Rabu, Disember 29, 2010

Rahsia Kejayaan, Akal

Kebolehan akal manusia memang mengatasi segala-galanya. Akal berperanan penting di dalam membuat segala keputusan yang dilakukan. Kewarasan akallah yang membezakan makhluk ciptaan Tuhan dengan makhluk yang bernama Insan.

Setiap insan yang menggunakan akal sebaik-baiknya pasti akan berjaya kerana keputusan yang dianalisa adalah output yang amat berharga. Apatah lagi hasil telaah akal dibimbing oleh NYA. Kelak kesudahannya amat menakjubkan hasilnya.

Namun, tidak semua hasil analisa adalah yang terbaik andai tidak diiringi dengan ilmu. Sesungguhnya, ilmu yang amat berharga dari segala-gala ilmu adalah ilmu yang menyelongkar tentang kekuasaan-NYA kerana di dalamnya tersembunyi segala-gala keajaiban dunia.

Dari keajaiban itulah akan difahami segala rahsia ciptaan-NYA, termasuklah juga rahsia mengenai kehidupan dunia.

Keajaiban itu juga membolehkan semua yang tidak boleh diterima akal berkemungkinan terjadi bila mana ilmu kekuasaan-NYA telah diketahui. Hakikat ini agak sukar seandainya masih belum mengenali-NYA.

Berusahalah mengenali-NYA dan seandainya masih terlalu sukar melakukannya, berusahalah agar hati nurani yang dimiliki sentiasa merasai bahawa DIA sebenarnya sedang memerhati. Moga-moga dengan perasaan begitu, akal yang menganalisa sesuatu menyerlahkan hasil bimbingan-NYA. DIA yang saya kenali Tuhan Yang Maha Esa.

Andai jiwa yang dimiliki juga berusaha merasakan bahawa DIA sebenarnya sedang berada di sisi sepanjang masa, kelak analisa akal menyerlahkan kejayaan.

Kalau bukan kecemerlangan di dunia, pasti kegemilangan di akhirat, InsyaAllah.


"Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan barat adalah kepunyaan Allah (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus." (Al-Baqara, 2: 142)


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran." (Al-Baqara, 2: 164)


"Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)." (Al-Anfal, 8: 22)

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Disember 24, 2010

Perempuan Gatal... bhg. 3

Perempuan Gatal...bhg 1

Perempuan Gatal...bhg 2



Antara perlakuan cikgu ilmu hisab yang masih saya ingati ialah dia sering menggoda-goda naluri. Ada kala godaannya membuatkan saya teruja terlebih-lebih sehingga membuak-buak nafsu serakah. Sungguh!

Godaannya membuatkan kewarasan akal remaja yang ada tertewas olehnya. Maklum sajalah, kanak-kanak diusia remaja seperti mana saya dahulu, agak cetek fikirannya, Apatah lagi digula-gulakan, sudah pasti gelora nafsu menjadi-jadi, seperti mana yang dilakukan oleh cikgu ilmu hisab bergelar perempuan gatal itu.

Anda nak tahu kisahnya secara terperinci?

Tak payahlah. Kelak nanti hati Anda berdarah dek menggaru kisah ini terlebih-lebih. Risau juga saya yang menerima akibatnya nanti.

Lebih baik saya beritahu sahaja kepada Anda penawarnya.

Di usia remaja, fikiran yang dimiliki sememangnya masih tumpul. Tidak berupaya menghiris rahsia alam, terutama membelah di antara Syurga dan Neraka.

Ketumpulan akal fikiran di usia remaja itulah yang membuatkan saya dibuai kenikmatan alam dunia. Nasib baik juga ketumpulan itu dapat ditajamkan oleh pengasah yang bijaksana. Dialah yang saya namakan Ibuku Yang Pengasih dan Penyayang.

Kalau yang membuat angkara seperti Perempuan Gatal itu adalah seorang wanita, pastilah penawarnya juga merupakan seorang wanita iaitu bergelar Ibu Pengasih dan Penyayang.

