Jumaat, Jun 19, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 18 (Isteri orang yang curang)

Ketika ini, sengaja aku menyambung cerita berkenaan Isteri Orang yang curang walaupun hakikatnya terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan. Hehehee…

Memanglah itu yang aku telah tekadkan ketika ini agar Anda yang setia bersama-sama denganku di dalam blog Pedoman Hidup tidak akan berasa hampa, bila mana menziarahi blog ini nanti.

Rasanya ada juga baiknya aku selesaikan sahaja kisah mengenai Isteri Orang yang Curang ini, sebelum aku melanjutkan kisah berkenaan usaha-usahaku di dalam mencari jodohku.

Sememangnya, selepas peristiwa aku diganggu oleh isteri orang untuk kali kedua, akhirnya aku telah berusaha bersungguh-sungguh mencari-cari jodohku, selain disebabkan usiaku yang semakin meningkat naik ketika itu. Heheheee

Oklah, aku sambung sahaja kisahku diganggu oleh Isteri Orang yang Curang itu iaitu;

Sebaik sahaja aku selesai bersalaman dan berkenal-kenalan dengan suami kepada isteri orang yang curang di restoran mamak yang aku gemari itu, akhirnya aku menceritakan dari awal perkenalanku dengan isterinya. Sememangnya aku tidak melepaskan peluang untuk menceritakan bagaimana aku mula-mula berkenalan dengan isterinya.

Masih aku ingat bila mana aku mengatakan kepadanya bahawa sesungguhnya aku tidak mengetahui yang isterinya ketika mula-mula menelefonku merupakan seorang wanita yang bergelar isteri. Ini kerana isteri orang yang curang itu telah menyamar menjadi seorang wanita misteri di awal perkenalan kami.

Sungguh! memang aku tidak mengetahuinya…. Sebaik sahaja aku berkata begitu, akhirnya suami kepada isteri orang yang curang itu membalas penjelasanku dengan berkata bahawa sememangnya dia memahami keadaan itu dan bersetuju kerana isterinya pun bukan ada tanda di dahi yang mengatakan bahawa dia sudah menjadi isteri orang. *&^%

Bilamana aku mendengar persetujuannya dengan penjelasanku, akhirnya terfikir juga aku mengenai kaum india yang menggunakan penanda berwarna merah di dahi sebagai simbol yang mereka sudah bersuami.

Mungkinkah ada baiknya melakukan begitu? Entahlah, aku sendiri pun tidak pasti, hanya wanita yang memahami seandainya melakukan seperti itu. Nak tanya aku, pastilah aku tidak dapat menjawabnya... kerana wanita sahajalah yang lebih mengetahuinya.

Selanjutnya aku memberitahunya bahawa rahsia kemisterian isterinya akhirnya terbongkar jua bila mana aku terdengar suara seorang kanak-kanak perempuan berhampiran bunyi suaranya di dalam telefon bimbitku. Ini menyebabkan aku memaksanya berterus terang siapakah gerangan kanak-kanak perempuan berdekatan dengannya ketika itu.

Seperti biasa, dia cuba mengelak untuk menerangkannya, tetapi kerana aku memberitahu akan DIA, DIA yang Maha Esa, yang mengetahui akan segala perkara dan dosa, akhirnya isteri orang yang curang itu bertindak jujur juga dan terbongkarlah segala cerita benar tentang dirinya.

Dari situlah akhirnya dia, iaitu isteri orang yang curang itu berterus terang kepadaku. Dan selepas mengetahuinya, pastilah aku berusaha mengelakkan panggilan-panggilannya selepas itu.

Aku menyatakan begitu kepada suami isteri orang yang curang itu bahawa takkanlah pula diriku yang masih Muda Teruna nak berkahwin dengan isteri orang? Bila mana aku menjelaskan seperti itu, aku dapat melihat sesuatu paparan di wajahnya yang ternampak seakan-akan suatu kesedihan, dan aku juga merasakan sesuatu di dalam hatiku yang seakan-akan ada rasa bersalah kerana berterus-terang seperti itu.

Apatah lagi bila mana aku mengatakan bahawa aku masih Muda Teruna yang semacam sahaja bunyinya... Hehehee ...

Hakikatnya umurku dah lanjut pun ketika itu iaitu berusia 31 tahun, berbanding Isteri Orang yang Curang yang masih muda remaja, sekitar 25 tahun tak silap aku.

Berbalik kepada perasaan rasa hatiku yang bersalah kerana berterus-terang tadi, ditambah pula air muka suami kepada isteri orang yang curang itu seakan-akan memarahi isterinya, akhirnya aku tersedar bahawa sebenarnya aku juga telah melakukan sesuatu yang amat-amat tidak wajar kepada isteri orang yang curang itu.

Selepas itu aku cuba berusaha menjelaskan semua kejadian yang telah berlaku dari pancaran yang positif sedikit sifatnya agar isteri orang yang curang itu tidak disalahkan sepenuhnya.

Opsss… nampak gaya aku terpaksa berhenti di sini, sebab mindaku telah aktif kembali untuk menyuruh menyambung kerja-kerja seterusnya yang harus aku selesaikan hari ini juga. Heheheee..

(Nampaknya, tak dapatlah aku mengakhiri cerita mengenai isteri orang yang curang pada ketika ini. InsyaAllah akan aku sambung lagi esok atau lusa atau barangkali dua, tiga hari lagi)

0 Komen:

Catat Ulasan