Khamis, April 23, 2009

Rahsia Menyingkap Kehidupan -2

Setiap insan yang diciptakan oleh yang MAHA PENCIPTA pasti akan melakukan kesilapan!.

Kesilapan untuk memahami bahawa Kita sememangnya banyak kekurangan. Dari kekurangan itulah kita akan mempelajari sesuatu kerana sesungguhnya DIA sedang mengajarkan kita tentang erti kehidupan ini.

Pengajaran dari kesilapan yang dilakukan adalah merupakan satu ILMU. Dan ianya amat bermanafaat apabila ILMU itu digunakan bukan sahaja untuk pedoman diri sendiri, tetapi juga untuk dikongsi bersama dengan seluruh umat manusia.

Kerana apa? kerana kita adalah bersaudara. Dan ingatlah bahawa ILMU itu jugalah yang bakal dibawa untuk dipersembahkan kepada-Nya.

Sebaik-baik kesilapan yang dilakukan adalah cepat-cepat memperbaikinya dan pastilah lebih bermakna andai selepas kesilapan itu dilakukan, cepat-cepat memohon pedoman dari-Nya.

2 Komen:

alang berkata...

Betul2. Bak kata orang tua2, mana ada orang yg tak pernah melakukan kesilapan.

prettyrain berkata...

Semuanya ada kekurangan masaing-masing. Cuma sebagai manusia, kita tak menerima kekurangan itu atau tidak.

Catat Ulasan