Jumaat, Julai 31, 2009

Pulau Yakushima Penuh Makna

Maaflah wahai saudaraku kerana beberapa hari lepas saya telah tidak dapat mengisikan apa-apa coretan di blog Pedoman Hidup. Bahkan menunaikan tanggunjawab untuk mengklik nuffnang di blog Anda pun, saya telah tidak dapat laksanakan.

Sebenarnya saya telah pergi ke sebuah pulau di selatan Jepun yang diberi nama Yakushima. Memang cantik keindahan hutan belantaranya, sehingga mana saya leka untuk tidak online internet. Opsss... sebenarnya pulau itu memang tiada sambungan internet pun!.

Selama empat hari saya berada di sana menikmati panorama keindahan pulau sambil meredah hutan belantaranya yang masih dara dan melakukan snorkelling di tepian pantainya yang membiru dihiasi kilauan hitam batuan dipukul ombak nan ganas.

Wah! memang indah pandangan mata. Syukur tidak terhingga pada Mu yang Allah. Memang tiada tandingan betapa hebatnya ciptaan Mu itu.

Akan saya kongsikan dengan Anda, Anda yang saya kasihi kerana DIA yang tidak jemu-jemu memberikan semangat untuk saya mencoretkan sesuatu di dalam blog Pedoman Hidup ini, walaupun hakikatnya saya sememangnya letih! dan dihimpit kerja-kerja yang perlu dibereskan dengan segera... Heheheeee

Bila ada masa terluang, akan saya uploadkan beberapa gambar-gambar menarik untuk tatapan Anda. Anda yang menjadi teman saya berbicara di ruangan siber alam maya.

Terima kasih jua kerana mengizinkan saya berbicra dengan Anda. Anda yang saya kenali sebagai saudara.


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Julai 26, 2009

Sushimi Jepun Akhirnya diJamah

Coretan kali ini saya khususkan buat adikku CikAmy yang saya kasihi kerana DIA. Moga-moga akan mengertilah mengenainya.

Beberapa hari lalu saya telah pergi ke Nagashima selama tiga hari bersama seorang Professor untuk melihat-lihat penyelidikan yang sedang dilakukannya. Memang saya teruja bila diajak oleh Professor itu ke sana. Apatah lagi dialah yang mengeluarkan perbelanjaan semasa berada di sana, di Nagashima selama tiga hari.

Di situlah pertama kali saya menjamah sushimi sebenarnya. Kalau ikutkan hati, memang saya tidak mahu memakannya, tetapi dek menghormati Professor itu, saya kuatkan jiwa untuk menjamahnya.

Mulanya memang saya merasa geli melihatnya. Cuba lihat foto yang saya tunjukkan di sebelah. Bayangkanlah perasaan saya yang tidak pernah memakan makanan mentah seperti itu. Pasti terasa ada juga gelinya.

Sejujurnya saya mengatakan, menggeletar juga chopstick yang saya pegang ketika mengambil hirisan ikan mentah itu.

Namun, selepas menjamahnya, saya boleh mengatakan ianya memang sedap rasanya. Patutlah masyarakat Jepun menyukainya. Apatah lagi Professor itu mengajar saya mengenai Shoba-Shoba iaitu ikan mentah itu dicelup ke dalam teh panas yang dihidangkan bersama-sama sushimi.

Perlu juga saya beritahu kepada adikku CikAmy bahawa sushimi itu perlu dicecah ke dalam sos kicap yang saya tunjukkan di bawah. Nampak tak tompokan hijau pada sos itu? Ianya dikenali wasabi iaitu seolah-olah cili pada masyarakt Jepun di sini. Itulah cili yang mereka gunakan.

Suatu ketika, adikku Ayuk telah menyuruh saya memakan wasabi itu secara terus di salah sebuah restoran di Kagoshima. Mulanya memang saya tidak tahu, tetapi selepas merasainya, barulah mereka terbahak-bahak mengetawakan saya.

Rupa-rupanya sengaja mereka mengenakan saya. Nak tahu rasanya wasabi itu bila dimakan secara terus? Heheheee....

Memang bercampur baur perasaan yang akan dirasai. Tak per... mereka mengenakan saya. At least itulah memori yang diberikan oleh mereka kepada saya. Merasai wasabi secara terus.