Caranya, saya dipaksa mengaji Al-Quran oleh Ibuku yang Pengasih dan Penyayang selepas bersekolah. Terkadang, oppsss.. bukan terkadang, sebenarnya lebih kerap Ibuku yang Pengasih dan Penyayang memarahi andai tidak pergi mengaji Al-Quran. Masih saya ingat bagaimana rasanya pukulan dan cubitan daripada Ibuku yang Pengasih dan Penyayang sekiranya saya tidak melaksanakannya, mengaji Al-Quran.

Berkat mengaji itulah barangkali saya terhindar daripada kebejatan godaan cikgu ilmu hisab bergelar perempuan gatal itu.

Alhamdulillah, hasil kebijaksanaan Ibuku yang Pengasih dan Penyayang, ianya telah berjaya menghindarkan saya daripada ketagihan dorongan perempuan gatal.

Ibukulah yang bertanggungjawab memisahkan godaan dan dorongan cikgu ilmu hisab yang gatal itu.

Kalau tidak, mungkin juga banyak kemungkinan yang terjadi, barangkali juga saya tidak menjadi seperti sekarang ini, memahami teori ilmu hisab mengenai Nombor Infiniti yang menjadi rahsia mutlak bagi NYA jua. Gabungan Ilmu Hisab dan Al-Quran.

Sebab itulah Anda yang bergelar Ibu Pengasih dan Penyayang, ada baiknya memberikan didikan kepada anak-anak tentang Al-Quran. Moga-moga godaan perempuan gatal dapat dihindarkan, seperti mana yang saya telah lalui 30 tahun yang lalu.

Oklah, Perempuan Gatal kedua yang ingin saya kongsikan pula ialah....


(Akan disambung lagi dilain kali...)


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Disember 21, 2010

Memberi Zina, Lucah kah?

Salamelekom, wbt duhai adikku yang dikasihi kerana DIA. Usahlah merajuk andai bicara ini berlainan pula paparannya. Anggap sahaja ianya terpampang dari sisi yang berlainan pula. Harapan abg, moga-moga tambahan contengan ini kelak memancarkan radiasi seperti orang lain kehendaki.

Di dalam hal-hal begini, tindakan minda amat dituntut memainkan peranannya. Usah diguna minda separa sedar, kelak sebaliknya pula yang tergambar. (*___*)

Gunakan minda sempurna bila menelaahnya. Kelak adalah cahaya NYA menyuluh perkerjaan yang dilakukan. Izinkan abg meluahkannya begini...

Seandainya baki RM4 tu diminta dengan perasaan marah dan tidak puas hati, maka buruklah paparannya. Apa salahnya diminta dengan perasaan bertimbang rasa dan berhemah menganggap si pemungut tambang berkemungkinan sudah terlupa.

Tidak salah untuk bertanya. Yang salah bila mana dibiarkan si pemungut tambang bermaharaja lela menipu setiap umat manusia. Dibiarkan sekali, ada kemungkinan berkali-kali dilakukannya nanti. Apakah kita tidak mampu menegurnya secara berhemah? bertimbang rasa? Lebih-lebih lagi teguran bersalut keimanan kepada Tuhan Yang Maha ESA. Ini juga sebenarnya positif kutubnya. Tak salah RM4 itu diminta kembali kerana sememangnya ianya hak kita yang harus dipelihara.

Mindset kekurangan adakalanya bagus juga sebab dari kekurangan itu ianya menyedarkan diri bahawa ada yang perlu diisi, dengan harapan kekurangan tadi dapat diatasi.

Bila mana memberi, biarlah berpada-pada kerana khuatir nanti daripada pemberian sebegitu tidak mendatangkan makna. Lebih penting lagi, tiada keredhaan dari NYA. Itu yang amat dikhuatiri.

Malahan memberi secara membuta tuli ada kemungkinan nafsu serakah terus menjulang naik tingginya, memperkosa dan menelanjangkan maruah insani yang sebenarnya dikuasai.

