Sabtu, Mei 30, 2009

Mengatasi Masalah Diri

Coretan buat adikku suGarplum yang dikasihi kerana DIA.

Abg dapat rasakan beberapa perkara yang adik ingin luahkan di dalam coretan itu. InsyaAllah, abg kongsikan di sini untuk ditatapi.

Sesungguhnya, adikku suGarplum memang hebat orangnya. Barangkali adik belum mengetahuinya, tetapi aura kehebatan itu seolah-olah tersembunyi di dalam diri adik sendiri. Andai adik mengetahuinya, pastilah kilauannya itu akan bersinar-sinar menerangi alam ini.

Pendiam? Sifat ini bukanlah buruk sebenarnya. Sifat ini kadang kala mulia andai ianya dipimpin sebaiknya. Memang kita dituntut untuk menjadi seorang yang pendiam di dalam hal-hal tertentu yang berkaitan dengan kehidupan ini. Cuba adik hayati bait-bait yang terlakar di bawah coretan ini nanti.

Ingin mempunyai ramai kawan? Tidak semestinya kita harus mempunyai mulut yang petah, barulah akan ada ramai kawan. Memang tidak...

Untuk mendapat ramai kawan, abg merasakan kita harus memiliki akhlak yang mulia. Untuk memiliki akhlak mulia, samalah seperti mempunyai keperibadian yang tinggi. Melalui akhlak atau keperibadian seperti itu akan tertariklah insan-insan lain kepada kita.

Ketahuilah adikku suGarplum bagaimana Rasullullah disayangi dan diikuti oleh para penganut agama Islam adalah kerana berkeperibadian yang tinggi dan mulia. Tetapi, tidak kurang juga yang memusuhi dan membenci Baginda, termasuklah di kalangan yang tidak memahami agama Islam itu sendiri. Mengapa? Kerana memang begitulah lumrah kehidupan di dunia yang pasti akan ada pro dan kontranya.

Selain itu, suka juga abg menyatakan bahawa biarlah rakan yang kita miliki itu dikategorikan sebagai rakan-rakan yang berkualiti. Maksudnya tidak bermakna andai kawan-kawan yang ada di samping diri kita itu adalah di kalangan yang rendah atau kurang akhlaknya. Apatah lagi andai mereka adalah penggalak kepada perlakuan dosa.

Bila mana bercakap mengenai dosa, ketahuilah adikku suGarplum bahawa diri kita masing-masing sebenarnya memang memiliki rakan yang setia pada setiap masa dan ketika. Mereka memang tidak lekang dari diri kita. Ketahuilah bahawa mereka akan sentiasa berada di kiri dan kanan diri kita. Malah sentiasa mencatat segala apa yang kita lakukan di dalam kehidupan ini.

Andai kehadiran mereka itu adik dapat rasakan, berkemungkinan akan terserlahlah sinaran dan kilauan kehebatan yang adik miliki itu. Usahakan mengenali mereka, apatah lagi andai ada juga usaha untuk mengenali DIA yang Maha Berkuasa.

Bukanlah khayalan untuk abg mengatakan bahawa adik bakal berjaya memiliki kehidupan nan abadi, andai telah mengenali NYA sepenuh jiwa raga melalui bisikan-bisikan halus dari hati yang tulus.

Untuk mendapatkan rakan-rakan yang memang berkualiti, nasihat abg ialah sentiasalah mendatangi musollah, surau atau masjid kerana di situlah permulaan pembentukan akhlak-akhlak mulia. Apatah lagi andai tidak jemu-jemu menatapi ilmu-ilmu yang terkandung di dalamnya untuk menggali segala rahsia-rahsia NYA yang tersembunyi.

Sungguh! Andai adik ingin mengecapi kebahagian dan kejayaan kehidupan ini, berusahalah mengenali Penciptanya agar kelak adalah rahsia-rahsia NYA yang tersembunyi itu adik perolehi. Sesungguhnya, DIA jugalah memiliki segala keajaiban dunia yang tersembunyi kepada mereka-mereka yang tidak mengenali NYA.


Sabda Rasulullah;

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam sahaja”

“Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan”

“Dan kami bercakap-cakap kosong bersama dengan orang-orang yang bercakap kosong” (Al-Muddatstsir, 74: 45)

“Jangan kamu sekelian duduk bersama-sama mereka, sehingga mereka mula dengan perbicaraan yang lain, kalau tidak tentulah kamu sekelian serupa dengan mereka” (An-Nisa’, 4: 140)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Mei 29, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 15 (Isteri Orang Yang Curang)

Bahagian 15

Sesungguhnya berdesing juga telingaku mendengar luahan perasaan amarah dari seorang lelaki yang begelar suami kepada isteri orang yang curang itu.

Apatah lagi diugut dengan kata-kata sehingga ke lubang cacing pun diriku akan dicarinya. MasyaAllah, adakah kesemua yang berlaku itu merupakan kesalahanku semata? Walhal dirinya yang bergelar suami juga sebenarnya bersalah sebab tidak pandai menjaga isteri sendiri.

Memang diriku juga diselubungi amarah dek ugutannya yang melampaui batasan, apatah lagi tanpa usul periksa perkara yang sebenar-benarnya. Bilamana diriku mendengar pelbagai tohmahan dilemparkan ke atasku, akhirnya aku mematikan sahaja handphoneku tanpa mengakhiri perbualan itu dengan penuh hemah.

Aku terpaksa melakukannya agar emosiku tidak meruap-ruap sepertinya. Maklumlah, akukan insan biasa, bukannya seorang rasul yang penuh dengan sifat kesabaran.

Selepas beberapa ketika, aku mengaktifkan semula telefon bimbitku, dan entah macamana, tiba-tiba telefonku berdering semula dan memaparkan nombor telefon suami kepada isteri orang yang curang itu. Disebabkan aku masih diselubungi emosi yang betul-betul menagih kesabaran, akhirnya aku off kan sahaja telefonku buat sementara waktu…

Itu terpaksa aku lakukan agar emosiku yang tidak stabil dapat ditenteramkan semula. Mungkin tidak seratus-peratus memperolehi ketenangan, tetapi cukuplah andai aku dapat mengawalnya agar tidak memberontak sehingga menyebabkan diriku boleh menggapai sebarang senjata untuk membunuhnya. heheheee

Bilamana kepanasan hatiku telah suam-suam kuku, akhirnya aku mengimbau kembali peristiwa bagaimana seorang suami melontarkan pelbagai ugutan, cacian dan hinaan kepadaku yang sekadar bergelar bujang teruna ketika itu.

Fikiranku merenung jauh untuk berfikir mengapa aku pula yang disalahkan olehnya, Walhal dia juga bersalah kerana tidak menjaga isterinya dengan baik sehingga menyebabkan isterinya terpaksa menagih kasih dariku yang sebenarnya belum mengerti kasih sayang sepasang suami-isteri.

Dan kini…

aku telah mengerti mengapa peristiwa isteri orang yang curang ini aku lalui. Mungkin untuk dikongsi dengan Anda, yang bergelar suami agar pandai-pandailah menjaga hati isteri sendiri. Ketahuilah bahawa peritiwa seperti ini menyebabkan kita yang bergelar lelaki terpaksa bertekak sesama sendiri.

Opsss… coretan ini bukannya nak memberi tazkirah, tetapi sekadar berkongsi pengalamanku bertemu jodoh.

Berbalik kepada kisah isteri orang yang curang ini, entah bagaimana, timbul pula keberanian di dalam diriku untuk bersemuka dengan lelaki yang menjadi suami kepada isteri orang yang curang itu.

Sungguh! Aku tidak menyangka bahawa akhirnya aku mempunyai keberanian untuk bersemuka dengan suami kepada isteri orang yang curang itu. Nak tahu mengapa aku ada keberanian sebegitu?

Pastilah aku mendapat kekuatan kerana DIA. Memang aku berani melakukannya kerana DIA mengetahui bahawa diriku sebenarnya tidak bersalah. Umpama kata Berani Kerana Benar.

Akhirnya aku menelefon sendiri suami kepada isteri orang yang curang itu. Pastilah dengan betul-betul berhemah aku memulakan kata-kata. Bukannya nak menegakkan bahawa diriku sebetulnya tidak bersalah, tetapi aku bertekad untuk bersemuka dan berbicara dengannya.

Dari luahan kata-kataku itu, ada juga kelembutan hati suami kepada isteri orang yang curang itu. Syukur tidak terhingga kepada NYA kerana akhirnya aku berjaya menawan hati suami kepada isteri orang yang curang itu untuk bersemuka.