Berbalik kepada cerita memakan sushimi itu, selesai sahaja kami jamah, akhirnya inilah pula makanan yang dihidangkan.


Dari segi menghias makanan, pasti saya salute mereka kerana memang cantik kelihatannya makanan yang dihidangkan. Cuba lihat pula yang ini;


Semasa berada di Nagashima, setiap hari sushimi itulah yang saya jamah. Lima kali saya merasainya. Semasa sarapan pagi dan makan tengahari. Semuanya berlaku semasa berada di Nagashima bersama Professor yang saya hormati.

Inilah restoran yang saya kunjungi bersama Professor itu semasa berada di Nagashima. Nagashima adalah sebuah pekan nelayan sebenarnya.




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Telanjang Di Dalam Kehidupan… atau Menjadi Seorang yang Hebat!

Anda, yang bernama Insan sememangnya benar-benar hebat seandainya mengetahuinya.

Hebatnya Anda telah menyebabkan Iblis yang pada mulanya amat tawaduk kepada Allah telah menjadi kufur kerana tidak mahu mengikut perintah-Nya iaitu perlu tunduk pada mahkluk-Nya yang bernama manusia.

Sifat Dengki dan Bangga Diri yang menyelimuti iblis telah menyebabkan dia kufur pada Allah selama-lamanya. Sebab itulah perasaan Bangga Diri dan Dengki merupakan antara yang amat berbahaya sekiranya ingin menjadi Hebat dan Berjaya.

Kejayaan di dunia memang boleh dikecapi tetapi ketahuilah bahawa kejayaan itu adalah sementara sifatnya. Perlukah berbangga atau merasa hebat akannya, apatah lagi menjadi dengki kerananya?

Saya berani mengatakan kejayaan kehidupan bukanlah seratus-peratus diukur dalam bentuk harta benda yang dimiliki atau pangkat kekuasaan yang diperolehi.

Oleh itu mengapa harus berbangga apatah lagi menjadi dengki kerananya?

Memang kita boleh memiliki kejayaan duniawi tetapi biarlah digunakan sebaiknya. Lebih-lebih lagi digunakan untuk menjadi tawaduk pada-NYA, DIA yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa di atas segala-galanya.

Mengapa harus mengikut jejak langkah iblis yang telah dilaknat Allah?

Untuk difahami, ketahuilah bahawa kejayaan di dunia bukanlah hakiki kerana kejayaan yang sebenarnya adalah kejayaan selepas menempuhi kehidupan ini. Seribu tahun kehidupan di dunia diumpamakan sehari kehidupan di Akhirat.

Kehidupan Akhirat adalah kehidupan yang akan dilalui selepas menempuhi kehidupan duniawi. Itu pun kalau boleh dimengerti kerana pernyataan ini merupakan antara rahsia-rahsia yang terkandung di dalam kehidupan duniawi. Saya mengatakannya kerana saya ada merasainya.

Perasaan yang dirasai oleh saya barangkali tidak sama dengan perasaan yang Anda rasai kerana sifatnya perasaan memang tidak dapat dilihat oleh mata apatah lagi diukur oleh minda.

Andai Anda mengatakan kepada saya yang Anda merasa sakit dek terkena sesuatu, pastilah saya tidak dapat melihat apatah lagi menafsir kesakitan yang sedang Anda rasai, kerana kesakitan itu sifatnya tidak dapat dilihat oleh mata apatah lagi diukur oleh minda saya.

Tetapi hakikatnya, Anda sedang merasakan kesakitan itu di dalam perasaan hati dan sanubari Anda sendiri. Itulah yang ingin saya beritahu kepada Anda. Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Saya tinggalkan pemikiran ini untuk direnungi agar kelak adalah makna yang akan dirasakan. Apa yang akan Anda rasai barangkali tidak sama dengan apa yang sedang saya rasai kini.

Moga-moga Anda akan mengerti.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Julai 25, 2009

Inilah Diriku… Disimbah Gerhana Perasaan Selepas 2 Minggu di Jepun

Foto kapal yang saya paparkan di sebelah merupakan sebuah kapal penyelidikan yang khusus mengkaji pelbagai ilmu sains terutamanya di dalam bidang kepelautan.

