Jumaat, Jun 26, 2009

Melalui Ujian Dunia - IbuBapa Yang Tabah

Hari ini saya tiada idea yang boleh dikongsi dengan Anda kerana minda saya sedang meneliti beberapa perkara yang harus diselesaikan dengan segera.

Namun, disebabkan saya telah terbaca satu kisah mengenai kehidupan, ada baiknya juga saya kongsikan di dalam blog Pedoman Hidup ini. Moga-moga nanti adalah satu hikmah yang akan diperolehi semasa membacanya dan seterusnya di dalam melalui liku-liku kehidupan ini.

Sememangnya semua di kalangan kita ingin berjaya bukan? Berjaya dalam semua perkara. Andai Anda bertanya kepada saya, sebenarnya saya memang ingin berjaya.

Bilamana disebut berjaya, ianya adalah merujuk kepada pelbagai usaha yang dilakukan untuk mengecapi kejayaan. Kejayaan yang dimpikan oleh ramai manusia termasuklah memiliki kekayaan dalam bentuk harta benda, kuasa dan pastilah ilmu-ilmu berguna.

Dari tiga yang saya sebutkan di atas, ada juga baiknya saya kongsikan dengan Anda mengenai satu lagi kejayaan yang harus kita fikir-fikirkan bersama. Nak tahu apa?

Saya mengungkapkannya sebagai Kejayaan Hakiki iaitu Berjaya Menempuhi segala liku-liku kehidupan ini, untuk mendiami Syurga NYA nan Abadi.

Memang perjalanan di dalam kehidupan ini tidak mudah, apatah lagi andai ujian yang diterima terlalu berat untuk dilalui. Namun hakikatnya, perjalanan akan mudah andai kita mengetahui mengapa kita berada di sini. Di sini… di dunia ini.

Opsss… sebenarnya saya ingin berkongsi satu cerita yang agak pahit untuk dilalui. Cubalah Anda baca tajuk ini (Apa Dosa Kami). Cuba bandingkan hidup yang sedang kita lalui ini dengan Insan yang saya kenali sebagai Manusia Tabah.

Moga-moga Manusia Tabah seperti ini yang saya gelar mereka IbuBapa Yang Tabah akan memperolehi Kejayaan Hakiki nanti. Memang kehidupan yang mereka sedang lalui amat besar dugaannya.

Dan, moga-moga juga kita tidak akan alpa untuk memanjatkan kesyukuran pada NYA kerana ujian sebegini sememangnya amat berat untuk dilalui.

Marilah kita berdoa bersama-sama semoga DIA yang Maha Kuasa tidak menguji kita sedemikian rupa dan semoga IbuBapa Yang Tabah ini pula, akan beroleh ketenangan dan kelapangan semasa melalui segala dugaan yang diujikan kepada mereka, mereka yang saya kenali IBuBapa Yang Tabah.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Jun 25, 2009

Adakah ini Kesaktian dan Kehebatan Manusia ?

Hari ini saya terbaca satu cerita mengenai sesuatu. Pastilah yang ada kaitan dengan cerita terdahulu. Heheheee...

Cerita mengenai Aura Kesaktian dan Kehebatan manusia.

Cuba pula Anda baca cerita ini (Belum Ajal). Barangkali ada sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran untuk memahami mengenai Kesaktian dan Kehebatan manusia di dalam melalui liku-liku kehidupan.

Adakah kesaktian dan kehebatan sebegini yang manusia inginkan?

Entahlah..., sesungguhnya setiap perkara yang mustahil difikirkan oleh minda boleh juga terjadi andai ada bantuan dari NYA. Mungkinkah cerita yang dipaparkan ini mengajar sesuatu kepada Anda?

Anda yang bernama Insan Ciptaan Tuhan dan bukannya Manusia yang bertopengkan Syaitan.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Jun 24, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 19 (Isteri orang yang curang)

Coretan ini adalah lanjutan kisah penjelasanku kepada suami yang aku kenali sebagai suami kepada Isteri Orang Yang Curang. Harap-harap coretan ini merupakan yang terakhir mengenainya.

Masih aku ingat, semasa menceritakan kepada suami yang aku kenali sebagai suami kepada isteri orang yang curang tentang kejadian yang telah berlaku dari sudut positif sifatnya.

Semasa mindaku berfikir-fikir untuk menyusun ayat-ayat nan indah disaluti nasihat-nasihat berguna, tiba-tiba aku dikejutkan oleh ungkapan ABANG yang dilontarkan oleh suami kepada isteri yang curang itu.

Hah! ABANG ? …. Memang aku terkejut.

Bila mana dia mengungkapkan perkataan ABANG kepadaku, sebenarnya adalah sedikit kenyamanan mengalir ditubuh badanku, apatah lagi di dalam jiwaku.

Pastilah perasaanku bercampur gembira dan sayu. Terdetik juga dihatiku mengatakan mungkinkah hati suami kepada isteri orang yang curang itu telah sejuk kembali?.

Adakah dia telah memahami segala penjelasan yang aku berikan? Mungkinkah dia telah melihat kejujuran yang aku paparkan di setiap lontaran penjelasan, selain menyelitkan kata-kata nasihat untuk dijadikan pedoman...

Entahlah, apa yang pasti, niatku ketika menjelaskan semuanya adalah dengan penuh pengharapan agar dosa-dosa yang aku tidak sengajakan akan terhapus. Itu memang matlamat aku bertemu dengannya, dengannya yang aku gelarkan suami kepada isteri orang yang curang...

Hakikatnya, dia menzahirkan sebutan ABANG kepada diriku adalah semata-mata ingin memberitahu mengenai sesuatu. Oh ya, hampir aku terlupa…. sebenarnya, semasa aku menjelaskan peristiwa yang telah berlaku satu persatu, kadang juga aku sekali sekala terungkap perkataan ADIK kepadanya.

Aku merasakan ungkapan adik itu adalah lebih sesuai untuknya kerana selepas berkenalan dan mengetahui yang dia lebih muda berbanding diriku.

Tak sangka pula dia membalasnya dengan memanggilku ABANG. Ketika itu, aku sememangnya bersyukur kehadrat NYA kerana berjaya mengatakan sesuatu yang dapat mententeramkan jiwanya, jiwa suami kepada isteri orang yang curang tadi.

Memang aku khuatir juga andai berlaku krisis yang berpanjangan antara aku, suami dan isteri orang yang curang itu. Apatah lagi aku sememangnya mengetahui bahawa mereka sudah ada simbol kasih sayang, iaitu seorang anak perempuan yang dikatakan baru berusia dua tahun setengah ketika itu.

Rupa-rupanya sesuatu yang ingin diberitahunya kepadaku adalah sesuatu yang amat-amat mengejutkan aku. Sememangnya aku tidak pernah menyangka yang dia, suami kepada isteri orang yang curang itu menzahirkan dari mulutnya ayat seperti itu.

Anda nak tahu apa yang dikatakannya kepadaku?

Memang aku terkejut mendengar penjelasannya. Bukan hanya terkejut, malahan terperanjat pun ada., tetapi hanya dalaman jiwaku sahaja yang merasakannya.

Seperti biasa, fizikalku hanya cuba mengawal suasana agar nampak bersahaja seolah-olah hatiku tabah mendengarnya.

Ungkapan ayat yang diutarakannya kepadaku memang masih segar dimindaku sehingga kini. Sebab itulah juga aku mencoretkan cerita ini untuk Anda. Moga-moga akan memahami dan mengetahui, seterusnya berhati-hati di dalam mencari-cari jodoh, apatah lagi ketika melayari bahtera perkahwinan nanti.