(Coretan seterusnya akan aku lanjutkan nanti…)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Mei 25, 2009

Jernihnya hati seorang Wanita tetapi Wanita jugakah yang mengeruhkannya?

Kali ini saya sekadar mengambil ikhtibar dari kisah orang lain. Pastilah kisahnya seperti mana yang saya lakarkan sebelum ini di dalam tajuk Mengapa lelaki pula yang dipersalahkan? - Poligami. (sila baca di sini)

kali ini saya terdorong mencoretkan kembali laporan akhbar dari Harian metro (baca pautan ini). Cerita itu membuka hati saya merenung sejenak tentang hati wanita yang juga ada kejernihannya dan ada kala pula dikeruhkan oleh wanita itu sendiri?.

ermmm... entahlah, sesungguhnya saya masih lagi mencari-cari cahaya NYA. Moga-moga akan bertemu pada akhirnya.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Mei 24, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh .. bhg 14 (Isteri Orang yang Curang)

Seperti yang telah diceritakan sebelum ini kepada Anda bahawa Isteri orang yang curang itu tidak berputus asa berusaha memaksa diriku agar meneruskan perbuatan berbual-bual melalui telefon dengannya. Pastilah semasa suaminya tiada di rumah.

Walaupun aku berusaha mengelak, tetapi hakikatnya diriku kadang kala tertewas jua dan terpaksa melayan panggilan telefonnya. Maklumlah, hati seorang lelaki yang mudah bersimpati.

Sebenarnya pada malam isteri orang yang curang itu menangis dengan penuh syahdu selepas aku memberitahu kepadanya agar dihentikan sahaja perbuatannya yang selalu mendail telefonku ketika malam hari, rupa-rupanya pada malam kejadian itu suaminya telah perasaan akannya. Itupun aku ketahui selepas berbual-bual dengan suaminya. Akan aku ceritakan kepada Anda nanti.

Memanglah sebelum aku berkesempatan berjumpa suami wanita yang aku maksudkan itu, pastilah diriku menerima pelbagai ugutan dan cacian. Namun, itu semua tidak mematahkan semangatku untuk berterus-terang dan berjumpa dengan lelaki yang bergelar suami kepada isteri orang yang curang itu.

Memang aku tekadkan di dalam diri untuk menyelesaikan cabaran itu dengan harapan setidak-tidaknya DIA mengetahui bahawa aku juga berusaha menghapuskan dosa-dosa yang aku tidak sengaja melakukannya.

Ceritanya bermula bilamana aku mendapat panggilan telefon dari seorang lelaki yang aku memang tidak kenali. Mulanya lelaki itu bertanya siapakah gerangan diriku?. Hah! Pastilah aku terkejut dan keliru kerana orang yang membuat pangggilan ke telefonku ketika itu bertanya siapakah aku? Mana mungkin dia menelefonku andai dia tidak mengetahui siapakah aku?

Sudah menjadi tabiat diriku untuk tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum orang yang memanggil itu memperkenalkan dirinya kepadaku. Rupa-rupanya reaksiku itu dibalas dengan kata-kata yang penuh dengan ugutan, cacian dan kejian. Bertambahlah diriku keliru dan mulalah mempermain-mainkan pemanggil itu. Ingatkan pemanggil itu adalah di kalangan rakan-rakanku yang suka mengenakan aku.

Mulanya memanglah aku tidak mengerti, mengapa orang yang memanggilku itu bertindak terlalu emosi sehingga menyebabkan aku juga turut beremosi. Tetapi selepas mengamati semua yang dilontarkannya barulah aku memahami bahawa diriku sebenarnya sedang mendengar muntahan perasaan dari seorang lelaki yang bergelar suami kepada isteri orang yang curang itu.


(Coretan ini akan aku lanjutkan nanti)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Mei 22, 2009

Diri Ini Ditimpa Kemalangan Jalanraya, Pengajaran Buat Anda

Anda, saudaraku yang dikasihi, terima kasihlah kerana terus sudi berkunjung ke blog ini. Maaflah kerana dalam beberapa hari lepas diri ini tidak berkesempatan memaparkan sebarang coretan untuk dikongsi dengan Anda.

Sejujurnya, saya telah dilanda pelbagai cabaran yang menghimpit. Namun atas semangat juang. diri ini terus juga mengagahinya agar adalah sesuatu yang boleh dikongsi dengan Anda, saudaraku yang dikasihi.

Apa yang ingin dikongsikan dengan Anda kali ini ialah andai berlaku kemalangan di jalanraya.

Kelmarin, memang diri ini terlibat kemalangan jalanraya. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat NYA jua… kerana Isteri Tercinta dan Anak-Anak yang turut sama berada di dalam kenderaan ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan, termasuklah diri ini.

Namun, malang bagi pemandu motosikal berkuasa besar yang telah melanggar kenderaan yang saya pandu kerana mengalami kecederaan di pergelangan tangan. Memang itulah nasibnya barangkali.

Nasib baik juga tidak mengalami kecederaan yang lebih parah dari itu. Moga-moga dia akan cepat sembuh dari kecederaannya.

Ceritanya bermula bilamana pemandu motosikal berkuasa besar itu memandu dibelakang sebuah lori, manakala diri ini pula memandu pada hala bertentangan.

Entah mengapa, pemandu motorsikal berkuasa besar itu tiba-tiba memotong lori terbabit tanpa menyangka kehadiran kami di hadapan. Nasib baik diri ini sempat juga membrek dan pemandu motorsikal berkuasa besar itu terus melanggar kereta yang sedang saya pandu.

Hah! Nasib baik juga pemandu motorsikal berkuasa besar itu terhumban ke sisi jalanraya dan pada masa yang sama, tiada kenderaan lain berada sama ada di belakangnya atau di belakang kenderaan yang sedang saya pandu.

Nak dijadikan pengajaran kepada Anda, jangan terlalu mempercayai dan cepat berasa simpati kepada orang seperti pemandu motorsikal berkuasa besar ini.

Mengapa? Kerana bukan sahaja tidak menepati janjinya, malah telah sanggup berbohong sehingga kini. Sesungguhnya biarlah Yang Maha Kuasa yang akan mengadilinya kelak.

Nasihat diri ini kepada Anda, lebih baik bila berlaku kemalangan jalanraya yang bukan disebabkan oleh kesalahan Anda, laporkan sahaja kepada pihak polis kerana sebarang kerosakan akan ditanggung oleh pihak insuran.

Memang itu saya ketahui, tetapi disebabkan rasa simpati pada pemandu motorsikal berkuasa besar itu, selain janjinya untuk membayar segala kerosakan kenderaan saya, akhirnya saya bersetuju dan akur untuk menyelesaikannya di luar kuasa kepolisan. Memang saya tidak tahu bahawa memang itulah cara tipu daya pemandu motorsikal berkuasa besar itu.

Tetapi, sehingga ke detik ini, bila mana saya berusaha menelefon pemandu motorsikal berkuasa besar itu, hanya gemersik suara mesin telefon maxis yang menyambut panggilan saya.

Tak apalah andai itulah yang memang ditimpakan ke atas diri ini sebagai ujian hidup yang harus dilalui dan dipelajari.

Ya Allah… sesungguhnya diri ini lebih bersyukur kerana Isteri Tercinta dan Anak-Anak semuanya dalam keadaan selamat dan saya tetap memohon dan merayu pada MU agar terus memayungi diri ini, Isteri Tercinta dan Anak-Anak dengan payung keselamatan yang berpanjangan.

Walaupun diri ini terasa pedih menelan sikap insan seperti pemandu motorsikal berkuasa besar itu, namun saya tetap redha di atas apa yang terjadi.

Pedulikanlah dengan sikap pemandu motorsikal berkuasa besar yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malahan telah menipu dengan menyangka bahawa harta dunia yang dimilikinya itu akan kekal selama-lamanya tanpa menghiraukan perasaan orang lain yang terpaksa menanggung kerugian akibat daripada perbuatannya itu.

Moga peristiwa seperti ini tidak akan terjadi kepada Anda, saudaraku yang dikasihi.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Mei 18, 2009

Sekali Lagi Diri Ini Memanjatkan Syukur Pada MU

Ya, Allah…
daku bersyukur pada MU kerana dilimpahkan nikmat kegembiraan sejak beberapa hari yang lalu.

Coretan kali ini sengaja dilakarkan dengan mudah agar Anda turut merasai kegembiraan yang sedang diri ini alami.

