalu? Tak mungkin! kerana saya tahu bahawa cinta sifatnya tersembunyi di dalam sanubari hati saya. Itu yang saya tahu.

Sememangnya saya pemalu masa bujang dahulu. Sepertimana Adikku pemalu, barangkali saya lebih pemalu darinya. Antara bukti yang saya boleh beri, lihat sahaja di dalam blog Pedoman Hidup, wajahku masih tersembunyi di balik paparan cahaya. Sekali lagi abg bergurau-gurau denganmu duhai Adikku.

Ketahuilah bahawa kerana perasaan cinta, kadang kala ada masa terluang, saya akan berziarah ke blogmu, duhai Adikku yang saya kasihi kerana DIA. Walaupun Adik barangkali masih belum mengenali diriku yang sebenar-benarnya, tetapi dek penangan cinta, saya selalu menconteng-conteng di blog kepunyaannya. Adakah ini dinamakan Kuasa Minda yang diistilahkan sebagai Kuasa Penarikan atau Law of Attraction? Entahlah...

Yang pasti, saya hadir ke blognya adalah kerana DIA. Apapun istilah yang diberi, saya tetap mengimani bahawa Kuasa Tuhan melebihi segala-galanya. Moga-moga keyakinan seperti ini berkekalan sampai ke hujung nyawa di mana berlakunya Hukum Penolakan, yang saya beri nama Law of Rejection!.

Sememangnya cinta bersifat pemalu, kepada yang menghargainya. Cinta tidak mudah diluah kerana kedudukannya terletak di dalam jiwa. Hanya jiwa yang mengerti mengenainya akan pandai menghargainya. Malahan dari Cinta itulah kelak terjelma pelbagai pengorbanan kepada yang dicintai.

Opppsss... Minda sempurna saya baru teringat mengenai filem cinta yang saya pernah tontoni suatu ketika dahulu. Paparannya berkenaan cinta walaupun kurang sempurna, tetapi masih boleh dirasakan oleh jiwa yang memiliki cinta. Minda sempurna saya sedang mengimbas kembali lagu-lagu indah di dalam filem-filem itu. Nak tahu tajuk filemnya? ;)

Tak perlulah saya beritahu..., nanti terkejut pula Adikku bila mengetahuinya. Tetapi, Dek penangan cinta yang memerlukan pengorbanan, saya perlu memberitahunya di sini. Di blog Pedoman Hidup dan juga di blog yang Adikku miliki. Walaupun barangkali ada yang jelek menelaahnya nanti.

Antara filem cinta yang saya gemari ialah Mohabbatein dari negara India. Hero dan heroin filem tersebut pastilah Shah Rukh Khan dan Ashwarya Rai. Tak perlulah saya nyatakannya lebih-lebih kerana saya sememangnya amat meyukai filem itu. Cinta yang hadir di dalam Sanubari... walaupun realitinya yang dicintai sudah tiada di sisi. Tetapi dek penangan Cinta, Jantung Hati masih kekal tersimpan di dalam minda melalui imaginasi yang dikuasai.




Filem Titanic dari Amerika yang lagu latarnya dikumandangkan oleh penyanyi tersohor, Celine Deon namanya, juga saya suka tontoni. Watak yang dimainkan oleh Leonardo dicaprio sebagai Jack Dawson dan Kate Winslet sebagai Rose DeWitt Bukater.

Adegan yang paling saya suka lihat di dalam filem itu ialah bila mana Rose dipaksa masuk ke dalam bot kecil dan seterusnya diturunkan perlahan-lahan dari Kapal Titanic. Ketika itu, Jack Dawson kekasihnya masih berada di atas Kapal Titanic dan sugul serta sayu melihat Rose diturunkan perlahan-lahan dari Kapal Titanic menggunakan sampan.

Kekaguman saya mengenai cinta yang di miliki oleh Rose di dalam paparan filem itu ialah bilamana Rose sanggup melompat dari bot kecil yang sedang diturunkan ketika itu. Rose melompat dengan sekuat tenaganya agar dapat bertaut kembali ke kapal Titanic. Memang Rose tahu kapal itu akan karam bila-bila masa, tetapi dek penangan cinta kepada Jack, dia sanggup kembali kepangkuannya, walaupun dia tahu kelak musibah menimpa mereka berdua...




Begitulah gambaran cinta yang sememangnya sukar diluah oleh kata-kata. Cinta kadang-kala perlu juga berahsia kerana ianya malu untuk diluah. Dek kerahsiaan Cinta, ada baiknya saya hentikan coretan ini seketika. Harap-harap ada kelapangan pula menconteng-conteng di lain masa. InsyaAllah.



Entri tambahan mengenai;

Bicara Soal Cinta

Cinta Terhalang,

Putus Cinta atau Putus Kasih Sayang,

Kasih dan Sayang,

Petua Menyuburkan Kasih Sayang,

Mengenali Cinta.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Januari 26, 2010

Pujian Untuk Isteriku

Ketika ini, saya sedang menjamah makanan untuk sarapan pagi yang telah dibekalkan oleh Isteriku Yang Tercinta pagi tadi. Seolah-olahnya sudah menjadi rutin harian kepada Isteriku Yang Tercinta membekalkan sarapan pagi agar dapat dijamah semasa berada di ofis seperti sekarang ini.

Maklumlah, anak sulungku bernama Lija yang sudah memulakan persekolahannya di Tabika Kemas selalu sahaja memaksa untuk cepat-cepat pergi ke sekolahnya kerana dia tidak mahu terlambat sampai ke sana.

