Rabu, Ogos 11, 2010

Wanita Istimewa

Sememangnya terlalu istimewa, dikau yang bernama wanita. Tanpamu di sisi… terasa kosong hidupku ini. Aku yang bernama lelaki.

Izinkanlah aku meluahkan perasaan, perasaan yang teramat rindu padamu. Padamu wanita yang bernama Isteriku Yang Tercinta.

Memang aku mengerti kini, mengapa Nabi Adam amat memerlukan Hawa di sisi. Perasaan ini aku sedang rasai, bilamana engkau tiada di sisi, memang terasa sunyi dunia yang aku langkahi.

Nasib baik juga DIA yang Maha Esa, Tuhan yang Berkuasa di atas segala-galanya tidak jemuh memerhati segala gerak langkah yang aku lakukan ketika ini.

Seandainya jiwaku tidak merasainya, sudah pasti aku telah lama ditewaskan oleh mereka. Mereka yang aku kenali para tentera yang memusuhi manusia.

Duhai Isteriku yang Tercinta, izinkanlah aku meluahkan rasa, rasa hati yang dilanda sepi. Sepi kerana dikau tiada di sisi.

Moga-moga lakaran ini, dapat dimengerti olehmu yang bernama wanita, wanita pilihan hati, penyejuk sanubari. Engkaulah wanita yang aku kenali, Isteriku Yang Tercinta.

Sememangnya aku teramat mengasihi dan menyayangi mu!.

Hanya lakaran hati ini dapat aku zahirkan khusus untukmu ketika ini, moga-moga kerinduan yang juga engkau rasai, terubat dek lakaran jiwa ini.

Sesungguhnya aku teramat rindu padamu duhai kekasih yang aku kenali, Isteriku Yang Tercinta. Moga-moga engkau akan mengetahui dan memahaminya.

Dihadapan saudara-saudaraku ini, aku meluahkan rasa hati kerana sememangnya aku terlalu mendambakan kasihmu di sisi.

Barulah kini aku mengerti, akan erti rindu pada wanita, wanita yang digelar Kekasih.

Wahai Kekasih, yang aku namakan Isteriku Yang Tercinta, ketahuilah bahawa walaupun kini engkau jauh di mata, hati dan jiwa ini tetap melakarkan wajahmu agar terubatlah kerinduan yang sering bertandang di hati, moga-moga lenyaplah kesepian ini.

Warkah kosong, sengaja dilakarkan di kala insan-insan lain dilamun mimpi. Semoga ia menjadi penawar hati, di kala merasai keperitan rindu tiada dikau di sisi, dikau yang bernama wanita, Isteriku Yang Tercinta.



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Ogos 10, 2010

Law of Attraction, Angkasa Lepas

Sebelum ini saya telah berkongsi dengan Anda berkenaan Hukum Penarikan, Law of Attraction dari aspek yang terlalu kecil sehingga penglihatan mata tidak berupaya memerhatikannya.
Law of Attraction, Sains dan Agama.

Lalu, lakaran kali ini mengajak Anda memahami dari perspektif yang amat besar di mana pandangan mata juga tidak berupaya melihat secara keseluruhannya.

Manusia memang begitu!.

Terlalu terhad pengamatan dan penafsiran olehnya. Sebab itulah saya sering mengajak Anda bersama-sama berkerjasama di dalam mencari cahaya NYA supaya kelak terpancarlah kebenaran di dalam menyuluh pandangan mata hati yang ada kalanya berupaya diselubungi kegelapan diri sendiri.

Moga-moga kerjasama yang kita jalinkan akan menyerlahkan kebenaran, InsyaAllah. Sebab itulah juga saya amat-amat mengasihi Anda, saudara adalah saya kasihi kerana DIA.

Dari kerjasama, akan mengujudkan penyatuan. Penyatuan yang erat akan menghasilkan paduan yang kuat. Seumpama pembentukan awal planet bumi yang terbentuk hasil daripada paduan pelbagai elemen.

Sebab itulah juga barangkali kita amat-amat dituntut berkerjasama supaya bersatu menjadi padu.

Tetapi yang sedihnya, masih ada pula bersikap sombong takbur, seolah-olah dia sahaja yang mengetahui segala-galanya, lalu pandangannya sahaja yang dianggapnya betul di dalam semua perkara. Pandangan orang lain tidak mahu diteliti apatah lagi dihargai. Sungguh sombong dan ego.