Pastilah bukan bermatlamat meninggi diri, apatah lagi sombong seperti iblis laknatullah. Sesungguhnya sifat kebanggaan dan kesombongan itu tidak layak untuk diri ini yang sememangnya kerdil dan lemah berbanding DIA yang memiliki segala-galanya. Tanpa pimpinan dari NYA, pasti semua nikmat yang diri ini kecapi tidak akan dirasai.

Tujuan coretan kali ini selain berkongsi kegembiraan dengan Anda, pastilah untuk merangsang Anda agar terus berusaha mengejar-ngejar segala kejayaan yang ada di dalam dunia.

Pastilah dengan niat agar Anda juga tidak lupa untuk mengiringkan doa pada NYA di dalam setiap perkara harian yang dilakukan. Apatah lagi untuk memohon keredhaan-NYA di dalam meneruskan kehidupan duniawi yang sementara ini.

Coretan sebelum ini telah memberitahu kepada Anda bahawa diri ini terlalu banyak ketawa dan gembira. Anda nak tahu kenapa? Pastilah kerana merasai nikmat pemberian NYA.

Untuk Anda memahami apa yang diri ini lakarkan, sebaiknya diberitahu kepada Anda dahulu bahawa sejak beberapa hari lepas diri ini telah berpisah sementara dengan Isteri Tercinta dan Anak-Anak Kesayangan kerana melaksanakan tugas yang sememangnya menjadi amanah dan tanggungjawab. Pastilah tugas-tugas itu untuk agama, bangsa dan negara Malaysia tercinta.

Diri ini sebenarnya berada di pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak 14 – 18 Mei 2009 yang lalu untuk menyertai 20th International Invention, Innovation and Technology Exhibition yang berlangsung di KL Convention Centre.

Syukur Alhamdulillah kerana kehadiran diri ini di situ tidak sia-sia. Pastilah diri ini gembira kerana telah berkesempatan menerima anugerah walaupun kilauannya hanyalah perak semata.

Setidak-tidaknya, adalah juga kegembiraan yang terlakar di wajah ini. Syukur tidak terhingga padamu Ya Allah. Terima kasih jua pada saudara semua kerana berkongsi kegembiraan ini.

Setinggi-tinggi kasih sayang jua dilakarkan buat Isteri Tercinta yang telah mengizinkan diri ini berpisah buat sementara. Terima kasih jua padamu sayang kerana sanggup menjaga anak-anak walaupun tanpa kehadiran diri ini di sisi mu beberapa hari lepas.

Dan pastilah diri ini tidak melupai pengorbananmu, apatah lagi mengiringkan doa-doa yang dipohon pada-NYa. Sesungguhnya kegembiraan ini selayaknya buatmu… Isteriku Yang Tercinta.






Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Mei 17, 2009

Mengapa Lelaki pula yang dipersalahkan? - Poligami

Hari ini diriku terlalu banyak ketawa. Pastilah kerana gembira. InsyaAllah, akan dikongsikan dengan Anda, apa sebenarnya yang terjadi. Sesungguhnya saya tidak alpa dan lupa kerana diberikan kegembiraan sedemikian rupa. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada NYA jua...

Sebenarnya saya tidak tertarik berkongsi cerita mengenai mengapa diriku gembira, tetapi saya ingin berkongsi dengan Anda mengenai satu perkara berkaitan poligami yang telah menarik perhatianku.

Seorang Professor yang mahir di dalam bidang kejuruteraan kimia telah melontarkan idea mengenai poligami. Dan ideanya itu dilontarkan semasa kami berbual-bual di KL Convention Centre petang semalam sementara menunggu Majlis Makan Malam pada pukul 7.30 pm.

Sebenarnya kami memulakan perbualan sekitar pukul 4.00 pm lagi, pastilah bercerita mengenai ilmu-ilmu sains dan bersangkut paut juga dengan kehidupan ini.

Satu topik yang telah menarik perhatianku ialah pandangan Professor itu mengenai poligami. Memang saya teruja mendengarnya. Sebab itu saya telah berusaha melakarkannya kembali untuk dikongsikan dengan Anda. Moga-moga adalah pengertian mengenainya.

Yalah, masing-masing di antara kita ada pandangan tersendiri, sebab itu pandangan professor yang agak berlainan ini saya lakarkan kembali di sini agar Anda memahami Hati Seorang Lelaki.

Pastilah Hati sepertimana yang dimiliki oleh Professor Kejuruteraan Kimia, yang telah melontarkan pandangannya kepada saya. Sekadar berkongsi dengan Anda, Professor Kejuruteraan Kimia ini pernah memiliki pengiktirafan sebagai Suami, Ayah dan Duda di dalam kehidupan ini.

Menurutnya, di dalam hal berpoligami, lelaki telah menjadi mangsa keadaan. Lumrah di dalam kehidupan ini, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan dan sentiasa menanggung risiko untuk dipersalahkan oleh para wanita. Heheheeee

Lelaki sebenarnya tidak bersalah di dalam hal berpoligami kerana hal itu ditimbulkan oleh wanita sendiri. Mengapa? Kerana sudah lumrah kehidupan seorang wanita, mereka ingin menarik perhatian lelaki.

Di dalam hal berpoligami misalnya, ianya terjadi disebabkan wanita inginkan curahan kasih sayang seorang lelaki. Tetapi Anda juga harus ketahui bahawa wanita jugalah yang menjadi penyebab terhalangnya lelaki mencurahkan kasih sayang kepada wanita.

Tak Faham? Mari saya lanjutkan coretan ini agar Anda memahami apa yang dijelaskan oleh Professor Kejuruteraan Kimia itu kepada saya semasa berbual-bual dengannya.

Di dalam hal berpoligami ini, seorang lelaki terhimpit dan berada di dalam keadaan dilemma, untuk menyelesaikannya.

Memang itulah lumrah kehidupan seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan menyelesaikan masalah-masalah kehidupan. Apatah lagi yang bersangkut paut dengan wanita. Barangkali itulah juga rahsia mengapa lelaki dipilih menjadi khalifah, dan bukannya wanita. Heheheee

“Seorang wanita memang menghendaki kasih sayang seorang lelaki. Tetapi wanita jugalah yang menghalang lelaki mencurahkan kasih sayang kepada wanita”.

Lucu juga bila professor kejuruteraan kimia itu melontarkan pandangan seperti di atas, kerana pada saya, memang ada kebenarannya. Memang idea itu telah mendorong dan memaksa diriku berfikir-fikir mengenainya, dan akhirnya berkongsi di sini, dengan Anda.

Di satu pihak, wanita ingin dicurahkan kasih sayang lelaki, manakala di satu pihak pula, wanita menghalang lelaki mencurahkan kasih sayang kepada wanita, iaitu tidak mahu dimadu.

Dalam erti kata lain, wanitalah sebenarnya yang menjadi penyebab masalah poligami yang berlaku di dalam kehidupan ini. Yang menjadi mangsa, pastilah lelaki kerana telah dijerumuskan ke dalam masalah dilemma.

Biasalahkan... lelaki memang rasional sifatnya. Sentiasa bertolak ansur, apatah lagi di dalam hal-hal mencurahkan kasih sayang. Ditambah pula pujuk rayu wanita, pasti cairlah hati lelaki. Heheeheeee...

Kalau nak tahu pandanganku, memang aku ingin setia pada yang satu iaitu pastilah Isteriku Yang Tercinta. Memang itu harapan diriku, dan moga-moga harapan yang menjadi doaku ini akan dimakbulkan-NYA. Sesungguhnya, Isteriku Yang Tercinta itu amat aku kasihi dan sayangi.

Opss... Professor itu terus mencelah. Itu adalah harapan seorang lelaki, tetapi harus diingat bahawa akan ada pula wanita yang berusaha menagih kasih sayang seperti mana yang dicurahkan kepada Isteri Tercinta Itu.

Saya menjadi keliru...

Professor Kejuruteraan Kimia itu terus menjelaskan pandangannya bahawa lelaki memang ingin setia pada wanita, namun disebabkan adanya wanita lain yang berusaha mencari-cari kasih sayang dari seorang lelaki menyebabkan lelaki terpaksa membahagi kasih sayang yang ada.

Itu dilakukan dengan harapan untuk menyelesaikan masalah wanita yang ingin dikasihi dan disayangi. Sebab itu lelaki terpaksa menuruti. Kenapa begitu, kerana itulah lumrahnya seorang lelaki. Sentiasa mengalah dan menjadi penyelesai masalah.

