Khamis, Disember 31, 2009

Air Mani VS Air Mata

Hahhh!
Anda terkejut dan teruja membaca tajuk yang saya gunakan di atas? Sebenarnya saya sendiri terperanjat dan kelucuan. Betulkah saya menggunakan tajuk entri kali ini Air Mani versus Air Mata?. Memang saya tersenyum-senyum ketika ini

Minda saya tiba-tiba ingin melakarkan tajuk itu. Di sebaliknya, saya sebenarnya ingin berkongsi dengan Anda mengenai Teori Minda.

Teori Minda yang saya kemukakan bukanlah bermaksud mutlak dan hakiki, ianya masih boleh Anda selidiki. Itupun kalau Anda mahu melakukan begitu. Saya tidak memaksa di dalam hal-hal yang sebegini kerana saya menyakini apapun pandangan Anda, ketahuilah bahawa saya amat menghargai dan mengaguminya.

Coretan ini sebenarnya sekadar ingin berkongsi dengan Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA. Ketahuilah bahawa teori minda ini belum ada trade mark atau dilabelkan komersial sebagai .

Boleh juga kalau saya ingin melabelkannya sebagai Abgbent atau dalam sebutan biasa sebagai Teori Minda Abgbent. Oppsss… bilamana saya melabelkannya begitu, Abgbent bukanlah bermaksud ianya sudah komersial dan Anda kena caj bila membacanya. Memang bukan begitu OK!.

Abgbent saya paparkan di dalam blog Pedoman Hidup percuma sahaja dan tidak perlu dijual ke mana-mana. Memang tidak perlu!.

Sebenarnya ia hanyalah sekadar coretan atau lakaran semata. Memang tidak layak untuk dijual. Apatah lagi konon-konon dijadikan ebook sebagai produk untuk dipasarkan kepada semua. Memang bukan begitu tujuannya. Jangan harap!

Coretan ini sebenarnya seratus-peratus percuma. Tidak dikenakan sebarang caj bayaran jika Anda ingin membacanya. Sebab itulah Anda boleh datang ke sini bila-bila masa semahu yang Anda suka. Moga-moga bila mana Anda berziarah ke sini akan adalah keberkatannya nanti. Paling penting, moga-moga juga DIA, Tuhan Yang Maha Esa, yang saya kenali Allah SWT akan meredhainya.

Berkenaan Teori Minda atau Abgbent yang saya utarakan di sini, betulkah Anda nak tahu mengenainya?… Betulkah Anda nak tahu ni?

Kalau memang Anda nak tahu, cuba Anda perhatikan tajuk yang saya berikan tadi. Air Mani versus Air Mata. Dapatkah Anda membayangkan kedua-duanya ketika ini? Kalau jawapannya Ya, mudahlah kelak Anda mengetahui coretan ini.

Jangan pula ada yang pandai-pandai mengatakan Tak Tahu. Cehhh!

Saya yakin Anda yang sedang meneruskan pembacaan ketika ini pasti mengetahui kedua-duanya, Air Mani dan Air Mata. Ketahuilah bahawa kedua-duanya ada persamaan. Dan ketahuilah juga bahawa walaupun kedua-duanya ada persamaan, ianya tetap ada perbezaan. Itulah Teori Minda, Abgbent yang saya ingin kemukakan dan ianya berlaku realiti di dalam kehidupan.

Bolehkah Anda senaraikan persamaan dan perbezaan di antara Air Mata dan Air Mani? Kalau Anda boleh melakukannya, bermaksud minda Anda masih lagi berfungsi sebaiknya.

Namun begitu, izinkanlah saya menyatakan persamaan kedua-duanya ialah berbentuk elemen yang dikenali Air. Manakala perbezaannya pula.... yang satu dikeluarkan dari atas dan yang satu lagi dari ...? Tak perlulah saya nyatakan sebab ianya pasti Anda tahu bukan?

Begitulah juga perumpamaan makhluk Tuhan yang dinamakan Manusia. Kalau dalam ilmu biologi, Manusia dikenali Homo sapien. Semua makhluk Manusia memang dikenali Homo sapien. Tak kiralah kulitnya putih atau hitam dan apapun bangsa mereka, ianya tetap dinamakan sebagai Homo sapien. Ketahuilah juga bahawa walaupun realitinya manusia sama, tetapi hakikatnya mereka mempunyai minda yang berbeza. Itulah yang saya ingin bawakan di sini.

Setiap daripada kita memang mempunyai minda atau akal yang berbeza-beza mengenai sesuatu perkara. Di dalam kehidupan duniawi yang sedang dilalui ketika ini, kita tetap ada pilihan sebelum melakukan tindakan. Ya atau Tidak. Itulah pilihan yang harus dilakukan. Anda berhak memilihnya kerana ianya tanggungjawab setiap daripada kita.




Cuba Anda perhatikan foto yang saya tunjukkan di sebelah. Apakah bentuknya? Anda jawab dulu soalan ini sebelum saya melanjutkan teori Abgbent di dalam coretan yang akan datang...
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Disember 27, 2009

Persoalan Minda, Mencari Jawapan, Mengharap Kebenaran

Saya bukanlah seorang sejarawan dan bukan juga seorang sasterawan, apatah lagi dinamakan sebagai agamawan. Memang bukan!

Realitinya, saya suka membaca kitab-kitab suci, kisah-kisah sejarah dan ukiran-ukiran seni yang dinamakan kesusasteraan. Apatah lagi ukiran yang dihiasi keindahan bergemerlapan dengan kilau-kilauan bila ditelaah oleh minda yang memerlukan tafsiran dari pelbagai dimensi untuk menjelmakan mahligai kebijaksanaan... Pasti saya amat menyukainya :)

Walaupun realitinya saya bukanlah seorang sejarawan, sasterawan atau agamawan, usahlah pula menghalang pelbagai tafsiran minda yang saya cuba lakarkan gambarannya di dalam blog Pedoman Hidup ini.

Lakaran ini adalah hasil luahan hati yang ingin dikongsi titisan kasihnya kerana dahagakan penafsiran. Sebenarnya ia amat menuntut keterbukaan ruang minda yang sering mahukan intelektualisma. Harap-harap budaya keterbukaan sebegini membuatkan kita terus berusaha memburu fakta dan makna. Dan seterusnya berusaha menyingkap rahsia alam yang masih menyembunyikan kepelbagaian ilmu-ilmu-NYA.

Kebijaksanaan sememangnya perlu dicari kerana DIA sedang mengajarkan pelbagai perkara untuk difahami. Sebab itu di dalam surah pertama-NYA yang diterima Rasulullah SAW melalui perantara Malaikat Jibrail di gua Hira’ berupa ungkapan “Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan... (Surah ke 96 di dalam Al-Quran diberi nama Al-Alaq, mengandungi 19 ayat kesemuanya).

Moga-moga dengan membaca, tersimbahlah cahaya NYA untuk menyuluh perjalanan kehidupan yang memerlukan kebijaksanaan supaya terarahlah perjalanan menuju destinasi hakiki - Kehidupan Syurga Abadi.

Pernahkah Anda mengenali Imam Al-Ghazali, Imam Nawawi, Ibn Taymiyyah atau agamawan-agamawan selain mereka? Adakah Anda juga pernah menyingkap kisah sejarah di Karbala berkenaan keluarga baginda Rasulullah SAW di akhir-akhir kehidupan mereka? Ianya amat relevan di bulan Muharam sebegini untuk dihayati dan diketahui.

Saya sengaja mengutarakan persoalan tersebut di atas yang merupakan secebis daripada persoalan-persoalan yang memerlukan jawapan agar kdapat difahami mengenai Wahabi, Sunni, Syiah dan pelbagai lagi definisi berkaitan agama Islam yang dilontarkan sejak akhir-akhir ini.