Sedih! memang sedih!

Ada pula, tindakan yang dilakukannya lebih mementingkan kelompaknya sehingga terlupa bahawa kelompok yang lain juga diperlukan peranannya.

Seumpama para pengkaji sains. Mereka harus bekerjasama supaya segala persoalan dapat dijawab sedetail-detailnya. Kalau pun berbeza pandangan, mereka berusaha membuktikan bahawa apa yang diluahkan adalah suatu temuan untuk pengkajian generasi masa hadapan.

Seumpama sesetengah saintis angkasa lepas yang melancarkan satelit untuk mengkaji planet yang jauh, betul-betul jauh daripada planet bumi. Saintis ini tahu bahawa hasil cerapan daripada satelit itu kelak tidak akan berkesempatan dilihat hasilnya oleh mereka, tetapi mereka masih sanggup melakukannya demi kebaikan dan pemahaman untuk generasi masa hadapan.

Oppsss... tak apalah..., saya tinggalkan topik Astronomi itu dahulu.

Sebenarnya saya ingin memberitahu kepada Anda berkenaan Hukum Penarikan yang tidak berupaya dilihat secara menyeluruh oleh pandangan mata manusia. Salah satunya ialah kejadian pasang surut air laut.

Tahukah Anda bahawa pasang-surut air laut yang berlaku di muka bumi adalah disebabkan oleh Hukum Penarikan?.

Penarikan oleh Matahari dan oleh Bulan, juga oleh Putaran Bumi itu sendiri.

Maaflah..., sebab saya tidak dapat memperincikan fenomena pasang surut air laut itu di sini kerana saya sedang dihimpit pelbagai tugasan. Sekiranya Anda betul-betul ingin mengetahuinya, elok sahaja cari di dalam google. Pasti Anda akan ketemu ilmu mengenai pasang surut air laut.

Sebenarnya, kefahaman mengenainya memerlukan pembuktian yang benar-benar menuntut kepercayaan dari dalaman diri sendiri kerana ianya tidak berupaya dilihat oleh pandangan mata manusia. Sungguh!

Pemahaman mengenai pasang surut air laut memerlukan gambaran daripada minda separa sedar Anda sendiri untuk mempercayai kewujudan daya tarikan daripada Matahari, Bulan dan Putaran Bumi.

Kepercayaan begitu terhasil daripada dalaman diri-sendiri untuk menyatakan bahawa fenomena pasang surut air laut memang disebabkan oleh Hukum Penarikan Bulan, Matahari dan Putaran Bumi.

Harus juga disedari bahawa segala sudut pandangan dari dalam diri sendiri sebenarnya terlalu terhad penelitiannya. Sebab itu kita memerlukan kerjasama supaya proses pembelajaran yang dilalui menjadi lebih mudah.

Bila mana saya menyebut proses pembelajaran, ianya tidak merujuk pada sistem pendidikan sedia ada sahaja seperti sistem persekolahan, tetapi ianya meliputi proses pembelajaran daripada pengalaman hidup yang dilalui.

Kehidupan yang dilalui akan membuatkan diri sendiri tahu mengenai sesuatu. Tahu mengenai sesuatu yang baik dan yang mana satu buruk. Akan saya jelaskannya di lakaran yang akan datang, InsyaAllah.

Berbalik kepada keyakinan dari dalaman diri sendiri, sebagai contoh, Orang Beriman sudah pasti berbeza dengan Manusia Biasa kerana Orang Beriman pandangannya melangkaui pandangan Manusia Biasa.

Diantara kriteria Orang Beriman yang amat-amat mengagumkan saya ialah dia sentiasa merasai sesuatu di luar pemikiran Manusia Biasa yang tidak dapat dibuktikan dengan nyata oleh penglihatan mata, apatah lagi oleh akal Manusia Biasa.

Contohnya, Orang Beriman sering kali merasai dirinya diiringi oleh dua Malaikat Pencatat yang bertanggungjawab merakamkan segala perbuatan yang dikerjakannya di dalam dunia ini.

Hati nurani Orang Beriman berupaya merasai kehadiran kedua-dua Malaikat Pencatat berbanding Manusia Biasa yang tidak pun merasai apa-apa mengenainya.