Namun demikian, walaupun lelaki cuba berusaha menyelesaikan masalah wanita yang ingin dikasihi dan disayangi, timbul pula masalah lain iaitu wanita juga yang menghalang lelaki melakukannya. Konon-konon tidak mahu berbahagi kasih dan sayang yang dicurahkan oleh lelaki. Dalam erti kata lain, tidak mahu dimadu.

Ini mengakibatkan seorang lelaki tersepit, dalam satu hal, nak menyelesaikan masalah wanita yang inginkan kasih sayang seorang lelaki, tetapi dalam satu hal, kena pula bertolak ansur kepada yang menentangnya. Nak berlaku adil di dalam hal ini? Pastilah agak susah kerana lelaki hanyalah insan biasa yang penuh dengan kelemahannya, bukannya Malaikat ok...

Yang nak dikasihi, wanita dan yang menghalang perasaan mengasihi, juga adalah wanita. Heheheeee

Entahlah... bagi diriku, pastilah ingin setia pada yang satu iaitu Isteriku Yang Tercinta, InsyaAllah...

Harap-harap tiadalah pula wanita yang cuba berusaha menagih kasih sayang yang tercurah ke atas Isteriku Yang Tercinta Itu...
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Mei 15, 2009

Diriku Digoda Durjana - 3D

3D adalah antara singkatan kata nama yang sering Anda dengari bukan? Ianya merujuk pada ungkapan tiga dimensi iaitu di mana Anda dapat melihat sesuatu objek sehingga meliputi tiga paparan pandangan.

Tetapi pada masa ini saya lebih terdorong berkongsi cerita dengan Anda mengenai 3D yang memberi erti Diriku Digoda Durjana. Nak tahu siapa Durjana yang saya maksudkan? Pastilah bisikan-bisikan para syaitan.

Sejak dari semalam lagi diriku digoda mereka, maklumlah sejak semalam juga aku telah berjauhan dengan Isteriku Yang Tercinta dan Anak-Anakku Yang Dikasihi. Apatah lagi sekarang ini saya sedang bersendirian di bilik hotel yang dihembusi udara dingin di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur ini. Pastilah para durjana sedang melingkari diriku dan berusaha memujuk rayu.

Opsss... Tak perlulah diceritakan kepada Anda semua itu kerana saya lebih terdorong berkongsi sesuatu mengenai istilah 3D di dalam kehidupan. Moga-moga dari sini nanti akan terbitlah sesuatu di ruang pemikiran Anda mengenai rahsia kehidupan ini.

Memang saya tidak dapat menerokai apa yang Anda lihat, dengar dan fikirkan ketika ini. Semua itu telah pun dinyatakan oleh NYA;

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran supaya kamu bersyukur. (An-Nahl, 16: 78)

Walaupun saya cuba melawan desakkan-desakkan para durjana itu sejak semalam, tetapi mereka tetap tidak mahu mengalah, sehingga kini...

Sebab itu jugalah saya cuba berusaha melakarkan sesuatu untuk Anda tatapi, walaupun hakikatnya saya terlalu letih ketika ini.

Maklumlah dari dua hari lepas lagi pelbagai persediaan telah saya lakukan untuk melaksanakan segala tugasan yang bersangkut paut dengan kehadiranku di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini. Harap-harap para durjana itu akan memahami luahan rasa hatiku ini. Harap-haraplah!

Maaflah kerana sejak dua hari lepas juga saya tidak membuat entri terbaru di dalam blog ini. Memang alasan yang saya dapat berikan ialah dilanda kesibukan, sebab itu sehingga kini saya masih lagi berasa terlalu letih.

Walaupun sesibuk mana kerja-kerja yang saya kena lakukan pada masa ini dan pada masa akan datang, InsyaAllah, saya akan tetap berusaha juga untuk mencoretkan sesuatu agar Anda dapat menatapi lakaran-lakaran dariku ini.

Memang saya terdorong melakukan begitu kerana itu adalah sebahagian dari caraku untuk berkongsi ilmu. Bukan hanya ilmu yang saya telah ketahui dan lalui, tetapi juga ilmu-ilmu yang bersangkut paut dengan kehidupan ini.

Pastilah saya berharap Anda juga melakukan begitu. Tidaklah sekadar berziarah semata-mata, tetapi terdorong mencoretkan sesuatu untuk sama-sama kita tatapi. Mengapa? Kerana itu barangkali boleh menjadi Pedoman Hidup ini.

Oleh itu, izinkanlah diriku meluahkan rahsia ungkapan 3D pada ketika ini. Memadailah andai kali ini saya ukirkan buat tatapan Anda, istilah 3D;

Mereka itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah Taala hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka dan merekalah orang-orang yang lalai. (An-Nahl, 16: 108)

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Isra, 17: 36)

Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang DIA dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan dan DIALAH Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Al-Anaam, 6: 103)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Mei 12, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 13 (Isteri orang yang curang)

Bahagian 13

Setelah aku bertegas tidak mahu meneruskan perbualan-perbualan melalui telefon kerana memudaratkan, akhirnya dia, yang bergelar isteri orang itu akur juga dengan permintaanku.

Memanglah ketika itu dia masih menangis diiringi bunyi yang syahdu sekali. Itu semua aku dengari di dalam telefon bimbitku. Memanglah dia amat berat melakukannya, kerana hatiku juga merasainya.

Sungguh! tangisannya itu membuatkan aku jadi serba salah. Tetapi kerana DIA, aku tetap bertekad menghentikan perbuatan yang sia-sia dan mengaibkan seumpama itu.

Apa yang pasti, aku juga tidak terlupa memberikan dorongan kepadanya agar menyelesaikan segala kekusutan yang ada. Memanglah, aku mengatakan di dalam hati bahawa perbualan yang sedang terjadi ketika itu adalah yang terakhir dengannya.

Itu harapan aku, tetapi sebaliknya pula, yang berlaku. Walaupun dia telah bersetuju pada mulanya, tetapi dalam masa-masa tertentu, ada juga telefon bimbitku berbunyi yang memaparkan namanya. Memanglah aku tidak mahu mengangkatnya, apatah lagi meneruskan perbualan dengannya.

Sejujurnya, sepanjang aku berusaha menghalang panggilan-panggilan yang dilakukannya, timbul jugalah rasa simpati dan kesian padanya. Sebab itu ada kalanya aku tertewas dan mula mendengar keluhan-keluhan isi hatinya semula. Dari sini juga aku mula mengerti hakikat mengenai hati seorang insan yang berhati lemah. Patutlah kita sering dituntut untuk berlindung pada-NYA.

Tetapi dalam pada itu, aku juga sering berhati-hati menuturkan apa-apa kepada wanita yang telah bergelar isteri itu. Melalui perbualan itulah aku mula mempelajari sesuatu mengenai kehidupan ini. Kehidupan mengenai pasangan suami isteri. Opsss... pastilah hanya luaran sahaja yang bersangkut paut mengenai hati dan perasaan seorang wanita bergelar isteri.

Antara yang aku masih ingat ialah dia telah berterus terang mengatakan kepadaku bahawa suaminya sering tiada di rumah pada malam hari. Bila mana aku bertanya suaminya ke mana, dijawabnya pula bahawa suaminya berjumpa dengan teman-teman karibnya, pastilah laki-laki dan ada kala wanita.

Itu semua membuatkan dia terasa sunyi dan ada kala dihiasi perasaan cemburu kerana tidak dicurahkan kasih sayang seperti mana kehendak naluri seorang wanita. Dari sinilah aku mula mengerti bagaimana sepinya seorang isteri andai ditinggalkan bersendirian. Apatah lagi andai isteri merasa bahawa dia tidak dihargai dan sengaja ditinggalkan suami.

Patutlah dahulu semasa aku mula-mula mendirikan rumah tangga, ayahku telah berpesan agar jangan ditinggalkan isteri keseorangan. Memang itulah yang aku lakukan sehingga kini. InsyaAllah...

Cuma terkadang disebabkan tanggungjawab kerja, aku terpaksa juga berjauhan dengan Isteriku Yang Tercinta. Pastilah aku memberitahu padanya dahulu selain sebab musabab aku terpaksa melakukan begitu. Dalam pada itu, aku akan berusaha untuk sentiasa menelefonnya selalu, walaupun sedang berjauhan ketika itu. Heheheeee

Adakala alasan aku gunakan adalah merindui anak-anakku. Tetapi hakikatnya, memang aku juga merindui dia, dia yang bergelar Isteriku Yang Tercinta.