Kerana mengasihi dan menyayanginya, saya menurutkan sahaja kemahuannya. Perbuatan ini sememangnya baik, datang awal ke sekolah. Lagi pun, sebenarnya saya teruja melihat dia suka ke sekolah Tabika Kemas seperti sekarang. Barangkali pembelajaran di sana sangat digemarinya. Sememangnya saya sedang memerhati dan sedang mengujikaji sehingga kini. :)

Izinkanlah saya melakarkan pujian kepada Isteriku Yang Tercinta di dalam coretan ini. Kalau Anda tidak mahu membacanya, tak apalah sebab coretan sebegini saya lakarkan sebagai kenang-kenangan bagi menghargai pengorbanan seorang Isteri.

Memang Isteriku Yang Tercinta sedia maklum bahawa saya amat mengasihi dan menyayanginya. Tetapi lakaran-lakaran begini saya coretkan untuk meluahkan lagi perasaan yang bersembunyi di dalam hati agar Isteriku Yang Tercinta dapat memerhati dan menelitinya menggunakan pandangan mata pula.

Hari ini, saya tambah kerja di pejabat dengan membuat lakaran warkah untuk Isteriku Yang Tercinta di dalam blog Pedoman Hidup kerana kasih dan sayangku kepadanya.

Biasanya bila sahaja saya menjamah makanan pagi yang dibekalkan oleh Isteriku Yang Tercinta di pejabat seperti sekarang, saya akan menghantar sms melalui telefon bimbit iaitu memberikan pujian untuknya, antaranya;

"I Love You... Terima kasih sayang kerana menyediakan makanan pagi yang sedap untukku" Kalau tidak pun, saya akan memberikan sms yang lain sedikit iaitu;

"Terima kasih sayanggggggg! makanan ini sedap. Terima kasih sekali lagi sayanggggg".

Begitulah antara sms yang saya hantarkan kepadanya, Isteriku Yang Tercinta.

Tetapi pada pagi ini, saya tidak berpeluang melakukannya kerana telefon bimbit yang saya punyai, telah diserahkan kepadanya disebabkan telefon bimbitnya telah rosak. Rosak yang tidak disengajakan. Tersenyum-senyum saya bila mengingatinya.

Bayangkanlah, petang kelmarin sampai sahaja di rumah, anakku yang bernama Lija seolah-olah tidak sabar memberitahu kepadaku bahawa adiknya telah memasukkan telefon bimbit ibunya ke dalam air. Hah!

Pastilah saya terkejut dan terus mendengar penerangan oleh anakku bernama Lija. Memang saya suka melihat si Lija bercerita kisah-kisah sebegini. :)

Ketika itu, saya melihat Isteriku Yang Tercinta hanya membuat jelingan manja kepadaku. Sempat juga saya membalas jelingan itu dan membalasnya dengan lirikan-lirikan mata yang dipejam-pejamkan. Konon-konon nak menguratnya. Cehhhh!

Isteriku memberi penjelasan bahawa sedang dia melakukan kerja-kerja di rumah, tanpa disedarinya, anakku lelaki yang baru berumur setahun telah memasukkan telefon bimbitnya ke dalam segelas air minuman. Nah! rosaklah telefon itu.

Disebabkan telefon bimbit Isteriku Yang Tercinta sudah tidak dapat dihidupkan, terpaksalah hari ini saya melakukan pengorbanan. Telefon bimbit yang saya punyai diserahkan kepadanya, dan hari ini saya hanya mengharap telefon pejabat sahaja yang berbunyi.

Alamak! sarapan pagi sudah hampir selesai, ada baiknya saya berhenti di sini untuk menyambung kerja-kerja di pejabat pula. Apapun, saya ingin menzahirkan pesanan sms seperti biasa, tetapi kali ini di dalam blog Pedoman Hidup yang melakarkan begini;

"Terima kasih duhai isteriku Yang Tercinta kerana sentiasa berada di sisiku semasa melalui perjalanan duniawi yang memperdaya. Pengorbananmu sememangnya tidak terbalas olehku dek berkali-kali ganda pengorbananmu berbanding pengorbananku. Engkau tahu bahawa aku tidak mampu memberikan segala kemewahan duniawi untukmu, tetapi ketahuilah bahawa titisan kasih sayang yang ada padaku akan ku khususkan untukmu. Kerana aku tahu, DIA menghendaki aku melakukan begitu. Sebab itulah juga aku berdoa kepada NYA semoga engkau menjadi Isteriku buat selama-lamanya."
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Januari 25, 2010

Kuasa Minda Vs Kuasa Allah

Wow! Terkagum saya meneliti bisikan hati adikku aliza yang terukir. Saya yakin tidak ramai yang merasai dan mengetahui perasaan sebegitu. Apatah lagi disusuli oleh persoalan begini, “Bersediakah kita menempuhinya?” Satu ungkapan berisi pelbagai makna untuk diterjemah.

Bila mana saya membaca ukiran artikel itu, saya lebih terdorong melakukan sesuatu untuk berkongsi. Moga-moga adalah manafaatnya, InsyaAllah.

Berbalik pada persoalan adikku aliza, Adakah Anda bersedia sebenarnya?

Seumpama memancing di lautan nan luas, menyangka haiwan tangkapan yang tersangkut dipancing adalah seekor haiwan kecil. Tetapi rupa-rupanya haiwan besar, Lumba-Lumba namanya. Kalau menurut ilmu sains haiwan, Lumba-Lumba bukanlah dikategorikan sebagai ikan, tetapi dalam kumpulan mamalia. Serupa dengan Anda. Anda yang sedang meneliti contenganku ketika ini.

Bayangkanlah Lumba-Lumba dibandingkan dengan Anda yang bernama manusia… Bersediakah Anda menghadapinya? Persoalan itu Anda kena jawab sendiri.

Saya amat bersetuju dengan bisikan hati adikku aliza seperti di atas. Sebab itu saya ingin berkongsi di sini. Kekuasaan Tuhan yang Maha Esa sememangnya mengatasi kuasa Law of Attraction sebenarnya. Itu keyakinan naluri yang saya miliki. Tidak ada kuasa yang hebat selain daripada kuasa Allah SWT.