Seumpama seorang sahabat meminta izin dari Rasulullah SAW untuk melakukan zina. Beberapa kali dia meminta keizinan dari Rasulullah SAW agar diberikan keizinan melakukan zina. Apakah Rasulullah SAW memberikan keizinannya? :(

Teringat pula saya berita gempar beberapa tahun lalu mengenai peristiwa Pembesar/Pemimpin dari negaraku tercinta, Malaysia yang mengatakan apakah beliau perlu menolak sekiranya diberikan sedekah untuk berzina? Sedekah Zina? MasyaAllah!, sampai begitu sekali jahilnya mereka terhadap istilah memberi.

Tak apalah, abg hentikan sahaja contengan di sini. Harap-harap adikku tidak merajuk dek paparan begini. Ketahuilah bahawa abg amat mengasihimu. Kasih yang terlimpah dek belas ehsan dari NYA jua.


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Disember 18, 2010

Pak Turut, Angguk-angguk

Wah! sungguh hebat adikku romeo meluahkan pandangannya. Suatu persoalan yang ada kebenarannya. Izinkanlah saya membuka bicara buat adikku romeo yang hebat orangnya, jua tidak dilupa, adikku Tampan Bergaya. Salamelekom, wbt...

Sungguh! bukan negatif sifatnya, tetapi suatu yang harus ditelaah oleh minda. Minda bijaksana, ada kala meluahkan ungkapan sedemikian rupa.

Tidak negatif meluahkan komen, tetapi menjadi negatif bila minda tidak digunakan sebaiknya. Ternampak seakan-akan tidak berakal pula jadinya. Itu Pak Turut namanya.

Pak turut yang mengikut tanpa menggunakan akal dengan sebaiknya. Dalam istilah lain, Taqlid. Mengangguk-angguk walaupun sebenarnya dia tidak tahu apa sebab musababnya.

“Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja. ” (Az-Zukhruf, 43: 23)

Namun, itu tidak pula bermakna bahawa semua pandangan harus ditolak. Ada ketikanya bilamana akal menganalisa dan didapati ada kebenarannya, tidak salah menerimanya kerana itu pembelajaran namanya.

Kehadiran ke dunia antara tanggungjawabnya adalah untuk belajar. Dari tak tahu menjadi tahu. Moga-moga pengetahuan yang ditimba kelak dimanafaatkan bersama. Mengajar kepada yang belum tahu.

“Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqara, 2: 32)

“Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.” (Al-Maida, 5: 31)

Gunakanlah akal sepenuhnya untuk membezakan di antara positif dan negatif. Positif belum tentu mengatasi yang negatif dan sebaliknya pula, negatif belum tentu tidak elok berbanding yang positif.

Kedua-duanya harus dianalisa oleh akal yang sempurna kerana ada kala yang negatif ada kebaikannya. Positif yang berlebihan ada kala teramat buruk juga paparannya. Seumpama Law of Attraction dan Law of Rejection.

Moga-moga ayat NYA yang saya bekalkan di bawah memberikan makna untuk kita analisa bersama-sama, InsyaAllah.

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqara, 2: 44)

“Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. (Al-Baqara, 2: 19)




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Disember 16, 2010

Menghafal Dengan Mudah

Salamelekom, wbt duhai adikku Farah yang saya kasihi kerana DIA.

Tetapi sebelum itu, abg memohon keizinan dahulu daripada adikku Tampan Bergaya jua pada adikku yang Jelita umpama Bidadari.

Realitinya, saya belum pernah melihat kecantikan bidadari, lebih-lebih lagi Bidadari dari Syurga. Moga-moga kelak bertemu nanti selepas kehidupan duniawi ini. (*___^)

Oppsss... sebenarnya saya ingin berkongsi dengan adikku Farah mengenai cara-cara menghafal dengan mudah. Moga-moga dapatlah membantunya dan seterusnya berupaya dipraktikkan dengan berkesan.