Ada baiknya juga aku nyatakan ungkapan ayat yang dizahirkan oleh suami kepada isteri orang yang curang itu seperti ini;

“ABANG, sebenarnya saya bersama dia dah lama. Lebih kurang tujuh tahun kami hidup sebagai suami isteri, walaupun kami belum bernikah…”

MASYALLAH! Memang aku terkejut selepas mendengar penjelasannya itu.

Maklumlah, bagi diriku, perbuatan seperti itu amat-amat tidak wajar dilakukan. Apatah lagi menzahirkannya kepada orang lain yang baru dikenali seperti aku. Memang tidak sepatutnya ungkapan itu terzahir kepada diriku.

Aku, walaupun dalam keadaan terkejut mendengar ungkapan itu, akhirnya menggapai tangannya yang sedang terampai di atas meja ketika itu, iaitu tangan suami kepada isteri orang yang curang tadi.

Ketika tanganku menapak di atas tanggannya, cepat-cepat aku memberitahu agar usahlah diteruskan kisahnya yang telah berlalu.

Biarlah ianya menjadi lipatan sejarah dan peliharalah maruah isteri, lebih-lebih lagi mengelakkan perbuatan yang boleh memburuk-burukkan peribadi isteri sendiri.

Memang ada juga kewajarannya bertindak jujur seperti itu, tetapi dalam hal-hal sebegini, dia, suami kepada isteri orang yang curang itu perlu memelihara maruah diri, apatah lagi maruah isteri sendiri.

Selesai sahaja aku menyatakan seperti itu, dapat aku perhatikan dahi suami kepada isteri orang yang curang itu berkerut-kerut sedikit disertai lontaran pandangan matanya yang berkaca kepadaku.

Belum sempat kami mengakhiri perbualan itu, tiba-tiba telefon bimbit suami kepada isteri orang yang curang itu berbunyi. Dia mengatakan bahawa isterinya sedang menelefon dan aku menganggukkan kepala tanda bersetuju untuk kami menghentikan perbualan seketika.

Jam tangan ketika itu aku lihat sudah melebihi pukul 7.30 pm, namun restoran mamak itu masih dipenuhi dan disesaki oleh penggemar roti canai yang sememangnya menjadi kegemaranku, lebih-lebih lagi seandainya roti canai itu dicecah dengan campuran kuah dal dan kari serta disirami tambahan teh tarik untuk dinikmati.


Oppsss… Nanti aku sambung lagi cerita ini. Nampaknya macam belum boleh diakhiri ketika ini…
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Jun 23, 2009

Aura Kesaktian dan Kehebatan Manusia

Kesaktian adalah antara ilmu yang diinginkan oleh sebahagian besar manusia, kerana dari ilmu kesaktian inilah manusia dikenali sebagai seorang yang hebat.

Sememangnya manusia adalah makhluk yang hebat yang telah dijadikan oleh Maha Pencipta, iaitu Tuhan yang Esa.

Kehebatan manusia mengatasi iblis telah menyebabkan iblis dengki yang akhirnya menghumbankan iblis sendiri ke dalam jurang kekufuran kepada Tuhan yang Menciptakan. Bertitik tolak dari itulah juga akhirnya manusia yang hebat yang memiliki kesenangan Syurgawi terhumban ke dalam kehidupan Duniawi. Dunia yang kita duduki kini.

Sememangnya begitulah sejarah yang diceritakan kepada saya mengenai lumrah kehidupan dunia yang kita warisi kini.

Kealpaan manusia menyebabkan ujian dunia kena dilalui dahulu sebelum menduduki semula syurgawi. Dan untuk itu berlaku, kita yang bergelar manusia perlu membuktikan bahawa sememangnya kita lebih hebat berbanding iblis dan para tentera-tenteranya.

Tetapi ingat, kehebatan ini bukanlah pula kita jadikan untuk meninggi diri, apatah lagi menjadi takbur. Sememangnya kehebatan yang manusia miliki adalah antara ujian-ujian yang harus dilalui.

Perbezaan antara manusia dengan syaitan memanglah jelas kerana syaitan adalah bibit-bibit kelahiran iblis yang semulajadinya ada sifat kedengkian dan keingkaran kepada Tuhan. Kalau manusia itu ada sifat sedemikian, alamatnya dikenali Manusia Bertopengkan Syaitan iaitu akan ditempatkan secara abadi di dalam neraka yang akan ditemani oleh para syaitan. Nauzubillah…

Untuk membezakan manusia yang bergelar Insan Ciptaan Tuhan dan Manusia Bertopengkan Syaitan, pastilah merujuk kepada Kehebatan Diri. Kehebatan yang saya ungkapkan ialah memiliki ilmu yang tinggi sebagai benteng pertahanan diri di dalam melalui liku-liku kehidupan ini.

Andai Anda tidak mahu juga melakukan begitu, terserahlah kepada Anda kerana seperti yang saya nyatakan di awal coretan tadi bahawa keingkaran iblis sendiri menyebabkan dia menjadi kufur selama-lamanya. Itu yang dikehendaki oleh iblis sendiri. Nauzubillah….

Kehebatan kita pasti bersinar andai ada bimbingan dari NYA.

Mengapa? Kerana segala rahsia kehebatan tentang diri kita hanya ada pada NYA. Dari itu, usah terlupa untuk memohon kesaktian dan kehebatan dari NYA. Sesungguhnya DIA amat mengetahui akan segala-gala kesaktian dan kehebatan yang kita miliki, untuk dijadikan senjata di dalam menempuhi segala ujian-ujian duniawi.

Namun, ketahuilah bahawa ianya tidak mudah seandainya kita masih tidak mengenali DIA, DIA yang Maha Esa, Pencipta yang Maha Kuasa yang saya kenali sebagai ALLAH.



Opss… sebenarnya saya ingin bercerita mengenai kesaktian dan kehebatan yang diinginkan oleh sebahagian manusia. Berbalik kepada kisah ini, betulkah kesaktian ini ada? Seandainya Anda bertanya begitu kepada saya, pastilah jawapannya ada.

Ingatkah lagi mengenai kisah para nabi? Kalau tak ingat, cuba renungi beberapa ayat di bawah ini;


Berkatalah Ketua-ketua dari kaum Firaun: Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir. (Al-Araf, 7: 109)

Mereka berkata: Tangguhkanlah dia dan saudaranya (daripada dijatuhkan sebarang hukuman) serta utuslah ke bandar-bandar (di merata-rata negeri Mesir untuk) mengumpulkan (ahli-ahli sihir); Yang kelak akan membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir. Dan datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun lalu berkata: Sungguhkah kami akan beroleh upah, kalau kami dapat mengalahkannya? (Al-Araf, 7: 111 – 113)

Nabi Musa menjawab: Campakkanlah kamu (dahulu)! Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya). Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Campakkanlah tongkatmu! Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan. (Al-Araf, 7: 116 – 118)


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. (Al-Baqara, 2: 102)



(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Rohulqudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata. (Al-Maeda, 5: 110)

Dan kalau Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah kitab (yang bertulis) pada kertas, lalu mereka memegangnya dengan tangan mereka, nescaya orang-orang yang kafir itu berkata: Ini tidak lain, hanyalah sihir yang terang nyata. (Al-Anaam, 6: 7)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Jun 22, 2009

Coretan untuk Menenangkan Fikiranku

Coretan ini dihasilkan sementara menenangkan akal saya yang sedikit bercelaru ketika ini. Memang agak tidak tenteram aura di minda, memandangkan pelbagai gangguan kerja yang sentiasa menggamit pemikiran untuk dianalisa dan seterusnya diselesaikan segera.

