Jumaat, Disember 11, 2009

Cek Nuffnang dan Cenderahati dari Seoul, Korea

Hah!
Pagi ini saya terperanjat sedikit bila mana terselak sehelai kertas yang tertulis di bahagian sudut atasnya, HSBC Bank Malaysia Berhad. Betul-betul saya terkejut melihatnya. Kertas yang saya maksudkan adalah cek daripada pihak Nuffnang Sdn Bhd.

Seingat saya, dah dekat dua bulan cek ini terbiar di atas meja kerja saya di dalam ofis. Sungguh! dah hampir dua bulan lamanya cek ini terperap di dalam ofis kerana tidak ditunaikan.

Bukanlah saya menyengajakannya, tetapi disebabkan pelbagai tugasan, maka cek tersebut terselit di balik helaian kertas lain sehingga saya pun dah tak ingat mengenainya. Maklumlah, sehingga kini, meja kerja saya di dalam ofis memang berselerak. Tidak tersusun sebaiknya. Heheheee

Dah lama saya tidak membersihkan dan menyusun pelbagai lembaran kertas dan buku-buku serta barang-barang yang sedang berselerakkan di atas meja kerja saya ketika ini termasuklah juga yang berada di atas lantai.

Dua-tiga hari sebelum Aidiladha yang lalu, saya telah ditimpa pelbagai kesibukan kerja yang menuntut untuk diuruskan dengan segera. Ditambah pula ketika itu kereta kesayangan saya mengalami kemalangan dan terpaksa dimasukkan ke bengkel. Pastilah tumpuan kerja saya tidak terfokus kerana terpaksa membuat pelbagai perkara dalam satu masa agar terlaksanalah kesemuanya. Itu semua saya perlu lakukan dengan segera kerana beberapa hari selepas itu, saya akan berangkat ke Seoul, Korea.

Alhamdulillah, selepas beberapa hari kembali dari Seoul, barulah hari ini saya ada kelapangan masa membersihkan dan menyusun segala-galanya mengikut tempat dan aturannya. Dan ketika inilah juga saya terpandang cek daripada pihak Nuffnang Sdn Bhd.

Walaupun jumlah cek Nuffnang ini tidaklah seberapa, tetapi realitinya, ia tetap saya hargai, sepertimana yang telah saya beritahu di dalam coretan Warkah Buat Teman dan Terima kasih Nuffnang dan Anda Yang Dikasihi Kerana Dia.

Bersempena cek kali kedua daripada pihak Nuffnangi, saya ingin memberitahu kepada Anda bahawa satu perempat daripada pungutan cek ini akan saya dermakan ke salah sebuah masjid yang akan saya kunjungi bersolat Jumaat hari ini. InsyaAllah.

Moga-moga usaha saya dan Anda untuk mengklik iklan-iklan Nuffnang di dalam blog Pedoman Hidup akan mendapat kerberkatan dari NYA jua.

Memang saya telah memberitahu kepada Anda sebelum ini bahawa kewujudan blog Pedoman Hidup bukanlah bermatlamatkan untuk mengaut keuntungan, tetapi disebalik itu, ianya saya jadikan sebagai salah satu wadah untuk saya meneruskan usaha-usaha yang sememangnya saya telah janjikan. InsyaAllah, di lain masa akan saya perincikan dan beritahu kepada Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Manakala satu perempat daripada cek itu, saya ingin memberikannya kepada Anda buat kali kedua. Seperti mana yang pernah saya lakukan sebelum ini di dalam lakaran Penghargaan Buat Saudaraku.

Maaflah, sebab kali ini hanya tiga sahaja cenderahati yang saya boleh berikan. Cenderahati ini dibeli semasa berada di Seoul, Korea tempohari.