Kejituan jawapan amat diperlukan agar prinsip kehidupan yang dipegangi jelas dan berharap menemui jalan-jalan kebenaran walaupun hakikatnya, pada masa ini tiada penunjuk arah yang jelas mengenai laluan destinasi hakiki - Kehidupan Syurga Abadi.

Sungguh! Kekaburan membuatkan minda terpinga-pinga mencari jawapannya. Apatah lagi di dalam solat setiap masa diluahkan kalimah “selawat buat junjungan Rasulullah SAW dan Keluarga Baginda Rasulullah”.

Kalau peristiwa hitam di Malaysia mengenai Chin Peng diingati sampai bila-bila kerana dikatakan membunuh warga tanah melayu, bagaimana pula pembunuhan ahlul bait Rasulullah?, Sengaja saya melontarkannya supaya kita menggali jawapannya dan berharap adalah kebenaran menunjukkan perjalanan menuju destinasi hakiki nanti.

Saya... Sebenarnya masih terpinga-pinga mencari segala-gala persoalan yang memerlukan jawapan. Bukanlah bererti saya sudah tiada pegangan diri, tetapi saya amat berharap agar pegangan yang saya anuti tidak akan ditolak ke tepi sewenang-wenangnya oleh mereka yang sering memunculkan keraguan di dalam hati. Ini saya perlu lakukan agar terbinalah mahligai minda yang dapat melenakan persoalan yang memerlukan jawapan...

Mungkinkah masih ada sumber yang boleh dipercayai untuk merungkai persoalan-persoalan yang memerlukan jawapan?, apatah lagi menunjuki kebenaran yang jitu dan hakiki agar lapanglah laluan ke Syurga Nan Abadi nanti...

Saya akan terus berusaha membina mahligai kebijaksanaan walaupun barangkali terlalu payah melakukannya... Saya yakin, andai kita berkerjasama menjadi Satu, pasti usaha sebegini menjadi mudah dan barangkali singkat sahaja untuk membinanya.

InsyaAllah
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Disember 25, 2009

Berusaha Mencari Jodoh...

Salamelekom wbt, duhai adikku Humaira yang dikasihi kerana DIA. Izinkanlah abg melakarkan sesuatu di dalam blog nan ayu...

Usahlah mengubati hati nan lara dengan berkata-kata nan indah belaka. Hakikatnya manusia, diciptakan dengan pasangan-pasangannya. Itulah lumrah dunia. Andai adik menafikannya, ianya memberikan gambaran seolah-olahnya adik terbawa-bawa perasaan kesedihan. Kalau tidak masakan adanya ukiran seperti diatas, Kan...

Tetapi, abg tahu bahawa adik sebenarnya dan sememangnya tidak begitu. Luahan hati yang terpancar dari ukiran "Mual Orang Bujang" adalah cerminan keimanan yang adik sembunyikan. Memang itulah selayaknya hati seorang muslimah. Syabas! Dan Tahniah! abg ucapkan.

Dan abg doakan semoga adik akan beroleh lelaki yang tampan, bijaksana mengendalikan segala perkara dan pastilah yang amat bertakwa kepada NYA. InsyaAllah. Amin.

Dari kesemuanya itu, abg tetap ingin menzahirkan nasihat ini...

Jadikanlah sebagai satu matlamat hidup yang penting untuk memperolehi jodoh sendiri kerana dari matlamat itulah akan memunculkan pelbagai usaha.

Usah terlalu berserah, kerana untuk mendapatkan jodoh, ianya memerlukan pelbagai usaha. Ketahuilah bahawa jodoh tidak akan muncul secara tiba-tiba. Kecualilah Allah SWT memberikannya sedemikian rupa. Hakikatnya, untuk itu berlaku, amatlah jarang keadaanya kerana kita dikehendaki berusaha di sepanjang perjalanan duniawi ini. Dan usaha yang paling berharga ialah dengan berDOA kepada NYA. Memang DOA kepada NYA adalah senjata yang amat tajam di dalam menikam segala macam cabaran kehidupan. Keredhaan NYA berkemungkinan mencurah-curah di dalam kehidupan kita andai sentiasa memanjatkan doa kepada NYA.

Selain dari doa, tidaklah pula bermaksud pelbagai usaha yang abg sebutkan tadi menyebabkan adik mengabaikan kesopanan dan kesusilaan sebagai seorang muslimah. Memang bukan itu maksud yang abg paparkan di sini.

Jadikanlah sirah Isteri Rasulullah SAW yang bernama Khadijah sebagai secebis Pedoman Hidup. Barangkali ada yang bermanafaat untuk ditelaah mengenainya, yang mengisahkan Rasulullah SAW dipelawa menjadi suami. Kalaupun tidak seratus-peratus dapat dipraktikan, moga-moga nanti adalah tercurah ilham dari pembacaan itu nanti. InsyaAllah.

Dan seseorang yang bergelar bujang tidaklah pula hina keadaannya kerana martabat seorang yang bujang telah terukir dengan indah di dalam lembaran firman Allah SWT, pastilah di dalam surah Mariam namanya. Andai ada kesempatan, marilah kita singkap bersama-sama. Moga-moga akan tercurahlah cahaya NYA di dalam meneruskan perjalanan dunia.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Disember 24, 2009

Memaafkan Diri Sendiri ? Antara Sifat "Law of Attraction" Yang Tersembunyi

Wah! Law of Attraction memang terpancar dari artikel itu. Betul-betul bercahaya sinarannya… ;) "Belajar Memaafkan Diri-Sendiri" Itulah tajuknya. Ukirannya penuh motivasi diri agar mendapat kekuatan untuk meneruskan perjalanan duniawi. Harap-harap tidaklah pula selama-lamanya bersifat begitu - Memaafkan diri sendiri.

Seperti kebiasaannya, bila mana membaca artikel seperti itu, abg akan terdorong melihat dari sudat yang lain pula. Izinkanlah abg melakukannya, seperti biasa, duhai adikku yang dikasihi kerana DIA.

Pandangan tambahan ini bukanlah bererti yang ukiran adik mengenai "Belajar Memaafkan Diri-Sendiri" tidak bagus. Memang bukan itu maksud coretan yang abg lakarkan ketika ini. Sebenarnya, abg menyokong apa yang adik ukirkan kerana ianya terluah hasil dari perasaan. Iaitu perasaan yang kita punyai, dari Jiwa Yang Satu.

Ukiran yang adik paparkan memanglah indah dan penuh makna - Belajar Memaafkan Diri Sendiri.

Sebab itu abg terdorong melontarkan kata-kata dan melakarannya di sini. Hanyalah lakaran yang abg dapat paparkan ketika ini, atau barangkali sekadar coretan sahaja sifatnya...

Memohon maaf pada diri sendiri? Mengapa pula begitu?  Diri Anda adalah tanggungjawab Anda, dan Anda berhak ke atasnya. Tiada yang lebih berhak selain daripada diri Anda sendiri. Anda yang akan menerima nasib kemudiannya. Itulah perjanjian yang telah dimeterai dengan NYA. Bukannya sesiapa. Tetapi saya dan Anda telah memeterai dengan NYA, sebelum kewujudan di dunia ini lagi. Itupun kalau Anda mengerti.

Anda bukannya ada dua, tiga atau lebih elemen, OK.

Ketahuilah bahawa Anda adalah diri Anda sendiri. Tiada dua, tiga atau lebih..., tetapi satu sahaja. Ingat!, Satu sahaja… iaitu Anda. Bukannya dua, tiga atau lebih... Ini abg kena kongsikan supaya adalah pengertian mengenainya. Terpulanglah andai Anda ingin menjadikan diri Anda terpecah-pecah menjadi dua, tiga atau lebih... selayaknyalah Anda memaafkan diri Anda sendiri kalau itulah sifat yang Anda imani.