Lima hari yang lalu, saya telah berkesempatan meronda-ronda di dalam kapal terbabit. Sebenarnya ketika itu, kapal terbabit sedang dalam persediaan belayar untuk melihat gerhana bulan.

Semasa saya bertamu ke dalamnya, beberapa orang saintis astronomi terkemuka dari negara Jepun bersama dengan pelajar-pelajar mereka sedang bersiap sedia di dalam kapal ini.


Selesai bersalaman dan berkenal-kenalan dengan mereka, akhirnya saya pun turun dan selepas kapal terbabit memulakan pelayaran, saya sempat melambai-lambaikan tangan kepada mereka.

Moga-moga nanti, misi melihat gerhana itu akan terlaksana, itulah yang saya sempat katakan kepada mereka. Jejaka yang melambaikan tangannya di dalam foto yang saya tunjukkan di sebelah adalah diri saya. Hanya pandangan dari belakang sempat saya tunjukkan.

Seumpama istilah Jangan Pandang Belakang, tetapi di sini saya menyuruh Anda melihat dari dimensi belakang.

Foto-foto di bawah pula memaparkan gerhana yang telah saya rakamkan dari sebuah akhbar Jepun yang menceritakannya mengikut rentetan masa. Moga-moga adalah kefahaman Anda mengenainya iaitu keajaiban alam cakrawala.


Selain itu, di dalam coretan ini saya juga ingin memaparkan gambar rakan-rakan seperjuangan adikku Ayuk sebagaimana yang telah dijanjikan kepada mereka.

Harap-harap sejarah gerhana bulan itu akan mereka ingati kerana saya difahamkan gerhana seterusnya akan berlaku kembali dalam tempoh 26 tahun yang akan datang pula.



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Julai 22, 2009

Pengalaman di Jepun …bhg 7 (Gerhana Bulan di Jepun, Seumpama Gerhana Perasaanku)

Sebentar tadi, ramai masyarakat Jepun naik ke puncak tinggi bangunan untuk melihat gerhana bulan yang berlaku sekitar jam 10.00 pagi, waktu di sini. Biarlah saya simpan dahulu cerita itu kerana waktu ini, saya ingin berkongsi gerhana perasaan yang saya alami.

Bersyukurlah kerana kita hidup di negara tercinta Malaysia. Hakikatnya, selepas berada lebih seminggu lamanya di Jepun, saya merasakan amat besar cabarannya. Mari saya kongsikan dengan Anda.

Satu perkara yang amat menyedihkan saya ialah bila mana mencari tempat ibadah yang sesuai untuk orang-orang Islam seperti saya. Memang terasa kepayahannya. Takkanlah pula saya bersembahyang sembarangan di mana-mana tempat yang saya kunjungi. Nampak sangat nanti betapa buruknya agama saya pada pandangan mereka.

Kota yang sedang saya kunjungi ketika ini dinamakan Kagoshima. Hakikatnya, memang tiada surau apatah lagi masjid yang seumpama dengannya. Memang tiada!

Untuk mendapatkan kepastian mengenainya, saya telah bertanya kepada saudara seagama saya yang ada di sini. Mereka mengesahkan bahawa memang tiada!

Namun, kesungguhan saudara-saudara seagama dengan saya yang sedang menimba ilmu di sini telah melahirkan satu surau untuk beribadah. Memang terlalu kecil saiznya. Kalau nak sembahyang Jumaat, surau tersebut memang tidak dapat memuatkan mereka semua.

Sebab itu, ada satu tempat yang dijadikan tempat perkumpulan mendengar apa-apa ceramah kadang-kala diubahsuai pula menjadi tempat menunaikan solat Jumaat untuk menampung ramainya saudara-saudara seagama saya yang ada di sini.

Memang menyedihkan kerana tempat ibadah untuk berjemaah itu diubah suai mengikut keadaan dan waktu. Hanya tikar besar yang akan dihamparkan supaya dapat digunakan secara berjemaah untuk melaksanakan amanah kepada-NYA, DIA yang Maha Esa.

Tempat tersebut sebenarnya adalah merupakan hostel untuk menempatkan pelajar-pelajar luar negara. Inilah foto yang dapat saya kongsikan dengan Anda. Foto ini diambil setelah kami selesai menunaikan Solat Isyak secara berjemaah. Sebenarnya petang itu ada ceramah mengenai Negara Indonesia di sini.