Opsss... apahal pula tiba-tiba aku bercerita mengenai isteriku di dalam bahagian ini.

Oh ya, sebentar tadi aku memberitahu bahawa isteri orang yang curang tadi telah meluahkan isi hatinya padaku bahawa dia sentiasa ditinggalkan suaminya, apatah lagi malam-malam buta. Walaupun alasannya sekadar berjumpa teman-teman biasa.

Selain itu, ada jugalah dia memberitahu bahawa mak mertuanya sering menyindir akan dirinya. Memang ada beberapa perkara yang diberitahunya padaku, tetapi aku lebih terdorong merahsiakannya dari Anda. Izinkanlah aku tidak menceritakannya di sini.

Apa yang penting yang aku ingin nyatakan ialah hubungan mak mertua dan isteri memang amat-amat penting di dalam melayari bahtera perkahwinan.


(Coretan akan disambung nanti. Aku tidak dapat melakukannya sekarang kerana ada tugasan yang kena diselesaikan)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 12 (Isteri orang yang curang)

Bahagian 12

Setelah berbicara beberapa kali dengan wanita yang masih aku belum ketahui yang dianya adalah seorang isteri, sejujurnya aku mengatakan bahawa ada jugalah gambaran-gambaran di dalam mindaku yang bukan-bukan. Pastilah dihiasi dengan lakaran-lakaran istimewa para syaitan. Sungguh, itulah yang berlaku ke atas diriku, menggambarkan kenikmatan duniawi.

Hakikatnya dorogan para syaitan sungguh kuat, apatah lagi bila mana membuatkan aku terleka dengan menunggu-nunggu pangilan wanita bergelar isteri itu. Ditambah pula mendengar suaranya yang lunak merdu sehingga mencucuk-cucuk jauh ke dalam kalbuku. Memang seronok juga rasanya ketika itu.

Tetapi syukur Alhamdulillah, dalam masa yang sama aku sering ke masjid mengerjakan solat lima waktu. Setidak-tidaknya perbuatanku itu menjauhkan pemikiranku daripada menunggu-nunggu panggilan wanita bergelar isteri itu. Ada kalanya, lubuk hatiku juga tersinar dengan mentelaah kitab-kitab yang mengagungkan nama-NYA yang Satu, membuatkan lakaran-lakaran para syaitan dapat dipadamkan. Heheheee

Sungguh, lebih-lebih lagi mendengarkan alunan bacaan dari kitab suci di samping kitab-kitab para tabiin. Memang semuanya itu membuatkan diriku sering berhati-hati di dalam meluahkan rasa hati. Apatah lagi berlapikkan perasaan yang DIA sedang memerhati segala gerak geri yang aku sedang lakukan.

Itulah yang berlaku terhadap diriku ketika melayan pangilan-pangilan peribadi wanita yang bergelar isteri orang yang curang.

Setelah beberapa kali dia menghubungiku, suatu hari, terbongkar jugalah rahsia identiti wanita yang bergelar isteri orang itu. Itupun setelah dia sedikit sebanyak mengerti tentang DIA. Barangkali wanita bergelar isteri itu takut juga menangung dosa kerana berbohong dan menipu.

Memanglah aku berasa amat bersalah setelah mengetahui. Berbual dengan isteri orang? Memanglah aku terkejut. Apatah lagi berbual semasa ketiadaan suaminya di rumah. Ditambah lagi berbual di ketika lewat malam tiba.

Memanglah perbuatan sedemikian amat-amat meragukan dan mengaibkan, apatah lagi kepada Tuhan yang sentiasa memerhatikan segala perbuatan.

Namun, aku tekadkan di dalam diri bahawa apa yang aku lakukan adalah untuk mencari keredhaan Ilahi. Bukanlah kerana satu hobi. Pastilah apa yang aku lakukan itu sesuatu yang aku benci.

Setelah memikirkannya beberapa hari, aku tekadkan di dalam diri untuk berterus-terang sahaja dengan wanita yang bergelar isteri itu. Memanglah memberitahu kepadanya bahawa perbuatan yang sedang dilakukan itu amat-amat dilarang Tuhan dan harus diberhentikan.

Ternyata aku terkejut dengan reaksi wanita yang bergelar isteri itu. Memang darah gemuruhku tidak semena-mena mengalir di seluruh tubuh badanku yang sememangnya lemah.

Sungguh! Aku amat terkejut dengan reaksinya. Bukan sahaja aku, housemate ku pun terkejut melihat gelagatku yang cuba mententeramkan seseorang melalui perbualan telefon ketika itu. Pastilah housemateku itu tidak mengetahuinya, kerana aku sedang merahsiakan darinya. Yang jelas, memanglah dia berasa sedikit curiga dan berusaha bertanya, tapi aku buat tak layan sahaja.

Melalui perbualan telefon itu aku terdengar wanita bergelar isteri itu menangis-nangis sambil memujuk rayu agar tidak memberhentikan perbuatan yang kami lakukan. Opsss... pastilah perbuatan hanya berbual-bual sahaja melalui telefon peribadinya, sambil-sambil aku mendengar luahan isi hatinya yang terlalu putus asa dan tersiksa semasa melayari bahtera perkahwinan mereka yang baru berusia setahun jagung cuma.

Ya, lah berbanding aku yang langsung tiada pengalaman mengenainya, dalam istilah, masih bujang teruna. Pastilah belum mengetahui itu semua. Barangkali dia tidak memahami bagaimana keadaannya diriku tersiksa berlawan dengan para syaitan durjana. Memang aku terlalu keberatan untuk menanggung segala-galanya, al maklum bukan, aku ini memang terlalu lemah berbanding Anda.


(InsyaAllah, akan aku lanjutkan kisah ini pada masa lapang yang lain).
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Mei 11, 2009

Kerja-kerja di dalam kehidupan  Hobi atau Benci

Sesungguhnya... setiap hari kita memang kena melakukan kerja, sama ada suka ataupun terpaksa. Itulah sebenarnya yang diistilahkan sebagai kehidupan dunia. Kalau tidak melakukan apa-apa, pastilah bukan kehidupan namanya.

Izinkan saya membicarakan tajuk di atas untuk dikongsi bersama-sama dengan Anda. Saya terdorong melakarkan pandangan ini bila mana membaca hasil tulisan adikku mengenai kerja-kerja harian yang dilakukan di dalam kehidupan haruslah dianggap sebagai hobi. Sebahagian ahli motivasi berpandangan begini, agar timbullah minat yang mendalam di dalam menyelesaikan kerja-kerja harian yang dilakukan. Itu saya fahami.

Walau bagaimana pun, saya terdorong melontarkan pandangan yang sifatnya pastilah berbeza. Oleh itu, andai coretan ini tidak sesuai dilakukan, buangkanlah ia jauh, sejauh jauhnya kerana barangkali tidak sesuai dipraktikkan oleh Anda.

Tetapi, setidak-tidaknya, coretan ini merupakan satu usaha untuk memberitahu kepada Anda. Memanglah kita masing-masing mempunyai pandangan peribadi, mungkin sama dan mungkin juga berbeza. Sebab itulah saya berkongsi di sini, pandangan saya yang berbeza.

Apa yang ingin saya nyatakan ialah kerja-kerja yang dilakukan setiap hari seharusnya diniatkan semata-mata kerana DIA. Bukan kerana hobi.

Apapun yang akan dilakukan sama ada terpaksa mahupun sukarela, pastilah kerana DIA. Siapa? Pastilah DIA yang Maha ESA.

Walau seberat manapun tugas yang harus dilakukan, usah dilupakan untuk bertekad di dalam diri bahawa perkerjaan itu sebenarnya merupakan satu tanggungjawab yang harus ditunaikan di dalam kehidupan.

Barangkali kerja-kerja yang dilakukan itu adalah antara langkah-langkah yang harus dilalui untuk mempelajari rahsia mengenai kehidupan ini.

Pastilah kena berusaha bersungguh-sungguh, tidak kira ianya merupakan hobi atau sememangnya yang dibenci. Ketahuilah bahawa semua yang dilakukan itu adalah antara ujian-ujian yang harus kita lalui.

Ada kalanya perkerjaan yang dibenci itu merupakan satu ilmu yang akan memberitahu sesuatu.