Nasib baik juga ada teknologi komputer ketika ini. Melalui bantuannyalah fikiran saya yang agak bercelaru sedikit terurai seketika. Heheheee

Sementara mententeramkan minda saya, ada baiknya juga saya mengisikan sesuatu untuk santapan rohaniah, sebelum beredar menyelesaikan fardu Dzohor yang harus dilaksanakan sepatutnya sejam setengah yang lalu. Iskkk Iskkkk.

Inilah akibatnya bila dunia lebih di utamakan. Sampaikan tanggungjawab untuk bertemu dengan NYA pun sudah dilupa. Apakah ini tandanya bahawa hatiku sudah tercalar menyebabkan pancaran cahaya NYA sedikit samar-samar sahaja? Astagafirullah… 3 X

Moga-moga permohonanku akan dimakbulkan. InsyaAllah.

Pada NYA jua daku berserah di atas semua perkara yang harus saya laksanakan sepanjang kehidupan di dunia.

Makan tengahari pun aku belum jamah sebenarnya. Bukankah ini juga diperlukan untuk memberikan tenaga pada tubuh badan kita?

Okaylah, cukup setakat ini coretanku yang barangkali Anda ingin baca. Harap-harap mindaku akan tenang selepas menyelesaikan coretan ini buat Anda selain saya nak memohon pada NYA dan seterusnya menjamu selera. Dah pukul tiga nampaknya.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Jun 21, 2009

Rahsia Menyingkap Kehidupan (Kuasa Beragama)

Hadirnya kita ke dunia ini dinyatakan dengan pelbagai tujuan. Memanglah ianya mengikut amalan dan anutan setiap insan.

Hanya yang beragama sahaja memiliki pendirian adanya kehidupan lain selepas kehidupan ini. Kehidupan ini yang saya maksudkan adalah kehidupan di dunia yang dikatakan kehidupan maya dan sementara.

Asas di dalam kehidupan dunia yang kita percayai ketika ini ialah setiap yang terjadi di dunia adalah dizahirkan melalui tenaga atau kuasa. Kuasa yang memang bertenaga untuk menzahirkan pelbagai perkara. Salah satunya, pastilah tenaga kuasa beragama.

Beragama dalam erti kata mempercayai adanya kuasa yang lebih hebat daripada kuasa manusia. Kehebatan kuasa yang dimiliki oleh kuasa beragama sememangnya adalah kuasa ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata.

Ianya memerlukan sebenar-benar kuasa hasil himpunan beberapa kekuasaan yang ada pada manusia untuk merasainya.

Andai Anda cuba berusaha melihat kehebatan kuasa beragama hanya melalui pandangan mata, pastilah Anda akan gagal untuk melihatnya. Maklumlah, bukankah dunia ini dikatakan penuh dengan pancaroba? Apatah lagi pandangan mata itu dipandu oleh nafsu Anda yang tidak mengerti akan kehidupan beragama.

Seandainya pandangan mata itu digabungkan dengan akal atau minda, belum tentu juga ianya dapat menzahirkan kehebatan kuasa beragama kerana minda yang menganalisa setiap pandangan tidak akan seratus-peratus benar andai minda yang digunakan belum cukup ilmunya.

Hah! Itu sebab kita hadir ke dunia ini. Sebahagian daripada matlamatnya adalah untuk mencari dan mengumpul ilmu-ilmu NYA. Tidak kiralah ilmu itu Anda pelajari, atau mungkin juga Anda lalui sendiri. Itu memang ilmu yang harus kita ketahui.

Saya berani mengatakan bahawa ilmu yang dipelajari dan ilmu yang dialami memang jauh berbeza kerana yang mengalami pasti lebih mengetahui. Umpama seseorang yang memberikan susu untuk diminum, rasa susu akan diketahui sama ada manis atau pahit bila mana Anda meminumnya sendiri. Pastilah tidak semua yang merasai kemanisan susu sama semuanya pada setiap masa dan ketika.

Walaupun begitu, Anda yang cuba berusaha mempelajari sesuatu ilmu, setidak-tidaknya ilmu yang diperolehi boleh dijadikan panduan untuk meneruskan kehidupan. Hidup yang memang memerlukan tenaga untuk menyinarkan aura di dalam diri kita, untuk menyuluh perjalanan seterusnya.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Jun 20, 2009

Gambir Sarawak Menambahkan kuasa Zakar Lelaki ?

Opsss... Jangan fikir yang bukan-bukan bila saya menggunakan tajuk seperti di atas itu. Memang bunyinya seolah-olah lucah. Tetapi hakikatnya, coretan kali ini ingin berkongsi dengan Anda. Anda yang bernama Lelaki dan bukannya Wanita. OK

Kalau Anda adalah seorang wanita, pastikan Anda memang sudah mendirikan rumah tangga. Setidak-tidaknya, ilmu yang akan saya kongsikan ini bolehlah diceritakan kepada suami.

Tetapi seandainya Anda masih single lagi, nasihat saya, tak perlulah Anda membacanya. Tunggu sehingga Anda sudah mendirikan rumahtangga.

Saya tertarik menggunakan tajuk di atas bila saya membaca artikel ini Belai Jika Tidak Aktif. Setidak-tidaknya ada juga sesuatu yang bermanafaat untuk diketahui.

Maklumlah, dahulu sering juga saya terdengar dari kawan-kawan mengenai Gambir Sarawak. Hakikatnya, memang saya tidak mempercayainya kerana takkanlah pula Gambir Sarawak itu boleh memberikan kuasa. Hehheee

Dan hari ini, seorang Pakar Sakit Tuan yang bernama Dr. Ismail Thamby, telah megukuhkan lagi pendapat saya sebelum ini. Bacalah artikel ini, Belai Jika Tidak Aktif. Setidak-tidaknya adalah juga ilmu yang akan diperolehi nanti.

Tetapi nasihat saya, janganlah pula Anda menjadi ghairah membacanya. Anggap ianya sebagai ilmu bermanafaat yang harus diketahui untuk memelihara kesihatan diri. InsyAllah...
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Jun 19, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 18 (Isteri orang yang curang)

Ketika ini, sengaja aku menyambung cerita berkenaan Isteri Orang yang curang walaupun hakikatnya terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan. Hehehee…

Memanglah itu yang aku telah tekadkan ketika ini agar Anda yang setia bersama-sama denganku di dalam blog Pedoman Hidup tidak akan berasa hampa, bila mana menziarahi blog ini nanti.

Rasanya ada juga baiknya aku selesaikan sahaja kisah mengenai Isteri Orang yang Curang ini, sebelum aku melanjutkan kisah berkenaan usaha-usahaku di dalam mencari jodohku.

Sememangnya, selepas peristiwa aku diganggu oleh isteri orang untuk kali kedua, akhirnya aku telah berusaha bersungguh-sungguh mencari-cari jodohku, selain disebabkan usiaku yang semakin meningkat naik ketika itu. Heheheee

Oklah, aku sambung sahaja kisahku diganggu oleh Isteri Orang yang Curang itu iaitu;

Sebaik sahaja aku selesai bersalaman dan berkenal-kenalan dengan suami kepada isteri orang yang curang di restoran mamak yang aku gemari itu, akhirnya aku menceritakan dari awal perkenalanku dengan isterinya. Sememangnya aku tidak melepaskan peluang untuk menceritakan bagaimana aku mula-mula berkenalan dengan isterinya.

