Ahad, Oktober 25, 2009

Coretan Buat Adikku Katijah ... Penghuni Syurga

Terperanjat saya melihat luahan perasaan itu. Sesiapa saja akan menghadapi masalah. Cuma yang berbeza tingkatan setiap masalah yang dihadapi.

Ada masalah yang mudah bagi seseorang dan ada pula yang terlalu berat ditanggung oleh seseorang yang lain. Itulah yang dapat saya perhatikan dari coretan katijah.

Sejujurnya, saya sedikit rasa gerun untuk mendengarnya kerana saya tahu, andai itu yang saya lakukan, pastilah sedikit sebanyak tempias masalah itu akan juga tertanggung oleh diri saya. Namun, atas semangat persaudaraan, saya akan berusaha mendengarnya dan barangkali untuk membantu andai dapat dilakukan oleh saya yang kerdil ini.

Siapalah saya untuk melakukannya andai tiada bimbingan-Nya. Siapalah saya andai DIA tidak memberikan pertolongan-Nya. Dan siapalah saya berbanding DIA yang memiliki segala-gala keajaiban dan kekuasaan di dalam dunia ini.

Kalau pun tidak saya, mungkinkah ada rakan-rakan lain yang dapat menghulurkan bantuan, sekurang-kurangnya barangkali meringankan bebanan katijah hadapi kini.

Moga adalah manafaatnya. Dari DIA kita datang, kepada-Nya jua kita akan kembali. Redhakan apa yang telah terjadi, pasti ketenangan akan muncul di ruangan hati dan perasaan diri.

Setiap masalah, ada penyelesaiannya, dan setiap penyelesaian pasti ada matlamatnya.

Setiap matlamat akan ada cabarannya, dan setiap cabaran pasti dapat di atasi andai diiringi usaha bersungguh-sungguh.

Kesungguhan di dalam berusaha belum tentu berjaya andai tidak diiringi DOA kepada-Nya. Ketahuilah bahawa DIA amat mengasihani dan menyayangi hamba-hamba yang sentiasa memohon kepada-Nya.

Mengiringi doa di dalam setiap usaha pastilah akan ada kejayaannya kerana DIA yang memiliki segala rahsia kehidupan di dunia ini. DIA juga Pemilik Kekuasaan dan Keajaiban dunia ini.

Kalau pun tidak kejayaan itu di kecapi semasa kehidupan di dalam dunia ini, mungkinkah kejayaan itu akan dikecapi selepas kehidupan ini.

Usah direnungi masalah yang menimpa diri, tetapi usahakanlah sedikit untuk mengatasi masalah itu. Ketahuilah bahawa masalah yang dihadapi kini berkemungkinan terselit ujian-Nya yang bertujuan untuk meningkatkan martabat adikku katijah di sisi-NYA.

Mungkinkah setelah lulus ujian-Nya itu kelak, katijah akan memperolehi sesuatu yang amat bermakna di dalam kehidupan ini?.

Seandainya begitu, ketahuilah bahawa itulah dia ilmu-ilmu Nya agar dapat dijadikan panduan di dalam mengharungi langkah-langkah di dalam kehidupan ini.

Ujian-Nya pastilah bertujuan untuk mendidik diri kita agar kelak mempunyai Keperibadian Mulia. kenapa begitu? kerana keperibadian mulia adalah antara ciri-ciri yang harus ada agar dapat menghuni di Syurga.

3 Komen:

Cik Amy Sensei berkata...

salam abg bent..

saya datang lagi menyinggah di sini..
abg apa khabar? sihat ke?

moga abg sihat dan bahagia selalu di sana..

*senyummmm*

ViLdA FiDa berkata...

waaa..sudaa jadi pakar motivasi..SYABAS..........

Abgbent berkata...

Salam kembali buat adikku CikAmy yang sering singgah ke blog Pedoman Hidup ini. Moga adik juga sihat sejahtera sentiasa. Senyuman yang menjadi penyejuk jiwa.

Pakar Motivasi? heheheee... Pastilah adik Vilda juga yang memotivasikan abg buat canggini.

Catat Ulasan