Sering juga berlaku, perkerjaan yang dibenci itu terlalu berat untuk diselesaikan, sebab itu jangan terlupa memohon pertolongan-NYA. Itu juga antara rahsia mengapa kita dipertanggungjawabkan dengan tugasan yang memang dibenci itu.

Sememangnya DIAlah yang mengerti akan perkerjaan yang dibenci itu, namun kena tekadkan di dalam diri bahawa kehadiran kita ke sini, ke dunia ini bukanlah untuk merasai kepayahan kehidupan duniawi ini semata, tetapi lebih jauh daripada itu pastilah untuk persediaan mengecapi kejayaan syurgawi.

Mana mungkin kita akan menikmati sesuatu sebelum melakukan sesuatu. Sebab itu usah terlupa untuk menekadkan di dalam diri bahawa semua yang sedang dilakukan ini adalah kerana Ilahi, kerana DIA yang Maha Mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. Bukanlah hanya semata-mata menganggapnya sebagai hobi apatah lagi perkerjaan itu memang kita benci.

Berkemungkinan juga sesuatu yang dibenci itu adalah antara langkah-langkah untuk kita memahami segala rahsia berkenaan kehidupan duniawi ini. Agar kita melepasi segala ujian-ujian kehidupan, sebelum menikmati kejayaan.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Mei 09, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 11 (Isteri orang yang curang)

Bahagian 11

Berbalik kepada ceritaku diganggu oleh isteri orang, aku sebenarnya tidak menyangka bahawa wanita yang selalu menelefon aku ketika itu merupakan isteri orang. Sungguh! Bila mana dia membuat panggilan telefon, sejujurnya aku mengatakan bahawa ada juga perasaan seronok di dalam diriku.

Mulanya wanita itu menelefonku ketika aku bersama pakcikku menghadiri satu kenduri arwah. Masih aku ingat ketika peristiwa itu berlaku. Aku tidak menyangka ditelefon oleh seorang wanita misteri yang tidak mahu memperkenalkan identitinya padaku. Apa yang aku ingat, luahan isi hatinya terhadap diriku. Konon-konon dia tertarik padaku dan suka melihat diriku. Bila mana aku bertanya siapakah dia? Dia masih tetap menyembunyikan identitinya. Memang seronok juga aku rasa berahsia-rahsia seperti itu… heheheeee

Sejujurnya aku tidak pernah menelefonnya, tetapi dia yang hampir setiap hari menelefonku lebih-kurang pukul 11.00 malam. Aku ketika itu memang berasa pelik dan tertanya-tanya jugalah siapakah gerangan yang cuba-cuba mengenakan aku. Mungkinkah dia itu adalah sebahagian daripada pelajarku? Oh tidak mungkin kerana studentku memang tahu akan perangai diriku yang sedikit tegas.

Sejujurnya juga aku ingin memberitahu bahawa hatiku sering juga berkata-kata dan mempersoalkan mungkinkah wanita yang sering menelefonku ini cantik dan muda berseri? Itu semua terluah hasil daripada mendengar suaranya yang lunak merdu seolah-olah ada kemanisannya dan kemanjaannya di sepanjang berbual-bual dengannya.

Sejujurnya juga, aku berasa pelik dari mana dia mendapat nombor telefonku. Yang aku tahu, hanya orang-orang tertentu sahaja aku berikan nombor telefonku.

Memang sifat ingin tahuku mengenai wanita itu membuak-buak kerana pastilah aku tidak tenteram bila mana aku tidak mengenali dirinya, apatah lagi dia suka menelefonku hampir setiap malam.

Kadang terdetik juga di dalam hatiku untuk tidak melayan panggilannya. Ada beberapa kali aku melakukannya. Saja-saja aku tidak mahu mengangkatnya. Dan kadang aku terus sahaja mematikan handphone ku ketika itu.

Entah bagaimana, terdetik pula dalam diriku berasa kesian dengannya. Maklumlah, selain bersifat pemalu, aku juga cepat berasa simpati dengan insan-insan ciptaan Ilahi.

Sebab itu akhirnya aku mengambil keputusan untuk melayan sahaja panggilannya. Ketika itu, aku masih belum mengetahui bahawa wanita yang aku sedang layan berbual itu adalah isteri orang. Kalau aku tahu, awal-awal lagi memang aku tidak mahu layan. Pasti jugalah rasa simpati ku kepadanya berubah menjadi satu kebencian terhadap perbuatannya.


(Coretan ini akan disambung lagi bilamana diriku bersemuka dengan suami wanita itu)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Mei 08, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ..bhg 10 (Isteri orang yang curang)

Dari wanita yang bergelar isteri orang itulah aku telah memahami sedikit perasaan tentang kehidupan berumah tangga. Pastilah berkenaan perasaan seorang wanita yang sedang melayari bahtera perkahwinannya. Sejujurnya, aku memberitahu di sini bahawa walaupun aku sering diganggu oleh wanita itu, tetapi hakikatnya kami tidak pernah bersua.

Opsss… sori, sebenarnya ada jugalah kami bersua muka tetapi bagi diriku, seingatku, cuma beberapa kali sahaja aku terperasan tentang wanita yang bergelar isteri ini. Itupun aku tidak mengetahui bahawa sebenarnya dia sedang memerhati segala gerak geri langkahku sepanjang berurusan di tempat kerjanya.

Wanita yang bergelar isteri orang ini merupakan seorang kerani di salah sebuah bank terkemuka negara. Al-maklum aku sentiasa berurusan ke sana, maka sudah pasti dia terperasan akan kehadiranku. Sebab itu akhirnya dia menelefonku dan menagih kasih sayang dariku melalui pangilan-pangilan misteri yang dilakukannya. Lebih-lebih lagi semasa suaminya tiada di rumah.

Itu semua aku ketahui bila mana akhirnya dia bertindak jujur memberitahu kepadaku. Dan setelah mengetahuinya, pastilah aku berusaha untuk tidak lagi mendatangi cawangan bank terkemuka itu. Al-maklumlah aku inikan pemalu. Cehhhh!

Setelah aku mengetahui akan dirinya adalah bergelar isteri, pastilah bilamana dia menelefonku apatah lagi ketika lewat malam, ditambah pula alasannya bahawa suaminya sedang berfoya-foya di luar rumah, aku tetap menggagahkan diri untuk memberitahu tentang DIA yang sedang memerhati semua perkara yang dilakukan oleh insan-insan ciptaan Ilahi.

Pastilah perbualan itu aku penuhi dengan kata-kata nasihat-menasihati dan pastilah juga aku menumpang simpati bila mana mendengar luahan isi hati dan perasaannya ketika itu. hehehee

Sesungguhnya, aku bersyukur kehadrat NYA kerana melalui luahan jujur wanita itu, akhirnya aku memahami dan mengerti sedikit mengenai perasaan seorang yang bergelar isteri, pastilah bersangkut paut mengenai hal-hal berumahtangga.

Sesungguhnya aku juga tidak melepaskan peluang yang ada untuk memberikan sedikit tazkirah, apatah lagi untuk memahamkan mengenai agamanya.

Memang aku tidak pernah menyangka peristiwa sebegini berlaku kepadaku iaitu semasa hidup bujangku. Samalah seperti mana awek manis merabaku dahulu. Isk iskk iskkk….

Sungguh, aku tidak pernah menyangka kedua-dua peristiwa itu akan berlaku di dalam kehidupanku untuk menguji keimananku.

Ya Allah... aku tetap berdoa pada MU semoga peristiwa sebegini tidak lagi akan berlaku di dalam hidupku.

Apatah lagi aku kini sedang melayari bahtera perkahwinanku bersama isteriku yang tersayang dan pastilah untuk sepasang anak-anakku yang memang ENGKAU telah anugerahkan untukku yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab-tanggungjawab di dalam kehidupanku.

Kini aku sedar, mengapa DIA memberikan peristiwa-peristiwa sedemikian. Barangkali untuk dikongsi bersama dengan Anda semua. Moga-moga Anda juga akan beringat-ingat dan bertindak sedemikian rupa. Opss… bukanlah seperti perbuatan wanita-wanita yang aku telah kisahkan mengenainya.

Berbalik kepada ceritaku, akhirnya aku kini mengerti mengapa semua kejadian itu menimpa diriku. Apatah lagi sekarang ini aku sudah mempunyai blog Pedoman Hidup ini.

Mungkin kisah-kisah itu sudah menjadi takdir di dalam kehidupanku untuk dikisahkan di dalam blog ini agar dapat direnungi dan ditatapi, apatah lagi dijadikan Pedoman Hidup ini. Moga-moga nanti, adalah manafaatnya semasa melakukan segala kerja-kerja kehidupan, apatah lagi semasa mencari-cari jodoh sendiri.

