Jumaat, Jun 12, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 17 (Isteri orang yang curang)

Sesampainya sahaja aku di restoran mamak yang dijanjikan, aku pun menelefonlah suami kepada isteri orang yang curang itu. Pastilah bertanya sama ada dia sedang menunggu ku?. Tetapi sebenarnya soalanku itu dijawab olehnya dengan jawapan lazim “on the way” ke tempat yang dituju.

Sementara menunggu suami kepada isteri orang yang curang itu tiba, aku pun memesanlah kepada salah seorang pekerja di restoran mamak itu minuman kebiasaanku di situ iaitu teh tarik kaw-kaw rasanya.

Setelah minumanku hampir setengah ke bawah, akhirnya telefon bimbitku berdering dan memaparkan nama suami kepada isteri orang yang curang itu. Pastilah deringan itu aku sambut dan jawab kerana aku memahami bahawa barangkali dia sedang menuju ke tempat dudukku. Semasa berbual di dalam telefon ketika itu, aku dijelaskan warna baju dan seluar yang sedang dipakainya, begitu juga diriku melihat-lihat sekitar restoran pada masa itu.

Maklumlah pertama kali kami bertemu dan tidak pernah mengenali antara satu sama lain, ditambah pula keadaan ruang ketika itu yang penuh sesak dengan kehadiran insan-insan lain.

Akhirnya, dari kejauhan, dapat aku memerhatikan suami kepada isteri orang yang curang itu sedang bercakap melalui telefonnya dengan berpakaian t-shirt dan seluar pendek iaitu paras lutut. Oh ya, dia juga memakai kaca mata sedikit gelap ketika itu. Ermmm… kacak juga orangnya, dan memanglah lebih kacak dari aku barangkali. Heheheeee…

Bilamana aku mengangkat tangan dan dia juga memberikan isyarat bahawa dia sudah dapat mengecam diriku, akhirnya dia pun mendekati dan duduk semeja denganku. Itupun selepas kami berjabat tangan bersama-sama.

Memanglah aku dapat merasakan aliran aura dari tangannya ketika itu penuh dengan segala persoalan dan begitu juga dengan hatiku yang berdebar-debar dan tidak sabar-sabar menceritakan kisah sebenar bagaimana aku dan isterinya berkenalan.

Pada mulanya, perbualan kami dimulai dengan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Walaupun wajahnya ternampak seolah-olah tidak selesa dan ingin terus menjurus ke arah persoalan yang sedang bermain di mindanya, manakala hatiku juga sedang meronta-ronta untuk berkata-kata, tetapi dalam masa yang sama, aku juga cuba berusaha menenangkan diriku ketika itu. Maklumlah, akukan lebih tua darinya.

Sebenarnya, sebelum berjumpa dengan suami kepada isteri orang yang curang ini, aku merasa sedikit gusar pada awalnya, fikiranku menterjemah, seolah-olah orangnya seperti ahli gusti terkemuka. Manalah tahu tiba-tiba dia marah, nahas aku jadinya.

Tetapi sangkaanku itu meleset sama sekali kerana suami kepada isteri orang yang curang itu lebih muda dariku rupanya. Umurnya ketika itu lebih kurang 28 tahun, berbanding diriku yang sudah menjangkau 31 tahun. Ermmm.. memang mereka kahwin muda nampaknya.



(Coretan akan disambung lagi)

3 Komen:

alang berkata...

Uik. 31 muda lagi la Abg Bent. Stil maintain hensem lagi.hehe. :D

ummumishkah berkata...

banyak pengalaman abang bent ni yer...
baguslah kongsi2kan degn kami ni..

Tanpa Nama berkata...

Му brother recommended I may like this web ѕitе.
Hе wаs totallу right. Thiѕ ѕubmіt truly madе mу ԁay.
You cаn not cоnsider sіmply hoω sо much time ӏ haԁ
sрent foг this infοrmation! Τhаnκs!
Take a look at my web page ... iphone repair petaling jaya

Catat Ulasan