Jumaat, Januari 15, 2010

Sambungan - Hadiah Istimewa Buat Anda Yang Saya Kasihi Kerana DIA

Kelmarin saya telah mencoretkan sebuah lakaran untuk Anda tatapi di dalam tajuk  Hadiah Istimewa Buat Anda Yang Saya Kasihi Kerana DIA. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat memuatturun fail yang saya maksudkan pada petang kelmarin. Moga-moga hadiah ini akan dapat mengukuhkan lagi ukhuwah yang kita jalinkan bersama-sama, InsyaAllah.

Bagus juga saya mendapat kekuatan hari ini iaitu memberikannya pada hari Jumaat yang mulia. Memang saya tidak menjangkakan ianya berlaku sebegini rupa. Patut pun kelmarin saya tidak dapat memuatturun fail tersebut. Barangkali hadiah ini memang istimewa untuk diberikan kepada Anda pada hari Jumaat sebegini. :)


Sebenarnya hadiah ini pun saya perolehi daripada seorang sahabat yang bernama Hafiz Ur Rehman yang sekarang ini sedang berada di negara Jepun. Saya bertemu dengannya tahun lalu ketika di Jepun. Syukur Alhamdulillah saya mengenalinya dan dia telah menghadiahkan saya kitab yang sememangnya amat bermakna di dalam kehidupan ini. Moga-moga begitulah juga hendaknya kepada Anda, Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Terimalah hadiah ini...



Foto oleh: Orlando Rosu From Romania ,  http://www.123rf.com/photo_1991513.html

1 Komen:

Motivasi Kerja berkata...

Assalamualaikum. Abg Bent apa khabar? Harap sihat hendaknya. Apabila mendapat hadiah, jangan lupa sebut alhamdulillah. Teringin nak ke Jepun, tapi tak pandai cakap Jepun :)

Catat Ulasan