Sabtu, Februari 07, 2009

Bersetubuh vs Senggama ... Bhg 2

(Bahagian 2)

(Pembaca yang saya kasihi, sekiranya belum membaca bahagian 1, saya menasihatkan agar membacanya terlebih dahulu bagi mengelakkan kekeliruan mengenai coretan saya ini).


Baiklah, saya teruskan lakaran saya mengenai sebut nama seperti di atas. Ya, saya masih lagi tertarik untuk memperkatakannya kerana ingin berkongsi mengenainya. Opsss... maksud saya berkongsi mengenai maksud sebut nama itu agar kita memahaminya.

Pagi ini saya ingin menyentuh dua perkara mengenai sebut nama seperti di atas itu. Ya, ada dua perkara. Pertamanya ialah saya ingin berkongsi tentangnya seperti yang telah dicatatkan di dalam terjemahan kitab Imam Al-Ghazali bertajuk Bimbingan Mukminin.

Ya, sebut nama seperti di atas itu telah juga disentuh di dalam Kitab terjemahan Bimbingan Mukminin. Ianya dijelaskan bahawa di antara kewajiban-kewajiban seorang suami ialah melaksanakan sebut nama seperti di atas itu kepada isteri atau isteri-isteri. Sebut nama itu telah disenaraikan sebagai yang kesepuluh di antara kewajiban seorang suami.

Oleh itu, kepada suami-suami, sekali lagi saya ingin mengajak agar kita berkemahiran dan berkefahaman mengenai sebut nama itu. Ya, ia adalah satu kewajiban yang harus kita laksanakan kepada isteri atau isteri-isteri. Sebab itu pada saya, ilmu mengenainya haruslah kita tuntut agar perlaksanaannya adalah selaras dengan tuntutan agama. Kalau nak tahu, adalah sedikit dijelaskan di dalam terjemahan Kitab Bimbingan Mukminin itu. Singkaplah buku itu agar ada ilmu mengenainya. Di sini, sukar untuk saya coretkan!.

Ingat!, seperti yang telah saya sebutkan di dalam bahagian satu bahawa sebut nama seperti di atas itu adalah berbeza dengan sebut nama Zina. Ada satu lagi sebut nama yang terlintas di kepala saya pada ketika ini iaitu Senggama. Ianya juga sama seperti sebut nama seperti di atas. Perbezaanya, saya kurang pasti buat masa ini. InsyaAllah, akan saya usahakan untuk mencari perbezaan istilah di antara bersetubuh dan bersenggama itu.

Perkara kedua yang ingin saya kongsikan di sini ialah janganlah cuba mendatangi isteri yang dalam keadaan haid kerana dikhuatiri berlaku sesuatu bahaya atau penyakit. Itulah yang dicatatkan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin itu. Dan teringat pula saya dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah iaitu bermaksud Isteri-Isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki (Ayat 223).

Saya kurang mahir untuk menafsirkan ayat itu. Bagaimanapun, saya ingin mengajak para pembaca untuk sama-sama menyingkap mengenainya di dalam tafsir Al-Quran. Barangkali akan ada hidayah yang diperolehi darinya kelak.

Itu sajalah yang dapat saya coretkan buat masa ini. InsyaAllah, akan saya sambung lagi dilain masa.

0 Komen:

Catat Ulasan