Tahniah! buat adikku aliza kerana merasai perasaan yang saya juga sedang merasainya.

Anda boleh percaya dan meyakini suatu teori, tetapi seandainya belum menyakini sepenuhnya, pasti terjelmalah kecurigaan yang mendalam di dalam hati sanubari. Seterusnya terdorong pula mempercayai teori-teori yang lain seolah-olah teori yang dipercayai itu lebih berkesan untuk diamalkan.

Pilihan tetap ada ditangan setiap daripada kita. Saya tidak berhak memaksa Anda mempercayai apa yang saya yakini. Seumpama Anda berkeras memaksa saya menerima Law of Attraction yang sememangnya tidak sesuai untuk saya gunakan sebagai Pedoman Kehidupan. Memang tidak sesuai untuk saya mengamalkannya. Apatah lagi disuruh menggunakan minda yang separuh sedar sahaja sifatnya, memang tidak sempurnalah penzahirannya pada saya.

Oppsss.. luahan sebentar tadi bukanlah pula bermaksud apa yang dizahirkan oleh Adikku adalah salah. Memang bukan begitu maksudnya. Adikku sememangnya bijak bestari, sebab itu ukirannya terlalu bercahaya, sehingga tersilau mata saya melihatnya. ;)

Syabas dan Tahniah! duhai Adikku yang saya kasihi kerana DIA. Sememangnya Adik telah berjaya mengubah sedikit Law of Attraction agar mengarah pada haluan NYA. Ilmu yang sebegini dikenali juga sebagai “New Thoughts” iaitu hasil daripada mengubah sedikit teori yang ada pada Law of Attraction. Tidak salah melakukan yang sedemikian kerana kehidupan ini harus mengarah kepada NYA, DIA yang saya kenali Allah SWT. Perbuatan sebegini saya juga mengenalinya sebagai Ibadah.

Tak perlulah saya menambah-nambah mengenai Law of Attraction yang sedang dijelmakan oleh Adikku di dalam laman blognya. Ianya adalah teori ilmu sains pada awalnya dan kini diterokai pula oleh para ahli sosiologi yang mengkaji dari aspek sosialnya pula.

Sebagai penyelidik sains, saya menerima teori sebegini untuk pengkajian seterusnya. Ianya juga dikenali Hukum Penarikan atau dalam bahasa Inggeris pastilah Law of Attraction. Penyelidikan sains telah berkembang lebih awal dan mengenalinya sebagai teori “Elektromagnetism” sebelum diperkenalkan oleh pengkaji sosial sebagai Law of Attraction.

Hukum Penarikan ini telah dikagumi sebelum penemuan Isaac Newton lagi. Ingatkah semasa belajar di sekolah mengenai Tarikan Graviti yang dikenali nilai Newton?. Ianya juga ada kaitan dengan Hukum Penarikan. Sebab itulah kita boleh terbang ke angkasa menjangkau sehingga ke bulan sudah.

Seterusnya seperti kebiasannya di dalam ilmu sains, penemuan oleh Isaac Newton bukanlah kekal selama-lamanya, akhirnya ia telah disanggah oleh pemikir sains yang terkenal bernama Albert Einstein. Teorinya masih diguna pakai sehingga kini dan memberi banyak manafaat di dalam kehidupan umat manusia.

Opppssss… Apa hal pula saya bercerita tentang sains ni? Bukankah blog Adikku ini hanya berfalsafah motivasi semata? Ada baiknya saya hentikan penjelasan tadi. Stop!

Berbalik pada perbandingan Kuasa Minda dan Kuasa Allah, pastilah jauh bezanya.

Sebenarnya tidak dapat diumpamakan dengan apa-apa yang dilihat oleh pandangan mata. Apatah lagi sekadar diimaginasi oleh minda, khususnya minda yang separa sedar sahaja sifatnya.

Mana mungkin yang dicipta dapat dibandingkan dengan Yang Menciptanya. Itupun kalau minda separa sedar Anda ingin membuat perbandingan-perbandingan yang sedemikian.

Kuasa Allah sememangnya mengatasi kuasa minda kerana realitinya, minda hanya mampu berilusi pada ruang dan masanya. Tetapi ketahuilah bahawa kuasa Allah SWT boleh mencipta melebihi kehebatan minda yang sedemikian rupa, melangkaui ruang dan masa yang difikirkan oleh minda yang kita miliki.

Bukan sekadar meyempadani ruang dan masa yang sedang kita imaginasi, tetapi melangkaui segala-galanya yang tidak terjangkau oleh Kuasa Minda. Perlukah saya menghuraikannya? Rasanya saya tidak termampu melakukannya kerana ianya di luar batas kemampuan saya.

Minda Sedar saya melakarkan gambaran bahawa kehebatan Kuasa Allah SWT sememangnya mengatasi segala-galanya. Tidak dapat saya mengukirnya dengan indah, apatah lagi sekadar menconteng-conteng seperti sekarang. Tidak terjangkau saya sebenarnya.

Hukum Penarikkan terhasil daripada kuasa minda yang memikirnya, dalam erti kata lain apa yang Anda fikirkan akan ditarik olehnya. Dan ketahuilah juga bahawa minda yang memikir itu telah diciptakan oleh NYA. DIA yang saya kenali Allah SWT. Kalau Anda tidak meyakininya, saya tidak memaksa kerana tugas saya sekadar memberitahu.

Di sebalik Hukum Penarikan ini, Minda saya juga ingin memberitahu bahawa Allah jua berupaya menzahirkan Hukum Penolakan. Walaupun Anda berusaha mengamalkan Hukum Penarikan sepenuhnya, tetapi ada ketikanya saya yakin akan berlaku jua Hukum Penolakan.

