Ahad, Ogos 02, 2009

Insan ku Kasihi dan Sayangi

Memang kerinduan padamu sentiasa menjelma di kala malam tiba. Terkadang siang hari pun wajahmu tiba-tiba menjelma bermain-main di ruangan minda.

Kesepian memang sedang dirasakan kini. Bukan hanya di dalam hati, tetapi jauh menusuk ke dalam sanubari ini.

Dikau yang aku kasihi dan sayangi. Wahai Isteriku Yang Tercinta.

Usahlah dikau risau wahai Isteriku Yang Tercinta kerana setiap hari pasti Doa diiringkan buatmu agar langkah-langkah di dalam kehidupan dapat disinari oleh cahaya-Nya.

Moga-moga cahaya-Nya itu dapat digunakan sebagai penyuluh agar tidaklah terpijak duri-duri yang melingkari kehidupan duniawi ini.

Sememangnya perasaan ini betul-betul merinduimu duhai sayangku. Dikaulah permata hatiku, jantung pada perasaanku. Lembaran ini khusus buatmu agar terlerailah keresahan yang dirasai ini.

Anda yang aku kasihi, moga-moga akan mengerti betapa rindunya hati lelaki, bila mana berjauhan dengan sang kekasih. Apatah lagi Kekasih yang bergelar Isteri.

Sememangnya itulah istimewanya wanita yang dianguerahkan oleh-NYA yang Maha Esa kepada insan yang bernama Lelaki seperti diriku ini.

Moga-moga DIA merahmati hubungan ini bukan hanya di dunia tetapi sehingga ke alam syurga-Nya nanti. InsyaAllah...

2 Komen:

cik amy berkata...

salam abgbent yang macho!! (^_^)

waaahhh...bertuahnya isteri abgbent dapat suami yang mcm abgbent ni kan..hikhik..

p/s: rindu itu adalah anugerah Ilahi..

Rini Anthony @ odu siambah berkata...

salam...
wah jiwang n romantik gilaaaa
bertuah siapa yg dapat..
semua keindahan bahagia itu anda capai ...

Catat Ulasan