Khamis, Disember 31, 2009

Air Mani VS Air Mata

Hahhh!
Anda terkejut dan teruja membaca tajuk yang saya gunakan di atas? Sebenarnya saya sendiri terperanjat dan kelucuan. Betulkah saya menggunakan tajuk entri kali ini Air Mani versus Air Mata?. Memang saya tersenyum-senyum ketika ini

Minda saya tiba-tiba ingin melakarkan tajuk itu. Di sebaliknya, saya sebenarnya ingin berkongsi dengan Anda mengenai Teori Minda.

Teori Minda yang saya kemukakan bukanlah bermaksud mutlak dan hakiki, ianya masih boleh Anda selidiki. Itupun kalau Anda mahu melakukan begitu. Saya tidak memaksa di dalam hal-hal yang sebegini kerana saya menyakini apapun pandangan Anda, ketahuilah bahawa saya amat menghargai dan mengaguminya.

Coretan ini sebenarnya sekadar ingin berkongsi dengan Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA. Ketahuilah bahawa teori minda ini belum ada trade mark atau dilabelkan komersial sebagai .

Boleh juga kalau saya ingin melabelkannya sebagai Abgbent atau dalam sebutan biasa sebagai Teori Minda Abgbent. Oppsss… bilamana saya melabelkannya begitu, Abgbent bukanlah bermaksud ianya sudah komersial dan Anda kena caj bila membacanya. Memang bukan begitu OK!.

Abgbent saya paparkan di dalam blog Pedoman Hidup percuma sahaja dan tidak perlu dijual ke mana-mana. Memang tidak perlu!.

Sebenarnya ia hanyalah sekadar coretan atau lakaran semata. Memang tidak layak untuk dijual. Apatah lagi konon-konon dijadikan ebook sebagai produk untuk dipasarkan kepada semua. Memang bukan begitu tujuannya. Jangan harap!

Coretan ini sebenarnya seratus-peratus percuma. Tidak dikenakan sebarang caj bayaran jika Anda ingin membacanya. Sebab itulah Anda boleh datang ke sini bila-bila masa semahu yang Anda suka. Moga-moga bila mana Anda berziarah ke sini akan adalah keberkatannya nanti. Paling penting, moga-moga juga DIA, Tuhan Yang Maha Esa, yang saya kenali Allah SWT akan meredhainya.

Berkenaan Teori Minda atau Abgbent yang saya utarakan di sini, betulkah Anda nak tahu mengenainya?… Betulkah Anda nak tahu ni?

Kalau memang Anda nak tahu, cuba Anda perhatikan tajuk yang saya berikan tadi. Air Mani versus Air Mata. Dapatkah Anda membayangkan kedua-duanya ketika ini? Kalau jawapannya Ya, mudahlah kelak Anda mengetahui coretan ini.

Jangan pula ada yang pandai-pandai mengatakan Tak Tahu. Cehhh!

Saya yakin Anda yang sedang meneruskan pembacaan ketika ini pasti mengetahui kedua-duanya, Air Mani dan Air Mata. Ketahuilah bahawa kedua-duanya ada persamaan. Dan ketahuilah juga bahawa walaupun kedua-duanya ada persamaan, ianya tetap ada perbezaan. Itulah Teori Minda, Abgbent yang saya ingin kemukakan dan ianya berlaku realiti di dalam kehidupan.

Bolehkah Anda senaraikan persamaan dan perbezaan di antara Air Mata dan Air Mani? Kalau Anda boleh melakukannya, bermaksud minda Anda masih lagi berfungsi sebaiknya.

Namun begitu, izinkanlah saya menyatakan persamaan kedua-duanya ialah berbentuk elemen yang dikenali Air. Manakala perbezaannya pula.... yang satu dikeluarkan dari atas dan yang satu lagi dari ...? Tak perlulah saya nyatakan sebab ianya pasti Anda tahu bukan?

Begitulah juga perumpamaan makhluk Tuhan yang dinamakan Manusia. Kalau dalam ilmu biologi, Manusia dikenali Homo sapien. Semua makhluk Manusia memang dikenali Homo sapien. Tak kiralah kulitnya putih atau hitam dan apapun bangsa mereka, ianya tetap dinamakan sebagai Homo sapien. Ketahuilah juga bahawa walaupun realitinya manusia sama, tetapi hakikatnya mereka mempunyai minda yang berbeza. Itulah yang saya ingin bawakan di sini.

Setiap daripada kita memang mempunyai minda atau akal yang berbeza-beza mengenai sesuatu perkara. Di dalam kehidupan duniawi yang sedang dilalui ketika ini, kita tetap ada pilihan sebelum melakukan tindakan. Ya atau Tidak. Itulah pilihan yang harus dilakukan. Anda berhak memilihnya kerana ianya tanggungjawab setiap daripada kita.




Cuba Anda perhatikan foto yang saya tunjukkan di sebelah. Apakah bentuknya? Anda jawab dulu soalan ini sebelum saya melanjutkan teori Abgbent di dalam coretan yang akan datang...

4 Komen:

izakhairi berkata...

salam abgbent,
terima kasih sudi berkongsi teori minda abgbent...

bentuk di dalam gambar tersebut ada 2 iaitu segitiga dan segiempat tapi minda saya lebih memandang kepada bentuk dominan segitiga kerana ianya seakan timbul berlatar belakangkan warna biru di dalam bentuk segiempat...

anak murid jangan marah kat cikgu ya kalau jawapan cikgu salah...itu sekadar apa yang cikgu nampak dan tak berkaitan dengan sebarang teori...

Abgbent berkata...

Terima kasih Cikguku yang Tegas kerana sudi berkongsi. Sebenarnya saya nak tanya bentuk yang berwarna putih sahaja. Yang berwarna biru itu sekadar hiasan atau bingkai pada bentuk yang berwarna putih.

Benar dan memang benar, pertanyaan saya hanya merujuk pada bentuk yang berwarna putih sahaja.

Terima kasih sekali lagi kerana memberikan jawapan dan penjelasan itu. Sememangnya ia telah membetulkan kekeliruan yang berkemungkinan timbul akibat pertanyaan saya yang tidak jelas seperti di atas.

Harap-harap dengan tambahan ini akan menjelaskan lagi gambaran mengenai persoalan yang saya utarakan. Moga-moga juga akan ada yang sudi berkongsi jawapan mereka nanti. Heheheeee

a kl citizen berkata...

assalammualaikum abgbent

bentuk segitiga, ada orang kata bentuk tigasegi.

teori minda abgbent ni camananya ya?

Abgbent berkata...

Terima kasih bebyk a kl citizen kerana sudi berkongsi jawapan itu. Ketahuilah bahawa saya memang suka berkunjung ke blogspot smk taman setiawangsa, klcitizen, chemistry class dan mengutip petua yang sememangnya best. Akan saya ke sana selepas ini nanti :)

InsyaAllah, saya akan jelaskan secara terperinci Teori Minda Abgbent™ bila mana memperolehi jawapan yang mencukupi kuota nanti.

Catat Ulasan