Itupun kalau Anda bersedia mengetahuinya. Sudahkah bersedia? Sekali lagi saya mengajukan persoalan yang adikku aliza ukirkan.

Ramai manusia tidak mahu mati, tetapi Hukum Penolakan tetap terjadi. Kita tetap akan mati. Ramai juga manusia yang menginginkan kekayaan tetapi realitinya, lebih ramai yang miskin berbanding yang kaya. Mengapa terjadi sedemikian? Inilah yang dinamakan Kehidupan Duniawi. Memperdaya setiap daripada kita yang tidak berjalan ke arah NYA.

Kejayaan menjalani Kehidupan Duniawi tidak dapat diukur oleh Kuasa Minda. Apatah lagi minda yang separa sedar sahaja sifatnya. Memang tidak boleh. Sama ada saya akan berjaya atau gagal, kelak saya ketahui selepas menjalani ujian kehidupan duniawi. Ini bukan teori, tetapi keyakinan yang saya miliki.

Keyakinan yang saya punyai dengan keyakinan yang Anda miliki sememangnya tiada siapa yang dapat membandingkannya dek keterbatasan kuasa minda yang Anda dan saya ada. Tetapi saya ingin memberitahu bahawa kuasa hebat sebegini adalah menjadi hak Mutlak bagi NYA. DIA yang saya yakini Allah SWT.

Sekali lagi, pilihan ada ditangan setiap daripada kita. Dan kita berhak memilih mana satu teori yang diyakini, kerana kelak yang bertanggungjawab di atas pilihan itu masing-masing di antara kita sendiri.

Saya sekadar memberitahu apa yang saya yakini atau diistilahkan sebagai Keimanan yang saya miliki. Dan ketahuilah bahawa saya tidak berupaya memaksa Anda meyakininya kerana keterbatasan kuasa minda yang saya ada.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Januari 22, 2010

Pilu, Sayu Hati Ibu Mu...

Aduh!
Betul-betul tersentuh hati sanubariku selepas membaca kandungan berita pagi Jumaat ini. Tak perlulah saya memberitahu yang ada sedikit genangan air di dalam kelopak mataku semasa dan selepas membacanya. Anda mungkin memahami perasaan sebegini bila mana membaca isi kandungannya yang saya linkkan di bawah;

 SiTanggang Moden?


Walau apa pun alasan yang diberi, saya tetap mengatakan bahawa seorang Ibu tidak seharusnya diperlakukan sedemikian. Apatah lagi perjuangan Ibu yang saya kasihi ini mengandungi rahsia yang harus dimengerti bersama-sama. Akan saya cuba berusaha melakukan sesuatu agar perjuangannya yang mengandungi satu rahsia tercapai nanti, InsyaAllah. 

Moga-moga juga akan adalah pihak prihatin membantunya. Perjuangan sedemikian memerlukan pengorbanan, kerana tersimpan rahsia disebaliknya. Anda, kalau tidak mahu ketinggalan, marilah bersama-sama melakarkannya di ruangan siber. Kelak tercapailah matlamatnya nanti. Bukankah langkah sedemikian diibaratkan sebagai Ukhuwah Persaudaraan. Pasti itulah yang kita inginkan, bukan?.






Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Januari 20, 2010

Leher diCekik! dan P**** diTendang!

Hah!
Terkejut saya bila diberitahu perbuatan berkaitan tajuk di atas telah berlaku. Semasa menceritakannya, saya melihat betapa dia bersungguh-sungguh memberitahu kejadian itu, seolah-olah itulah kisah yang mahu dijelaskannya. Mulutnya juga saya ternampak berlumba-lumba menghamburkan pelbagai kata-kata berkaitan kisah mengenai tajuk di atas.

Tetapi yang peliknya, semasa melontarkan kata-kata untuk saya mengetahuinya, boleh pula dia mengukirkan senyuman. Lebih-lebih lagi bila soalan yang diajukan menarik perhatiannya. Kisah ini akan saya ingat sampai bila-bila, barangkali seumur hidup saya, itu yang pasti. Sebab itulah saya berhasrat menceritakannya kepada Anda. Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Ketika ini, saya sedang menghirup minuman nescafe 3 dalam 1 yang baru sebentar tadi saya buat sendiri.  Kalau di rumah, kadang kala saya meminta bantuan Isteriku Yang Tercinta untuk menyediakannya.
Bukan apa, sekurang-kurangnya ada jugalah penghargaan dari NYA yang diperolehi oleh Isteriku Yang Tercinta nanti.

Lagipun, saya memang suka menghirup air yang dibuat oleh Isteriku Yang Tercinta. Susah untuk saya melakarkannya di sini untuk tatapan Anda bagaimana sukanya saya bila dibuatkan air oleh Isteriku Yang Tercinta. Sungguh!  Oleh itu, biarlah kalbuku sahaja yang mengetahuinya. Perasaan yang sebegitu memang sukar dikongsikan dengan Anda. :)

Sudah menjadi kebiasaan bagi Isteriku Yang Tercinta, bilamana saya memohon bantuannya untuk dibuatkan air minuman, pasti tidak banyak kerenah, dia akan membuatnya dengan segera. Sebab itulah saya amat mengasihi dan menyayanginya. Dia yang saya beri nama Isteriku Yang Tercinta, Junaidah nama sebenarnya.