Kalau ada selain daripada diri Anda, itu bermaksud Anda cuba mencari alasan mengenai kesilapan yang Anda telah lakukan. Ingatlah!, setiap apa yang dilakukan oleh Anda atau saya, Anda dan saya lah yang akan bertanggungjawab keatasnya. Bukannya sesiapa, tetapi saya dan Anda.

Anda perlu mengenali diri, barulah mengerti kepada siapa sebenarnya kemaafan yang ingin dipohonkan itu. Kalau sekadar berkata-kata di dalam diri, kelak tidak sampailah kemaafan yang diingini. Mengapa? kerana maaf yang dipinta telah tersalah haluannya. Anda memang berhak menghalakannya ke mana-mana yang Anda suka, tetapi persoalannya, betulkah kemaafan yang Anda pinta itu sudah termakbul maafnya? Apatah lagi kalau melibatkan orang yang selain daripada diri Anda sendiri. Pasti Anda kena meminta maaf kepadanya.

Persoalan lain yang abg ingin tanyakan ialah, adakah Anda memang betul-betul bersalah terhadap diri-sendiri? Kalau memanglah Anda bersalah, besar sangatkah kesalahan yang telah Anda lakukan sehingga menyebabkan Anda menjadi buta mata hati sehingga tidak dapat lagi menyifatkan tentang diri Anda sendiri?

Atau barangkali Anda suka-suka membuat kesalahan pada diri-sendiri? Menyebabkan Anda telah terdorong melakukan perbuatan seterusnya iaitu memaafkan diri Anda sendiri pula. Astagfirullah... Tidak salah Anda memuhasabah diri, tetapi selepas bermuhasabah, pohonlah kemaafan kepada yang selayaknya. Bukannya Anda pandai-pandai pula memaafkan kesalahan yang  telah Anda lakukan.

Kalau betullah Anda telah bersalah pada diri sendiri, dan Anda meminta maaf pada diri Anda, dan seterusnya kalau pun Anda memaafkan diri Anda sendiri, sebenarnya itu hanyalah satu ILUSI..

Ilusi dalam erti kata Anda hanyalah bermain-main dengan perasaan diri-sendiri. Anda dibayangi oleh mainan perasaan diri-sendiri. Sebab itu saya berkongsi perkara ini, moga-moga Anda akan mengerti mengenainya nanti.

Kalau pun Anda ada rasa bersalah, selayaknya Anda memohon kemaafan kepada NYA kerana ketahuilah bahawa jiwa dan diri kita, DIA yang telah menciptakannya. DIA yang saya kenali sebagai Tuhan Pencipta Sekelian Alam.

Mengapa?

Kerana DIA sahaja yang berkuasa dan DIA jualah yang akan mengadili setiap jiwa yang bersalah. Apatah lagi DIA sememangnya telah berpesan bahawa hamba-hamba yang paling dikasihi dan disayangi NYA ialah bilamana mereka bersalah, mereka akan cepat-cepat memohon kemaafan dari NYA.

Bagi saya, Tuhan Pencipta Sekelian Alam adalah Tuhan Yang Maha Esa.

DIA lah yang telah menciptakan jiwa dan diri saya. Seandainya adalah rasa bersalah di dalam diri saya selepas memuhasabah seperti kebiasaannya, pastilah saya akan cepat-cepat memohon kemaafan dari NYA, kerana kepada NYA lah selayaknya saya memohon kemaafan. DIA yang saya kenali sebagai Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa, itulah Tuhan Pencipta Sekelian Alam. Sebab itu di dalam coretan ini saya ingin mengajak Anda bersama-sama, andai adalah rasa bersalah di dalam diri, marilah kita memohon kemaafan kepada NYA.

Apa yang ingin saya nyatakan ialah, saya tidak akan memohon maaf pada diri-sendiri, dan seterusnya memaafkannya, kerana itu hanyalah ILUSI sifatnya.

Tetapi selayaknyalah saya memohon kemaaafan terus kepada NYA kerana itu adalah KEIMANAN namanya, iaitu mempercayai bahawa diri ini adalah Hamba yang tidak lekang dari melakukan kesilapan untuk berusaha mendapatkan ilmu-ilmu NYA yang ada di dunia maya.

Sebab itu saya tidak akan sesekali memohon maaf pada diri sendiri kerana saya ketahui bahawa diri saya ini hanyalah Satu, bukannya dua, tiga atau lebih... Tetapi Satu sahaja iaitu Jiwa yang sedang dimiliki dan pastilah Jiwa ini adalah tanggungjawab yang harus saya kendalikan sebaik-baiknya. Saya tahu bahawa tugas ini bukanlah mudah, ianya memerlukan pengorbanan dan pengharapan agar tercurahlah keredhaan NYA di sepanjang perjalanan dunia.

Moga-moga kelak matlamat di dalam menerokai kehidupan duniawi tercapailah nanti, itulah yang saya imani, Kehidupan Syurga Nan Abadi.

Sebagai penutup lakaran ini, saya ingin menyatakan bahawa Anda berhak untuk tidak sependapat dengan saya di dalam hal ini kerana masing-masing kita akan bertanggungjawab terhadap diri-sendiri. Hakikatnya, saya sekadar berkongsi mengenainya kerana ianya tersembunyi di dalam hati dan sanubari saya ketika ini. Apapun, saya tetap menghargai ukiran indah di dalam artikel "Belajar Memaafkan Diri-Sendiri"

Sebagai tambahan, telaahlah ayat-ayat di bawah, moga-moga adalah Nur Ilahi menyinari kehidupan harian yang sedang dilalui ketika ini, InsyaAllah.


Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan. (As-Syura, 42 : 25)

Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqara, 2: 52)

Allah maafkan apa yang telah lalu dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa. (Al-Ma’idah, 5 : 95)

Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. (An-Najm, 53: 32)

…Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu… Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa. (Al-Baqara, 2: 187)

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (As-Syura, 42 : 30)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Disember 21, 2009

Inovasi dari Seoul, Korea... 8

Salam 1 Malaysia.

Sejak kebelakangan ini saya memang liat melakarkan coretan di dalam blog Pedoman Hidup. Kalau nak kata menyengajakannya,....  memang saya sengaja melakukannya.

Maklumlah, sekarang ini, masa lapang di rumah bukan lagi seperti dulu. Semasa di rumah, saya terpaksa menghadkan aktiviti blogging memandangkan masa lapang yang ada mesti digunakan untuk membantu Isteriku Yang Tercinta. Sungguh!,

Saya harus menggunakan masa lapang di rumah pada masa ini untuk membantu Isteriku Yang Tercinta termasuklah menjaga anak-anak dan kadang kala melakukan kerja-kerja rumah yang berkaitan. Saya melakukan itu semua kerana saya amat mengasihi dan menyayangi Isteriku Yang Tercinta.

Untuk makluman Anda, Isteriku Yang Tercinta sedang mengandung anak kami yang ketiga. Kalau mengikut kiraan perubatan moden, baru dua bulan setengah usia kandungannya. Moga-moga DIA akan memberkatinya, InsyaAllah. Amin...

Sebab itulah saya amat berharap agar Anda memahami situasi yang sedang saya alami ketika ini. Menjadi harapan saya juga agar Anda mengerti sekiranya tiada sebarang coretan terkini di dalam blog Pedoman Hidup setiap hari.

Kalau ikutkan hati, memanglah saya ingin mengisi entri terkini setiap hari di dalam blog Pedoman Hidup. Tetapi hakikatnya, masa terluang sebentar yang ada saya akan gunakan untuk menjenguk ke blog saudaraku yang dikasihi kerana DIA, pastilah blog Anda. OK

Disebabkan itulah, saya tidak dapat melakarkan sebarang coretan di dalam blog Pedoman Hidup seperti kebiasaan. Masa yang ada sudah agak terhad untuk blogging. Maaflah.