Setidak-tidaknya, kisah sebegini dapat dijadikan penyuluh walaupun barangkali cahaya-Nya masih samar-samar sahaja untuk direnungi. Maklumlah, dunia inikan penuh pancaroba, apatah lagi diriku ini yang tidak sempurna yang penuh dengan kelemahannya.


Akan aku lanjutkan kisah ini sekiranya ada masa terluang di hujung minggu nanti…
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Pelari Bogel

MasyaAllah, sampai ke situ pula sudah pertandingan realiti TV sekarang ini. Saya terbaca berita ini di dalam akhbar internet Harian Metro yang memperkatakan mengenai siaran realiti TV berbentuk survivor yang mana pesertanya dikehendaki berlari dalam keadaan berbogel.

Nak tahu lokasi penggambaran itu dimana?, Errmmm tempatnya di negaraku tercinta Malaysia iaitu di sebuah pulau di perairan Mersing, Johor.

Nak tahu kisah selanjutnya, sila baca link ini dari Akhbar Harian Metro,
Dan usahlah direnung lama-lama gambar separa bogel yang dipaparkan itu.

Macam-macam sudah jadi, melalui rancangan realiti TV yang mana akhirnya mengaibkan diri sendiri
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Mei 07, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ..bhg 9 (Isteri orang yang curang)

Bahagian 9

Kali ini aku ingin meneruskan cerita pengalamanku bertemu jodoh. Pastilah mengkisahkan bagaimana isteri orang yang cuba bertindak curang dengan berusaha menagih cinta dan kasih dariku.

Pada awalnya aku berhasrat kisah ini dikemudiankan sahaja iaitu selepas aku menceritakan kepada Anda bagaimana usaha-usaha yang aku telah lakukan untuk mendapatkan jodohku.

Tetapi entah bagaimana, sejak semalam, aku lebih terdorong pula bercerita kisah ini kepada Anda. Cerita mengenai seorang wanita yang bergelar isteri orang cuba menggangu hidupku.

Ketika peristiwa ini berlaku aku telah berumur 31 tahun. Walaupun kisah ini nampak negatif, tetapi saya lebih terdorong melihatnya sebagai sesuatu yang positif.

Kenapa? kerana peristiwa ini telah mendorong diriku berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan jodohku. Pastilah matlamatnya untuk mengelakkan peristiwa ini berlaku bagi kali yang ketiga di dalam hidupku.

Peristiwa ini merupakan kali kedua menerjah diriku. Aku terdorong menceritakan peristiwa kedua ini kepada Anda kerana banyak yang aku telah pelajari darinya. Sebab itulah aku ingin berkongsi dengan Anda semua. Pembaca blog Pedoman hidup yang setia. Terima kasih aku ucapkan yang tidak terhingga.

Sebenarnya sebelum aku mencoretkannya di sini, mindaku telah memutuskan untuk menceritakannya di akhir pengkisahanku berkaitan pengalaman-pengalamanku bertemu jodoh. Tetapi akhirnya aku menetapkan kisah ini lebih baik didahulukan agar Anda memahami kisah berikutnya iaitu berkaitan usaha-usahaku seterusnya di dalam pencarian jodohku.

Anda usah terkejut mengenai ceritaku kali ini kerana memang ianya betul-betul terjadi di dalam hidupku. Kisah ini berlaku semasa aku sudah di alam pekerjaan dan sudah mempunyai pendapatan sendiri. Apatah lagi berkereta sendiri dengan pakaian segak bergaya.

Namun, disebalik itu semua, aku bersyukur peristiwa ini terjadi di dalam hidupku kerana ianya telah mengajar aku sedikit ilmu mengenai perasaan seorang wanita yang telah bergelar isteri.

Memang ia telah mengajar aku sesuatu. Barangkali sebagai persediaan untukku sebelum melayari bahtera perkahwinanku.

Syukur yang tidak terhingga kepada NYA jua kerana memberikan aku pelajaran seperti ini, setidak-tidaknya aku akan berhati-hati semasa meneruskan perjalanan hidup seperti sekarang ini, bergelar sebagai seorang suami...


(Coretan akan bersambung esok ada kerja pula yang saya kena siapkan sekarang)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Mei 06, 2009

Isteri orang yang curang

Sebenarnya dah lama saya ingin menyambung cerita mengenai pengalaman-pengalaman saya bertemu jodoh. Apatah lagi cerita berkenaan tajuk di atas. Memang saya juga telah mengalaminya di mana isteri orang turut berusaha menagih kasih dan sayang dari saya. Bukan sekali, tetapi dua kali saya mengalami peristiwa ini.

Disebabkan tugasan harian yang terlalu mendesak, akhirnya hasrat ini sentiasa sahaja terbantut untuk saya melakukannya. Sememangnya saya tidak mahu bercerita mengenainya sekiranya lakaran peristiwa tersebut belum benar-benar tergambar di minda.

Saya cuba berusaha menggambarkannya agar mudahlah bercerita kepada Anda. Tetapi disebabkan himpitan kesibukan kerja, maka lakaran ini samar-samar sahaja hadirnya. Ini menyebabkan sukar untuk saya menuliskannya. heheheeee

Sebab itu saya tidak dapat melakukannya sehingga kini. Tunggulah akan saya usahakan juga bilamana ruang minda saya benar-benar telah mengimbasnya kembali.

Sememangnya peristiwa itu benar-benar telah menguji kewibawaan diri saya, apatah lagi iman sebenar saya. Namun, di sebalik itu semua, pastilah ada hikmahnya, sebab itu saya ingin berkongsi dengan Anda.

Disebabkan peristiwa itu jugalah maka akhirnya saya telah bersungguh-sungguh berusaha mencari-cari jodoh saya. Memang peristiwa itu telah mengajar saya mengenai perlunya memberikan belaian kasih dan sayang kepada isteri tercinta.

Memang pengajaran dari peristiwa itu telah sedikit sebanyak memberikan didikan kepada saya agar berhati-hati semasa melayari bahtera perkahwinan nanti supaya tidak membiarkan isteri tercinta merasai kemabukan duniawi.

Selain itu, saya juga ingin berkongsi cerita seorang “brother” dari seberang negara Malaysia. Mengenai kisah mudanya dahulu yang turut bertindak curang bukan sahaja kepada isterinya bahkan kepada isteri-isteri orang lain. Bukannya sekali dua, tetapi beberapa kali, menurutnya. Sehinggalah Allah mengenakan musibah kepadanya, barulah dia berhenti melakukannya.

Itulah antara peristiwa yang ingin saya kongsikan dengan Anda. Pembaca blog Pedoman Hidup yang saya kasihi semua. Memang eksklusif cerita ini, kerana ianya adalah pengalaman peribadi yang telah saya lalui dan pastilah juga peristiwa “brother” yang telah meluahkan pengalamannya kepada saya.

Moga-moga nanti, adalah pengajaran yang akan diingati, selepas melayari blog Pedoman Hidup ini.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Mei 05, 2009

Kasih dan Sayang

Anda, adalah antara simbol dari titisan kasih dan sayang. Memang asal kejadian setiap insan dimulai oleh perasaan ini, iaitu hasil nikmat berkasih-sayang. Tanpanya, tiadalah manusia yang bernama Insan.

Kasih sayang merupakan kurniaan Tuhan kepada setiap insan yang memiliki hati dan perasaan. Gambaran hebatnya perasaan ini, bila mana setiap insan dahagakan kasih dan sayang. Itulah kehebatan kekuasaan Tuhan yang memiliki segala keajaiban dan kunci segala rahsia kehidupan.

Sebagaimana Anda dahagakan kasih dan sayang, begitu jugalah insan-insan lain yang memiliki hati dan perasaan.

Sememangnya Tuhan juga memiliki Kasih dan Sayang. Sebab itu setiap insan yang melakukan sesuatu perlakuan semestinya mendahulukan ungkapan “Dengan Menyebut Nama MU yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”.

Tanpa limpahan kasih sayang-NYA, mana mungkin kita dapat menggerakkan segala tindakan yang ingin kita lakukan. Mengapa? Kerana DIA yang menciptakan semua kejadian kehidupan untuk menyatakan betapa DIA mengasihi dan menyayangi.