Masih aku ingat bila mana aku mengatakan kepadanya bahawa sesungguhnya aku tidak mengetahui yang isterinya ketika mula-mula menelefonku merupakan seorang wanita yang bergelar isteri. Ini kerana isteri orang yang curang itu telah menyamar menjadi seorang wanita misteri di awal perkenalan kami.

Sungguh! memang aku tidak mengetahuinya…. Sebaik sahaja aku berkata begitu, akhirnya suami kepada isteri orang yang curang itu membalas penjelasanku dengan berkata bahawa sememangnya dia memahami keadaan itu dan bersetuju kerana isterinya pun bukan ada tanda di dahi yang mengatakan bahawa dia sudah menjadi isteri orang. *&^%

Bilamana aku mendengar persetujuannya dengan penjelasanku, akhirnya terfikir juga aku mengenai kaum india yang menggunakan penanda berwarna merah di dahi sebagai simbol yang mereka sudah bersuami.

Mungkinkah ada baiknya melakukan begitu? Entahlah, aku sendiri pun tidak pasti, hanya wanita yang memahami seandainya melakukan seperti itu. Nak tanya aku, pastilah aku tidak dapat menjawabnya... kerana wanita sahajalah yang lebih mengetahuinya.

Selanjutnya aku memberitahunya bahawa rahsia kemisterian isterinya akhirnya terbongkar jua bila mana aku terdengar suara seorang kanak-kanak perempuan berhampiran bunyi suaranya di dalam telefon bimbitku. Ini menyebabkan aku memaksanya berterus terang siapakah gerangan kanak-kanak perempuan berdekatan dengannya ketika itu.

Seperti biasa, dia cuba mengelak untuk menerangkannya, tetapi kerana aku memberitahu akan DIA, DIA yang Maha Esa, yang mengetahui akan segala perkara dan dosa, akhirnya isteri orang yang curang itu bertindak jujur juga dan terbongkarlah segala cerita benar tentang dirinya.

Dari situlah akhirnya dia, iaitu isteri orang yang curang itu berterus terang kepadaku. Dan selepas mengetahuinya, pastilah aku berusaha mengelakkan panggilan-panggilannya selepas itu.

Aku menyatakan begitu kepada suami isteri orang yang curang itu bahawa takkanlah pula diriku yang masih Muda Teruna nak berkahwin dengan isteri orang? Bila mana aku menjelaskan seperti itu, aku dapat melihat sesuatu paparan di wajahnya yang ternampak seakan-akan suatu kesedihan, dan aku juga merasakan sesuatu di dalam hatiku yang seakan-akan ada rasa bersalah kerana berterus-terang seperti itu.

Apatah lagi bila mana aku mengatakan bahawa aku masih Muda Teruna yang semacam sahaja bunyinya... Hehehee ...

Hakikatnya umurku dah lanjut pun ketika itu iaitu berusia 31 tahun, berbanding Isteri Orang yang Curang yang masih muda remaja, sekitar 25 tahun tak silap aku.

Berbalik kepada perasaan rasa hatiku yang bersalah kerana berterus-terang tadi, ditambah pula air muka suami kepada isteri orang yang curang itu seakan-akan memarahi isterinya, akhirnya aku tersedar bahawa sebenarnya aku juga telah melakukan sesuatu yang amat-amat tidak wajar kepada isteri orang yang curang itu.

Selepas itu aku cuba berusaha menjelaskan semua kejadian yang telah berlaku dari pancaran yang positif sedikit sifatnya agar isteri orang yang curang itu tidak disalahkan sepenuhnya.

Opsss… nampak gaya aku terpaksa berhenti di sini, sebab mindaku telah aktif kembali untuk menyuruh menyambung kerja-kerja seterusnya yang harus aku selesaikan hari ini juga. Heheheee..

(Nampaknya, tak dapatlah aku mengakhiri cerita mengenai isteri orang yang curang pada ketika ini. InsyaAllah akan aku sambung lagi esok atau lusa atau barangkali dua, tiga hari lagi)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Jun 18, 2009

Putus Cinta atau Putus Kasih Sayang ?

Salamelekom, wbt adikku Ana Syazwin.

Sungguh indah nama ini dan abg yakin, orangnya juga memiliki keanggunan sedemikian rupa. Memang abg yakin itulah selayaknya pujian yang adik harus perolehi. Berbanggalah dengan nama ini dan hargailah ia, apatah lagi kepada insan yang telah mengukirkan nama sedemikian rupa.

Memang mereka selayaknya dimahkotakan perasaan ini iaitu limpahan kasih dan sayang. Sesungguhnya, titisan kasih dan sayang lah yang telah menghadirkan kita ke sini. Di sini… di dunia ini.

Dari itu, usahlah lalai dan alpa untuk mencerminkannya kembali kepada mereka yang telah memberikan perasan kasih dan sayang ini.

Usahlah dibazirkan titisan kasih dan sayang yang adik miliki kepada mereka yang masih tidak mengerti mengenainya. Apatah lagi kepada mereka yang tidak mahu berusaha untuk memahami akan erti titisan kasih dan sayang yang diberikan.

Biarkanlah ianya berlalu pergi kerana orang yang sedemikian memang tidak akan menghargai setiap titisan kasih dan sayang yang diberi. Apatah lagi menambahkan kehebatan pada perasaan kasih dan sayang yang selayaknya dicurahkan dengan penuh kehebatan agar terlakarlah kenangan-kenangan indah yang kelak mengukirkan suatu simbol yang amat berharga sepertimana wujudnya adik dan nama yang begitu indah.

Kita, yang masih memiliki limpahan perasaan kasih dan sayang hasil cerminan hati dan perasaan, usahlah pula terikut-ikut dengan mereka yang tidak memahami dan menghargainya, apatah lagi menyelewengkannya menjadi perasan benci dan dengki. Ketahuilah bahawa benci dan dengki adalah antara racun duniawi yang harus dihindari.

Amat malanglah seandainya perasaan kasih dan sayang yang kita miliki kini terbalik pula menjadi perasaan benci dan dengki. Apakah itu yang harus kita perolehi? Semuanya terserah pada diri kita untuk melakarkan cerminan hati yang semulajadinya bersifat tulus dan suci.

Seandainya adik mengetahui betapa indahnya nama yang adik miliki kini, abg pasti adik kelak akan menghargainya, terutama kepada mereka yang telah mengukirkan nama sedemikian rupa. Apatah lagi merekalah yang bertanggungjawab menzahirkan adik di dunia ini sebagai suatu simbol kasih sayang mereka. Pastilah kehadiran adik ke sini adalah hasil limpahan kasih dan sayang juga.

Apakah adik telah terikut-ikut untuk tidak menghargai mereka yang telah memberikan semuanya ini?, iaitu hasil titisan daripada perasaan kasih dan sayang? Kasih dan sayang yang dilakarkan oleh kedua orang tua sehingga terukirlah wajah adik nan jelita dan memiliki nama yang cukup indah!.

Ingat! kedua orang tualah yang menitiskan kasih sayang itu sehingga terzahirnya adik di sini. Mengapa pula wujud bibit-bibit kebencian dan kedengkian yang memang tidak selayaknya berlaku pada nama yang begitu indah sekali?