Sekali lagi saya amat berharap agar Anda memahami situasi yang sedang saya alami kini.

Untuk coretan kali ini, saya ingin berkongsi dengan Anda mengenai tiga inovasi antara yang sempat saya lihat di Seoul International Invention Fair 2009, tempohari.

Satu daripadanya adalah yang disebut "Teknologi Nano" atau dalam ungkapan bahasa Inggeris "Nano Technology". Anda nak tahu apa dia?

Hah... Cuba lihat foto yang saya berikan di bawah ini. Heheheeee...

Sebenarnya banyak soalan yang saya ingin tanyakan kepada pembuat inovasi tersebut, tetapi disebabkan Profesor yang bersama-sama saya melawat ketika itu ingin cepat melihat inovasi-inovasi yang lain, maka tak dapatlah saya bertanya secara terperinci mengenai inovasi yang dikenali "Buah Dada Tiruan". Saya sekadar berpeluang memegang-megangnya sahaja. Nak tahu bagaimana rasanya bila dipegang? Yang dapat saya nyatakan ialah... macam betul pula rasanya. Heheheeeee

Opsss... saya tidak mahu panjangkan ceritanya, nanti lain pula jadinya. Apa yang pasti, ianya boleh digunakan sebagai ganti kepada yang memerlukannya seumpama rambut palsulah agaknya....







Yang kedua pula, saya berkesempatan meneliti satu lagi inovasi berkaitan teknologi elektronik dan komputer. Cuba lihat foto di sebelah.

Ianya adalah mengenai pintu yang memerlukan wajah Anda sebagai kuncinya. Opsss.. wajah yang sudah disetkan sebagai kuncinya. Hebatkan?


Manakala yang ketiga saya ingin kongsikan ialah "Tandas Mudah Alih". Inovasi ini telah memenangi salah satu daripada hadiah utama yang disediakan.

Cuba Anda perhatikan foto yang saya berikan di bawah. Nampak mudah jer inovasinya tetapi yang penting, ianya memberikan manfaat untuk kehidupan kita di dunia. Tandas ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Boleh diletak di mana sahaja yang Anda mahu.




Harap-harap melalui coretan ini tertunailah permintaan saudaraku Linachu yang dikasihi kerana DIA. Sememangnya saya menghargai komentarnya di dalam coretan Penghargaan Buat Saudaraku 2, walaupun barangkali coretan ini masih tidak memenuhi permintaan itu, OK.


(Jika ada lagi kelapangan masa, akan saya kongsikan cerita lain pula)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Disember 15, 2009

Penghargaan Buat Saudaraku 2

Salam 1Malaysia buat Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Fikiran negatif saya tiba-tiba menyatakan yang barangkali Anda sedikit berasa kecewa bilamana melewati blog Pedoman Hidup hari ini. Maklumlah, ianya tidak dimasukkan sebarang entri terkini sejak beberapa hari yang lalu sehingga ke hari ini.

Sebenarnya saya tidaklah sesibuk mana pun dalam waktu itu. Banyak masa saya gunakan bersembang-sembang bersama rakan-rakan sekerja sambil-sambil dibawa juga berbicara oleh bos di tempat kerja. Maklumlah, mendapat anugerah Emas dari Seoul Korea.

Ceh! melebih-lebih pula saya berbicara tentang perkara itu. Cukup-cukuplah kan...
Risau juga saya kerana manalah tahu meluat pula Anda membacanya. Dan pastilah lebih jauh dari itu ialah kekhuatiran saya andai kehidupan yang kelak saya lalui tidak mendapat keredhaan dari NYA nanti. Nau'zubillah.

Maaflah....
Semua lakaran itu sekadar perkongsian dan bergurau senda. Sekali sekala bergurau-gurau dengan Anda, mungkin ada jugalah manafaatnya. Lagipun kitakan belum bersemuka sehingga ke hari ini, manalah tahu melalui gurauan sebegini akan mengeratkan lagi ukhuwah yang kita cuba bina bersama-sama.

Masih saya ingat satu pesanan Rasulullah SAW mengenai hari akhirat kelak di mana segolongan manusia yang akan mendapat perlindungan nanti ialah mereka-mereka yang berkasih sayang kerana DIA iaitu bertemu dan berpisah kerana NYA jua.

Sebab itulah, saya menggunakan blog Pedoman Hidup agar bertautlah kasih sesama kita, walaupun barangkali hakikatnya kita masih belum bersemuka. Anggap sajalah yang Anda akan mengenali saya bilamana berkunjung ke blog Pedoman Hidup setiap masa. Begitu juga dengan diri saya.

Ketahuilah bahawa walaupun saya tidak membalas komen-komen Anda di dalam blog ini, hakikatnya saya akan terbang ke blog yang Anda punyai dan akan menyempatkan diri melontarkan sepatah dua sebagai menghargai kesudian Anda berziarah apatah lagi melakarkan komentar di dalam blog Pedoman Hidup ini.

Kalau Anda menjadi pembaca senyap di dalam blog ini, ketahuilah juga bahawa saya tetap menghargai kesudian Anda berkunjung ke sini. Memang saya akan berasa gembira bila Anda sentiasa menziarahi saya. Apatah lagi apabila Anda melakarkan sebarang kata-kata untuk kita telaah bersama-sama di dalam blog Pedoman Hidup setiap masa.

Oleh kerana itu jugalah, saya ingin menyatakan bahawa akhirnya saya dengan rendah diri memberikan cenderahati yang dibeli dari Seoul Korea buat saudaraku yang dikasihi kerana DIA iaitu adikku Ixora yang memang cun, adikku Cik ian@aH Lian yang menawan dan tidak ketinggalan, cikguku yang Tegas Izakhairi.

Kali ini kriteria yang saya pilih ialah kerana mereka antara yang terawal memberikan komentar di dalam coretan "Cek Nuffnang dan Cenderahati Dari Seoul Korea". Oleh itu, saya berharap agar saudaraku yang dimaksudkan dapatlah memberikan alamat lengkap ke email saya di abgbent@gmail.com.

Moga-moga cenderahati sebegini akan mengeratkan lagi ukhuwah yang kita cuba bina bersama-sama di alam cyber yang sememangnya maya. Seumpama mayanya diri saya kepada Anda. Anda yang saya kasihi kerana DIA.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Disember 11, 2009

Cek Nuffnang dan Cenderahati dari Seoul, Korea

Hah!
Pagi ini saya terperanjat sedikit bila mana terselak sehelai kertas yang tertulis di bahagian sudut atasnya, HSBC Bank Malaysia Berhad. Betul-betul saya terkejut melihatnya. Kertas yang saya maksudkan adalah cek daripada pihak Nuffnang Sdn Bhd.

Seingat saya, dah dekat dua bulan cek ini terbiar di atas meja kerja saya di dalam ofis. Sungguh! dah hampir dua bulan lamanya cek ini terperap di dalam ofis kerana tidak ditunaikan.

Bukanlah saya menyengajakannya, tetapi disebabkan pelbagai tugasan, maka cek tersebut terselit di balik helaian kertas lain sehingga saya pun dah tak ingat mengenainya. Maklumlah, sehingga kini, meja kerja saya di dalam ofis memang berselerak. Tidak tersusun sebaiknya. Heheheee

Dah lama saya tidak membersihkan dan menyusun pelbagai lembaran kertas dan buku-buku serta barang-barang yang sedang berselerakkan di atas meja kerja saya ketika ini termasuklah juga yang berada di atas lantai.

