Sabtu, Jun 13, 2009

Kepahitan dan Keperitan Hidup yang Sukar Dilupakan

Sengaja saya melakarkan sesuatu pada ketika ini agar dapatlah dikongsi ilmu yang ada, walaupun barangkali tidak bernilai kepada Anda…

Tetapi, ketahuilah bahawa diri ini tetap akan berusaha mencoretkan sesuatu di sini untuk memenuhi azam di dalam diri. Pastilah azam ini semata-mata mengharap redha dari NYA, agar kelak adalah cahaya NYA menyuluh perjalanan hidup ini.

Pastilah juga mengharap agar kehidupan yang dilalui ini tidaklah sia-sia...

Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali ….. yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran” (surah Al-Asr)

Dari itu, izinkanlah saya mencoretkan apa-apa berkaitan Kenangan Pahit atau Perit yang amat sukar Anda lupakan. Sememangnya perkara yang amat menyakitkan sukar untuk dilupakan, apatah lagi parut luka itu masih kelihatan. Itu sememangnya lumrah di dalam kehidupan.

Siapa yang boleh melupakan setiap kepahitan dan kegagalan di dalam kehidupan? kalau ada, saya menganggap dialah manusia yang istimewa.

Hakikatnya, memang sukar melupakan sesuatu yang amat pahit di dalam kehidupan ini, tetapi ketahuilah saudaraku bahawa semua yang pahit dan perit itu adalah antara ujian-ujian kehidupan yang sememangnya harus kita lalui. Itulah antara hikmah kehidupan yang harus kita pelajari...

Mengapa?

Kerana kepahitan dan keperitan itulah yang akan mengajar kita tentang gambaran neraka NYA. Sebab itulah kita harus merasai sedikit keperitan dan kepahitan semasa kehidupan ini, agar kita mengetahui sedikit tentang Ilmu-Ilmu NYA yang tersembunyi.

Dan harus juga diketahui bahawa di sebalik neraka pastilah akan ada syurga NYA. Syurga merupakan sesuatu yang amat manis gambarannya kerana DIA yang menciptakan kehidupan ini sememangnya telah menjelaskan bahawa di situlah terletaknya segala kemanisan pengakhiran kehidupan.

Dari itu, sukalah saya mengatakan bahawa kesemua ujian pahit atau ujian perit yang dilalui semasa kehidupan ini haruslah dilalui dengan tabah. Apatah lagi seandainya diiringi doa memohon bantuan dan pertolongan NYA, agar kelak mendapat bimbingan dari NYA di dalam menghadapi segalan kepahitan dan keperitan hidup ini.

Sekurang-kurangnya dengan usaha sedemikian, berkemungkinan akan adalah iringan redha dari NYA semasa kita berusaha untuk melepasi ujian kehidupan ini. Memang redhaNYA itu amat penting di dalam kita melalui kehidupan ini kerana itulah matlamat mengapa kita di sini. Di sini..., di dunia ini.

Seandainya Anda masih tidak mengerti mengenainya, pastilah Anda akan tetap terasa kepahitan dan keperitan di dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan ini. Mengapa berlaku begitu? kerana Anda masih merasakan betapa pahit dan perit nya kehidupan yang sedang Anda lalui di dunia ini.

1 Komen:

ummumishkah berkata...

setuju dgn abang bent..
yang pahit tu akan buat kita lebih menghargai hidup...

Catat Ulasan