Hakikatnya, saya tidak berkesempatan mendengar ceramah di dalam ruangan itu kerana saya khusyuk berbincang di luar dengan seorang pelajar Bangladesh yang membicarakan mengenai terrorist di Indonesia yang baru berlaku.



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Julai 21, 2009

Pengalaman di Jepun …bhg 6 (Maksud Pesta Ogionsa dan Warkah buat Isteriku Tercinta)

Pesta Ogionsa adalah satu pesta yang diraikan bersempena dengan musim panas ketika ini di Jepun. Menurut Adik Manis yang mengiringi kami, Pesta Ogionsa diraikan sebagai tanda sembahyang mereka kepada TUHAN.

Mereka memohon kepada TUHAN untuk diberkati dan diberikan pelbagai kebaikan di dalam kesemua bidang termasuklah pertanian, perniagaan dan kesihatan.

Foto yang menunjukkan beberapa orang kanak-kanak kecil yang dihumban-humban ke atas adalah sebahagian daripada upacara untuk memberkati kanak-kanak itu. Begitu juga upacara penyerahan papan-papan yang tertulis ukiran kanji seperti yang saya tunjukkan di bawah ini.


Selain itu, kumpulan-kumpulan para remaja yang memakai pelbagai warna pakaian adalah mewakili kumpulan perniagaan yang juga memohon kebaikan daripada TUHAN agar diberikan hasil perniagaan yang berlipat kali ganda banyaknya.






Lawatan ke pesta Ogionsa sememangnya amat bermakna di dalam hidup saya dan pastilah pelbagai post-post masih ada di dalam simpanan saya untuk tatapan Isteriku yang Tercinta dan keluarga.

Moga-moga kesemua gambar yang ada di dalam blog ini dapat menjelaskan serba sedikit mengenai budaya orang Jepun kepada Anda. Anda yang sememangnya teman saya berbicara di ruangan siber.

Barangkali ini merupakan tanggungjawab yang harus saya laksanakan kepada Anda. Mungkin juga inilah peranan saya berada di sini iaitu menunjukkan kepada Anda bagaimana umat manusia memuji-muji Tuhannya.

Terima kasih jua kepada pembiaya segala perbelanjaan saya semasa berada di Jepun dan pastilah saya tidak lupa kepada-NYA, DIA yang Maha Esa. Syukur pada-Mu Ya Allah kerana memberikan saya peluang ini untuk dirasai. Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga…


Warkah buat Isteriku Yang Tercinta

Buat Isteriku Yang Tercinta, sememangnya abg terlalu merinduimu sayang, tetapkanlah hatimu dan kepercayaanmu terhadap diri ini. Usah dibiarkan syaitan menjadikan hati dan sanubarimu was-was terhadap semua perkara yang sedang abg lakukan kini.

Sememangnya cintaku padamu tidak akan berubah. Peluklah anak-anak kita dengan erat moga-moga keeratan yang sayang rasakan akan menjelmakan pelukan abg padamu jua. Usah difikirkan yang bukan-bukan kerana hati dan perasaan sememangnya bukanlah permainan.

Andai ada yang tersilap abg lakukan, maafkanlah saya sayang. Sememangnya saya terlalu lemah untuk memahami pelbagai perkara. Terima kasih jua kerana mengingatkan saya mengenai perasaan seorang wanita dan terima kasih jua di atas pengorbananmu menunaikan tanggungjawab untuk menjadi seorang Isteri Tercinta yang Setia.

Kepercayaan sememangnya tidak boleh dijual beli kerana ianya wujud di dalam hati. Hati yang bersih akan memancarkan sinaran Ilahi andai mengerti akan kepercayaan hakiki.

Kepercayaan hakiki tidak akan dapat dilihat dan dirasa andai dilihat dari satu dimensi, tetapi cubalah berusaha melihat sesuatu perkara dari pelbagai dimensinya. Masih ingatkah lagi dimensi pengetahuan manusia? Cubalah baca coretan ini (3D). Moga-moga dapatlah dimengerti.

Andai kepercayaan sudah tiada, akan terbitlah bibit-bibit curiga yang kelak menghancurkan kasih sayang sesama manusia. Memang itu kerja-kerja mereka, mereka yang saya gelar iblis laknatullah dan para syaitan yang menjadi tentera-tenteranya.