Dua-tiga hari sebelum Aidiladha yang lalu, saya telah ditimpa pelbagai kesibukan kerja yang menuntut untuk diuruskan dengan segera. Ditambah pula ketika itu kereta kesayangan saya mengalami kemalangan dan terpaksa dimasukkan ke bengkel. Pastilah tumpuan kerja saya tidak terfokus kerana terpaksa membuat pelbagai perkara dalam satu masa agar terlaksanalah kesemuanya. Itu semua saya perlu lakukan dengan segera kerana beberapa hari selepas itu, saya akan berangkat ke Seoul, Korea.

Alhamdulillah, selepas beberapa hari kembali dari Seoul, barulah hari ini saya ada kelapangan masa membersihkan dan menyusun segala-galanya mengikut tempat dan aturannya. Dan ketika inilah juga saya terpandang cek daripada pihak Nuffnang Sdn Bhd.

Walaupun jumlah cek Nuffnang ini tidaklah seberapa, tetapi realitinya, ia tetap saya hargai, sepertimana yang telah saya beritahu di dalam coretan Warkah Buat Teman dan Terima kasih Nuffnang dan Anda Yang Dikasihi Kerana Dia.

Bersempena cek kali kedua daripada pihak Nuffnangi, saya ingin memberitahu kepada Anda bahawa satu perempat daripada pungutan cek ini akan saya dermakan ke salah sebuah masjid yang akan saya kunjungi bersolat Jumaat hari ini. InsyaAllah.

Moga-moga usaha saya dan Anda untuk mengklik iklan-iklan Nuffnang di dalam blog Pedoman Hidup akan mendapat kerberkatan dari NYA jua.

Memang saya telah memberitahu kepada Anda sebelum ini bahawa kewujudan blog Pedoman Hidup bukanlah bermatlamatkan untuk mengaut keuntungan, tetapi disebalik itu, ianya saya jadikan sebagai salah satu wadah untuk saya meneruskan usaha-usaha yang sememangnya saya telah janjikan. InsyaAllah, di lain masa akan saya perincikan dan beritahu kepada Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Manakala satu perempat daripada cek itu, saya ingin memberikannya kepada Anda buat kali kedua. Seperti mana yang pernah saya lakukan sebelum ini di dalam lakaran Penghargaan Buat Saudaraku.

Maaflah, sebab kali ini hanya tiga sahaja cenderahati yang saya boleh berikan. Cenderahati ini dibeli semasa berada di Seoul, Korea tempohari.

Ermmm... sebenarnya saya masih lagi tercari-cari kriteria yang sesuai untuk memilih tiga saudaraku yang bertuah. Pastilah saudaraku yang sentiasa berziarah ke blog Pedoman Hidup iaitu Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Jika Anda ada cadangan, pastilah saya gembira mengetahuinya dan manalah tahu kriteria itu pula yang saya gunakan. Kali ini, saya ingin meminta pandangan Anda. Seandainya ada cadangan yang sesuai, taipkanlah di ruangan komen coretan ini, atau mungkin Anda lebih suka mengemailkannya kepada saya di alamat abgbent@gmail.com. Saya juga ada Yahoo Messenger iaitu dengan nama ID abgbent. Berikanlah cadangan kepada saya. OK.

Akhir sekali, pastilah satu perdua daripada cek itu saya khususkan buat Isteriku Yang Tercinta. Memang namanya yang terlakar di atas cek itu sepertimana yang saya beritahu di dalam coretan Warkah Buat Teman sebelum ini.

Sehingga ke hari ini, iaitu selepas kembali dari Seoul, Korea, saya masih lagi belum bersemuka dengan Isteriku Yang Tercinta kerana dia masih beraya Aidiladha di kampung. InsyaAllah, hari Isnin nanti Isteriku Yang Tercinta akan kembali bersama anak-anak yang aku kasihi dan sayangi. Memang saya sedang merindui mereka ketika ini. Hanya telekomunikasi melalui telefon celcom sahaja yang dapat saya lakukan bagi meleraikan kerinduan yang sememangnya terlalu menghimpit jiwa sanubariku ketika ini.

Nasib baik juga DIA ada bersama-sama dan melihat segala apa yang sedang saya lakukan ketika ini. Alhamdulillah, perasaan sedemikian sememangnya memberikan ketenangan kepada saya bila mana digamit perasaan yang teramat rindu pada Isteriku Yang Tercinta dan Anak-Anak yang saya kasihi dan sayangi.

Sungguh!, DIA akan menjadi teman dan tetap terus tersemat rapi menemani jiwaku yang sedang dilanda sunyi ketika ini. Opsss... Anda juga sebenarnya menjadi teman kepadaku seandainya terasa sunyi seperti ini. Sebab itulah saya amat-amat berharap, usahlah dijauhi diriku apatah lagi ketika dilanda sunyi sebegini.

Ketahuilah bahawa Anda sememangnya saya kasihi kerana DIA, walaupun hakikatnya kita tidak pernah bersua muka. Dan ketahuilah jua bahawa perasaan ini akan tetap kita rasai kerana hakikatnya jiwa yang kita miliki adalah SATU sebenarnya.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Disember 08, 2009

Memanjatkan Setinggi-Tinggi Syukur pada NYA

Sejak dari semalam lagi saya telah disinari rasa kegembiraan. Rupa-rupanya kehadiran saya ke Seoul, Korea beberapa hari tidaklah sia-sia. Sekurang-kurangnya segala usaha yang saya lakukan sebelum ini, terus mendapat pengiktirafan.

Opss... terlebih dahulu saya memohon kemaafan kepada Anda andai coretan kali ini seolah-olahnya saya mengangkat bakul sendiri. Nau'zubillah!.

Jujur saya memberitahu kepada Anda bahawa lakaran ini saya buat untuk berkongsi kegembiraan yang saya rasakan pada ketika ini. Manalah tahu kisah ini akan mendorong Anda melakukan sesuatu agar kejayaan-kejayaan dunia yang harus dicapai dapat dikecapi bersama. InsyaAllah.

Kini, memang saya berasa amat gembira. Sebab itulah saya ingin kongsikannya dengan Anda.A nda yang menjadi teman saya berbicara di dalam pelbagai perkara untuk dijadikan Pedoman Hidup bersama-sama. Ketahuilah bahawa Anda sememangnya amat saya kasihi. Pastilah kasih kerana NYA. DIA yang saya namakan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa.

Sebenarnya kehadiran saya di Seoul, Korea selama sembilan hari lamanya adalah atas urusan kerja. Kesemua perbelanjaan semasa berada di sini telah dibiayai oleh majikan saya, iaitu Kerajaan Malaysia.

Terima kasih saya ucapkan. Sesungguhnya pengalaman hidup yang saya perolehi sepanjang berada di sini, di Seoul Korea, amat saya hargai. Terima kasih sekali lagi.

Kehadiran saya di sini adalah kerana menyertai "Seoul International Invention Fair 2009" bagi mewakili negara, khususnya institusi tempat saya makan gaji ketika ini.

Sebelum melanjutkan coretan ini, izinkanlah saya menyatakan ungkapan-ungkapan ini;

SubhanaAllah...
Sememangnya ungkapan ini hanya layak bagi NYA. Kesucian belas kasih dan sayang yang dititiskan oleh NYA kepada seluruh umat manusia sememangnya tiada yang dapat menandinginya. Selayaknya jua saya menzahirkan ungkapan ini agar kelak adalah yang akan merasakannya, InsyaAllah.

Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada NYA kerana diberikan nikmat yang amat bermakna buat diri saya merasainya. Tidak terlupa, kalimah zikrullah saya laungkan, agar bergemalah ia di ruangan cakerawala ciptaan NYA yang sememangnya tidak terbatas sempadannya.