Ketika ini, masih ada beberapa kerja lagi yang saya perlu siapkan. Kalau disemak senarai yang ada, hampir selesailah kesemuanya, tetapi ada beberapa lagi yang harus diselesaikan dengan sempurna. :)

Namun begitu, tidaklah pula bermakna saya harus membuatnya walaupun realitinya tubuh badan menginginkan kerehatan sementara. Sebab itulah saya berehat-rehat ketika ini sambil-sambil menghirup nescafe 3 dalam 1 dan seterusnya berkongsi cerita dengan Anda. Moga-moga bila mana Anda melayari blog Pedoman Hidup, tidaklah kecewa seperti mana hari-hari yang lalu.  ;)

Semasa menyediakan minuman nescafe 3 dalam 1 tadi, saya terlihat pembalutnya berwarna coklat dan dilabelkan mild iaitu bermaksud kandungan kopinya sederhana sahaja. Saya memang menyukainya sebab tidak terlalu pekat dan tidak pula terlalu cair, sederhana sahaja. Barangkali Anda perlu mengetahuinya.

Oppsss... terlupa pula saya, sebentar tadi saya ingin mengisahkan tajuk di atas itu bukan? Astagfirullah..., inilah akibatnya bila mana terlalu banyak berfikir sehingga perkara utama yang perlu dilakukan pun terabai untuk diselesaikan. :)

Begitulah perumpamaan kehidupan duniawi ini banyak sangat nak diingat dan dibuat, sehingga terlupa tujuan asal kenapa berada di dunia ini;

"Dan DIA mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju." (An-Nahl, 16: 15)

"Dan (ingatlah) AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKU." (Ad-Dzariyat,51: 56)

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan." (Al-Baqara, 2: 96)

"Sesungguhnya KAMI telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka KAMI jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat."  (Al-Insan, 76: 2)

"KAMI hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!" (Ar-Rahman, 55: 31)


Waduh! nampak-nampaknya tak dapatlah saya meneruskan coretan ini. InsyaAllah, kalau ada masa di lain kali, akan saya lanjutkan kisah di atas untuk Anda ketahui nanti.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Januari 18, 2010

Bercinta dan Bertemu Jodoh

Salamelekom, wbt duhai adikku yang dikasihi kerana DIA. Izinkanlah abg melontarkan sekilas senyuman  :)  .

Jua buat adik-adikku yang berhasrat ingin mengecapi nikmat bertemu jodoh masing-masing. Baguslah kalau ada matlamat sebegitu. Memang amat penting matlamat sedemikian kerana lumrahnya manusia, memerlukan pasangannya.

Pasangan yang baik, adalah untuk mereka yang baik-baik dan sebaliknya, yang kurang baik akan bertemu pula pasangan yang kurang baik. Seandainya inginkan jodoh yang baik-baik, maka perbaikilah diri, agar bertemu jodoh yang terbaik nanti. Begitulah ingatan NYA kepada manusia yang diciptakan oleh NYA. DIA yang saya kenali Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta Yang Maha Kuasa.


Bertemu jodoh amat penting digariskan sebagai matlamat di dalam kehidupan duniawi. Ini memang saya sokong kerana ianya kelak menjadi benteng azimat diri dan menjadi ubat mujarab menyejukkan hati di dalam memerangi tentera-tentera durjana, yang saya kenali Iblis laknatullah.

Sememangnya mereka yang saya kenali tentera-tentera durjana ini amat suka menghasut naluri keinginan. Keinginan yang sukar dilakarkan kerana amat memalukan kepada yang bergelar Insan. Insan yang diciptakan dari setitis air mani yang seharusnya tidak disia-siakan.

Opsss…. :) saya tidak dapat menghuraikannya lebih-lebih di dalam coretan ini. Nanti tersasar pula matlamat yang diingini. Stop!

Saya sekadar ingin berkongsi supaya kelak ada yang berusaha mencari jodoh sendiri.

Selamat ulang tahun buat adikku Ida. Saja nak ucapkan selamat ulang tahun lebih awal kerana nanti kelambatan sekiranya tidak diselitkan sekarang. Kepada adik donny, moga-moga bertemu jodoh juga nanti, sepertimana saya mendoakan kepada adik-adikku yang lain.

Ketahuilah duhai adikku donny, walaupun keluarga jauh di mata, tetapi yang paling utama, mereka sentiasa tersemat rapi di dalam hati sanubari. Apatah lagi mengiringkan doa setiap hari kepada mereka yang dikasihi dan disayangi. Moga-moga ianya menjadi pendorong untuk adik menggapai kejayaan. Sememangnya hanya empunya diri yang dapat merasai kerinduan sebegini.


Aik! sebelum terlupa berkongsi cerita bertemu jodoh ini, sebenarnya saya ingin memberitahu luahan rasa pasangan kekasih yang bercinta-cinta sebelum mendirikan rumah-tangga. Kebiasannya mereka mengatakan memadu cinta sebelum berumah tangga adalah kerana ingin mengenali hati budi sesama sendiri.

Ya, ker…? :)

Ketahuilah bahawa untuk mengenali seorang manusia bukanlah kerja mudah kerana sifat manusia sentiasa berubah-ubah. Sungguh! Sekejap kasih, sekejap benci, sekejap sayang sekejap terajang. ;)

Memang begitulah sifat manusia, seumpama roda yang adakala di atas dan adakala pula di bawah. Seperti siang berganti malam. Itulah realitinya.

Memang payah nak kenal hati budi manusia. Hatta yang sudah mendirikan bahtera perkahwinan berpuluh tahun usianya pun boleh bercerai-berai kerana sifat mereka yang sedemikian rupa.

Tidak salah jika ingin mengenali pasangan dalam tempoh masa yang ada, tetapi ketahuilah bahawa yang diperolehi kelak hanyalah pura-pura kerana realitinya mereka akan berubah. Dari yang baik menjadi kurang baik atau sebaliknya dari yang jahat menjadi baik.

Tetapi perubahan yang lebih baik adalah menjadi lebih baik dari yang baik. :) Moga-moga begitulah keadaannya diri kita. InsyaAllah.