Mungkinkah terdorong dan terikut-ikut dek penangan orang yang tidak mengenal erti kasih dan sayang tadi?

Dari itu, ambillah pengalaman hidup yang telah dilalui oleh adikku nanu seperti yang terlakar di atas kerana ianya memang ada kilauan cahaya NYA untuk menyuluh hidup seterusnya.

Lakukanlah pelbagai usaha kerana itu sahaja selayaknya yang perlu dilakukan kini seandainya adik yang memiliki nama nan indah ingin berjaya.

Salam dan doa buat adik, moga-moga akan berjaya.



Coretan ini saya lakarkan selepas membaca masalah hidup yang sedang dihadapi oleh seorang adik yang bernama Ana Syazwin iaitu putus cinta selepas berkenalan 9 tahun, diiringi bebanan hidup iaitu ibunya sedang sakit, ditambahi pula perangai ayahnya yang menurutnya tidak bertanggungjawab. Moga-moga coretan yang tidaklah seberapa ini dapat dimengerti kerana idea yang datang semasa melakarkan coretan ini memanglah agak samar-samar sifatnya.


Entri tambahan mengenai;

Bicara Soal Cinta

Cinta Terhalang,

Putus Cinta atau Putus Kasih Sayang,

Kasih dan Sayang,

Petua Menyuburkan Kasih Sayang,

Mengenali Cinta.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Jun 16, 2009

Nasihat Buat Adikku Daniella

Salamelekom,wbt adikku Daniella,

Sedih juga abg membaca coretan adik itu. Pastilah abg berusaha melakarkan sesuatu khusus untuk tatapan adik di sini.

Sesungguhnya abg melakukan ini adalah semata-mata mengharapkan redha dari NYA jua dan seandainya nasihat abg ini berguna, ambillah... tetapi jika sebaliknya pula, buangkanlah ia jauh sejauh-jauhnya dan carilah nasihat-nasihat lain yang boleh membantu adik. InsyaAllah.

Pertama-tamanya, usahlah menyalahkan sesiapa di atas apa yang telah berlaku ini. Bersihkan hati dari pelbagai prasangka yang ada terhadap sesiapa, tetapi renung-renungkanlah apa yang membuatkan adik menerima kegagalan sedemikian rupa.

Renung sejauh yang mungkin dan cuba fikirkan dari sudut diri adik sendiri. Sekali lagi, usah ditafsirkan apa yang orang lain telah lakukan, tetapi adik kena fikir apa yang adik boleh lakukan untuk menghadapi situasi yang telah berlaku ini.

Fikirkan bagaimana mengatasi masalah yang adik hadapi kini dan elakkan memikirkan sebab musabab masalah yang menimpa adik sekarang ini. Ingat, sekarang ini adik kena fikirkan bagaimana nak menyelesaikannya.

Kedua, nasihat abg ialah hadapi dengan tenang dan tabah segala peristiwa yang telah berlaku. Redha dengan ketentuan ini kerana kejayaan kehidupan sebenarnya bukanlah terletak seratus peratus pada perkara itu.

Lebih jauh lagi, adik kena fahami bahawa inilah dugaan atau ujian hidup yang harus adik hadapi. Seandainya adik berjaya dengan dugaan ini, abg berani mengatakan bahawa berkemungkinan Syurgalah ganjarannya. Sesungguhnya itulah Kejayaan Hakiki di dalam menghadapi segala liku-liku kehidupan ini.

Ketiga, Selain daripada menunggu keputusan rayuan itu, cubalah berusaha sedikit. Pertamanya, berjumpa dengan pihak atasan (Pentadbir khususnya Dekan, Penyelaras Program atau mungkin Pensyarah yang adik maksudkan itu).

Dan berbincanglah dari hati yang tulus ikhlas agar mereka memberikan peluang sekali lagi untuk adik mengulangi kursus itu dan seterusnya akan memperbaiki pencapaian di masa akan datang. Jangan malu untuk memohon maaf kerana itulah penawar yang amat-amat mujarab terhadap sesiapa yang dimusuhi. Apatah lagi hati-hati yang diselubungi dengan pelbagai sifat kebencian dan kedengkian.

Mengapa adik kena melakukan itu? Pastilah abg berani mengatakan bahawa pada masa ini, merekalah yang berkuasa menerima rayuan yang adik telah kemukakan itu. Ini adalah sebahagian daripada usaha yang adik kena lakukan agar diberikan peluang sekali lagi. Ingat!, usah menyalahkan sesiapa di dalam hal ini, tetapi salahkan diri sendiri, kelak adalah belas ihsan dari mereka nanti.

Keempat, Jangan lupa untuk berdoa dan memohon kepada NYA kerana segala yang mustahil boleh berlaku seandainya ada limpahan kurnia dari NYA. Abg berani mengatakan ini kerana segala keajaiban di dalam kehidupan ini sememangnya hak mutlak bagi NYA. Mengapa? Kerana tiada lagi kuasa yang maha berkuasa selain daripada kuasa yang ada pada NYA. Oleh itu, pohonkanlah sedikit kekuasaan NYA yang kelak mengiringkan keajaiban NYA untuk membantu di dalam kita menghadapi kesulitan kehidupan semasa di dunia ini. Sesungguhnya, DIAlah yang mengetahui akan semua perkara di dunia ini.

Untuk akhirnya, abg ingin mengatakan, apapun yang terjadi, adik kena berani menghadapinya. Maksud abg di sini ialah, berterus terang saja pada kedua orang tua kerana abg yakin, mereka kelak memahami apa yang telah terjadi kepada adik.

Dan seandainya mereka memarahi adik, terimalah hakikat itu kerana sememangnya mereka layak melakukannya. Redhalah dengan pelbagai nasihat yang kelak diberikan oleh mereka. Ingat! Hadapi dengan tabah dan tenang.

Dan, usahlah berputus asa kerana setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Usah dipersiakan kehidupan yang dilalui kini kerana kegagalan itu bukanlah seratus peratus merupakan kegagalan di dalam kehidupan ini.

Mungkin ada baiknya juga adik menerima kegagalan itu kerana barangkali ada yang lebih baik sedang menunggu di hadapan kini.

Apa dia? Hanya DIA yang mengetahui dan pastilah abg berani mengatakan bahawa laluilah kegagalan ini walaupun ianya terlalu pahit atau perit kerana sesungguhnya kepahitan dan keperitan ini adalah ujian untuk meluluskan kita di dalam memahami akan erti kehidupan ini.

Kehidupan ini ada Matlamat Hakiki. Pastilah Matlamat untuk menduduki kehidupan nan abadi iaitu Syurgawi.


Abgbent.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Jun 15, 2009

Jodoh Pertemuan Ada Tiga Jenis? Jodoh Syaitan, Jodoh Jin dan Jodoh…

Tertarik untuk meneruskan coretan berkaitan dengan Jodoh Pertemuan kerana di dalam kehidupan ini, pastilah Jodoh Pertemuan itu amat-amat bermakna.

Hidup kita akan berubah bila mana bertemu jodoh. Dan pastilah pengiktirafan terhadap diri juga akan berubah. Perubahan pada semua perkara…

Tetapi, kali ini saya lebih suka berkongsi dengan Anda mengenai tiga jenis Jodoh Pertemuan yang saya perolehi semalam, selepas menonton di panggung wayang.

