Jumaat, Mei 15, 2009

Diriku Digoda Durjana - 3D

3D adalah antara singkatan kata nama yang sering Anda dengari bukan? Ianya merujuk pada ungkapan tiga dimensi iaitu di mana Anda dapat melihat sesuatu objek sehingga meliputi tiga paparan pandangan.

Tetapi pada masa ini saya lebih terdorong berkongsi cerita dengan Anda mengenai 3D yang memberi erti Diriku Digoda Durjana. Nak tahu siapa Durjana yang saya maksudkan? Pastilah bisikan-bisikan para syaitan.

Sejak dari semalam lagi diriku digoda mereka, maklumlah sejak semalam juga aku telah berjauhan dengan Isteriku Yang Tercinta dan Anak-Anakku Yang Dikasihi. Apatah lagi sekarang ini saya sedang bersendirian di bilik hotel yang dihembusi udara dingin di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur ini. Pastilah para durjana sedang melingkari diriku dan berusaha memujuk rayu.

Opsss... Tak perlulah diceritakan kepada Anda semua itu kerana saya lebih terdorong berkongsi sesuatu mengenai istilah 3D di dalam kehidupan. Moga-moga dari sini nanti akan terbitlah sesuatu di ruang pemikiran Anda mengenai rahsia kehidupan ini.

Memang saya tidak dapat menerokai apa yang Anda lihat, dengar dan fikirkan ketika ini. Semua itu telah pun dinyatakan oleh NYA;

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran supaya kamu bersyukur. (An-Nahl, 16: 78)

Walaupun saya cuba melawan desakkan-desakkan para durjana itu sejak semalam, tetapi mereka tetap tidak mahu mengalah, sehingga kini...

Sebab itu jugalah saya cuba berusaha melakarkan sesuatu untuk Anda tatapi, walaupun hakikatnya saya terlalu letih ketika ini.

Maklumlah dari dua hari lepas lagi pelbagai persediaan telah saya lakukan untuk melaksanakan segala tugasan yang bersangkut paut dengan kehadiranku di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini. Harap-harap para durjana itu akan memahami luahan rasa hatiku ini. Harap-haraplah!

Maaflah kerana sejak dua hari lepas juga saya tidak membuat entri terbaru di dalam blog ini. Memang alasan yang saya dapat berikan ialah dilanda kesibukan, sebab itu sehingga kini saya masih lagi berasa terlalu letih.

Walaupun sesibuk mana kerja-kerja yang saya kena lakukan pada masa ini dan pada masa akan datang, InsyaAllah, saya akan tetap berusaha juga untuk mencoretkan sesuatu agar Anda dapat menatapi lakaran-lakaran dariku ini.

Memang saya terdorong melakukan begitu kerana itu adalah sebahagian dari caraku untuk berkongsi ilmu. Bukan hanya ilmu yang saya telah ketahui dan lalui, tetapi juga ilmu-ilmu yang bersangkut paut dengan kehidupan ini.

Pastilah saya berharap Anda juga melakukan begitu. Tidaklah sekadar berziarah semata-mata, tetapi terdorong mencoretkan sesuatu untuk sama-sama kita tatapi. Mengapa? Kerana itu barangkali boleh menjadi Pedoman Hidup ini.

Oleh itu, izinkanlah diriku meluahkan rahsia ungkapan 3D pada ketika ini. Memadailah andai kali ini saya ukirkan buat tatapan Anda, istilah 3D;

Mereka itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah Taala hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka dan merekalah orang-orang yang lalai. (An-Nahl, 16: 108)

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Isra, 17: 36)

Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang DIA dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan dan DIALAH Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Al-Anaam, 6: 103)

5 Komen:

Rozita berkata...

salam..
istighfar banyak2x
insya-allah, si durjana itu akan lari

mama Tiara berkata...

wah..seram juga baca tajuk ni..tak da buat novel ka?

Na Shari berkata...

Durjana sungguh si durjana itu ya....Hihihi

alang berkata...

Salam abg. Moga abg sentiasa dilindungi olehNya. Amin.

Abgbent berkata...

Saja mengambil kesempatan waktu ini untuk melakarkan kembali komentar balas buat saudara-saudaraku yang dikasihi,

Terima kasih adikku Rozita, Na Shari dan alang di atas pandangan dan doa yang diberikan itu. Buat Mama Tiara, bolehkah diriku ini menulis novel? Tak payahlah, sekadar blog macam ini pun dah bagus, setidak-tidaknya ada juga komentar balas dari saudara-saudaraku yang membaca hasil coretanku yang tidaklah seberapa ini.

Catat Ulasan