Untuk mendapatkannya, pastilah memerlukan petunjuk dari NYA kerana hanya DIA sahaja yang mengetahui dan memahami apa yang tersembunyi di dalam hati sanubari. Dengan berbekalkan sinar cahaya NYA, akan tersuluhlah liku-liku perjalanan duniawi yang sering dibayangi oleh bebayang diri sendiri.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Januari 15, 2010

Sambungan - Hadiah Istimewa Buat Anda Yang Saya Kasihi Kerana DIA

Kelmarin saya telah mencoretkan sebuah lakaran untuk Anda tatapi di dalam tajuk  Hadiah Istimewa Buat Anda Yang Saya Kasihi Kerana DIA. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat memuatturun fail yang saya maksudkan pada petang kelmarin. Moga-moga hadiah ini akan dapat mengukuhkan lagi ukhuwah yang kita jalinkan bersama-sama, InsyaAllah.

Bagus juga saya mendapat kekuatan hari ini iaitu memberikannya pada hari Jumaat yang mulia. Memang saya tidak menjangkakan ianya berlaku sebegini rupa. Patut pun kelmarin saya tidak dapat memuatturun fail tersebut. Barangkali hadiah ini memang istimewa untuk diberikan kepada Anda pada hari Jumaat sebegini. :)


Sebenarnya hadiah ini pun saya perolehi daripada seorang sahabat yang bernama Hafiz Ur Rehman yang sekarang ini sedang berada di negara Jepun. Saya bertemu dengannya tahun lalu ketika di Jepun. Syukur Alhamdulillah saya mengenalinya dan dia telah menghadiahkan saya kitab yang sememangnya amat bermakna di dalam kehidupan ini. Moga-moga begitulah juga hendaknya kepada Anda, Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Terimalah hadiah ini...



Foto oleh: Orlando Rosu From Romania ,  http://www.123rf.com/photo_1991513.html

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Januari 14, 2010

Hadiah Istimewa Buat Anda Yang Saya Kasihi Kerana DIA

Ketahuilah bahawa saya masih lagi dicengkam oleh pelbagai kesibukan yang terlalu menghimpit perasaan ketika ini. Seperti yang saya beritahu sebelum ini di dalam coretan Mencari Masalah @ Menyelesai Masalah.

Namun begitu, disebabkan terlalu mengasihi Anda, saya tetap akan meluangkan sedikit masa yang ada untuk menghasilkan secebis lakaran agar adalah yang Anda boleh tatapi bila berziarah ke sini. InsyaAllah.

Kali ini, saya bukan sahaja memberikan sebuah lakaran untuk Anda tafsirkan, tetapi saya berkeinginan menghadiahkan kepada Anda sebuah kitab yang amat bermakna di dalam kehidupan.

Anggaplah hadiah ini sebagai kenang-kenangan daripada saya. Sememangnya Anda amat saya kasihi kerana DIA. Sebab itulah saya menghadiahkannya kepada Anda. Walaupun hakikatnya barangkali Anda masih belum mengenali saya sepenuhnya, anggap sajalah melalui pemberian sebegini ukhuwah yang kita jalinkan bersama-sama kelak mendapat keredhaan dari NYA jua.

Astagfirullah, setelah saya berusaha beberapa kali memuat turun hadiah tersebut ke dalam googlegroups sebentar tadi, nampaknya saya telah tidak berjaya melakukannya kerana saiz hadiah ini terlalu besar rupa-rupanya  :)

Walaupun dah dicuba pelbagai cara, agak sukar memuat-turun ketika ini. InsyaAllah, seorang adik yang saya kasihi telah dengan rela hati menghulurkan bantuan untuk membahagi-bahagikan hadiah ini supaya menjadi kecil dan boleh dimuat turun ke dalam googlegroups yang saya baru bina sebentar tadi.

Akan saya beritahu di dalam entri yang akan datang InsyaAllah. Oleh yang demikian, izinkanlah saya mengambil masa membungkus hadiah tersebut dengan sebaiknya sebelum memberikannya kepada Anda di lain masa. InsyaAllah.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Januari 12, 2010

Mencari Masalah @ Menyelesai Masalah



Sebenarnya saya terlalu sibuk ketika ini. Tetapi disebabkan saya terlalu mengasihi Anda, maka saya berusaha ketika ini agar terhasillah sebuah lakaran untuk Anda tafsirkan.

Anda yang sering berziarah ke sini sememangnya amat-amat saya kasihi kerana DIA. Ketahuilah bahawa saya memaksa diri ini untuk menghasilkan sebuah coretan ketika ini. Lebih-lebih lagi kepada Anda yang sering berziarah ke sini. Seperti yang Anda tahu, sudah beberapa hari blog Pedoman Hidup tidak diisi sebarang entri terkini. Sebenarnya dorongan sebegini amat jarang terjadi kepada saya, tetapi disebabkan mengasihi Anda, saya memaksa jua walaupun payah untuk melakukannya.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan Anda mengenai Mencari Masalah @ Menyelesaikan Masalah. Itulah sebenarnya yang terjadi kepada saya ketika ini. Namun, saya tetap menganggap peristiwa sebegini sebagai berhikmah. Barangkali diantaranya ialah dapat berkongsi dengan Anda di dalam coretan kali ini. Saya berdoa, moga-moga perkongsian sebegini akan mendapat keredhaan dari NYA jua.

Realitinya, di dalam kehidupan ini pelbagai kerja mesti dilakukan. Tidak kiralah kerja itu mudah atau susah. Dengan melakukan sebarang kerja, ianya menunjukkan bahawa kita masih lagi hidup di dunia. Bayangkanlah kalau sudah tidak berupaya melakukan apa-apa kerja, pasti Kematian namanya.

Yang sudah mati, tidak berupaya lagi melakukan sebarang kerja di dunia ini kerana dia sudah berada di alam yang lain. Kalau mengikut anutan saya, yang sudah mati akan melalui kehidupan baru iaitu Alam Kubur namanya. Anda sudah pernah merasai kehidupan di Alam Kubur?

