Rabu, Oktober 21, 2009

Buat Saudara Berfikiran Positif

Syabas! kepada saudara yang berfikiran positif. Ya, saya bersetuju dengan saudara bahawa Dunia ini penuh dengan keajaiban.

Teringat saya dengan teori sains suatu ketika dahulu yang mempercayai bahawa dunia ini berbentuk hamparan yang luas. Bagaimanapun, teori itu telah disanggah dan dinyatakan bahawa dunia ini sebenarnya berbentuk bulat. Tetapi selepas itu dan pandangan sains pada ketika ini menyatakan bahawa dunia ini sebenarnya tidak berbentuk bulat tetapi bujur. Itulah dia dunia yang kita duduki.

Namun disebalik itu semua, apa yang ingin saya kongsi di sini ialah pandangan sebuah buku yang saya pernah baca yang menyatakan bahawa salah satu daripada cara untuk kita mengenali maha Pencipta dunia ini ialah dengan melihat ciptaan-Nya iaitu termasuklah diri dan persekitaran kita.

Apabila ini berlaku, maka Cahaya Mata Hati akan menjadi positif di dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan di dunia ini.

Disebalik itu semua, saya tetap berkeyakinan bahawa senjata yang paling ampuh di dalam kita menghadapi sebarang cabaran dan dugaan adalah dengan Berdoa kepada-Nya kerana hanya DIA yang mempunyai segala keajaiban yang terjadi di dunia ini, DIA jugalah yang mengetahui keajaiban daripada segala kejadian yang ada di dunia ini.

Masih ingatkah kita dengan peristiwa Isra-Mikraj Rasulllah bagaimana dalam masa hanya semalaman baginda dapat naik ke langit ketujuh? melihat kesengsaraan di neraka dan keindahan di syurga? Itulah keajaiban dari yang Maha Pencipta.

Begitu juga dengan usaha.

Ibarat kata pepatah yang menyatakan bahawa usaha adalah tangga kejayaan. Kalau dahulu masa yang diambil untuk saudara bergerak dari Malaysia ke Mekah mengambil masa beberapa bulan lamanya, tetapi kini, dengan menggunakan teknologi seperti kapal terbang dan kereta, ianya dapat disingkatkan sehingga hanya beberapa hari sahaja. Itulah dia Keajaiban Dunia!.

4 Komen:

shinigamiheromi23 berkata...

assalamualaikom abg bent....ape khabar ,sehat ke tak

ViLdA FiDa berkata...

Usaha tangga batu!!!..sentiasalah berfikiran positif...

Abgbent berkata...

Hehehee... woi adikku Vilda, tangga batu org tak pakailah sekarang ni, tangga simen....

Abgbent berkata...

Melekomsalam duhai adikku Shini. Alhamdulillah sihat sejahtera. Shini amcm? masih download lagu2 hebat di blog tu lagi? kejap lagi abg ziarah p sana utk mendengar lagu2 pilihan Shini. rait!

Catat Ulasan