Allahuakhbar!
Keagungan dan kekuasaan yang dimiliki NYA memang tiada yang dapat menandinginya. Saya menyakini bahawa apa sahaja nikmat yang dikecapi adalah atas kehendak dan kekuasaan NYA jua. Memang DIA sahaja yang memiliki segala keajaiban alam dunia yang diciptakan oleh NYA ini.


Di dalam Seoul International Invention Fair 2009, saya telah memenangi pingat Emas. Sebab itulah saya berasa amat gembira dan berkongsi kegembiraan ini dengan Anda, pembaca blog Pedoman Hidup yang tidak jemu-jemu terus berziarah. Pingat ini saya menangi kerana memberikan satu inovasi berkaitan bidang sains yang saya sedang selidiki kini.

Usahlah marahkan saya andai tidak menjelaskannya secara terperinci kerana peranan blog Pedoman Hidup bukanlah bertujuan membicarakan berkaitan kajian-kajian saya di dalam bidang sains.

Semua maklumat itu saya menuliskannya di dalam blog berbahasa Inggeris. Saya tak mahu menyatakan alamat blog itu kepada Anda kerana ianya memaparkan wajah sebenar dan tentang diri saya. Ditambah pula penziarahnya adalah orang-orang tertentu sahaja, bermaksud yang meminati kajian-kajian mengenai sains. Kalau Anda berminat, pasti Anda akan menjumpainya. Heheheeeeee

Di dalam blog Pedoman Hidup, saya sekadar berkongsi pengalaman hidup yang telah dilalui. Manalah tahu ianya akan memberikan sesuatu untuk dipelajari dan diteladani. Itupun kalau ianya sesuai dipraktikkan. Kalau tidak, pastilah saya juga menggalakkan agar Anda menjauhinya. Dan jauh di sudut hati saya pastilah semua ini dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan NYA.

Coretan ini saya lakarkan pagi tadi, tapi tak sempat diuploadkan kerana saya terpaksa check out dari apartmen yang didiami. Kini, saya sedang berada di International Incheon Airport, menunggu penerbangan kembali ke Malaysia, pada pukul 6.20 ptg nanti. InsyaAllah.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Disember 06, 2009

Istana Raja Korea, Changdeokgung, Coretan...6

 

 
Selesai melawat di dalam dan di sekitar Muzium Kebangsaan Korea, seterusnya saya bersama rakan-rakan telah dibawa oleh madam Soo menggunakan sebuah van ke lokasi seterusnya yang dinamakan Istana Raja Korea yang dikenali "Changdeokgung". Lebih kurang 15 minit perjalanan ke sana sekiranya bertolak dari Muzium Kebangsaan Korea.


"Changdeokgung" dibina sebagai Istana Raja Korea yang Kedua pada tahun 1405 di bawah pemerintahan Raja Taejong. Walaupun ianya merupakan Istana Raja kedua, tetapi disebabkan telah ramai Raja Korea yang mendiaminya, maka akhirnya Changdeokgung telah dijadikan sebagai Istana Raja Korea Utama.







Mula-mula saya menjejakkan kaki ke dalam kawasan Istana Changdeokgung, memanglah saya berasa amat teruja. Maklumlah, buat pertama kali saya melihat rekabentuk Istana Negara Korea. Lihatlah foto-foto yang saya paparkan di bawah;











 


Sepanjang menjelajah sekitar halaman Istana ini, saya telah berkesempatan melihat-lihat sekitar "Secret Garden of Changdeokgung". Lihatlah foto di sebelah yang memaparkan sebuah kolam dan pepohonan berdaun kemerah-merahan.




Sungguh indah pemandangan di sekitar "Secret Garden" ini. Sebuah taman yang masih lagi terpelihara keindahan dan kebersihannya.





Selesai berjalan-jalan di dalam halaman Istana Raja Changdeokgung yang berakhir lebih kurang pukul 1.00 petang, kami seterusnya dibawa oleh madam Soo menjamah makanan tengahari di sebuah restoran tradisi negara Moroco.

Sungguh, makanan tengahari yang dihidangkan kepada kami adalah mengikut tradisi makanan orang-orang Moroco, walaupun hakikatnya saya sedang berada di Seoul Korea.

Pada mulanya, makanan yang dihidangkan ialah spagetti dan selepas itu makanan ruji orang Moroco. Itu yang diberitahu kepada saya dan rakan-rakan ketika itu. Spagetti yang dihidangkan dapat saya habiskan sehingga licin. Maklumlah, dah lapar sebenarnya. Sampaikan saya pun telupa merakamkan gambar spagetti itu menggunakan kamera yang saya bawa.


Selepas spagetti, makanan tradisi negara Moroco pula yang dihidangkan seterusnya. Sebenarnya saya tidak dapat menghabiskannya kerana selain sudah kekenyangan, makanan itu juga, terutama nasinya agak kurang menyelerakan. Jujur saya beritahu bahawa saya merasa seolah-olah nasi yang dihidangkan di dalam pinggan telah dicampurkan dengan minyak wangi. Sungguh! macam nasi minyak wangi pula saya merasanya.


Bukan sahaja saya, malahan rakan-rakan lain yang duduk bersebelahan pun merasakan sedemikian. Memang begitulah rasanya makanan orang-orang Moroco menurut mereka.

Entahlah... yang pasti, selain nasi berminyak wangi itu, adalah juga ketulan ayam yang dihidangkan. Hah! Yang itu memang habis saya kerjakannya. Heheheee....


(Akan disambung lagi coretan ini InsyaAllah)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Kisahku di Seoul, Korea...5

Assalamualaikum, wbt dan Salam 1Malaysia.

Ketika ini di Seoul, Korea menunjukkan pukul 3.41 pagi. Sebentar tadi saya baru sahaja selesai melakukan sesuatu di bilik apartmen yang saya diami ketika ini, iaitu selepas terjaga dari tidur. Tak perlulah saya beritahu secara terperinci, nanti seolah-olah angkuh dan takbur pula diri ini. Biarlah DIA sahaja yang mengetahui dan melihatnya. Moga-moga cahaya NYA akan terus menyerlah menyuluh kehidupan duniawi yang saya lalui.

Sebenarnya saya ingin berkongsi satu cerita subuh-subuh buta begini dengan Anda mengenai pengalaman yang saya lalui hari ini, di Seoul, Korea. Opsss... bukan hari ini tapi kelmarin sebenarnya. Sekarang ini kan sudah masuk subuh, bermaksud ianya adalah hari yang baru. 

Peristiwa yang saya ingin kisahkan kali ini ialah pengalaman buat pertama kalinya melihat saji berterbangan turun ke bawah. 

Sungguh! inilah pengalaman saya yang pertama melihat dengan mata sendiri cebisan-cebisan ais berterbangan dan jatuh ke bumi. Apatah lagi salji ini jatuh menghempas di cermin kereta, pasti sungguh indah bila dilihat dengan mata. Beberapa kali juga saya merenung dan mengamati proses pencairan yang berlaku di atas cermin kereta. Prosesnya berlaku beberapa saat sahaja lamanya.

Buat  pertama kali juga saya merasai pengalaman berjalan di dalam keadaan bersuhu bawah paras beku iaitu mencapai sehingga negatif empat darjah celsius. Sungguh terlalu sejuk rasanya. Sampaikan seluruh tubuh badan saya diselaputi pakaian. Nanti akan saya tunjukkan.

Menurut laporan cuaca di Seoul, walaupun suhu yang diukur ialah -4 darjah celsius, tetapi suhu sebenar yang dirasai ialah bersamaan negatif sembilan darjah celsius. Ianya berlaku sedemikian disebabkan tiupan angin yang kencang menyebabkan suhu jatuh sehingga ke paras -9 darjah celsius.