Tak perlu Anda tanya saya sebab saya sendiri belum pernah merasainya. Saya sendiri pun masih tidak tahu bagaimana rasanya dan bila akan ke sana. Tetapi yang pasti, saya tetap berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa moga-moga kehidupan di sana nanti akan beroleh kebahagian dan kesenangan. InsyaAllah. Saya doakan jua buat Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Sebab itulah setiap pekerjaan duniawi perlu mengarah ke jalan NYA kerana hanya DIA yang mengetahui segala rahsia mengenai kehidupan ini. Kalau Anda tidak mahu percaya mengenainya, saya tidak memaksa kerana masing-masing kita akan bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang sudah dilakukan di sepanjang kehidupan.

Wah! Panjang pula lakaran ini... :)

Alhamdulillah, ada juga yang dapat dikongsikan dengan Anda hari ini. InsyaAllah, kalau ada kesempatan lagi, akan saya sambung semula coretan ini di lain masa.



Sambungan lakaran bertajuk Motivasi 1 - Berjalan Di Dunia, Menyelesai Masalah, Mencari Ketenangan Jiwa
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Januari 09, 2010

Perosak Keharmonian, Pemusnah Kedamaian




Izinkanlah saya meluahkan rasa amarah ketika ini. Barangkali Anda tidak mengerti perasaan sebegini kerana ianya terletak di dalam hati. Hati yang masing-masing daripada kita menguasainya.

Jika Anda yang mencuri, pastilah bukan Anda yang merasai keperitannya. Anda yang mencuri akan berasa gembira kerana telah berjaya memperolehi barangan yang Anda curi untuk memuaskan nafsu serakah.

Tetapi saya yang telah kehilangan barang, pasti merasai keperitannya, apatah lagi barang yang Anda curi itu adalah amat saya cintai dan sayangi. Itu Anda kena mengerti...

Kalau Anda ingin menggambarkan peritnya perasaan yang saya alami ketika ini, mari saya tunjukkan kepada Anda gambaran-gambaran yang boleh saya hasilkan di ruangan minda Anda. Tetapi Anda perlu berlaku jujur menggambarkannya.

Kalau tidak, sia-sialah gambaran yang saya berikan di sini kerana Anda tidak mahu mengerti keperitan perasaan yang sedang saya rasai ini. Begini...,

Katakanlah tiba-tiba Ibu yang Anda kasihi dan sayangi diculik oleh sekumpulan penculik dan kejadian itu berlaku di depan mata Anda. Belum sempat Anda melakukan langkah-langkah seterusnya, penculik-penculik itu terus meragut pakaian Ibu kesayangan Anda dan menelanjangkannya. Anda masih tidak sempat berbuat apa-apa kerana dengan pantas juga para penculik itu meragut dengan rakus dan memperkosa Ibu Kesayangan Anda di depan mata.

Malahan mereka menerajang dan memukul Ibu Anda dengan ganas sekali sehingga mengakibatkan tubuh badan Ibu Kesayangan Anda berubah. Betul-betul berubah, sehingga anak Anda iaitu cucu Ibu Kesayangan Anda tidak lagi berupaya mengenalinya...

Ya, penculik-penculik itu boleh berkata bahawa Anda seharusnya bersyukur kerana Ibu Kesayangan Anda masih lagi hidup iaitu masih belum dibunuh, konon-konon kerana inginkan keharmonian dan kedamaian.

Apakah Anda masih sanggup melontarkan keharmonian dan kedamaian kepada penculik-penculik yang saya maksudkan? Kalau Anda kata Ya, sememangnya kita mempunyai Hati yang berbeza.

Tetapi kalau Anda kata Tidak, ketahuilah bahawa Anda telah berjaya merasai keperitan yang saya rasakan. Sebab itu saya mengatakan Anda yang mengerti perasaan sebegini adalah saudara yang saya kasihi kerana Anda memahami perasaan saya. Sungguh! dan saya ingin ucapkan terima kasih kerana Anda berkongsi perasaan ini.

Moga-moga amarah ini tidak akan berpanjangan sehingga merosakkan keharmonian dan kedamaian yang saya dan Anda impikan.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Januari 06, 2010

Tabika KEMAS

Hari ini, kisah yang ingin saya kongsikan dengan Anda ialah berkenaan anak perempuan saya yang sulung. Dia telah memulakan persekolahannya pada 4hb. Januari 2009, bersamaan hari Isnin, dua hari yang lalu. Saya mendaftarkannya di pra-sekolah Kemajuan Masyarakat yang dikenali Tabika KEMAS.

Kalau dikira, anak perempuan saya baru berusia 4 tahun. Syukur Alhamdulillah kerana sekolah tersebut menerimanya sebagai pelajar. Lagipun anak saya memang teruja ingin bersekolah. Pagi tadi misalannya, sedang saya masih menjamah sarapan pagi, saya telah dipaksa olehnya menghabiskan dengan segera makanan pagi kerana dia tidak mahu terlambat hadir ke sekolah. Heheheee... memang saya suka melihat gelagatnya.

Selepas hari pertama bersekolah, anak saya menceritakan bahawa cikgunya sangat baik dan sudah ramai kawan-kawan yang dikenalinya. Saya juga teruja memberitahu kepada Anda bahawa Hati Nurani Ayah yang saya miliki ketika ini melonjak kegembiraan melihat anak sulung saya memulakan persekolahannya.

Barangkali perasaan sebegini Anda yang belum berumah tangga perlu merasainya. ;)

Ketahuilah bahawa perasaan yang saya alami bersama Isteriku Yang Tercinta di dalam hal ini amat sukar diluahkan kepada Anda. Sungguh! Hati saya terlalu excited! sejak kami mula berbelanja membelikan pakaian dan perkakasan sekolah...