Andai tidak mudah dilakukan, abg nasihatkan carilah pula kaedah yang lebih berkesan dan lebih bersesuaian. Mudah-mudahan akal dan fikiran tidak hanya pada situasi sedar sepenuhnya, tetapi ada kala berupaya pada kedudukan minda separa sedar yang disedari sebenarnya. (*___^)

Antara kaedah hafalan yang berkesan yang abg pernah lakukan ialah, bila mana belajar, jangan hanya menatap pada buku yang dibaca, tetapi gunakanlah tangan bersama-sama.

Ambillah pen dan kertas dan letakkan di sebelah serta bacalah buku pada masa itu.

Catatkan perkara-perkara penting yang dirasakan perlu semasa menelaah pada buku. Kaedah tersebut dapat menghilangkan rasa mengantuk seterusnya membuatkan minda bekerja bersama-sama ketika itu.

Buatlah berperingkat-peringkat mengikut subtopik-subtopik yang perlu. Usah dihabiskan pula sebuah buku, nanti apa yang telah dicatatkan tidak dapat diingati sepenuhnya. Buatlah berperingkat-peringkat mengikut topik-topik tertentu. Kalau boleh dari satu perenggan ke satu perenggan yang lain.

Selepas dicatatkan perkara-perkara penting dan yang perlu, dan dirasakan sudah banyak, tutuplah buku.

Seterusnya, cuba ingati kembali apa yang telah dipelajari sebentar tadi tanpa melihat buku. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang telah dicatatkan. Cuba ingati dan catatkan pada helaian yang baru.

Kalau dah terlupa, buka buku kembali dan telaah isi-isi penting yang ingin diingati pada buku itu. Buat mengikut keupayaan diri. Mudah-mudahan dengan latihan tubi, adik akan dapat mengingati isi kandungan buku yang ingin dipelajari.

Tip kedua yang abg ingin kongsikan ialah buatlah Peta Minda.

Peta Minda adalah satu ringkasan mengenai apa yang adik telah pelajari. Kalau adik nak tahu lebih lanjut mengenai Peta Minda, cari saja di carian google, pasti adik akan bertemu dengannya, Peta Minda.

(*___^)
Abgbent



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Disember 15, 2010

Usah dipadam

Salamelekom, wbt duhai adikku Name (required), Tidak dilupa, adikku yang Tampan Bergaya. Jua Anda, Pembaca Setia yang saya kasihi kerana Ilahi.

Moga-moga adalah keberkatannya bila mana kita berjumpa di sini. Sememangnya saya, Insan Kerdil, seringkali berziarah ke sini, andai ada masa terluang diizinkan Tuhan.

Moga-moga jua, tersibghahlah hati nurani yang kita miliki dengan nur Ilahi.

Tak perlu dipadam duhai adikku yang tampan bergaya kerana hatinya sedang terluka. Barangkali kesakitan dek luka itu akan lebih parah andai adik mengambil tindakan sebegitu rupa.

Biarkan sahaja adikku Name(required) melakarkannya kerana hatinya memang sedang terluka. Dilukai oleh sang lelaki yang tidak memahami erti CINTA yang sebenar-benarnya. Paparan hati yang terluka dek tipu daya cinta manusia memang begitulah serlahannya.

Amat pedih! bagi mereka yang sudah melaluinya. Sungguh pedih! dan teramat-amat menyakitkan!

Ketahuilah bahawa kasih-sayang NYA jua menghendakkan kita menelaahnya dan seterusnya memahaminya supaya kelak tersibghahlah hati nurani yang kita miliki dengan menyerlahkan kilau-kilauan yang memancar-mancar menusuk hati sanubari yang dimilikinya.

Usah dipadam, kerana cahaya yang diserlahkan oleh adikku Name(required) ada maknanya, bagi mereka yang ada akal untuk memikirkan hati sang Isteri yang dilukai.

Kepada Anda yang bernama suami, ketahuilah bahawa hati sang Isteri penuh dengan kasih sayang, dan tidak mustahil ianya juga boleh menyerlahkan kebencian andai tidak di semai dan dijaga sebaik-baiknya. Perasaan Isteri memang begitu sifatnya.

