Rabu, Ogos 05, 2009

Diriku Memang Marah!

Assalamualaikum, wbt buat saudara-saudaraku semua.

Izinkanlah diriku melontarkan kemarahan di dalam blog ini.

Bukanlah marahkan Anda, tetapi marahkan segolongan manusia yang merasakan dirinya sudah berkuasa sehingga mencampuri pelbagai perkara yang tidak wajar dilakukannya.

Kemarahan ini terlahir bila mana saya membaca artikel Utusan Malaysia yang bertajuk Pas Desak Tarik Portfolio Ronnie.

Bukanlah saya nak mengasut Anda di dalam hal-hal sebegini rupa, tetapi saya masih ingat lagi dengan pesanan Rasulullah iaitu, bilamana berlaku kemungkaran, cegahlah dengan tanganmu, andai tidak mampu, iaitu selemah-lemah iman pastilah dengan hatimu.

Hatiku merupakan hati manusia biasa yang hanya dapat menzahirkan kemarahan terhadap perbuatan sedemikian rupa. Moga-moga Anda juga mengerti mengenainya. InsyaAllah.

Seandainya diriku berada di sekitar masjid itu, pastilah tidak akan aku sia-siakan untuk turut di dalam demonstrasi aman di sekitar masjid itu bersama dengan saudara-saudaraku seagama bagi meluahkan rasa kecewa.

2 Komen:

ejdeejasmi berkata...

kalau emi pun emi marah...apa la nk jadi islam skrg kalau si ronnie tu terus2an bermaharajalela

iza berkata...

Alhamdulillah, lontaran kemarahanmu itu adalah lontaran kemarahan yang bertempat.
Sewajarnya kita sebagai umat islam marah ke atas perkara-perkara sebegitu.
Semoga hidup kita ini mendapat keberkatan daripadaNya yang maha esa.

Catat Ulasan