Dari itu, usahlah disembunyikan perasaan ini. Apatah lagi kepada mereka yang amat bermakna di dalam kehidupan ini. Lambat laun akan menyesal nanti, sudah tidak berguna lagi.

Kehidupan ini sememangnya sementara. Dari itu jangan tertinggal memberikan kasih dan sayang kepada mereka yang amat dikasihi dan disayangi, apatah lagi kepada mereka yang telah menitiskan perasaan ini untuk kita bersama-sama merasai akan erti kehidupan ini.


Coretan sempena Hari Ibu dan Ayah




Entri tambahan mengenai;

Bicara Soal Cinta

Cinta Terhalang,

Putus Cinta atau Putus Kasih Sayang,

Kasih dan Sayang,

Petua Menyuburkan Kasih Sayang,

Mengenali Cinta.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Mei 03, 2009

Rahsia Menyingkap Kehidupan -5 (Pekerjaan Harian)

Setiap hari pasti ada sahaja pekerjaan yang harus Anda lakukan. Tak kiralah kerja itu mudah ataupun susah. Sama ada terpaksa ataupun dengan rela hati... Memang Anda kena lakukan. Itulah antara liku-liku di dalam kehidupan.

Perlu juga Anda ketahui bahawa setiap apa yang kita lakukan, pastilah tidak pernah memuaskan hati semua orang. Jangan anggap setiap yang kita lakukan itu dapat menggembirakan semua orang kerana sudah lumrah kehidupan ini diciptakan berpasang-pasangan. Akan ada yang puas hati dan tidak kurang pula yang sakit hati.

Kalau kerja yang Anda lakukan itu baik, pasti akan ada yang menentang. Sudah pasti yang menentang itu adalah di kalangan penggemar kejahatan. Sebab itu ada ungkapan manusia bertopengkan syaitan.

Sekiranya telah difikirkan baik dan buruknya sesuatu perbuatan yang akan Anda lakukan, usah ragu-ragu di dalam segala tindakan. Elakkan berasa was-was, kerana perasaan keraguan itu adalah bibit-bibit jelmaan syaitan yang berusaha melakarkan kegagalan di dalam kehidupan.

Apatah lagi keraguan mengenai Kekuasaan Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Melihat segala tindak-tanduk para Insan.

Perlu juga disedari bahawa setiap langkah di dalam kita melakukan sesuatu perbuatan, kita yang akan dipertanggungjawabkan. Sudah pasti bertanggungjawab di dalam kehidupan nan abadi iaitu Syurga atau Neraka!.

Sebab itu setiap tindakan yang kita lakukan perlu diiringi DOA pada-NYA. Sesungguhnya Doa adalah senjata yang paling ampuh menentang segala kejahatan jelmaan syaitan.

Memang kita kena berdoa setiap masa dan setiap ketika, sebanyak yang boleh kita melakukannya kerana itu juga adalah antara pekerjaan-pekerjaan yang harus kita lakukan di dalam kehidupan.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Mei 02, 2009

Rahsia Menyingkap Kehidupan -4

Kebolehan akal manusia memang mengatasi segala-galanya. Akal berperanan penting di dalam membuat segala keputusan yang akan dilakukan. Kewujudan akal jugalah yang membezakan di antara Insan dengan lain-lain ciptaan-NYA.

Setiap insan yang menggunakan akal sebaik-baiknya pasti akan berjaya kerana keputusan yang dianalisa itu adalah output yang amat berharga.

Namun, tidak semua hasil analisa itu adalah yang terbaik andai tidak diiringi dengan ilmu. Sesungguhnya, ilmu yang amat berharga dari segala-gala ilmu adalah yang menyelongkar tentang kekuasaan-NYA kerana di dalamnya tersembunyi segala-gala keajaiban-NYA.

Dari keajaiban itulah kita akan memahami segala rahsia ciptaan-NYA termasuklah mengenai kehidupan ini.

Keajaiban itu juga membolehkan semua yang tidak boleh diterima akal berkemungkinan terjadi bila mana ilmu kekuasaan-NYA telah diketahui. Hakikat ini agak sukar seandainya kita masih tidak mengenali-NYA.

Berusahalah mengenali-NYA dan sekiranya agak sukar juga melakukannya, berusahalah agar kita merasai bahawa DIA sedang memerhati. Moga-moga dengan perasaan itu, kita akan berasa sentiasa diawasi sepanjang masa, setiap ketika...
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Mei 01, 2009

Membuat Keputusan --> Majoriti vs Minoriti?

Teringat saya satu kisah yang diceritakan oleh seorang rakan berkenaan kaedah membuat keputusan di dalam suatu perkara. Memang saya suka kisah ini kerana ada hikmah terselit di sebaliknya.

Kisah ini adalah berkaitan membuat keputusan mengenai suatu perkara yang amat penting sama ada mengambil kira keutamaan Majoriti atau Minoriti sahaja. Cerita ini dibuat untuk direnungkan bersama agar dapat dijadikan pedoman hidup di dalam membuat sebarang keputusan yang adil dan saksama.

Anda, pasti terpaksa membuat keputusan di dalam kehidupan harian. Sememangnya keputusan yang perlu dibuat itu hanya memberikan dua pilihan sama ada Ya atau pun Tidak. Sama ada Nak Buat atau pun Tak Nak Buat.

Kalaupun kita terpaksa membuat keputusan, di dalam hal-hal yang berkaitan dengan keutamaan, adakah pilihan kita lebih mengutamakan majoriti, seterusnya mengorbankan yang minoriti?, atau sebaliknya iaitu minoriti di utamakan berbanding yang majoriti?

Inilah yang ingin saya kongsikan di sini…

Dikisahkan bahawa ada dua kumpulan kanak-kanak suka bermain di kawasan landasan keretapi. Kumpulan majoriti seramai 20 orang kanak-kanak lebih gemar bermain di atas landasan keretapi yang masih aktif digunakan. Manakala minoriti (dua orang kanak-kanak sahaja) memilih untuk bermain di atas landasan yang sudah tidak lagi aktif digunakan.

Suatu hari, sedang dua kumpulan kanak-kanak ini rancak bermain-main di atas kedua-dua landasan itu, tanpa disedari oleh kumpulan majoriti kanak-kanak yang sedang bermain di atas landasan aktif tadi, sebenarnya ada sebuah keretapi sedang menyusur dengan laju di atas landasan itu. Berkemungkinan akan melanggar majoriti kanak-kanak yang sedang bermain di atas landasan yang aktif itu.

Apa yang pasti, majoriti kanak-kanak itu akan terkorban seandainya keretapi itu terus menyusuri landasan yang aktif itu. Dan perlu juga ditambah bahawa keretapi itu tidak boleh lagi diberhentikan, apatah lagi menyuruh kanak-kanak itu beredar dari landasan yang aktif itu. Memang tidak sempat.

Alternatif pilihan yang ada ialah keretapi tersebut hanya boleh dipesongkan ke arah laluan landasan yang tidak aktif tadi, di mana dua orang kanak-kanak minoriti sedang bermain.

Ini bermaksud, Anda hanya ada dua pilihan sahaja, sama ada mengorbankan majoriti kanak-kanak yang sedang bermain di atas landasan yang aktif itu, atau mengorbankan sahaja dua orang kanak-kanak yang bermain di atas landasan yang tidak aktif tadi.

Inilah persoalannya, Adakah Anda akan memilih keretapi itu terus menyusuri landasan yang memang aktif itu, atau Anda memesongkannya ke arah landasan di mana dua orang kanak-kanak sedang bermain tadi?

Memang itu sahaja pilihan yang harus Anda buat. Tiada lain selain daripada dua pilihan itu… Sama ada mengorbankan kumpulan majoriti atau mengorbankan sahaja yang minoriti tadi? Sememangnya keputusan di tangan Anda dan Anda harus membuat keputusannya.

Namun, suka juga saya mengingatkan bahawa sebenarnya dalam hal ini dua orang kanak-kanak yang menjadi minoriti tadi telah bertindak rasional kerana memilih bermain di atas landasan tidak aktif kerana lebih selamat. Berbanding majoriti kanak-kanak yang memilih bermain di atas landasan aktif yang memang merbahaya!.

Haruskah dikorbankan dua orang kanak-kanak tadi kerana menyelamatkan majoriti yang telah memilih bermain di atas landasan keretapi yang aktif itu?.

Buatlah keputusan Anda kerana kita akan bertanggungjawab di atas keputusan yang kita pilih. Pastilah yang Adil dan Saksama menjadi pilihan utama.
Baca selanjutnya, Klik di sini...