Memang terlalu sejuk. Bayangkanlah, peti ais yang kita gunakan di Malaysia cuma bersuhu empat darjah celsius sahaja, inikan pula sehingga -9 darjah celsius. Fuhhh! sejuk gilaaaa....., tapi seronok juga merasainya. Maklumlah, pertama kalilah katakan.

Oppsss.... dalam keseronokan, ada juga terasa keperitan. Bahagian kaki, betis dan paha saya sudah mula menunjukkan tanda-tandanya iaitu berbintik-bintik merah dan kulit mula merekah-rekah. Ini berlaku kerana tidak biasa merasai kesejukan sedemikian. Selain itu, bahagian tersebut juga mula terasa amat gatal. Sungguh!

Betul-betul terasa gatal. Tapi saya cuba untuk tidak mempedulikan rasa kegatalan itu sebab khuatir nanti lebih memudaratkan. Saya cuma berusaha menyapu-nyapu bahagian yang gatal dan mengelak untuk menggaru. 

Sebenarnya saya telah diingatkan oleh dua orang teman yang sedang bersama-sama ketika ini. Menurut mereka, biasanya bagi mereka yang pertama kali mengalami suhu sebegini, akan merasai sedikit perubahan. Apatah lagi bila balik ke Malaysia nanti. Pasti rasa gatal-gatal di bahagian kaki, betis dan paha yang sedang saya alami kini kelak menjadi kudis nanti.

Hah!!! terkejut saya mendengar penjelasan itu.

Menurut mereka, itulah yang telah berlaku selepas melawat negara yang bersuhu sejuk sedemikian rupa. Seorang daripada rakan saya yang berbangsa India menambah bahawa dia telah mengalaminya semasa berada di Kanada selama seminggu lamanya. Bila balik ke Malaysia, dia merasai keperitan dua minggu termasuklah demam, muntah-muntah dan sakit kepala. Bukan H1N1. Ok, tapi perubahan metabolisma badan untuk mengadaptasi semula. Itu yang dijelaskan kepada saya.

Seorang lagi rakan memberitahu bahawa betis dan kakinya memang terasa gatal pada mulanya dan bila berada di Malaysia, ianya menjadi kudis yang berpanjangan beberapa minggu untuk disembuhkan.

Kini, saya memang berasa khuatir kerana tanda-tandanya sudah ada di betis, kaki dan paha saya.

Malahan bahagian paha sudah mula menampakkan pelbagai garisan-garisan merah seumpama sel-sel darah sedang membeku. Ada jugalah bentuk-bentuk seperti penyakit kulit. Memanglah saya risau melihatnya...

Kalau saya tunjukkan foto paha saya yang sedang berbintik kemerah-merahan sekarang ini pasti Anda terkejut melihatnya. Tapi, tak perlulah saya berbuat demikian. Memang tak perlu. Heheheeee

Tak apalah, saya akhiri kisah ini dahulu di sini.

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Disember 04, 2009

Lakaran Dari Seoul, Korea... 4

Kali ini saya ingin bercerita dengan Anda mengenai makanan yang saya jamah dan restoran yang saya kunjungi di Seoul, Korea. Walaupun saya sedang berada di Seoul ketika ini, tetapi hanya sekali saja sebenarnya saya dibawa makan ke restoran orang Korea. Selebihnya saya dibawa makan ke restoran negara-negara lain. Sungguh! sejak hari pertama lagi.



Sampai sahaja di airport Seoul, kira-kira sekitar 6.30 pagi, saya bersama rakan-rakan terus sahaja dibawa masuk ke restoran Paris untuk bersarapan pagi. Makanan yang dihidangkan termasuklah roti bakar berkeju, salad, buah limau dan yogurt. Saya bersama rakan-rakan lain telah dibantu oleh Madam Soo yang bertindak sebagai Pemandu Pelancung kepada kami.

Selesai bersarapan pagi, saya bersama rakan-rakan lain terus dibawa melawat ke Muzium Kebangsaan Korea. Ooo.. ya, sebelum itu, sampai sahaja di airport Seoul, semasa berjalan menuju ke luar, sempat juga saya mengambil foto pemandangan ini. Pelbagai foto yang menarik sempat saya snap. Cukuplah dua gambar ini saya kongsikan dengan Anda.




Sebelum masuk ke dalam Muzium Kebangsaan Korea, sempat juga saya mengambil foto di luar muzium. Ketika itu suhu lingkungan 3 - 7 celsius. Itu yang diberitahu oleh Mdm Soo kepada kami. Memang kesejukan yang saya rasai sehingga meresap ke tangan dan jari-jemari. Terlalu sejuk saya rasakan. Sehingga berasap-asap nafas yang saya hembuskan. Heheheee



Semasa meronda-ronda di dalam muzium, pelbagai monumen dan gambar-gambar menarik saya rakamkan. Lihatlah foto-foto di bawah ini.






Selain itu, sempat juga saya mengambil foto di sebelah patung Vishnu dan membaca beberapa maklumat berkaitan dengannya. Sekurang-kurangnya dapat juga saya memahami mengenai anutan agama Hindu sebegini.



Semasa berjalan-jalan di tingkat atas muzium ini, sempat juga adik-adik Korea ini mempelawa mengambil gambar bersama-sama dengan mereka.


Opss... bukan mereka yang mempelawa, tapi rakan saya yang mempelawa mereka sehinggalah saya pun turut sama merakamkan foto-foto ini dengan mereka.





Sebelum mengakhiri lawatan di dalam muzium ini, saya juga berkesempatan merakamkan rekabentuk tangga yang amat menarik perhatian saya. Memang saya amat menyukainya sebab ada lakaran pemandangan pada tangga tersebut.



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Lakaran Dari Seoul, Korea... 3

Dasar lelaki seperti saya yang sukar mengingati tarikh-tarikh penting di dalam kehidupan ini. Nasib baik juga saya diingatkan oleh Isteriku Yang Tercinta bahawa hari ini merupakan ulangtahun anak sulung kami bernama Nurhalija yang kini mencecah umurnya 4 tahun. Hari ini bertarikh 4 Disember 2009.

Selepas diingatkan oleh Isteriku Yang Tercinta mengenai perkara itu, barulah pula saya ingati tarikh lahir anak kami yang kedua bernama Abdul Alif, iaitu pada 6 Disember.

Syukur Alhamdulillah! di dalam kehidupan ini saya ditemani dan sentiasa diingatkan oleh Isteriku Yang Tercinta secara berhikmah mengenai perkara-perkara seperti ini. Sebab itulah juga saya amat-amat mengasihi dan menyayanginya. Apatah lagi berjauhan seperti sekarang ini, sudah pasti jiwa dan sanubari saya amat merindui dakapannya.

Opssss... saya tak mahu melakarkannya lebih-lebih nanti bertambah-tambahlah pula kerinduan saya padanya. Dia yang saya namakan sebagai Isteriku Yang Tercinta.

Selamat Ulangtahun anakku bernama Nurhalija dan Abdul Alif. Moga-moga DIA akan sentiasa menyinari cahaya NYA buat kamu berdua di sepanjang kehidupan dunia. Kamulah permata hatiku yang menjadi penyejuk dan penawar jiwaku. Kamu jualah pembakar semangatku di dalam langkah-langah kehidupan dunia dan menjadi penjalin kasih-sayangku dengannya yang aku namakannya sebagai Isteriku Yang Tercinta.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Disember 03, 2009

Rasa Syukur di Seoul Korea...2

Alhamdulillah!

Syukur yang tidak terhingga saya panjatkan kepada NYA kerana akhirya dapat juga saya menghubungi Isteriku Yang Tercinta semalam menggunakan "freewire" iaitu merupakan salah satu daripada software talian telefon internet.

Bukan sahaja menghubungi Isteriku Yang Tercinta, malahan dapat juga saya berbicara dengan anakku si Lija yang telah sembuh dari demamnya. Begitulah kehebatkan Isteriku Yang Tercinta menjaga anak-anak. Sebab itulah saya terlalu menyayangi dan menyintainya.

