Selasa, Disember 15, 2009

Penghargaan Buat Saudaraku 2

Salam 1Malaysia buat Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Fikiran negatif saya tiba-tiba menyatakan yang barangkali Anda sedikit berasa kecewa bilamana melewati blog Pedoman Hidup hari ini. Maklumlah, ianya tidak dimasukkan sebarang entri terkini sejak beberapa hari yang lalu sehingga ke hari ini.

Sebenarnya saya tidaklah sesibuk mana pun dalam waktu itu. Banyak masa saya gunakan bersembang-sembang bersama rakan-rakan sekerja sambil-sambil dibawa juga berbicara oleh bos di tempat kerja. Maklumlah, mendapat anugerah Emas dari Seoul Korea.

Ceh! melebih-lebih pula saya berbicara tentang perkara itu. Cukup-cukuplah kan...
Risau juga saya kerana manalah tahu meluat pula Anda membacanya. Dan pastilah lebih jauh dari itu ialah kekhuatiran saya andai kehidupan yang kelak saya lalui tidak mendapat keredhaan dari NYA nanti. Nau'zubillah.

Maaflah....
Semua lakaran itu sekadar perkongsian dan bergurau senda. Sekali sekala bergurau-gurau dengan Anda, mungkin ada jugalah manafaatnya. Lagipun kitakan belum bersemuka sehingga ke hari ini, manalah tahu melalui gurauan sebegini akan mengeratkan lagi ukhuwah yang kita cuba bina bersama-sama.

Masih saya ingat satu pesanan Rasulullah SAW mengenai hari akhirat kelak di mana segolongan manusia yang akan mendapat perlindungan nanti ialah mereka-mereka yang berkasih sayang kerana DIA iaitu bertemu dan berpisah kerana NYA jua.

Sebab itulah, saya menggunakan blog Pedoman Hidup agar bertautlah kasih sesama kita, walaupun barangkali hakikatnya kita masih belum bersemuka. Anggap sajalah yang Anda akan mengenali saya bilamana berkunjung ke blog Pedoman Hidup setiap masa. Begitu juga dengan diri saya.

Ketahuilah bahawa walaupun saya tidak membalas komen-komen Anda di dalam blog ini, hakikatnya saya akan terbang ke blog yang Anda punyai dan akan menyempatkan diri melontarkan sepatah dua sebagai menghargai kesudian Anda berziarah apatah lagi melakarkan komentar di dalam blog Pedoman Hidup ini.

Kalau Anda menjadi pembaca senyap di dalam blog ini, ketahuilah juga bahawa saya tetap menghargai kesudian Anda berkunjung ke sini. Memang saya akan berasa gembira bila Anda sentiasa menziarahi saya. Apatah lagi apabila Anda melakarkan sebarang kata-kata untuk kita telaah bersama-sama di dalam blog Pedoman Hidup setiap masa.

Oleh kerana itu jugalah, saya ingin menyatakan bahawa akhirnya saya dengan rendah diri memberikan cenderahati yang dibeli dari Seoul Korea buat saudaraku yang dikasihi kerana DIA iaitu adikku Ixora yang memang cun, adikku Cik ian@aH Lian yang menawan dan tidak ketinggalan, cikguku yang Tegas Izakhairi.

Kali ini kriteria yang saya pilih ialah kerana mereka antara yang terawal memberikan komentar di dalam coretan "Cek Nuffnang dan Cenderahati Dari Seoul Korea". Oleh itu, saya berharap agar saudaraku yang dimaksudkan dapatlah memberikan alamat lengkap ke email saya di abgbent@gmail.com.

Moga-moga cenderahati sebegini akan mengeratkan lagi ukhuwah yang kita cuba bina bersama-sama di alam cyber yang sememangnya maya. Seumpama mayanya diri saya kepada Anda. Anda yang saya kasihi kerana DIA.

5 Komen:

IxoR@ berkata...

Salam Abg Bent,

Ribuan terima kasih kerana menghargai komen dari Ixora yg serba kekurangan ni....

:)

Sangat gembira kerana begitu sy sukakan surprise sebegini...terima kasih sekali lagi....

Teruskan menulis sesuatu yg memberi ketenangan jiwa.....

cik ian@aH Lian~ berkata...

alhamdulillah...
terima kasih bang,
nanti ian emel...

ouh,abg dgn family sihat ker?

izakhairi berkata...

Terima kasih yang tak terhingga dari cikgu yang tegas,

tiada sebarang bicara yang bisa diungkapkan melainkan rasa gembira yang tak terhingga...

semoga dirimu sentiasa bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta dengan dilimpahi selaut kasih sayang hanya kerana Dia...dan semoga coretanmu bisa selalu menggetarkan jiwa...

Mien berkata...

Hari ini ada berita yang amat sedih. Blog imotivasi yang menjadi jambatan penghubung kita semua telah di hack. Sedihnya..... dah tak der dah semua artikel motivasi2 tuu.. sedih sangat.

Linachu berkata...

Tahniah Abgbent on your gold award in korea. What was your invention/innovation? May I know..just very curious to know!

Catat Ulasan