Orang Beriman mempercayai kehidupan selepas Kehidupan Dunia iaitu sama ada kelak menduduki Syurga atau barangkali Neraka... Nau'zbillah.

Lalu, Orang Beriman berusaha bersungguh-sungguh melakukan segala perbuatannya supaya menuju gerbang Syurga kerana diyakininya kehidupan di Neraka teramat-amat menyakitkan dan memeritkan.

Berbanding Orang Biasa, sudah pasti kepercayaan sedemikian hanya masuk telinga kiri, dan akan dikeluarkan ke telinga kanan. Sungguh sombong, ego dan takbur dengan kehidupan duniawinya.

Opppsss..... Nantilah saya sambung coretan ini di lain kali pula.

Abgbent (*___*)




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Ogos 07, 2010

Pelakon Lucah Yang Curang!

Salamelekom, wbt
kepada Anda, saudaraku yang dikasihi kerana DIA.

Pagi ini saya masih lagi berada di pinggiran Putrajaya Kuala Lumpur kerana menyertai Pameran Karnival Inovasi Islam bermula pada 5hb Ogos 2010 dan akan berakhir esok, pada 8 Ogos 2010. Pameran ini terletak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang juga diberi gelaran Masjid Besi, Putrajaya, Kuala Lumpur.

Ketika ini, saya sedang berehat-rehat di bilik hotel sambil-sambil menelaah beberapa blog hasil tulisan daripada rakan-rakan dan tidak dilupa, blog Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Salah satu tulisan yang membuatkan hati saya betul-betul tersentuh ialah bila mana menelaah paparan saudaraku Brahim Nyior. Saya tidak mahu menambah-nambah apa yang telah digubahnya kerana bahasa yang digunakannya memang sempurna, berbanding lakaran saya di dalam blog Pedoman Hidup yang terserlah seperti cakar ayam sahaja. (*____*)

Rakan saya Brahim Nyior adalah seorang guru. Dia adalah rakan sekolej saya ketika belajar di universi dahulu. Tahun 1991-1993. Terkadang, selepas solat subuh, saya bersama-sama dengannya menonton tv 3 awal pagi. Itu adalah kenangan bersama-sama dengannya. Orangnya memang periang dan kacak pula tu. (*___^) Memang betul Din...

Silalah baca hasil tulisan saudaraku Brahim Nyior di bawah yang bertajuk,

"Apabila Pelakon Lucah Menjadi Presiden"

Di petik dari blog saudaraku Brahim Nyior


Mungkin tajuknya agak kasar, tapi sesuai dengan apa yang ingin saya nyatakan. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Menurut bekas pelakon lucah ini, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing,ia mewujudkan dasar-dasar yang menyebabkan negara terperangkap dalam isu yang mengancam penduduk minoriti.

"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini.

Menurut suami yang pernah curang ini, UMNO dan PAS masing-masing cuba mementingkan agama Islam, lalu mengetepikan prinsip demokrasi; negara mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak; mengamalkan monarki mutlak; dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

Beliau juga bagaimanapun memuji kepimpinan BN yang lebih mementingkan pembangunan negara berbanding kepentingan agama.

Lazimnya juga pendapatan rakyat di negara-negara Islam itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.

"Walaupun Malaysia adalah negara majoriti penduduknya beragama Islam, kita bernasib baik kerana dasar-dasar sederhana dan pragmatik yang dilakasanakan oleh kerajaan BN,” katanya yang tidak pernah dikenakan tindakan undang-undang biarpun video lucahnya pernah tersebar seperti mana tersebarnya video Ariel dan Luna Maya dahulu.

Chua berucap kepada kira-kira 300 ahlinya yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin kanannya - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Tan Chai Ho, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Donald Lim - dan beberapa pemimpin Pulau Pinang lain seperti Lau Chiek Tuan dan Tan Cheng Liang.

Ini bukanlah kali pertama Presiden MCA ini menongkah arus. Pemikirannya agak berbahaya, dan menunjukkan sikap anti-perpaduan yang jelas. Apa yang diinginkannya semakin jelas, iaitu Malaysia mesti menolak sistem Raja Berperlembagaan dan dan mengamalkan sepenuhnya demokrasi ala barat. Mungkin apabila ia berlaku, Chua Soi Lek boleh berlakon porno sebebas-bebasnya?

The Girl with the Dragon Tattoo



Baca selanjutnya, Klik di sini...