Rabu, Oktober 17, 2012

Wajah...

Hari ini saya mengambil kesempatan sedikit waktu yang ada untuk bercerita-cerita dengan Anda berkenaan "wajah". Tidak dinafikan, ramai manusia yang mengutamakan penampilan wajah mereka. Lebih-lebih lagi mereka yang dinamakan wanita. Apatah lagi yang  bergelar Gadis. (^____^)

Saya tidak menafikan bahawa ramai juga jejaka-jejaka yang memelihara penampilan wajah mereka. Saya juga sebenarnya tergolong di kalangan mereka. Jejaka yang memelihara penampilan wajahnya. Sering kali, sebelum mandi pagi dan petang, saya akan membasuh muka terlebih dahulu sama ada dengan sabun mahupun pencuci muka.

Seringkali juga ketika menyikat rambut di hadapan cermin, saya berdoa di dalam hati memohon agar wajah yang saya miliki terus disirami sinar keimanan kepada Ilahi di dalam melaksanakan segala tugas harian di dunia ini.

Opppsss... "alarm" telefon bimbit saya tiba-tiba mengeluarkan bunyi, ini menandakan bahawa ada sesuatu tugasan yang saya kena laksanakan sekarang ini.

Oleh sebab itu, saya terpaksa menghentikan sahaja lakaran singkat ini. Namun, untuk tidak menghampakan Anda, baca sahaja lanjutan kisah berkenaan "wajah" yang saya sebenarnya ingin kongsikan dengan Anda sebentar tadi, di awal coretan ini tadi...







Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Oktober 10, 2012

Bhg 2... Memelihara Hubungan Suami-Isteri

"Kepimpinan" adalah faktor utama di dalam memelihara hubungan Suami-Isteri. Begitulah yang saya lakarkan di dalam coretan minggu lalu. Bilamana saya mengatakan begitu, ianya bukanlah bermaksud bahawa seorang Suami sahaja yang harus memiliki sikap itu... "Kepimpinan". Bukan itu maksud saya yang sebenarnya.

Sikap kepimpinan haruslah juga dimiliki oleh sang Isteri. Dan harus diketahui bahawa keupayaan kepimpinan Suami sememangnya berbeza berbanding dengan keupayaan kepimpinan yang dimiliki oleh si Isteri.

Andai ingin memelihara kehidupan hubungan Suami-Isteri, maka sikap kepimpinan yang dimiliki oleh si Isteri dan si Suami perlu berbeza. Keupayaan Kepimpinan yang dimiliki tak boleh sama. Memang tak boleh!.

Apa yang harus Anda ketahui ialah kepimpinan bukanlah seratus-peratus dipunyai dan dimiliki oleh sang Suami semata. Memang Bukan!

MasyaAllah, terlupa pula saya mendahului coretan ini dengan ucapan "Salamelekom, wbt" kepada Anda semua. Anda yang sememangnya menjadi teman alam maya saya sepanjang masa. Terima kasihlah kerana masih lagi sudi menziarahi blog Pedoman Hidup Abgbent ini. Terima kasih!

Kepimpinan, bilamana dirujuk pada kamus dewan, ianya perlulah dirungkai pada kata dasar, iaitu "Pimpin". 

Pimpin di dalam Kamus Dewan diberikan maksud sebagai "dibimbing, dipandu, dituntun dan ditunjuk. Andai ditambahkan imbuhan, "pe", maka jadilah kata nama "pimpin" sebagai "Pemimpin". Pemimpin di dalam Kamus Dewan diistilahkan sebagai "orang yang memimpin atau boleh juga diberikan kata sebagai "Pedoman" atau Petunjuk"

Lalu, seandainya kata dasar "Pimpin" tadi ditambah pula dengan imbuhan "Ke...an", maka jadilah kata namanya sebagai "Kepimpinan" yang membawa maksud "Keupayaan, dan Kebolehan sebagai pemimpin iaitu Daya, Tindak-Tanduk dan Kecekapan seseorang pemimpin.

