Rabu, Jun 24, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh ...bhg 19 (Isteri orang yang curang)

Coretan ini adalah lanjutan kisah penjelasanku kepada suami yang aku kenali sebagai suami kepada Isteri Orang Yang Curang. Harap-harap coretan ini merupakan yang terakhir mengenainya.

Masih aku ingat, semasa menceritakan kepada suami yang aku kenali sebagai suami kepada isteri orang yang curang tentang kejadian yang telah berlaku dari sudut positif sifatnya.

Semasa mindaku berfikir-fikir untuk menyusun ayat-ayat nan indah disaluti nasihat-nasihat berguna, tiba-tiba aku dikejutkan oleh ungkapan ABANG yang dilontarkan oleh suami kepada isteri yang curang itu.

Hah! ABANG ? …. Memang aku terkejut.

Bila mana dia mengungkapkan perkataan ABANG kepadaku, sebenarnya adalah sedikit kenyamanan mengalir ditubuh badanku, apatah lagi di dalam jiwaku.

Pastilah perasaanku bercampur gembira dan sayu. Terdetik juga dihatiku mengatakan mungkinkah hati suami kepada isteri orang yang curang itu telah sejuk kembali?.

Adakah dia telah memahami segala penjelasan yang aku berikan? Mungkinkah dia telah melihat kejujuran yang aku paparkan di setiap lontaran penjelasan, selain menyelitkan kata-kata nasihat untuk dijadikan pedoman...

Entahlah, apa yang pasti, niatku ketika menjelaskan semuanya adalah dengan penuh pengharapan agar dosa-dosa yang aku tidak sengajakan akan terhapus. Itu memang matlamat aku bertemu dengannya, dengannya yang aku gelarkan suami kepada isteri orang yang curang...

Hakikatnya, dia menzahirkan sebutan ABANG kepada diriku adalah semata-mata ingin memberitahu mengenai sesuatu. Oh ya, hampir aku terlupa…. sebenarnya, semasa aku menjelaskan peristiwa yang telah berlaku satu persatu, kadang juga aku sekali sekala terungkap perkataan ADIK kepadanya.

Aku merasakan ungkapan adik itu adalah lebih sesuai untuknya kerana selepas berkenalan dan mengetahui yang dia lebih muda berbanding diriku.

Tak sangka pula dia membalasnya dengan memanggilku ABANG. Ketika itu, aku sememangnya bersyukur kehadrat NYA kerana berjaya mengatakan sesuatu yang dapat mententeramkan jiwanya, jiwa suami kepada isteri orang yang curang tadi.

Memang aku khuatir juga andai berlaku krisis yang berpanjangan antara aku, suami dan isteri orang yang curang itu. Apatah lagi aku sememangnya mengetahui bahawa mereka sudah ada simbol kasih sayang, iaitu seorang anak perempuan yang dikatakan baru berusia dua tahun setengah ketika itu.

Rupa-rupanya sesuatu yang ingin diberitahunya kepadaku adalah sesuatu yang amat-amat mengejutkan aku. Sememangnya aku tidak pernah menyangka yang dia, suami kepada isteri orang yang curang itu menzahirkan dari mulutnya ayat seperti itu.

Anda nak tahu apa yang dikatakannya kepadaku?

Memang aku terkejut mendengar penjelasannya. Bukan hanya terkejut, malahan terperanjat pun ada., tetapi hanya dalaman jiwaku sahaja yang merasakannya.

Seperti biasa, fizikalku hanya cuba mengawal suasana agar nampak bersahaja seolah-olah hatiku tabah mendengarnya.

Ungkapan ayat yang diutarakannya kepadaku memang masih segar dimindaku sehingga kini. Sebab itulah juga aku mencoretkan cerita ini untuk Anda. Moga-moga akan memahami dan mengetahui, seterusnya berhati-hati di dalam mencari-cari jodoh, apatah lagi ketika melayari bahtera perkahwinan nanti.

Ada baiknya juga aku nyatakan ungkapan ayat yang dizahirkan oleh suami kepada isteri orang yang curang itu seperti ini;

“ABANG, sebenarnya saya bersama dia dah lama. Lebih kurang tujuh tahun kami hidup sebagai suami isteri, walaupun kami belum bernikah…”

MASYALLAH! Memang aku terkejut selepas mendengar penjelasannya itu.