Moga-moga warkah ini akan meleraikan sesuatu yang terbuku dihatimu. InsyaAllah.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Pengalaman di Jepun …bhg 5 (Pesta Ogionsa dan Adikku Ayuk)

Sepertimana yang telah saya nyatakan semalam, kali ini saya ingin menjelaskan kepada Anda mengenai Festival Ogionsa yang saya alami kelmarin.


Sebenarnya saya tidak menyangka pun akan menghadiri Festival itu. Adik dari Malaysia yang saya kenali bernama Ayuk, telah mengajak saya melihat Festival Ogionsa di sekitar pekan Tenmonkan, Jepun.


Ayuk adalah salah seorang adik lelaki yang saya kenali di sini. Dia berasal dari Terengganu dan sudah lebih dua tahun berada di Jepun. Dia sedang belajar di dalam bidang Ijazah Sarjana Sains Biologi di Universiti yang sedang saya lawati.


Ayuklah yang banyak mengajar saya tentang kehidupan orang-orang Jepun dan dia jugalah yang bertanggungjawab menunjukkan kepada saya pelbagai makanan halal yang terdapat di sini.


Tetapi, hakikatnya, saya lebih suka bertandang ke rumahnya untuk menjamu selera. Maklumlah, ianya lebih terjamin halal berbanding saya makan di restoran-restoran sekitar kota ini.


Perlu juga saya beritahu bahawa walaupun si Ayuk ini masih single, tetapi dalam bab-bab memasak, saya harus salute padanya. Sememangnya saya kalah! Heheheeee.


Nasib baik juga dia ada menunjukkan dan mengajarkan kepada saya pelbagai perkara yang ada di Jepun ini. Bukan itu sahaja, dia juga telah mengorbankan banyak masanya untuk membawa saya ke beberapa lokasi-lokasi yang ada, selain mengajarkan budaya orang-orang Jepun di sini.


Terima kasih adikku Ayuk... Sememangnya saya mengasihimu kerana DIA. Kalau kembali ke Malaysia, jangan lupa menziarahi saya. Anggaplah setiap yang kita bincangkan bersama merupakan sesi taaruf yang harus ditempuhi bersama.


Opsss… terlanjur pula saya bercerita pasal si Ayuk yang handsome, lihatlah wajahnya yang seakan-akan orang Jepun sudah jadinya. Heheheeeee






Ayuklah yang telah mengajak saya melihat-lihat Pesta Ogionsa. Sememangnya saya tidak tahu bahawa selain Saya yang diajak oleh si Ayuk, rupa-rupanya Adik Manis yang saya perkenalkan sebelum ini, juga telah diajaknya bersama-sama untuk menemani.







Menurut adikku Ayuk, Adik Manis itu adalah rakan karibnya yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepadanya mengenai tulisan Jepun yang dikenali Kanji, selain bahasa Jepun itu sendiri.


Sememangnya ada beberapa perkara lagi yang telah diberitahunya kepada saya mengenai Adik Manis itu. Biarlah ianya menjadi rahsia, namun saya ingin mengucapkan kepada adikku Ayuk Syabas! dan Tahniah! di atas usaha murnimu itu.


Moga-moga kelak adikku Ayuk akan berjaya melakukannya. Sememangnya itulah tanggungjawab kita sebagai manusia yang bergelar insaniah.




Selain itu, adikku Ayuk jugalah yang telah membantu mengambil pelbagai post-post menarik semasa bergambar di sekitar pesta Ogionsa itu. Dan harus juga diberikan kredit kepada rakanku dari Indonesia yang bernama Taufiq kerana berkongsi foto-foto menarik berkenaan Pesta Ogionsa.


Panorama Ogionsa

















Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Julai 19, 2009

Pengalaman di Jepun ...bhg 4 (Festival Ogionsa yang mengejutkan saya)

Hari ini saya tidak dapat melakarkan sesuatu untuk dikongsikan dengan Anda kerana sememangnya saya terlalu letih kini, iaitu selepas melihat panorama Festival yang dinamakan OGIONSA dari tengahari sampai ke petang tadi.

Sebenarnya saya telah ditemani oleh adik manis ini semasa melihat-lihat Festival itu.

