Jika saya diberikan pilihan untuk membandingkan keupayaan kepimpinan seorang Suami berbanding seorang Isteri, maka secara peribadi, saya akan mengatakan kepada Anda bahawa Keupayaan kepimpinan Suami tidaklah sehebat keupayaan kepimpinan yang dimiliki oleh si Isteri. Sungguh!

Sebab itulah saya amat mengasihi dan menyayangi Isteriku yang Tercinta.

Kalau Suami berperanan memimpin Isteri dan Keluarga, lalu kehebatan seorang Isteri adalah menjadi Pemimpin kepada Anak-Anak dan Rumahtangga.

Kepimpinan Seorang Isteri sememangnya lebih hebat berbanding kepimpinan seorang suami. Sungguh! Sebab itulah di dalam perceraian, paling banyak yang berlaku adalah kesungguhan seorang Ibu membela kehidupan anak-anaknya.

Kalau sang Suami, bilamana bercerai, pasti akan mencari pasangan baru.
(*___*)


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Oktober 05, 2012

Memelihara Hubungan Suami-Isteri

Salamelekom, wbt...

Apa khabar Anda hari ini? Saya mendoakan semoga Anda terus diberikan kekuatan oleh NYA dan dipermudahkan menggapai segala kejayaan dan kecemerlangan yang dihajatkan di dalam kehidupan ini. Begitu jualah doa yang saya seringkali harapkan daripada NYA di dalam memulakan kehidupan harian yang dilalui.

Alhamdulillah..., tengahari ini saya diberikan keizinan untuk melakar sebuah lagi coretan untuk Anda telaah. Walaupun lakaran ini tidaklah seberapa, saya mengharapkan ianya kelak memberikan rangsangan untuk Anda terus berkunjung dan menziarahi saya, InsyaAllah. (*___^)

Sejujurnya, hari ini saya amat berasa gembira kerana memperolehi beberapa kejayaan. Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Tuhan Maha Esa kerana terus memberikan nikmat kehidupan sebegini untuk saya nikmati.

Oleh sebab itu, saya tergerak hati untuk berkongsi dengan Anda hari ini mengenai tip memelihara kebahagiaan kehidupan Suami-Isteri. Kebahagiaan di mana Isteri disayangi Suami, manakala Suami pula menyayangi Isteri. Kalau Anda tanya saya mengenai kehidupan yang dilalui bersama Isteriku Yang Tercinta, sememangnya saya amat mengasihi dan menyayanginya. Anda nak tahu kenapa?

Jawapan yang saya boleh berikan pada ketika ini kepada Anda ialah kerana Isteriku Yang Tercinta memiliki keistimewaan seorang wanita sepertimana yang saya hajatkan!. Anda nak tahu keistimewaan yang saya maksudkan?

Heheheee... (*___*)

Sebuah paparan senyuman yang berupaya saya lakaran seperti di atas untuk tatapan Anda pada skrin komputer ini agar Anda memahami atau mengerti akan isi hati yang saya miliki pada ketika ini...

Sejujurnya, tip yang ingin saya beritahu kepada Anda mengenai memelihara kebahagiaan kehidupan Suami-Isteri ialah perkataan "Kepimpinan".

Di dalam memelihara hubungan rumahtangga antara Suami-Isteri, sikap "Kepimpinan" adalah amat penting. InsyaAllah, di lain kesempatan akan saya kongsikan dengan Anda mengenainya.

Pada ketika ini, masa tidak mengizinkan untuk saya terangkannya kepada Anda. Maklum sajalah, jam di tangan saya sudah menunjukkan melebihi pukul 12.30 pm, lalu saya kena bergegas ke Satu tempat yang terlalu istimewa khususnya pada hari Jumaat begini. Saya kena bergerak sekarang.

Salam kasih jua buat Anda. Anda yang menjadi teman istimewa di dalam kehidupan maya ini. Sememangnya Anda saya amat kasihi...


Abgbent

Baca selanjutnya, Klik di sini...