Kali ini saya ingin menjelaskan tajuk di atas. Ya, barangkali ada yang bertanya begitu kerana ingin mengetahui siapakah sebenarnya empunya blog ini. Bagaimanakah wajahnya yang sebenar? Mungkinkah handsome? Atau mungkinkah sebaliknya?. Itulah antara persoalan yang barangkali Anda ingin tahu.
Sebenarnya saya memang handsome. Hehehee. Ceh! Perasan pula saya !.
Ya, sebetulnya saya memang handsome. Itupun menurut luahan Isteri Tercinta Saya. Siapa lagi yang harus saya percayai kalau bukan Isteri Kesayangan Saya, bukan?.
Selain itu, ada juga rakan-rakan yang mengatakan bahawa saya ini handsome, tetapi saya musykil dengan keikhlasan mereka mengatakan begitu. Barangkali ada udang di sebalik batu? Siapa tahukan!.
Namun, saya kena bersangka baik dengan apa yang rakan-rakan saya ungkapkan itu. Pastilah apabila ada rakan-rakan yang memuji saya handsome pada ketika-ketika tertentu, maka saya akan jawab dengan ungkapan “ALHAMDULILLAH”, yang bermaksud “segala pujian bagi-Nya”. Memang itulah selayaknya ungkapan saya.
Sebenarnya sebab utama mengapa saya tidak memaparkan wajah di dalam blog ini bukanlah kerana handsome atau tidak. Ya, saya yakin kehandsomean seseorang adalah subjektif sifatnya. Apatah lagi pelbagai ragam orang-orang yang melihatnya.
Tetapi sebab sebenar wajah saya tidak dipaparkan di dalam blog ini adalah kerana saya khuatir andai apa yang saya tuliskan di sini seolah-olah menunjukkan bahawa saya sudah sempurna dan hebat. Sedangkan hakikat sebenar, hebatnya dan sempurnanya tulisan saya di sini adalah kepunyaan-Nya semata. Ya, apapun yang saya bicarakan di sini, andai ianya hebat, ketahuilah bahawa kehebatan itu adalah kepunyaan-Nya. Bukan saya.
Sebaliknya pula, saya juga khuatir andai apa yang saya coretkan di sini, dilihat seolah-olahnya tidak sesuai dan buruk hasilnya. Maka ketahuilah bahawa itulah sebenarnya kelemahan saya. Saya sememangnya belum sempurna. Sebab itu masih lagi mencari-cari cahaya-Nya. Ya, moga-moga cahaya-Nya itu akan saya temui di penghujung perjalanan ini agar dapatlah saya menyuluh sisa-sisa kehidupan saya.
Pastilah menjadi harapan saya apapun yang tertulis di dalam blog ini, andai bermanafaat untuk pedoman hidup Kita, maka ambillah agar perjalanan hidup Kita dapat disuluh dengannya. Tetapi andai sebaliknya pula yang berlaku, saya juga mengharapkan agar Anda tidak mempraktikannya, dan buangkanlah jauh, sejauh, jauhnya…
Kepada rakan-rakan yang memang mengetahui diri saya dan blog ini, saya berharap agar Anda tidak pula melihat kelemahan diri saya sebagai pengukur akan apa yang saya coretkan di sini. Pastilah saya memerlukan bimbingan dan nasihat daripada Anda untuk memperbaiki diri ini.
Ketahuilah bahawa saya juga sedang diiringi oleh para syaitan yang sentiasa membisik-bisikan sesuatu kepada saya. Mungkinkah syaitan itu dari kalangan yang biasa-biasa atau mungkinkah dari kalangan yang hebat-hebat?, sememangnya saya kurang pasti!.
Tetapi apa yang pasti, saya sebenarnya bukanlah seorang Rasul yang mempunyai sifat-sifat sempurna. Saya juga ada kelemahan yang harus saya akui dan perbaiki.
Apa yang saya nyatakan dan lakukan di dalam blog Pedoman Hidup ini adalah bertujuan untuk mengharapkan keredhaan-Nya semata. Ya, seperti mana yang telah diamanahkan di dalam surah Al-Asr (103) yang menjelaskan Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.
Anda yang belum kenal dan Rakan-Rakan yang telah mengenali saya moga-moga akan memahami dan adalah manafaatnya perkenalan dan nasihat-menasihati yang kita lakukan di dalam blog Pedoman Hidup ini.
Selasa, Mac 24, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


10 Komen:
saya tidak fikir dgn memaparkan wajah empunya blog itu membawa erti empunya blog ingin diri kelihatan hebat sempurna..
sedangkan dua 'word' tersebut hanyalah milik yg Esa..
saya fikir..meletakkn gambar semata2 untuk share dengan kengkawan...berani mengatakan "ye, ini aku"..
ngehngeh..
tu pendapat sy saja..sila abaikan jika salah ye abgbent yg hensem (sejuk perut mak mengandung)..
bersyukurlah dengan nikmat Allah
manusia adalah sebaik2 kejadian
Ntah2 abg ni artis terkenal kut. Takpun Ahli politik feymes.hehe.
eh, rasa mcm kenal... tapi siapa, ya??? owhhh... nevermind... abaikan aje... hohoho
Rupa prs x penting..Janji ht maw
baek..Hehe..
Salam sejahtera dan salam bahagia.
Thanks kerana mengunjungi blog saya. Terus terang saya katakan bahawa semangat untuk saya buat blog sendiri adalah berpunca dari melayari laman web imotivasi-squery dan juga pernah mengunjungi blog abgbent nie. Pada pendapat saya adalah perlu abgbent letak muka sikit kat laman blog nie, taj salah rasanya. Ianya menunjukkan abg bent ada keyakinan diri. gambar muka jauh dan kecil pun tak apa itu lebih baik daripada gambar berselindung disebalik kamera bercahaya tu...... Try your best. Good luck.
puji diri sendiri nampak, huhuhu
kite pun tak de rupe yang hebat..tapi berkongsi rupe juge, dengan para pembace..=)
hhehee
abg bent jngn marah..
Heheheeee...
Tima kasi Lady B atas anjuran itu. InsyaAllah, bila hati ini dah bersedia, akan dilakukan juga sedemikian rupa. Pastilah menunjukkan anugerah NYA yang tidak terhingga besarnya kepada diri ini iaitu memberikan wajah sempurna sifatnya. Pastilah juga diri ini tidak lupa untuk bersyukur dengan pemberian ini. ALHAMDULILLAH!
Kenal nama tak kenal rupa
...mengelak fitnah dunia..
Catat Ulasan