Untuk entri kali ini, biarlah foto-foto di bawah saya sajikan untuk Anda. Saya bersyukur kepada-Nya kerana dilapangkan seketika untuk melihat-lihat Festival ini. Akan saya ceritakannya kepada Anda nanti.
















Adik kecil molek yang berada di sebelah saya (berbaju putih) merupakan adik kepada adik manis yang telah menemani saya melihat Festival ini...









Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Julai 18, 2009

Pengalaman di Jepun ..bhg 3 (Tazkirah buat adik-adik ku dari Malaysia yang berada di Jepun)

Semalam saya telah memberikan sedikit tazkirah atau kata-kata nasihat kepada adik-adik dari Malaysia yang sedang berada di Jepun. Mereka sedang belajar di sebuah universiti Jepun iaitu tempat yang sedang saya lawati kini.

Terlalu naïf wajah-wajah mereka dapat saya perhati ketika memberikan kata-kata nasihat itu. Ada yang berwajah seolah-olah berasa sedih dan menyesal, dan tidak kurang juga yang mengangguk-anggukkan kepala menandakan faham dan setuju dengan kata-kata yang saya berikan.

Namun begitu, pertemuan itu juga kami selitkan dengan gelak ketawa bagi menghangatkan lagi taaruf yang dilakukan di dalam sebuah restoran jepun.

Seramai 13 orang kesemuanya iaitu 5 perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Saya bersama kumpulan adik-adik lelaki, manakala yang perempuan pula berada di meja yang lain tetapi bersebelahan.

Kami menjamu selera di dalam restoran yang diberi nama Fracasso untuk memenuhi tuntutan makan malam.

Saya telah diperkenalkan oleh adik-adik itu mengenai spaghetti seafood yang terdapat di dalam restoran terbabit dan diberikan minuman yang bersistem seumpama buffet iaitu terpulanglah berapa banyak yang nak diminum daripada tiga jenis jus, beberapa jenis minuman bergas dan tidak ketinggalan air putih biasa.

Saya telah berkesempatan memberikan kata-kata nasihat semasa bersama-sama mereka ketika itu. Pastilah nasihat yang saya berikan ada hubungkaitnya dengan Pedoman di dalam Kehidupan ini.

Satu pengakuan yang diberikan kepada saya oleh adik-adik lelaki yang bersama-sama saya ketika itu ialah sudah lama mereka tidak mendengar nasihat-nasihat sedemikian rupa.

Wah! sedih juga saya mendengar luahan itu. Oh ya, ketika itu ada juga pelajar berbangsa Cina yang juga memberikan tumpuan terhadap kata-kata nasihat yang saya berikan.

Memang dia bersungguh-sungguh menumpukan perhatian sehingga bila mana nak beredar dari restoran itu, dia menghulurkan tangannya untuk dijabat oleh saya. Terasa juga aura tangannya yang hangat dan erat menggenggam tangan saya tanda ucapan terima kasih yang lahir dari jiwanya sendiri.

Pastilah di dalam nasihat-nasihat itu saya perkatakan tentang Kekuasaan Tuhan yang penuh Keajaiban. Mereka juga berkesempatan mengajukan soalan-soalan kepada saya dan berkongsi pengalaman hidup yang telah mereka perolehi di Jepun.

Ya, saya berkongsi cerita dengan mereka, sampaikan seorang daripada adik lelaki itu, yang bernama Hazwan telah mengikut saya sehingga ke tempat tinggal saya. Dia meminta tunjuk ajar dan nasihat mengenai beberapa perkara. Pastilah mengenai Pedoman Kehidupan ini. InsyaAllah, moga-moga dia akan berjaya di dalam temuduga itu esok.


(Akan aku sambung lagi coretan ini).
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Julai 17, 2009

Pengalaman di Jepun ...bhg 2 (Gadis Jepun yang Cantik, Manja, Pemalu & Peramah)

Hari ini masuk hari keempat saya berada di Jepun. Kali ini saya ingin kongsikan dengan Anda kisah menarik yang telah saya alami di sini. Harap-harap Isteri Tercintaku juga akan membacanya nanti.

Sememangnya, kasih dan sayangku hanyalah untuk Isteri Tercintaku semata. Andai sayang sedang membaca coretan ini, anggaplah gadis-gadis yang saya ceritakan di sini seumpama adik-adik yang harus kita kasihi jua.

