Jumaat, Februari 13, 2009

Ingin Mengecapi Kejayaan Hakiki? - Bhg 1, Kejayaan Kecil

Mengecapi Kejayaan Kecil

Sudah pasti Anda inginkan Kejayaan, bukan?. Ya, kejayaan yang Hakiki. Lawanan kepada Kejayaan Hakiki pastinya Kegagalan Hakiki. Ketahuilah bahawa kedua-duanya sering Kita lalui di dalam menjalani kehidupan ini. Tetapi masih ramai di kalangan Kita yang tidak mengetahui dan memahami bahawa kehidupan Kita ini sering kali bergelumang dengan istilah itu. Mengecapi KEJAYAAN atau mengecapi KEGAGALAN.

Sering juga kita disogokkan bahawa kejayaan itu indeksnya adalah mengecapi kemewahan seperti harta kekayaan, wang ringgit, kediaman dan kenderaan besar. Selain itu, pangkat kekuasaan juga sering di jadikan indeks Kejayaan seperti menjadi pemerintah atau paling tidak pun menjadi bos. Persoalannya, adakah semuanya itu benar-benar kejayaan?

Ya, sudah pasti saya mengatakannya Ya. Mahukah Anda mengecapi semua yang saya sebutkan di atas itu? Sudah pasti mahukan?. Oleh itu, marilah Kita berusaha mengecapi Kejayaan!. Persoalannya bagaimanakah caranya?.

Baiklah di sini saya ingin berkongsi berkenaan dengan Mengecapi Kejayaan ini. Untuk Anda mengecapi Kejayaan, Anda perlu ada MATLAMAT. Dalam erti kata lain, TUJUAN, NIAT atau KEINGINAN.

Mari saya beri perumpamaan. Setiap perkara yang Anda lakukan, mesti Anda dahulukan dengan Niat atau disebut juga Keinginan. Dari situ akan wujudlah MATLAMAT tadi. Dengan adanya MATLAMAT, TUJUAN, KEINGINAN atau NIAT, pasti Anda akan berusaha dan memikirkan strategi-strategi atau cara-cara ke arah mencapai MATLAMAT, TUJUAN, KEINGINAN dan NIAT Anda itu tadi.

Sebagai contoh, hari ini saya ingin membeli epal di Kedai. Sudah pasti saya akan berusaha untuk mendapatkan epal itu di mana-mana kedai. Dan akhirnya, apabila saya berjaya membeli epal itu, Satu Kejayaan saya sudah kecapi!.

Begitu juga apabila saya niatkan dalam diri untuk turun ke tempat kerja sebelum pukul 8.00 pagi. Sudah pasti saya akan berusaha untuk sampai ke tempat kerja sebelum masa itu. Dan pastinya apabila saya memenuhi niat tadi, satu kejayaan saya telah kecapi.

Cumanya, dua contoh yang saya ceritakan di atas itu adalah KEJAYAAN KECIL yang kadang-kala Kita tidak endahkan. Seharusnya Kita sama-sama memberikan pengiktirafan kepada Diri Sendiri agar rasa lega, puas dan gembira hadir dalam diri Kita. Selain itu, ianya juga mendorong untuk Kita mencipta KEJAYAAN BESAR.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit...

(Saya akan sambung di lain masa coretan mengenainya).

0 Komen:

Catat Ulasan