Istilah mengenai Jodoh ini saya perolehi selepas menonton filem Syurga Cinta, hasil arahan Ahmad Idham. Heheheeee…

Sebenarnya, semalam saya bersama isteri dan anak-anak telah bersiar-siar menikmati panorama kehidupan. Sebab itulah kami akhirnya singgah di sebuah panggung wayang, menonton kisah yang dipaparkan di dalam Syurga Cinta. Memang bagus ceritanya, dan kami terhibur dengan pengkisahan ceritanya. Heheheeeee..

Ermm… pada awal cerita, beberapa babak memaparkan beberapa kelucuan dan di pertengahan pula, sarat dengan kata-kata nasihat. Itu yang dapat saya katakan. Pengkisahannya terlalu banyak berbual dan watak heroin pula agak kurang menyerlah… Sori, Cikgu Syuhadah. Next time bolehlah ditingkatkan lagi lakonan itu… Semoga berjaya.

Seperti biasa, saya amat mengagumi kata-kata di dalam sesebuah filem. Kali ini saya amat tertarik dengan babak yang memaparkan Atuk Cikgu Syuhadah memberi nasihat kepada Irham iaitu boyfriend kepada Cikgu Syuhadah berkaitan Jodoh Pertemuan.

Nasihat Atuk Cikgu Syuhadah kepada Irham berbunyi;

“Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan.

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Yang kedua pula Atuk Cikgu Syuhadah mengistilahkan Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rahsia Warna Cahaya Di Dalam Kehidupan

Rahsia Warna Cahaya di dalam kehidupan, memang itulah yang ingin saya kongsikan. Lumrah hidup di dunia, kita memerlukan cahaya untuk memberikan sinar kehidupan. Cahaya sememangnya merahsiakan pelbagai warna, namun ada dua yang utama yang ingin saya kongsikan dengan Anda iaitu Biru dan Merah.

Di dalam teori ilmu sains, warna Merah dianggap sebagai cahaya yang memancar (gelombang) paling pendek, berbanding warna Biru yang paling panjang. Kedua-dua sinaran warna yang berkilauan ini saya umpamakan sebagai Positif dan Negatif. Kilauan positif dan negatif ini memenuhi lumrah kehidupan yang ada Pro dan Kontranya.

Sama ada Merah atau Biru, bagi diri saya, tidak semestinya pancaran biru lebih baik berbanding yang merah. Pastilah saya berani mengatakan bahawa sama ada pendek atau panjang, kedua-duanya perlu bersinar iaitu bergantung pada waktu dan keadaan.

Tetapi harus juga Anda ketahui bahawa di dalam ilmu warna, yang terletak di tengah-tengah di antara Merah dan Biru ialah warna Kuning. Dan harus juga Anda ketahui bahawa bilamana warna Biru dan Kuning digabungkan menjadi SATU, maka akan tersinarlah kilauan warna HIJAU.

Barangkali ada sesuatu yang harus Anda ketahui mengenai kilauan warna Hijau ini kerana agama Islam sering dilabelkan dengan warna ini.

Selain itu, Anda pasti tahu mengenai TV bukan? Teknologi TV menggunakan sistem warna additif yang menggabungkan tiga warna utama iaitu BIRU, MERAH dan HIJAU.

Ketiga-tiga warna ini digunakan di dalam teknologi TV supaya terpancarlah sensasi warna di paparan skrin TV. Apa yang harus Anda pelajari ialah bilamana warna Biru, Merah dan Hijau bergabung menjadi SATU, maka terpancarlah CAHAYA PUTIH.

Sememangnya ada rahsia yang tersembunyi yang harus Anda selidiki mengenai perkara ini...
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Jun 13, 2009

Kepahitan dan Keperitan Hidup yang Sukar Dilupakan

Sengaja saya melakarkan sesuatu pada ketika ini agar dapatlah dikongsi ilmu yang ada, walaupun barangkali tidak bernilai kepada Anda…

Tetapi, ketahuilah bahawa diri ini tetap akan berusaha mencoretkan sesuatu di sini untuk memenuhi azam di dalam diri. Pastilah azam ini semata-mata mengharap redha dari NYA, agar kelak adalah cahaya NYA menyuluh perjalanan hidup ini.

Pastilah juga mengharap agar kehidupan yang dilalui ini tidaklah sia-sia...

Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali ….. yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran” (surah Al-Asr)

Dari itu, izinkanlah saya mencoretkan apa-apa berkaitan Kenangan Pahit atau Perit yang amat sukar Anda lupakan. Sememangnya perkara yang amat menyakitkan sukar untuk dilupakan, apatah lagi parut luka itu masih kelihatan. Itu sememangnya lumrah di dalam kehidupan.

Siapa yang boleh melupakan setiap kepahitan dan kegagalan di dalam kehidupan? kalau ada, saya menganggap dialah manusia yang istimewa.

Hakikatnya, memang sukar melupakan sesuatu yang amat pahit di dalam kehidupan ini, tetapi ketahuilah saudaraku bahawa semua yang pahit dan perit itu adalah antara ujian-ujian kehidupan yang sememangnya harus kita lalui. Itulah antara hikmah kehidupan yang harus kita pelajari...

Mengapa?

Kerana kepahitan dan keperitan itulah yang akan mengajar kita tentang gambaran neraka NYA. Sebab itulah kita harus merasai sedikit keperitan dan kepahitan semasa kehidupan ini, agar kita mengetahui sedikit tentang Ilmu-Ilmu NYA yang tersembunyi.

Dan harus juga diketahui bahawa di sebalik neraka pastilah akan ada syurga NYA. Syurga merupakan sesuatu yang amat manis gambarannya kerana DIA yang menciptakan kehidupan ini sememangnya telah menjelaskan bahawa di situlah terletaknya segala kemanisan pengakhiran kehidupan.

Dari itu, sukalah saya mengatakan bahawa kesemua ujian pahit atau ujian perit yang dilalui semasa kehidupan ini haruslah dilalui dengan tabah. Apatah lagi seandainya diiringi doa memohon bantuan dan pertolongan NYA, agar kelak mendapat bimbingan dari NYA di dalam menghadapi segalan kepahitan dan keperitan hidup ini.

Sekurang-kurangnya dengan usaha sedemikian, berkemungkinan akan adalah iringan redha dari NYA semasa kita berusaha untuk melepasi ujian kehidupan ini. Memang redhaNYA itu amat penting di dalam kita melalui kehidupan ini kerana itulah matlamat mengapa kita di sini. Di sini..., di dunia ini.

Seandainya Anda masih tidak mengerti mengenainya, pastilah Anda akan tetap terasa kepahitan dan keperitan di dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan ini. Mengapa berlaku begitu? kerana Anda masih merasakan betapa pahit dan perit nya kehidupan yang sedang Anda lalui di dunia ini.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Jun 12, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 17 (Isteri orang yang curang)

Sesampainya sahaja aku di restoran mamak yang dijanjikan, aku pun menelefonlah suami kepada isteri orang yang curang itu. Pastilah bertanya sama ada dia sedang menunggu ku?. Tetapi sebenarnya soalanku itu dijawab olehnya dengan jawapan lazim “on the way” ke tempat yang dituju.

Sementara menunggu suami kepada isteri orang yang curang itu tiba, aku pun memesanlah kepada salah seorang pekerja di restoran mamak itu minuman kebiasaanku di situ iaitu teh tarik kaw-kaw rasanya.