Tidak pernah pun terlintas di hati saya untuk menduakanmu sayang. Saya tahu bahawa pengorbanan yang sayang berikan amat banyak sekali dan tidak terkira oleh saya angarannya. Memang terlalu banyak sebenarnya. Terima kasih wahai Isteriku yang Tercinta.

Pengorbananmu menjaga anak-anak kita sehingga kini sememangnya saya amat-amat hargai. Sesungguhnya, merekalah buah hati kesayangan kita berdua. Jaga dan didiklah mereka dengan sebaik-baiknya, wahai Isteri Tercintaku.

InsyaAllah, selesai sahaja tanggungjawab ini, abg akan pulang dengan membawa pelbagai pengalaman untuk dijadikan pedoman di dalam meneruskan sisa-sisa perjalanan yang bermatlamatkan… Pastilah Syurga-Nya nan Abadi.

Opsss….

Maaflah, sebab coretan kali ini macam sebuah warkah untuk Isteriku yang Tercinta pulak!.

Walhal, sebenarnya saya ingin berkongsi dengan Anda cerita mengenai Negara Jepun yang sedang saya lawati kini.




Cuba lihat wajah-wajah ceria yang saya tunjukkan di atas. Sememangnya blog ini jarang saya uploadkan gambar, tetapi kini, saya izinkan blog ini memaparkan gambar gadis-gadis ini kerana mereka telah membantu saya sebenarnya.

Gadis-gadis di Jepun sememangnya cantik dan menarik. Ketiga-tiga gadis ini telah membantu saya semasa membuat pilihan makanan yang sesuai untuk saya santap sebagai sarapan pagi.

Ketiga-tiga gadis itu sebenarnya sedang belajar di Universiti yang sedang saya lawati kini. Mereka mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Arkitek.

Wah! Nasib baik juga mereka telah membantu saya memilih makanan di dalam kantin universiti itu.

Sebenarnya semalam, seorang pelajar Malaysia yang berada di sini telah menunjukkan kepada saya makanan yang sesuai untuk dijamah, tetapi entah macamana, sampai sahaja di dalam kantin universiti itu, saya menjadi curiga dan dilemma untuk memilih memandangkan terdapat banyak yang serupa dengannya.

Cuba lihat makanan ini.

















Inilah makanan yang saya jamah untuk memenuhi tanggungjawab kepada perut saya yang berbunyi-bunyi sejak dari pagi lagi.

Makanan tersebut adalah nasi pulut disaluti rumpai laut (berwarna hijau) dan mengandungi udang di dalamnya. Sebenarnya selain udang, ada juga yang mengandungi ikan, ayam dan pork.

Sebab itulah saya kena berhati-hati memilih. Gadis-gadis itu pada mulanya berasa malu-malu, selepas saya sapa untuk memohon bantuan mereka menterjemahkan label yang terdapat pada bungkusan makanan itu.

Selepas memberikan penjelasan berulang-ulang kali, akhirnya mereka faham dan seronok sekali selain mamaparkan sifat kemanjaan mereka untuk membantu saya memilih.

Sesungguhnya saya tidak mengerti tulisan Jepun. Sebab itu memohon bantuan gadis-gadis itu.

Ini pula air yang saya beli selepas diberikan tunjuk ajar oleh mereka, mereka yang saya gelar sebagai Gadis Jepun yang Cantik, Pemalu, Manja dan Peramah.





















Air tersebut merupakan minuman kegemaran saya iaitu teh tarik, cuma dicampurkan dengan mangga kuning manis. Wah! Pertama kali saya rasa the tarik bercampur mangga. Emmmm! Memang sedap rasanya seperti label yang dipaparkan pada botolnya iaitu Sweet.

Selepas mendapat petolongan dari mereka, saya pun memohon izin mengambil gambar bukan dengan saya, tetapi gambar mereka sahaja. Wah! apa lagi, memang mereka terus berposing. Heheheeeee….

Dan saya juga telah memberitahu kepada mereka yang saya akan paparkan wajah mereka di dalam blog ini. Makluman saya itu disapa dengan ukiran senyuman dari mereka….

Terima kasih saya ucapkan Gadis Jepun yang Cantik, Pemalu, Manja dan Peramah.



Baca selanjutnya, Klik di sini...