Ermmm... sebenarnya saya masih lagi tercari-cari kriteria yang sesuai untuk memilih tiga saudaraku yang bertuah. Pastilah saudaraku yang sentiasa berziarah ke blog Pedoman Hidup iaitu Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Jika Anda ada cadangan, pastilah saya gembira mengetahuinya dan manalah tahu kriteria itu pula yang saya gunakan. Kali ini, saya ingin meminta pandangan Anda. Seandainya ada cadangan yang sesuai, taipkanlah di ruangan komen coretan ini, atau mungkin Anda lebih suka mengemailkannya kepada saya di alamat abgbent@gmail.com. Saya juga ada Yahoo Messenger iaitu dengan nama ID abgbent. Berikanlah cadangan kepada saya. OK.

Akhir sekali, pastilah satu perdua daripada cek itu saya khususkan buat Isteriku Yang Tercinta. Memang namanya yang terlakar di atas cek itu sepertimana yang saya beritahu di dalam coretan Warkah Buat Teman sebelum ini.

Sehingga ke hari ini, iaitu selepas kembali dari Seoul, Korea, saya masih lagi belum bersemuka dengan Isteriku Yang Tercinta kerana dia masih beraya Aidiladha di kampung. InsyaAllah, hari Isnin nanti Isteriku Yang Tercinta akan kembali bersama anak-anak yang aku kasihi dan sayangi. Memang saya sedang merindui mereka ketika ini. Hanya telekomunikasi melalui telefon celcom sahaja yang dapat saya lakukan bagi meleraikan kerinduan yang sememangnya terlalu menghimpit jiwa sanubariku ketika ini.

Nasib baik juga DIA ada bersama-sama dan melihat segala apa yang sedang saya lakukan ketika ini. Alhamdulillah, perasaan sedemikian sememangnya memberikan ketenangan kepada saya bila mana digamit perasaan yang teramat rindu pada Isteriku Yang Tercinta dan Anak-Anak yang saya kasihi dan sayangi.

Sungguh!, DIA akan menjadi teman dan tetap terus tersemat rapi menemani jiwaku yang sedang dilanda sunyi ketika ini. Opsss... Anda juga sebenarnya menjadi teman kepadaku seandainya terasa sunyi seperti ini. Sebab itulah saya amat-amat berharap, usahlah dijauhi diriku apatah lagi ketika dilanda sunyi sebegini.

Ketahuilah bahawa Anda sememangnya saya kasihi kerana DIA, walaupun hakikatnya kita tidak pernah bersua muka. Dan ketahuilah jua bahawa perasaan ini akan tetap kita rasai kerana hakikatnya jiwa yang kita miliki adalah SATU sebenarnya.

5 Komen:

IxoR@ berkata...

Tahniah abgbent.....
Berkat tolong menolong dapat juga hasilnya....

Oh ya dah kembali ke Malaysia....

:)

kriteria utk cenderahati....ermmmm.... let me think 1st. blog ni boleh tahu ke siapa yg sering berkunjung....ermmm.... ok nti fikirkan lg.....

cik ian@aH Lian~ berkata...

byk link kat tepi2 neh ek?

izakhairi berkata...

moga abg bent sihat dan sentiasa beroleh ketenangan jiwa kerana DIA...kriteria, rasanya tak layak untuk memberi cadangan...

Motivasi Kerja berkata...

Alhamdulillah Abg Bent. Saya pula masih menanti bila agaknya cek Nuffnang nak bg pada saya. Sebab nanti pun saya nak buat macam Abg Bent jugak..sedekahkan pada yang memerlukan.

*cilipadi=hafizah* berkata...

Salam, abg bent!
Aye nak coret sikit kata2 di sini..
sejujurnya lepas baca artikel yang satu ni, aye rasa bertuah sebab dah dapat buat blog meskipun kadang-kadang tu aye tak tahu macamana nak memanfaatkan yang baik daripada blog. InsyaAllah, tips2 Abgbent, akan menjadi salah 1 panduan buat aye dan org lain juga. :-)

Catat Ulasan