Maklumlah, bagi diriku, perbuatan seperti itu amat-amat tidak wajar dilakukan. Apatah lagi menzahirkannya kepada orang lain yang baru dikenali seperti aku. Memang tidak sepatutnya ungkapan itu terzahir kepada diriku.

Aku, walaupun dalam keadaan terkejut mendengar ungkapan itu, akhirnya menggapai tangannya yang sedang terampai di atas meja ketika itu, iaitu tangan suami kepada isteri orang yang curang tadi.

Ketika tanganku menapak di atas tanggannya, cepat-cepat aku memberitahu agar usahlah diteruskan kisahnya yang telah berlalu.

Biarlah ianya menjadi lipatan sejarah dan peliharalah maruah isteri, lebih-lebih lagi mengelakkan perbuatan yang boleh memburuk-burukkan peribadi isteri sendiri.

Memang ada juga kewajarannya bertindak jujur seperti itu, tetapi dalam hal-hal sebegini, dia, suami kepada isteri orang yang curang itu perlu memelihara maruah diri, apatah lagi maruah isteri sendiri.

Selesai sahaja aku menyatakan seperti itu, dapat aku perhatikan dahi suami kepada isteri orang yang curang itu berkerut-kerut sedikit disertai lontaran pandangan matanya yang berkaca kepadaku.

Belum sempat kami mengakhiri perbualan itu, tiba-tiba telefon bimbit suami kepada isteri orang yang curang itu berbunyi. Dia mengatakan bahawa isterinya sedang menelefon dan aku menganggukkan kepala tanda bersetuju untuk kami menghentikan perbualan seketika.

Jam tangan ketika itu aku lihat sudah melebihi pukul 7.30 pm, namun restoran mamak itu masih dipenuhi dan disesaki oleh penggemar roti canai yang sememangnya menjadi kegemaranku, lebih-lebih lagi seandainya roti canai itu dicecah dengan campuran kuah dal dan kari serta disirami tambahan teh tarik untuk dinikmati.


Oppsss… Nanti aku sambung lagi cerita ini. Nampaknya macam belum boleh diakhiri ketika ini…

4 Komen:

Na Shari berkata...

Alhamdulillah...
Nasib baik tak kena jerkah dgn suami tu. Kalu tak mesti kecoh satu kedai mamak... :)

Lieza berkata...

tak phm lah.. maksudnya dlm 7 thn tempoh menjadi suami isteri tur, separuh blom kawen dn separuh dh kawen lah? dn anak dia mmg anak dh nikah lah!!

abg bent plz explain back... confuse..

Abgbent berkata...

Haáh kan... bila saya baca balik entri ini, confiuslah. Heheheeee

Anyway, thanks adikku Na Shari. Tersenyum2 abg membaca komen adik itu. Memang itulah juga yang timbul di dalam kepala masa nak mula-mula bercerita kepada lelaki yang bergelar suami kepada isteri orang yang curang itu. Syukur Alhamdulillah, taklah terjadi seperti itu.

Buat adikku Lieza, sebenarnya diorang dah bercinta selama tujuh tahun, iaitu sebelum mendirikan rumah tangga dan semasa di dalam percintaan itu mereka hidup seumpama suami dan isteri. Opsssss... Tak perlulah saya lebih-lebih menjelaskannya. Kalau nak tahu, cuba baca entri yang saya coretankan dahulu bertajuk Jodoh Syaitan, Jodoh Jin dan Jodoh... seumpama mereka itu Jodoh Syaitan lah.

Anak perempuan diorang itu saya tak pasti sama ada dilahirkan atau dikandungkan sebelum atau selepas bernikah. Memang saya tidak tahu mengenainya sebab saya sengaja tidak mahu ingin tahu kisah selanjutnya. Heheheeee

Matlamat saya cuma nak menjelaskan di pihak saya sahaja. Harap2 adikku Lieza bolehlah faham penjelasan ini. OK

dekan berkata...

Abg Bent. More or less, we might have the same experience.

Kesimpulannya berkahwinlah wahai 'suami-isteri' dengan perkahwinan sebenar.

Catat Ulasan