Khamis, Julai 08, 2010

Pengalamanku Bertemu Jodoh... bhg ? Edisi Khas (*____*)

Wah! Dah lama saya tidak menyambung kisah mengenai tajuk di atas. Maklumlah, banyak sungguh cerita yang saya kongsikan dengan Anda sebelum ini sehingga terlupa melanjutkan kisah berkenaan diriku bertemu jodoh.

Kalau sebelum ini aku kisahkan kepada Anda bagaimana beberapa gadis atau wanita cuba memikat diriku, tetapi kali ini aku ingin bercerita berkenaan cara-cara aku mengorat gadis dengan harapan mereka akan menjadi suri di dalam hatiku.

Sebenarnya aku memulakan usaha mengorat gadis setelah aku mengerti bahawa aku mesti berkahwin segera memandangkan usiaku semakin lanjut ketika itu.

Ada tiga gadis yang hampir-hampir aku kahwini. Bukanlah berkahwin sekali gus dengan ketiga-tiganya serentak, OK... tetapi kerana tidak berjaya dengan yang satu, aku mencuba pula yang berikutnya, sehinggalah aku bertemu dengan Isteriku Yang Tercinta.

Kisah ini aku ceritakan kepada Anda dengan harapan Anda akan mengerti dan mempunyai keyakinan untuk melakukannya. Manalah tahu... bukan? (*___*)

Sengaja saya mengkisahkannya di sini kerana ingin berkongsi dengan Anda. Anda sememangnya saya kasihi kerana DIA. Terima kasih jua kerana terus sudi berziarah ke sini. Ketahuilah bahawa tanpa rahmat NYA, siapalah saya untuk terus berbual-bual dengan Anda. Anggaplah usaha sebegini adalah jalinan ukhuwah agar kita bersatu hati. InsyaAllah.

Sejujurnya aku memberitahu di sini bahawa aku bersua dan bertemu dengan Isteriku Yang Tercinta sekali pandang sahaja. Lalu terus bernikah. Akan aku kisahkannya kepada Anda kerana aku ingin berkongsi mengenainya memandangkan kekuasaan dan keajaiban NYA ada terselit di dalam kisah ini.

Bayangkanlah, dengan tiga gadis yang hampir-hampir aku jadikan suri di dalam hidupku, tetapi kerana mereka bertiga bukanlah jodohku, akhirnya Isteriku Yang Tercinta pula yang aku kahwini. Inilah yang dinamakan Jodoh. Sememangnya Jodoh adalah hak mutlak ketentuan-NYA.

DIA sememangnya maha berkuasa, tiada yang dapat menandingi kekuasaan yang ada pada NYA. DIA lah Tuhan Penguasa alam semesta, Allah SWT. Maha Suci Allah dari segala perbandingan yang zahir pada pandangan mata.

Allahuakhbar!

Perlu juga saya beritahu kepada Anda bahawa saya amat bersyukur di atas kurniaan-NYA, iaitu apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan ini, saya perlu yakini bahawa ianya adalah semata-mata merupakan ujian-ujian dunia yang harus dilalui.

Kepada-NYA jua saya memohon keampunan di atas segala kealpaan dan kesilapan dari tafsiran yang saya lakukan mengenai kerja-kerja di dalam kehidupan duniawi.

Sesungguhnya, diriku terlalu kerdil di dalam mengenali erti kesemua paparan yang ada semasa kehidupan duniawi ini. Apatah lagi untuk mengetahui segala-gala perkara yang tersembunyi. Memang saya tidak termampu andai belas ehsan dari NYA tiada mengiringkan cahaya NYA di sepanjang perjalanan kehidupan ini. Sungguh!, saya akan buta pandangan tanpa cahaya NYA. Itulah ungkapan mudah yang saya dapat luahkan kepada Anda.

Setinggi-tinggi kesyukuran diiringi ungkapan Alhamdulillah... kerana kini aku dikurniakan seorang wanita yang penuh dengan kasih-sayang yang dicurahkan kepadaku dan terlalu sukar untuk aku menyatakannya kepada Anda. Sememangnya dialah wanita yang aku kasihi dan sayangi, dialah Isteriku Yang Tercinta.

(*____*) Abgbent

(Akan disambung dalam masa terdekat ini...)


3 Komen:

lAl berkata...

Sangat style cinta pandang pertama nih... smoga abg bent kekal bahagia dunia akhirat.. insyaallah..

ERSHAD berkata...

semoga kekal hingga akhir hayat..

lAl berkata...

syukur la Allah bagi kita bertemu di dunia blog nih... :P

Catat Ulasan