Rabu, Januari 16, 2013

Listen, Listen, Listen...! (*___*)

Salamelekom, wbt buat Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Hari ini, minda dan hati saya mendesak untuk melakukan satu lakaran mengenai tajuk di atas, iaitu "Listen, Listen, Listen"

Ungkapan Listen, Listen, Listen tiba-tiba menjadi bualan hangat melalui paparan di blog, facebook dan youtube hari ini. Oleh sebab itu, saya mengambil kesempatan sedikit masa hari ini untuk membuat coretan khusus mengenainya.

Mengenai Listen, Listen dan Listen! (*___*)



Sejujurnya, saya masih kurang faham dan jelas mengenai peristiwa itu. Apa yang saya fahami pada ketika ini ialah seorang mahasiswa dari universiti tempatan ingin melontarkan beberapa pandangan dan persoalan tetapi telah dihalang oleh pengacara majlis.


Pemahaman itu saya perolehi daripada dua Youtube di bawah ini;



Juga tidak ketinggalan di dalam Youtube ini;



Selepas menontonnya, dan membaca beberapa komentar yang dipaparkan pada kedua-dua youtube itu, rasanya banyak yang telah menyalahkan Pengacara Majlis. Oppsss, betulkah dia Pengacara? atau mungkin Pemudahcara?

Sejujurnya, saya tidak pasti mengenainya, tetapi yang jelas, ramai yang menyalahkan Pengacara atau Pemudahcara itu.

Dari satu sudut lain, saya juga dapat melihat bagaimana gelagat seorang mahasiswa terlalu mendesak dan meminta agar dia dapat melontarkan dan mengajukan persoalan dan pandangan lanjutan di dalam majlis itu.

Ermmm, betulkah begitu cara seorang mahasiswa? Tergagam juga saya melihat telatahnya. Perbuatan begitu di dalam sesuatu majlis bolehkah dianggap sebagai "Kurang Ajar" ?. Bukankah di dalam apa-apa majlis, arahan daripada Pengacara Majlis perlu diikuti?

Apa yang masih kurang jelas pada saya ialah persoalan dan pandangan yang dilontarkan oleh mahasiswa itu yang terpaksa dihentikan oleh Pengacara Majlis. Mungkinkah persoalannya agak sensitif untuk majlis-majlis sebegitu? Saya masih tidak tahu! kerana pandangannya tidak terliput di dalam kandungan youtube itu.

Namun, yang jelas, keupayaan komunikasi amat kurang pada acara itu di mana kedua-dua pihak ingin bercakap dan melontarkan pandangan sendiri, tetapi kurang kemampuan mendengar.

Komunikasi akan berjaya seandainya satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar.

Di dalam kehidupan harian manusia, inilah masalah yang banyak terjadi. Lebih ramai yang bercakap daripada yang mendengar.

Banyak keruntuhan rumahtangga yang berlaku pada masa ini adalah disebabkan kurangnya pemahaman mengenai istilah ini. Begitu juga di dalam banyak organisasi, kelemahan pemimpin atasan adalah disebabkan kurang keupayaan tersebut. Sebab itulah istilah Listen, Listen, Listen pada saya amat relevan dan menarik kerana pada masa ini, sudah ramai yang kurang menitik-beratkannya.

Seorang murid perlu Listen Listen Listen pada Gurunya untuk berjaya.
Seorang anak perlu Listen Listen Listen pada Ibubapanya agar mendapat keberkatan kehidupan.

Seorang Ibu/Isteri juga perlu Listen Listen Listen pada Suami agar sentiasa dikasihi, lebih-lebih lagi kasih-sayang sehingga kehidupan Abadi!

Dan paling utama, untuk Saya dan Anda, Listen Listen Listen pada Allah SWT supaya menjadi Manusia Yang Bertaqwa.


(*____*)
Abgbent

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Januari 14, 2013

Kalimah "Allah"

Salamelekom, wbt buat saudara yang saya kasihi kerana DIA.

Pada petang ini, izinkanlah saya berkongsi sedikit kegembiraan dengan Anda khususnya mengenai kecelaruan pandangan berhubung penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu di Malaysia.

Akhirnya, percanggahan pendapat mengenai penggunaan kalimah Allah diantara para pemimpin dua parti terbesar umat Melayu di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia) dan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) telah dapat dirungkai dan dileraikan.

Alhamdulillah, semoga kenyataan daripada Majlis Syura Ulama PAS di dalam hal ini dapat menyuluh jalan-jalan penyatuan di antara UMNO dan PAS di dalam hal-hal yang menyentuh agama Islam. Maklum sajalah, kedua-dua parti ini merupakan parti terbesar umat Melayu di Malaysia...

KENYATAAN RASMI MAJLIS SYURA ULAMA PAS

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1. Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2. Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3. Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah TIDAK BOLEH kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.



Baca selanjutnya, Klik di sini...