Jumaat, Oktober 23, 2009

Bolehkah Lelaki dan Wanita Bersalaman?

Sengaja saya "cut and paste" entri ini agar dapat dikongsi mengenainya pada hari Jumaat yang penuh barakah. Coretan ini telah dipaparkan di dalam blog adikku Na Shari beberapa minggu yang lalu. Banyak juga komentar yang dipaparkan di dalam blognya itu mengenai perkara tersebut. Sila baca di sini dan di sini nanti.

Permasalahan itu adalah berkisar mengenai Lelaki dan Wanita yang bukan muhrim bersalaman. Oleh itu, saya ingin kongsikan juga mengenainya di sini.



Buat adikku Na Shari... Sengaja abg tidak mahu melontarkan komentar yang panjang-panjang mengenainya kerana ianya sudah jelas lagi bersuluh. Kalau nak tahu, tolong baca artikel-artikel ini.

http://ebok10.blogspot.com/2009/06/hukum-bersalam-lelaki-dengan-wanita.html

http://albaruhiyy.wordpress.com/2008/10/12/lelaki-bersalaman-dengan-wanita/


Di sebalik itu pula, hukum-hakam sebegini, pasti ada fleksibiliti iaitu bergantung pada keadaan, situasi dan masanya yang tersendiri. Oleh sebab itu, ada juga luahan rasa yang bertindak melonggarkannya sedikit. Cuba baca pula artikel ini.

http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id76.html


Kalau nak tanya pandangan abg, pastilah abg kena tanya Hati sendiri dahulu, iaitu melihat pada keadaan dan situasi, adakah hati ini sedang diselubungi oleh nafsu ketika itu atau barangkali kerana akal yang menganalisa yang menzahirkan iaitu perlu dilakukan kerana ingin menghormati atau menghargai sesuatu. Pastilah ianya memberikan gambaran seolah-olah diri ini tiada pendirian. Heheheeeee...

Memang begitulah diri ini bertindak, maklumlah, sememangnya diri ini terlalu lemah, sebab itu masih lagi mencari-cari cahaya NYA agar dapat dijadikan penyuluh untuk menerangi liku-liku kehidupan ini.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya hanya hati yang suci bakal membisikan yang mana satu harus dilalui di dalam kehidupan ini. Kesucian hati sesungguhnya hanya DIA yang mengetahuiNYA kerana itu adalah antara rahsia-rahsiaNYA yang tersembunyi.

Sebab apa perlu begitu, kerana abg tahu bahawa DIA yang Maha Esa sememangnya mengetahui segala sesuatu apatah lagi yang tersembunyi di dalam Hati.

Moga-moga coretan yang tidaklah seberapa ini dapatlah melaksanakan permintaan adikku Na Shari yang dikasihi kerana DIA.

Bacalah pula artikel-artikel ini, abg lontarkannya untuk ditelaah dan dinilai sendiri oleh adikku Na Shari, moga-moga ianya berguna nanti.


http://www.izoblog.com/isu-semasa/ulama-al-azhar-bersalam-dengan-perempuan


http://al-islam.proboards.com/index.cgi?board=feqah&action=display&thread=135&page=1

6 Komen:

Na Shari berkata...

Thank you Abgbent...

Satu perkongsian yang cukup bermanfaat.

Cik Amy Sensei berkata...

salam abg bent...

saya singgah hari ini dengan harapan moga abg di sana dalam keadaan yang baik-baik saja..

senyummmm yekk..hehe

alang berkata...

Salam abg bent. Tula, kadang2 serba salah klau perempuan yg hulur nak salam. Tapi setakat skrang saya tak pernah lagi la hulur tangan nak salam ngn perempuan. :D Sekadar senyum je.

Abgbent berkata...

Ooo macam tukah?

Ha'ah, persoalan adik Na Shari tu memang bagus dikemukakan agar adalah pemahaman mengenainya, sebab tu abg selalu ziarah ke blog Seharum Kayu Manis tu. Maklumlah, keharumannya sehingga menusuk ke jiwa, heheheee

Bila tertengok senyuman CikAmy ayu ngan Zaim yang Macho, macam ada sesuatu plak yerk... Dah berkenal-kenalan ker? Kalau belum kenal, abg menyudikan diri menjadi orang tengah ni...

Ct berkata...

Salam... sy suka blog nie... byk bnda yg blh bt sy muhasabah kan diri sendiri....

Abgbent berkata...

Terima kasih duhai adikku CT yang manis, semanis sebutan namanya. Selamat datang dan harap dapat berkongsi sesuatu di sini duhai adikku CT.

Catat Ulasan