Khamis, Oktober 22, 2009

Coretan Buat Akak Jaja..4

Ooo.. Moga jadi Cikgu Akak Jaja!.

Pasal blog saya, sebenarnya ada dua yang telah disiapkan iaitu satu dalam bahasa melayu (http://abgbent.blogspot.com) dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris. Tak perlulah saya berikan alamat untuk blog berbahasa inggeris itu sebab ianya berkaitan dengan hasil-hasil kajian yang telah saya lakukan selain di dalam blog itu juga saya menggunakan nama sebenar.

Rasanya audien untuk blog itu juga adalah berbeza...

Maafkan saya kerana bercerita mengenai diri sendiri di dalam coretan-coretan sebelum ini. Sememangnya saya hanya ingin memberikan input berkaitan persoalan akak tempoh hari. Tidak timbul soal seolah-olah itulah yang harus dipilih.

No.. No.. No...

Di sebalik itu, sememangnya semua itu adalah kuasa Allah yang Maha Esa. Apa yang terpapar di dalam coretan-coretan itu adalah kelemahan diri saya. Siapalah saya yang sememangnya tidak sempurna dan terlalu lemah berbanding Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Dalam pada itu, usah lupa untuk sentiasa melawati blog ini dan jangan terkejut melihat tajuk-tajuk yang saya paparkan kerana sememangnya saya hanya ingin berkongsi mengenai sesuatu yang terselit di dalam hati ini.

Andai salah, tunjukilah saya yang sebenarnya kerana sememangnya saya sedang mencari-cari cahaya-NYA agar dapatlah digunakan sebagai penyuluh onak dan duri di sepanjang laluan ini.

Salam kasih dan sayang buat semua...

3 Komen:

Cik Amy Sensei berkata...

salam abg bent..

apa khabar hari ni? moga sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah selalu..

senyummm.. :)

alang berkata...

Salam ziarah. Nak mintak adress blog abg bent yg dalam english tu boleh. Mana tahu boleh jadi rujukan utk saya. hehe. Klau abg bent tak keberatan la. Just email kan ke hzaim@live.com

:D

Abgbent berkata...

Heheheee...
Zaim punya bidang lainlah... barangkali tak relevan kalau nak baca pun. Hadiah zaim tu pun abg belum hantar lagi. Yang lain abg sudah kirimkan ok. Sorilah sebab hari tu abg tertinggal yang Zaim punya. belum ada kesempatan nak poskan... Takkan nak bagi kipas juga kat Zaimkan...

Adikku CikAmy yang ayu. Alhamdulillah, abg sekeluarga sihat sejahtera dan terima kasih di atas iringan doa itu. Senyuman adik memang sungguh manis. Adikku Alang tak nak ngorat adiku CikAmy nie ker?

Catat Ulasan