Setelah minumanku hampir setengah ke bawah, akhirnya telefon bimbitku berdering dan memaparkan nama suami kepada isteri orang yang curang itu. Pastilah deringan itu aku sambut dan jawab kerana aku memahami bahawa barangkali dia sedang menuju ke tempat dudukku. Semasa berbual di dalam telefon ketika itu, aku dijelaskan warna baju dan seluar yang sedang dipakainya, begitu juga diriku melihat-lihat sekitar restoran pada masa itu.

Maklumlah pertama kali kami bertemu dan tidak pernah mengenali antara satu sama lain, ditambah pula keadaan ruang ketika itu yang penuh sesak dengan kehadiran insan-insan lain.

Akhirnya, dari kejauhan, dapat aku memerhatikan suami kepada isteri orang yang curang itu sedang bercakap melalui telefonnya dengan berpakaian t-shirt dan seluar pendek iaitu paras lutut. Oh ya, dia juga memakai kaca mata sedikit gelap ketika itu. Ermmm… kacak juga orangnya, dan memanglah lebih kacak dari aku barangkali. Heheheeee…

Bilamana aku mengangkat tangan dan dia juga memberikan isyarat bahawa dia sudah dapat mengecam diriku, akhirnya dia pun mendekati dan duduk semeja denganku. Itupun selepas kami berjabat tangan bersama-sama.

Memanglah aku dapat merasakan aliran aura dari tangannya ketika itu penuh dengan segala persoalan dan begitu juga dengan hatiku yang berdebar-debar dan tidak sabar-sabar menceritakan kisah sebenar bagaimana aku dan isterinya berkenalan.

Pada mulanya, perbualan kami dimulai dengan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Walaupun wajahnya ternampak seolah-olah tidak selesa dan ingin terus menjurus ke arah persoalan yang sedang bermain di mindanya, manakala hatiku juga sedang meronta-ronta untuk berkata-kata, tetapi dalam masa yang sama, aku juga cuba berusaha menenangkan diriku ketika itu. Maklumlah, akukan lebih tua darinya.

Sebenarnya, sebelum berjumpa dengan suami kepada isteri orang yang curang ini, aku merasa sedikit gusar pada awalnya, fikiranku menterjemah, seolah-olah orangnya seperti ahli gusti terkemuka. Manalah tahu tiba-tiba dia marah, nahas aku jadinya.

Tetapi sangkaanku itu meleset sama sekali kerana suami kepada isteri orang yang curang itu lebih muda dariku rupanya. Umurnya ketika itu lebih kurang 28 tahun, berbanding diriku yang sudah menjangkau 31 tahun. Ermmm.. memang mereka kahwin muda nampaknya.



(Coretan akan disambung lagi)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Jun 11, 2009

Nasihat Buat Adikku...

(Coretan ini adalah khusus buat adikku Na Shari yang baru sebentar tadi dipostkan di dalam ruangan komen blognya. Sengaja dipostkan kembali ke dalam blog Pedoman Hidup ini untuk dijadikan koleksi. Maklumlah, dah seminggu blog ini tidak diisikan sebarang coretan. Moga-moga, adalah juga manafaatnya coretan ini... untuk direnungi oleh saudara-saudaraku yang dikasihi)


Salamelekom, wbt adikku Na Shari yang dikashi kerana DIA.

Terkejut juga abg membaca entri ini..., maklumlah dah beberapa hari tidak mengadap komputer ini.

Sengaja melakukan begitu kerana beberapa tugasan perlu dilaksanakan, selain kerana merayakan birthday Isteri Yang Tercinta. Disebabkan penangan birthday Isteri Yang Tercinta itulah maka abg bertekad tidak mahu mengadap komputer selama seminggu. Itu memang kena dilakukan agar fikiran dan minda tidak mengarah selain ke arah Isteriku Yang Tercinta. Memang itu tekad di dalam diri ini.

Hah! hari ni barulah dapat menengok kembali beberapa blog adik-adik dan saudara-saudara selain membuat entri terbaru di dalam blog sendiri.

Pastilah abg terkejut bila mana membaca entri di dalam blog adikku Na Shari ini iaitu mengenai peristiwa yang sedang adik hadapi kini. Biasanya, bila bermimpi mengenai ular, pesan orang2 berpengalaman mengenai dunia mistik, pastilah ada kaitan dengan perkara2 yang tidak elok.

Oleh itu, cara mengatasinya ialah mendapatkan kerjasama mereka-mereka yang arif mengenai dunia mistik itu sendiri. Nasihat abg, cuba usahakan sesuatu agar dapat mengelakkan mimpi2 yang tidak elok itu menjadi bertambah buruk dan membebankan hidup.

Tidak salah mencuba dan pastilah salah andai tidak melakukan apa2 usaha iaitu dengan kata lain, membiarkan sahaja perkara itu berterusan menggamit kehidupan adik sendiri.

Luangkanlah sedikit masa yang ada untuk berusaha mengubati penyakit itu kerana sememangnya semua jenis penyakit di dunia ini pasti ada ubatnya. Selain berdoa, pastilah kita juga kena berusaha iaitu mendapatkan khidmat bijak pandai di dalam bidang tersebut.

Para sahabat Rasulullah dahulu pun sering kali mendapat pertolongan Rasulullah untuk menyelesaikan apa-apa permasalahan hidup yang dihadapi. Segerakan perkara tersebut diselesaikan sebelum terlambat yang lambat laun pasti akan menghancurkan kehidupan harian adik kelak.

Abg doakan semoga adik akan cepat sembuh. Sekadar membuat spekulasi, mungkinkah peristiwa yang adik alami ini berkaitan dengan ubat-ubatan PENGURUS BADAN yang adik gunakan? heheheeee... Saja abg nak buat spekulasi seperti itu. Sesungguhnya, Isteri Tercinta abg pun gemuk juga tapi abg tetap menyayanginya selagi hayat ini masih ada...InsyaAllah

Gemuk atau kurus secara fizikal itu bukanlah ukuran sebenar luahan kasih sayang, apatah lagi bila menyentuh soal kecantikan diri. Itu adalah hiasan luaran, tetapi paling penting pastilah yang dalaman itu snediri. Maksudnya, soal hati dan perasaan, yang harus diutamakan.

Ooo ya, satu lagi dipesan iaitu penyakit yang kita rasakan sememangnya adalah suatu hikmah di dalam kehidupan ini kerana darinya akan gugurlah dosa-dosa kecil yang kita punyai. Memang diri kita diberikan musibah sekali sekala sebagai ujian kehidupan yang harus kita hadapi, apatah lagi berkaitan dengan penyakit diri.

Ingatkah lagi peristiwa mengenai nabi Ayub yang dilingkari oleh penyakit? Pastilah peristiwa ini adalah satu daripada petunjukNYA yang harus kita ingati.

Akhir coretan, abg doakan semoga adik akan cepat sembuh dan diberikan kekuatan oleh NYA. InsyaAllah...

Abgbent
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Jun 05, 2009

Siapakah yang Betul ? Lelaki atau Wanita? ...Bahagian 3

Sekali lagi saya rasa terpanggil untuk meneruskan cerita-cerita mengenai tajuk Mengapa Pula Lelaki yang Di Persalahkan ?

Cerita ini saya pernah lakarkan dahulu iaitu

Bahagian 1 di sini (Mengapa Lelaki Pula diPersalahkan? - Poligami)

Bahagian 2 di sini (Jernihnya hati seorang Wanita tetapi Wanita jugakah yang mengeruhkannya?)


dan pada Bahagian 3 ini, saya terdorong untuk memautkan cerita yang diambil dari mStar Online iaitu (Dilema antara 'Berbagi Suami' dan amar maaruf!)


