Jumaat, Februari 10, 2012

Menikmati Kenikmatan yang Nikmat (*___*)

Petang ini, saya ingin meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dengan Anda. Anda yang masih terus sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan saya di dalam blog Pedoman Hidup ini.

Kali ini, saya ingin menyatakan suatu kalimah yang dipancarkan oleh bakal anak murid saya dari negara seberang, Indonesia. Dari Acheh, orangnya tampan segak bergaya. Dia beriya-iya ingin menuntut ilmu sains daripada saya. Tak apalah, kisah itu akan saya panjangkan kepada Anda suatu hari nanti...

Berkenaan kalimah yang dipancarkan oleh bakal anak murid saya dari Acheh itu, ianya berbunyi;

Hati adalah wadah terindah yg dapat menampung semua kepahitan dan merubah semuanya menjadi manis dan indah.... (nuansahati.com)"

Tak semena-mena, hati saya terdorong pula untuk menambah dengan berkata;

"Manis dan Indah itu barangkali hanyalah fatamorgana bilamana Pancaindera yang merasainya tidak dijilbabkan dengan nama NYA"

Lalu, hari ini, saya pula terbaca nukilan adikku Tampan Bergaya yang memancarkan ungkapan berkenaan kehidupan indah, iaitu;


Hidup memang selalunya indah.

Tapi yang menjadikan hidup ini tidak indah adalah Anda. Anda menjadikan hidup Anda tidak indah dengan memikirkan yang buruk, bersangka buruk dan bersikap buruk, termasuklah berkata yang buruk-buruk.

Lihatlah orang yang berfikiran positif. Orang sebegitu hidupnya indah. Dia bahagia, dia nampak seperti orang bertuah kerana dia nampak bahagia.

Sebenarnya semua itu diusahakan melalui minda. Keindahan hidup boleh dibentuk. Caranya bagaimana? Melalui fikiran.

Fikiran kita ini bertindak sebagai doa. Lebih banyak kita berfikir tentang sesuatu, samalah seperti kita berdoa dan terus berdoa supaya apa yang kita fikirkan itu muncul menjadi realiti dalam kehidupan kita.

Sebagai contoh, tiap kali Anda memikir masalah, samalah seperti Anda selalu meminta masalah dimunculkan.

Setiap kali Anda geram dengan masalah, setiap kali itu jugalah Anda seolah-olah meminta makin banyak masalah dimunculkan dalam hidup Anda.

Setiap kali Anda dilanda situasi buruk yang tidak dijangka seperti kemalangan, kepokaian, masalah kewangan, tekanan perasaan, tekanan kerja, sikap kawan yang menyakitkan hati atau simply sesuatu berlaku di luar kemahuan Anda, alihkan perasaan sakit hati itu. Hentikan.

Bertenanglah. Berserahlah.

Apabila sesuatu sudah berlaku, Anda tidak ada kuasa mengubahnya. Tapi Anda akan kuasa mengawal apa yang bermain di fikiran Anda.

Orang yang selalu berfikir positif akan mendapat balasan positif.

Mungkin masa itu situasi tidak memihak kepada Anda, tapi di satu ketika lain, situasi akan memihak kepada Anda kesan dari sikap berfikiran positif, kesan dari sikap bersangka yang baik-baik.

Yang baik tetap akan mengatasi yang buruk walau kelihatannya yang buruk itu seolah-olah menang.

Ubah sikap Anda. Binalah sikap suka bersangka baik. Sebab, sikap itu akan menunjukkan kesannya.

Bezanya, cepat atau lambat saja.



5 Komen:

ShueQry berkata...

..terima kasih Abg Bent :) Sesungguhnya saya merasa amat bersyukur kerana dikurniakan kehidupan yang indah, indah dalam kesederhaaan yang sungguh membahagiakan.

sekadar suka-suki =) berkata...

terima kasih..ini memberi semangat kepada saya yang sedang menhadapi ujian Nya yg hebat..

hati penuh cinta berkata...

terima kasih..ini memberi semangat kepada saya yang menghadapi ujian Nya ketika ini..sesungguhnya ujian ini adalah salah satu nikmat..

Tanpa Nama berkata...

i like in teks

Tanpa Nama berkata...

karna suka aja

Catat Ulasan