Selasa, Oktober 20, 2009

Coretan Buat Akak Jaja...2

Alhamdulillah, malam ini saya ada kelapangan sedikit untuk mencoretkan sesuatu berkaitan dengan persoalan Akak Jaja.

Persoalan pertama, tak suka cabaran? errmm… saya rasa masalah ini bukan sahaja Akak yang menghadapinya...,

Majoriti umat manusia mungkin mengalaminya. Saya juga sebenarnya menghadapi masalah ini tetapi saya lebih suka mengatakannya begini “saya tidak suka cabaran kecuali cabaran itu ada kepentingannya”.

Segaja saya tambah kecuali pada masalah itu supaya dapat kita fikir-fikirkan bersama. Saya memang tidak suka dengan cabaran andai ianya hanya merugikan masa dan kesempatan yang saya ada. Umpamanya, rakan-rakan mencabar saya untuk mengorat awek!. Sudah pasti saya menolak cabaran itu sebab saya merasakan perbuatan itu hanyalah sia-sia pada saya. Maklumlah, saya pun dah berumah-tangga. Dah ada anak pun, takkan nak melaksanakan cabaran sebegitu pula?

Cabaran yang kita katakan sebagai sesuatu yang mencabar itu pun bergantung pada setiap individu. Ada yang berkata perbuatan seperti berjogging, berenang, berbasikal, mendaki gunung dll itu sebagai sesuatu yang mencabar dan ada pula sebaliknya.

Begitu juga membuat kerja-kerja seperti web blog, software, tesis, laporan, buku dll juga sebagai sesuatu yang amat mencabar, dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, suka saya mendefinisikan cabaran itu sebagai sesuatu yang naluri kita mengatakannya amat sukar untuk dilakukan atau dicapai oleh diri kita sendiri.

Persoalannya, bagaimana untuk menghadapinya? ermm, saya pun tidaklah arif mengenainya, tetapi saya lebih suka berkongsi-kongsi pandangan dan merenung-renung sesuatu persoalan itu.

Pada saya, untuk menghadapi sesuatu cabaran, sudah pasti akan saya persoalkan apakah matlamat sebenar di dalam melakukan sesuatu cabaran itu. Andai ianya memberikan manfaat, sudah pasti saya akan melakukan cabaran itu dan sebaliknya pula.

Selepas matlamat, sudah pasti saya akan fikirkan sama ada ianya selari dengan tuntutan agama atau tidak.

Ini adalah perkara pokok untuk saya melaksanakan sesuatu cabaran itu. Andai ianya bertentangan pasti akan saya lupakan sahaja cabaran itu, walaupun ianya dikatakan memberikan keuntungan berlipat kali ganda jadinya.

Disebalik itu semua, perlu juga diingatkan dalam diri agar setiap perkara yang mencabar pasti ada risikonya. Oleh itu, janganlah terlupa mengambil kira risiko sesuatu perkara, sebelum tindakan akhir dilaksanakan.

Seterusnya DOA harus dipohon pada-NYA. Moga adalah keredhaan dari-Nya. Saya tetap berkeyakinan bahawa sesuatu yang mustahil itu pasti terjadi dengan keizinan dari-Nya sahaja.

Dan akhir sekali, pada minda, akan saya tetapkan bahawa apapun berlaku selepas itu, saya akan redha sama ada gagal atau berjaya. Setidak-tidaknya, cabaran itu telah saya lakukan. Ini pada saya amat penting di saat-saat cabaran yang dihadapi menemui kegagalan.

Apapun yang saya coretkan di sini masih terbuka untuk kita sama-sama bincangkan dan fikirkan. Moga adalah manafaatnya kelak buat Akak Jaja yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

2 Komen:

izakhairi berkata...

salam dari cikgu yg tegas,
Setiap individu mempunyai ciri dan keperibadian yg berbeza serta citarasa yang berlainan. Cabaran, mungkin sebahagiannya akan memandang sbg satu bebanan dan takut utk menghadapi kegagalan. Tapi apa yang pasti sbg makhluk yg serba kekurangan kita perlu redha atas apa jua implikasi yang akan berlaku kerana pasti ada hikmah di sebalik segala kejadian yang berlaku.
Apa yang pasti sbg cikgu yg tegas saya sukakan cabaran.

Brilliant Marjan@اداويه berkata...

Salam ziarah..
Saya kutip ilmu..
Good Luck!!

Catat Ulasan