Semoga adikku Name(required) akan tabah menghadapi ujian yang sebegitu rupa. InsyaAllah, ada kelapangan masa, akan saya kongsikan lagi, luahan hati dari Insan Kerdil ini, dengan harapan, kelak tersibghahlah hati nurani yang kita miliki dengan cahaya Ilahi.

(*___^)
Abgbent




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Disember 13, 2010

Perempuan Gatal... bhg. 2

Peristiwa pertama yang saya lalui dek gangguan Perempuan Gatal ialah semasa di alam remaja. Iaitu semasa di sekolah rendah.

Semasa berada di sekolah rendah, pengalaman hidup yang saya lalui sememangnya cukup indah. Ada beberapa peristiwa yang masih saya ingati sehingga kini, walaupun peristiwa itu sudah berlalu melebihi 35 tahun, ada kalanya saya tersenyum sendirian bila mana mengingatinya kembali, seperti sekarang ini.

Dan ada kala jua peristiwa yang saya imbas kembali membuatkan hati saya amat-amat tersentuh. Mungkinkah Anda juga merasainya begitu?

Sememangnya kehidupan dunia menyediakan pelbagai rasa. Ada kala perasaan sedih yang terjadi, dan ada ketikanya perasan teramat gembira yang menjelma.

Semuanya adalah untuk dirasai sendiri oleh umat manusia supaya dapat dimengerti hakikat rasa sakit yang teramat peri dan erti kegembiraan yang teramat menghiburkan.

Seumpama makna Neraka dan Syurga.

MasyaAllah! Terlupa pula saya melanjutkan kisah berkenaan Perempuan Gatal yang saya lalui kira-kira 30 tahun yang lalu, iaitu semasa berada di sekolah rendah.

Perempuan Gatal yang pertama yang saya ingin kisahkan ialah Perempuan Gatal bergelar Cikgu Ilmu Hisab.

Dulu, mata pelajaran matematik dikenali sebagai ilmu hisab, iaitu mengira sesuatu. Bukan menghisap.

Menghisap dengan Menghisab dua perbuatan yang amat-amat berbeza. (*___^)

Ada baiknya saya jelaskan makna istilah hisab kepada Anda dahulu kerana saya khuatir Anda menafsirkannya terlebih-lebih iaitu mendahului kisah yang saya ingin kongsikan di sini. Lebih parah, hati yang Anda miliki dikhuatiri berdarah akibat menggaru terlebih-lebih di dalam lakaran ini.

Diantara perlakuan cikgu matematik bergelar perempuan gatal yang masih segar diingatan saya ialah...

InsyaAllah, saya akan sambung dicoretan ketiga...
(*___^)



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Perempuan Gatal

Kehidupan duniawi yang saya lalui beberapa kali telah disapa oleh Perempuan Gatal. Kegatalan yang membuatkan saya menggaru-garu supaya merasai kelegaan. Ada kala rasa gatal yang terhasil agak lama walaupun sudah digaru beberapa kali. Lebih parah, bilamana terlebih-lebih digaru, hasilnya bukan sahaja lega, tetapi diakhiri kesakitan.

Kesakitan bercampur aliran darah dek menggaru secara berlebih-lebihan. (*___^)

Sengaja saya awali lakaran kali ini dengan madah sebegitu untuk menghidupkan suasana berfikir dan merenung bersama-sama dengan Anda. Maklum sajalah, saya kan sudah terlalu lama merehatkan diri dari membuat sebarang lakaran di blog ini.

Hampir sebulan lamanya blog Pedoman Hidup tidak dilawati oleh saya. (*___*)

Sengaja saya melakukannya supaya dapat mempraktikan dengan sepenuhnya latihan emosi yang berkait dengan nafsu. Sebab itulah contengan kali ini saya berikan tajuknya Perempuan Gatal.

Moga-moga penangan Perempuan Gatal yang saya kongsikan dengan Anda terasalah kegatalannya pada minda. Minda Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA. Moga-moga jua adalah keberkatannya bila mana dikongsi bersama-sama.

Pernahkah Anda merasai Penangan Perempuan Gatal?

Akan disambung, InsyaAllah.





Baca selanjutnya, Klik di sini...