Sama-samalah kita berfikir dan merenung sejenak peristiwa ini. Seperti biasa, ambillah mana-mana yang baik dan buangkanlah mana-mana yang buruk. Jadikan ikhtibar mana yang patut agar kelak adalah sinar cahaya NYA menerangi kehidupan kita.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Jun 03, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 16 (Isteri Orang yang Curang)

Bila mana suami kepada Isteri orang yang curang itu bersetuju dengan pelawaan ku untuk berbicara dengannya, akhirnya dia pula yang meminta aku menetapkan lokasi dan waktu.

Menurutnya, bila-bila masa sahaja dia akan free untuk menyelesaikannya di mana sahaja. Menurutnya lagi, dia tidak mahu melambat-lambatkan pertemuan itu kerana dia juga ingin mengetahui peristiwa sebenar yang berlaku.

Aku memang tidak mahu melepaskan peluang yang ada ketika itu untuk menetapkan tempat dan tarikh yang sesuai agar dapat bertemu dengannya, iaitu suami kepada Isteri orang yang curang itu.

Maklumlah, hati aku juga meronta-ronta untuk berterus terang mengenainya. Aku tidak mahu lagi bergelumang dengan dosa, walaupun hakikatnya hanyalah berbicara melalui perbualan biasa, umpama seorang kawan yang harus diberikan tazkirah.

Tetapi hakikatnya, ketika itu, aku juga merasakan ada sesuatu yang berusaha membisik-bisikkan ke dalam hatiku. Tak perlulah aku menyatakannya kepada Anda di sini kerana amat buruk sebenarnya.

Apa yang dapat aku nyatakan ialah seolah-olahnya Isteri orang yang curang itu sedang membubuh sesuatu ke dalam hatiku dan barangkali juga hatinya.

Syukur tidak terhingga kepada NYA jua kerana sebelum peristiwa itu berlaku aku telah mendengar dan mengetahui mengenai ayat-ayat NYA seperti ini;

“Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman". (An-Nur, 24: 3)

Memang ayat itu amat-amat melekat di hatiku. Sebab itu jugalah aku berusaha menghindari isteri orang yang curang itu. Kerana aku tidak mahu larangan NYA itu seolah-olah tidak bermakna di dalam hati dan sanubariku, apatah lagi untuk menyuluh liku-liku kehidupanku. Ditambah pula memikirkan anak-anak yang bakal menjadi zuriat di dalam kehidupanku kelak.

Bukan sahaja peristiwa itu, malahan aku juga tidak mahu berusaha mencari-cari cinta sebelum berumah tangga. Mengapa?

Pastilah aku takut andai melakukan perbuatan terkutuk itu. Seperti yang aku telah nyatakan kepada Anda dahulu, usahlah marah padaku sekiranya Anda tidak bersetuju dengan pandanganku. Memang aku bertekad melakukan begitu kerana aku sebenarnya lemah berbanding Anda.

Masih juga terngiang-ngiang di telingaku ketika membaca ayat surah Yusuf berkaitan perkara ini. Pastilah ayat itu menjadi kegemaranku apatah lagi ianya dialunkan oleh Sheikh Mishary Rashed Alafasy (link). Memang beliau adalah Qari yang aku gemari kerana dendangan suaranya menusuk betul ke dalam kalbuku. Apatah lagi semasa alunan suaranya yang merdu itu aku iringi dengan menatap terjemahan kitab suci di dalam bahasa melayu.

"Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa". (Yusuf, 12: 24)

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)". (Al-Isra, 17: 32)

Memang peristiwa yang aku lalui bertemu Isteri orang yang curang itu merupakan cabaran di dalam hidupku yang aku boleh kategorikannya sebagai sedikit menyeronokkan dan pastilah juga ada keperitannya.

Opss… berbalik pada tempat perjumpaan yang aku pilih? Heheheeeee…

Geli hatiku bila mengingatkannya kembali. Nak tahu tempat yang aku pilih? Pastilah lokasi yang ada khalayak ramai. Sebabnya, manalah tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku, setidak-tidaknya adalah juga orang ramai yang bakal membantu.

Lokasi itu adalah Restoran Mamak yang memang sering aku kunjungi untuk menyantap roti canai berkuahkan campuran dal dan kari.



P/S: Jangan lupa mendownload bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari link yang telah aku berikan di atas. Moga-moga adalah manafaatnya.

Sheikh Mishary Rashed Alafasy (link)


(Coretan ini akan dilanjutkan di lain masa)

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Jun 02, 2009

Bantulah Daku, Wahai Saudaraku

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Anda, pembaca setia blog Pedoman Hidup. Memang selayaknya saya mengucapkan terima kasih kepada Anda kerana minggu lepas, akhirnya blog ini telah berjaya mengumpul nilai melebihi RM 50.

Syukur tidak terhingga dinyatakan kepada NYA jua kerana terus memberikan kekuatan kepada saya untuk berkongsi segala coretan dengan Anda, pastilah Anda yang saya kasihi dan sayangi.

Moga usaha yang tidak seberapa ini akan diredhai NYA kerana itulah sebenarnya matlamat blog Pedoman Hidup ini hadir untuk tatapan Anda. Bukanlah kerana nilai wang ringgit seperti yang dinyatakan di atas yang menjadi ukurannya.

Sememangnya saya berusaha melakarkan pelbagai coretan di dalam blog ini adalah semata-mata kerana DIA. Memang itulah janji saya dahulu dan selamanya, InsyaAllah…

Sebenarnya, nilai Ringgit Malaysia itu khusus saya hadiahkan buat Isteri Tercinta kerana “Payee Name” untuk blog ini telah diukirkan namanya, iaitu Isteri ku yang Tercinta. Mengapa?

Kerana kesudiannya mengizinkan diriku menggunakan masa di rumah untuk melakarkan pelbagai coretan di dalam blog ini. Walhal, sepatutnya, masa di rumah adalah khusus untuknya dan anak-anak.

Tetapi, atas kesudiannya membenarkan saya menggunakan sedikit waktu untuk bersama-sama Anda, akhirnya terlahirlah blog Pedoman Hidup ini, pastilah untuk Anda.

Itu semua saya lakukan adalah semata-mata untuk tatapan Anda, pembaca Blog Pedoman Hidup yang saya kasihi dan sayangi. Dan pastilah juga kerana DIA yang Maha Esa, yang mana saya melakukannya adalah mengharapkan keredhaan dari NYA.

Sebenarnya, ketika ini saya amat mengharapkan sedikit idea dari Anda, kerana sesungguhnya, ketika ini saya sedang di dalam keadaan dilema memikirkan apakah hadiah istimewa yang boleh saya berikan untuk Isteriku Yang Tercinta.

Maklumlah, tinggal 4 hari lagi, merupakan hari kelahirannya.

Saya masih tidak tahu, apakah hadiah istimewa yang boleh diberikan sempena hari kelahirannya itu. Kalau boleh, nak jugalah memberikan sesuatu yang cukup istimewa untuknya tahun ini.

Anda, pembaca blog Pedoman Hidup yang saya kasihi, tolonglah berikan idea, Apakah hadiah yang cukup istimewa untuk seorang wanita yang bergelar Isteri iaitu Isteriku Yang Tercinta…
Baca selanjutnya, Klik di sini...