Selasa, September 08, 2009

Lelaki Romantik

Rupa-rupanya kelmarin, 07 September 2009 merupakan hari istimewa buat diriku. Memang dasar seorang lelaki sepertiku yang tidak pernah mengingat tarikh-tarikh istimewa sebegitu...

Sungguh! tidak terlintas pun di mindaku bahawa kelmarin adalah hari bersejarah buat diriku. Nasib baik juga Isteri Tercintaku mengingatkan. Inilah perlunya seorang wanita di dalam kehidupan seorang lelaki. Sentiasa mengingatkan.

Kelmarin awal pagi aku telah sampai di pejabat iaitu sebelum pukul 7.00 pagi. Sedang aku menyelesaikan beberapa tugasan di meja kerjaku, tiba-tiba handphoneku berdering menandakan sms baru sahaja diterima. Aku menggapainya dan membacanya...

"Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kita yang Ke Enam, Sayang"



Hah! terkejut aku membaca sms itu. Hari ini kah? mindaku berfikir dan kesal sebab sudah setiap tahun aku selalu terlupa tarikh 07 September.

Alamak! kantoi lagikah aku tahun ini.

Selepas membaca sms itu, aku duduk seketika di hadapan komputer di pejabat sambil berfikir bagaimanakah caranya untuk aku menyelesaikannya. Maklumlah, sudah setiap tahun aku alpa mengingat tarikh 07 September.

Nasib baik juga sebelum ke pejabat pagi kelmarin, aku sempat mencium pipi Isteri Tercintaku. Patut pun semasa mencium pipinya aku terperasan lain macam sahaja.

Oooo rupa-rupanya aku leka dan alpa sebab tidak mengucapkan sesuatu yang cukup istimewa untuknya. Aku memang mengetahui bahawa hati seorang wanita perlu dikasihi dan disayangi. Sebab itu aku tidak malu memberitahu kepada Anda mengenai perkara ini. Memang begitulah hati seorang wanita. Moga-moga adalah Pedoman mengenainya untuk Anda ketahui mengenainya.

Full Stop!



Aku bergegas dan memohon izin untuk ke luar pejabat seketika pagi kelmarin. Dua jam aku gunakan untuk urusan peribadi. Pastilah aku akan mengantikan masa yang digunakan untuk urusan peribadi seperti ini. Kalau aku tidak selesaikan dengan segera, pasti ianya menganggu emosi dan kerja-kerja tidak terlaksana sebaiknya.

Selepas keluar pejabat, aku pergi ke shopping mall berhampiran untuk mencari-cari kedai bunga. Alhamdulillah, ada juga sebuah kedai bunga yang telah dibuka.

Akhirnya, aku memesan sejambangan bunga yang dihiasi patung teddy dua ekor melambangkan sepasang cahaya mata yang Isteri Tercintaku telah berikan. Enam kuntum bunga kekwa berwarna merah dan unggu di dalam jambangan bunga memberikan simbol sudah enam tahun bersama-sama kami melayari bahtera perkahwinan.

Setidak-tidaknya, bilamana meletakkan simbol-simbol sedemikian rupa, ianya menandakan bahawa aku juga masih mengingat angka penting sebegitu rupa.

Wah! mahal juga harga yang aku kena bayar. Tetapi kerana Isteri tercintaku, pastilah aku sanggup berbelanja. Pengorbanan yang diberikannya sememangnya tidak ternilai harganya. Apatah lagi menjaga anak-anak sepanjang masa dan ditambah pula urusan semua perkara di rumah. Memang tidak setanding harga yang Isteri Tercintaku berikan kepadaku.

Selesai memesan bunga pastilah aku berharap agar tokey kedai itu menghantarnya dengan segera. Moga-moga Isteri Tercintaku akan terkejut menerimanya.

Setidak-tidaknya, dapat juga aku sembunyikan bahawa aku sudah terlupa tarikh 07 September untuk tahun ini. Konon-konon bila melakukan sebegitu, aku sememangnya sudah maklum, sebab itu ada bunga yang datang kepadanya. Heheheeeeee....


Selesai memesan sejambangan bunga, seterusnya aku meluangkan masa seketika pergi ke kedai emas untuk membeli sepasang subang. Tersenyum-senyum tokey kedai emas melihat gelagatku semasa memilih subang di situ.

Di dalam kesibukan memilih, sempat juga tokey itu bertanya kemana pergi Isteri Tercintaku. Maklumlah, dia pun perasaan barangkali bila mana aku masuk ke kedai emasnya, akan adalah Isteri Tercintaku bersama-sama.

Tetapi pagi kelmarin, berlainan pula, hanya aku seorang sahaja yang datang memilih di kedai emasnya. Bila aku jelaskan kepada tokey kedai emas itu, barulah dia memahami, malahan dia pula memberikan cadangan-cadangan subang emas yang sesuai diberikan kepada Isteri Tercintaku.

Akhirnya, aku memilih sepasang subang berbentuk LOVE dengan harapan ianya memberikan makna bahawa sememangnya aku amat-amat menyintai dan menyayangi Isteri Tercintaku. Apatah lagi berkorban untuknya.

Ya Allah, daku berdoa padaMu semoga ikatan ini akan mendapat keredhaan dariMU. Dan daku tetap bersyukur dengan nikmat pemberian MU ini. Moga-moga ujian-ujian yang sedang kami lalui kini sentiasa mendapat bimbingan dari MU. Kami juga amat-amat berharap agar sentiasa mendapat limpahan kasih sayang dari MU di samping mengembangkan lembayung rahmat MU sepanjang masa untuk sentiasa melindungi kehidupan kami di dunia ini. Amin...

InsyaAllah.


3 Komen:

Na Shari berkata...

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang keenam...Semoga keluarga Abgbent sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT.

Wah, romantik jugak Abgbent ni! Hehehe...Mesti isteri Abgbent terkejut bila terima bunga tu nanti :)

Cik Amy Sensei berkata...

salam abg bent..

waahhh...selamat ulang tahun yg ke onam wahai abg bent..

semoga happy selalu di samping family terchentaaa...mesti cantik bunga tu oohh...hehe

alang berkata...

Alhamdulillah. Moga hubungan abg dan akak berkekalan ke akhir hayat.

Catat Ulasan