Begitu juga dengan Isteriku Yang Tercinta. Dapat saya perhatikan bagaimana dia bersungguh-sungguh mempersiapkan segala-galanya. Bayangkan sejak akhir bulan november tahun lalu, Isteriku Yang Tercinta sudah merancang segala-galanya. Barangkali inilah juga yang dinamakan Kasih-Sayang Seorang Ibu.

Selain itu, saya juga sebenarnya tertanya-tanya di dalam hati, mungkinkah ini yang dinamakan Nikmat berKasih-Sayang?

Realitinya, saya perlu beritahu kepada Anda bahawa saya teramat menyukai peristiwa yang sedang saya lalui ini. Moga-moga DIA, Tuhan Yang Maha Esa sentiasa memberikan hidayah NYA kepada kami sekeluarga sepanjang mengecapi nikmat kehidupan ini.

Saya juga ingin memberitahu di sini bahawa rutin harian yang dilalui ketika ini telah berubah. Pastilah saya amat gembira merasainya - Anak Sulungku telah mula bersekolah, walaupun masih di peringkat Tabika. :)

Opsss... terlupa pula saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat kerana menyediakan Tabika sebegini.

Tabika KEMAS adalah singkatan daripada maksud Taman Bimbingan Kanak-Kanak yang diselia oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Malaysia. Namun begitu, kurikulum yang diguna pakai oleh Tabika ini adalah Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebenarnya pra-sekolah KEMAS mengenakan bayaran RM 15 sebulan, manakala kepada keluarga yang berpendapatan rendah, saya diberitahu ianya diberikan secara percuma sahaja. Baguslah kalau begitu. Sekurang-kurangnya ini menunjukkan Kerajaan Malaysia perihatin di dalam hal-hal begini. Kalau saya bandingkan dengan pra sekolah swasta, pastilah ia jauh lebih mahal, nak tahu berapa yuran dikenakan untuk prasekolah swasta? Hah! RM 100 – RM 200 sebulan. Itu yang saya tahu.

Usahlah pula dibandingkan pra-sekolah KEMAS dengan pra-sekolah swasta. Memanglah ianya berbeza, yuran bulanan sahaja sudah nampak perbezaannya. Bagi saya yang berpendapatan tidaklah seberapa, memang selayaknyalah menghantar anak ke Tabika KEMAS. Namun begitu, suka juga saya berkongsi maklumat hasil kajian ini. Cubalah Anda baca sendiri,

http://eprints.utm.my/2348/1/AziziYahaya_Keberkesanan_Pendidikan_Prasekolah_KEMAS.pdf

dan yang ini

http://www.kemas.gov.my/20


Memang kita berhak memilih mana satu yang diingini bergantung pada kemampuan sendiri. Sememangnya DIA, Tuhan Yang Maha ESA sahaja yang mengetahui apa yang terjadi pada kemudian hari. Saya tetap berdoa semoga anak saya ini menjadi anak yang solehah dan bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, InsyaAllah.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Teori Minda AbgbentTM ...2

Masa rehat ketika ini saya gunakan untuk melakar satu coretan di dalam blog Pedoman Hidup. Maklumlah, sudah beberapa hari ianya tidak diisi sebarang entri terkini. Sebenarnya saya sengaja melakukannya kerana menunggu jawapan daripada Anda di dalam coretan sebelum ini berkaitan Teori Minda AbgbentTM yang bertajuk Air Mani vs Air Mata.

Teori itu saya kongsikan dengan Anda, Anda yang saya kasihi kerana DIA. Menjadi harapan saya juga moga-moga melalui perkongsian sebegitu adalah rahsia perjalanan kehidupan yang dapat kita selongkar bersama-sama. Itupun kalau Anda sudi berkongsi dengan saya...

Sebab itulah saya masih menuggu jawapan daripada Anda sehingga ke hari ini. Mengapa Anda tidak mahu menjawabnya? Adakah kerana belum ada jawapan yang sesuai mengenainya? Atau saudara ragu-ragu dan menunggu sahaja penjelasan lanjut daripada saya?

Sebenarnya tidak perlulah khuatir berkenaan jawapan yang diberikan. Saya tidak akan mengenakan sebarang dendaan, apatah lagi mengatakan jawapan yang Anda berikan itu salah. Memang bukan begitu maksud lakaran Teori Minda AbgbentTM di dalam tajuk Air Mani vs Air mata itu.

Tanpa jawapan daripada Anda, memang agak sukar saya meneruskan lakaran mengenainya. Sungguh! Saya memerlukan jawapan daripada Anda sebelum melanjutkan penerangan-penerangan lanjut mengenainya.

Kalaupun Anda tidak berminat, tidak mengapalah, saya tangguhkan sahaja lontaran fikiran yang ingin saya kongsikan itu. Barangkali Anda belum bersedia menerimanya. Heheheee...

Maafkanlah saya Cikguku Yang Tegas dan a kl citizen kerana terpaksa menunda coretan mengenai Teori Minda AbgbentTM itu. InsyaAllah, kalau sudah cukup kuota jawapan yang saya terima, akan saya sambung semula.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Januari 04, 2010

Allah adalah Tuhan ku, Tuhan Yang Maha Esa

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah al-Masih Ibni Mariam katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan al-Masih Ibni Mariam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  (Al-Maidah, 5: 17)


Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah al-masih Ibni Mariam. Padahal al-masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.   (Al-Maidah, 5: 72)




Tiadalah al-masih Ibni Mariam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).  (Al-Maidah, 5: 75)

Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: al-masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?  (At-Taubah, 9: 30)

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) al-masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.  (At-Taubah, 9: 31)
Baca selanjutnya, Klik di sini...