Semalam, sempat juga kami menggunakan software "Yahoo Messenger" melalui perbualan, teks dan webcam tetapi tidaklah lama sebab talian internet di Malaysia agak mengecewakan. Ianya terlalu perlahan menurut Isteriku Yang Tercinta. Tetapi di Seoul Korea, Wah! begitu laju taliannya. Terlalu laju yang saya boleh katakan mengenainya. Puas hati jugalah menggunakan talian inernetnya.

Semasa di Jepun dulu, saya berkesempatan mempelajari software "skype" daripada adikku Ayuk, dan di Seoul ketika ini pula saya diajar oleh adikku Azlin berkaitan software "freewire". Kedua-duanya adalah mengenai talian telefon secara internet yang boleh digunakan untuk menghubungi seseorang di seluruh dunia. Tidak kiralah menghubungi talian mobile atau telefon rumah. Ianya lebih murah berbanding talian telefon biasa.

Adikku Azlin telah mengajar software "freewire" dari London menggunakan alam maya sebegini. Terima kasih duhai adikku Azlin Yang Cute yang kini baru di awal pengajiannya di dalam Ijazah Sarjana di London. Adikku Azlin dah lama saya tidak temui secara bersemuka. Lebih kurang lapan tahun sudah lamanya. Dulu dia belajar di dalam Ijazah Sarjana Muda di IPTA Malaysia, manakala ketika itu pula saya menjadi felo kepada mereka...


Ketika ini, di Seoul, Korea sedang hujan renyai-renyai dan bersuhu lingkungan 2 - 6 darjah celsius. Memang terlalu sejuk bagi saya yang tidak biasa menghadapi suhu sebegini. Ianya seumpama berada di dalam sebuah peti ais. Heheheeee

Dulu semasa saya berada di Jepun, ketika itu sedang musim summer iaitu lebih kurang dengan suhu di Malaysia. Tetapi kini, di Seoul, ianya sedang musim winter. Memang sejuk bagi diri saya. Nantilah, ada masa akan saya paparkan beberapa foto untuk tatapan Anda. Anda yang menjadi teman saya berbicara seperti ini.

Sebenarnya sekarang ini saya sedang online di lobi apartmen menunggu rakan-rakan lain tiba. Daripada saya duduk saja-saja ada juga baiknya jika saya online seketika dan mengisikan entri baru di dalam blog Pedoman Hidup.

Opsss... dua orang rakan saya sudah tiba dan melontarkan senyuman mereka kepada saya.

Oklah, saya akan sambung lain kali pula sebab saya nak berbual-bual dahulu dengan rakan-rakan saya yang baru tiba tadi. InsyaAllah, ada kelapangan akan saya paparkan beberapa foto yang saya telah rakamkan sejak dua hari yang lalu.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Disember 01, 2009

Luahan Rasa di Seoul Korea ...1

Hari ini saya sedang berada di negara Korea Selatan iaitu Seoul. Saya tiba di sini awal subuh tadi, lebih kurang pukul 5.30 pagi. Masih lagi di dalam keletihan dek pelbagai perkara dilakukan hari ini. Akan saya kongsikan nanti dengan Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Maaflah kerana ketika ini saya benar-benar tidak dapat berbicara panjang-panjang dengan Anda. Maklumlah, masih lagi di dalam kekusutan. Heheheee ….

Bukan apa, sebenarnya saya amat merindu Isteriku Yang Tercinta ketika ini. Sungguh! Amat mencengkam jiwa kerinduan ini sebenarnya. Kalau Anda tidak percaya, tak apalah, tetapi hakikatnya ketika berada di Seoul Korea sekarang ini, saya masih lagi terbayang-bayangkan wajah Isteriku Yang Tercinta. Sungguh! Saya amat merinduinya ketika ini.

Sejak pukul 7.00 ptg tadi, iaitu seusai lawatan ke beberapa tempat di sekitar Seoul, saya telah berusaha menghubungi Isteriku Yang Tercinta melalui package panggilan telefon murah yang dikenali “skype”.

Skype adalah kemudahan panggilan telefon menggunakan sambungan internet. Ianya telah diperkenalkan oleh adikku Ayuk semasa berada di negara Jepun dahulu. Di dalam akaun skype ketika saya berusaha menghubungi Isteriku Yang Tercinta sebentar tadi, kredit yang tinggal hanya beberapa yen sahaja. Sebab itulah ketika perbualan dengan Isteriku Yang Tercinta sebentar tadi, hanya beberapa minit dan terus terputus.

Hampa saya jadinya. Bertambah-tambahlah kerinduan saya kepadanya. Lebih-lebih lagi ketika dia memaklumkan bahawa si Lija yang merupakan anak sulung kami yang akan mencecah umur lima tahun pada 4 Disember ini sedang demam. Bertambah-tambahlah kerisauan saya ketika ini dek menghadapi kesukaran menghubungi mereka.

Sebenarnya saya telah berusaha dari petang tadi untuk menambahkan kredit ke dalam akaun skype, tetapi langsung tidak berhasil. Malahan beberapa kad kredit yang saya gunakan untuk membeli secara online tambahan kredit skype telah diblok.

Hermmmm…. Sedih rasanya ketika ini.

Bayangkanlah dari petang tadi saya berusaha, dan hasil yang saya perolehi masih sama, iaitu tidak dapat menghubungi Isteriku Yang Tercinta dari Seoul Korea sehingga kini...

Tetapi, di sebalik itu semua, saya juga berasa sedikit gembira dan bersyukur kehadrat-NYA kerana telah dipertemukan kembali dengan seorang adik perempuan yang sebelum ini memang saya kenali dan telah terpisah lama. Perbualan kami berlaku sebentar tadi melalui talian internet “skype” secara percuma. Sebenarnya adik perempuan itu menggunakan talian skype sebentar tadi, dan perbualan kami berlaku secara tidak sengaja.

Pada mulanya saya cuba berusaha mendapatkan nasihat darinya tentang cara-cara menambahkan kredit ke dalam akaun skype, selain menggunakan pembelian secara online. Perbualan kami ketika itu berlaku secara maya di dalam talian internet.

Ternyata, adik yang murah hati membantuku itu memang aku kenali, dan begitu jugalah dia yang memang mengenaliku. Cuma bezanya kami tidak bersua muka dan hanya berkesempatan berbual melalui talian maya yang baru malam ini berlaku menggunakan software skype secara percuma. Sungguh!.

Terkejut saya bilamana dia memberitahu yang dia sedang online dari London. Kehadirannya di London ketika ini adalah kerana melanjutkan pengajiannya di peringkat sarjana. Wah! gembira juga saya mengetahuinya walaupun hakikatnya saya sedang dirundung kesedihan kerana tidak dapat berbual-bual dengan Isteriku Yang Tercinta.

Selepas mengetahui diriku, dia telah cuba berusaha membantu melalui alam maya ini sehingga pukul 12.30 sebentar tadi. Ternyata masih tidak berjaya, sehingga kini.

Tak apalah, dek kerana kecewa, saya mengambil keputusan melakarkan sahaja coretan ini agar dapat ditatapi oleh Anda, yang sentiasa menjadi teman saya ketika berseorangan seperti ini.

Harap-harap Isteriku Yang Tercinta akan dapatlah online melalui celcom broadband yang saya tinggalkan dengannya. Entahlah, kadang kala line celcom itu pun terlalu mengecewakan.

Herrmmmmm…. Mata dah semakin layu, ada baiknya juga kalau saya hentikan sahaja coretan ini. InsyaAllah, akan saya sambung lagi coretan esok hari.
Baca selanjutnya, Klik di sini...