Salamelekom,
wbt kepada Anda yang masih terus setiasa menemani kehidupan alam maya saya di
dalam blog Pedoman Hidup ini.
Didoakan
semoga Anda dan saya terus bernaung di bawah lindungan Ilahi. Hari ini
merupakan hari Jumaat, dan hati saya mendesak untuk menjenguk seketika ke dalam
blog Pedoman Hidup ini, seterusnya memasukkan sebuah entri baru untuk tatapan
Anda bersama.
Kali
ini, tajuk entri yang saya pilih untuk dikongsi dengan Anda ialah “Bahagian 5, Tips Agar Disayangi Suami”.
Sudah agak lama saya tidak menyambung coretan mengenainya.
Maaflah duhai Adikku Yang Ingin Disayangi Suami. Sejak kebelakangan ini, saya seolah-olah terus dihimpit kesibukan, menyebabkan tumpuan saya lebih ke arah menyelesaikan pelbagai tugasan-tugasan yang ada.
Tetapi untuk tidak menghampakan Adikku Yang Ingin Disayangi Suami, jua Anda yang terus setia menemani kehidupan alam maya saya, ada baiknya pagi ini, saya paparkan sebuah kisah, hasil Luahan Hati Seorang Suami. Moga-moga kisah Pedoman Hidup yang saya kongsikan ini menjadi ikhtibar buat kita semua, InsyaAllah.
Sudah agak lama saya tidak menyambung coretan mengenainya.
Maaflah duhai Adikku Yang Ingin Disayangi Suami. Sejak kebelakangan ini, saya seolah-olah terus dihimpit kesibukan, menyebabkan tumpuan saya lebih ke arah menyelesaikan pelbagai tugasan-tugasan yang ada.
Tetapi untuk tidak menghampakan Adikku Yang Ingin Disayangi Suami, jua Anda yang terus setia menemani kehidupan alam maya saya, ada baiknya pagi ini, saya paparkan sebuah kisah, hasil Luahan Hati Seorang Suami. Moga-moga kisah Pedoman Hidup yang saya kongsikan ini menjadi ikhtibar buat kita semua, InsyaAllah.
Kisahnya
begini;
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yang saya hormati, saya tidak tahu di mana
ingin saya mulakan bicara ini, tetapi saya mesti menceritakan kisah ini kepada
ustaz supaya hati saya akan menjadi tenang dan mungkin akan dapat meredakan
rasa berdosa saya selama ini…
Ustaz mungkin tidak kenal saya, namun saya mengenali
ustaz.
Untuk makluman Ustaz, saya merupakan seorang lelaki yang
mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan. Harap ustaz tidak bosan
mendengar Luahan Hati saya ini.
Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg
amat baik dan setia. Namun, saya tidak pernah menghargai kasih-sayangnya kerana
pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan
permata.
Ustaz, saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang
pada asalnya tidak saya cintai. Dia seorang yang sederhana pada segi paras
rupanya, seorang yang tidak pandai bergaya, tetapi kuat pegangan agamanya. Bertudung
labuh, bersopan santun dan baik budi bahasanya.
Untuk makluman ustaz, perkahwinan kami diatur oleh
keluarga dalam keadaan yang sebenarnya saya masih belum bersedia.
Terus terang saya katakan bahawa saya sebenarnya sudah mempunyai
teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya. Teman wanita saya agak
sosial sedikit dan tidak menutup aurat, tetapi yang paling penting, kami saling
cinta-menyintai.
Selepas berkahwin dengan isteri saya, jiwa saya menjadi
kacau dan keliru. Saya amat marah kepada isteri saya kerana pada anggapan saya,
dialah yang telah menyebabkan saya tidak dapat bersama dengan kekasih saya amat
saya cintai itu.
Sepanjang kehidupan kami, saya selalu sahaja mencari
jalan untuk menyakitkan hatinya dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tidak
tahan dengan kerenah saya.
Namun, rupanya, isteri saya adalah seorang wanita yang PENYABAR.
Pernah saya tidak balik ke rumah dengan tujuan isteri saya akan membenci saya, tetapi
selama mana lambat sekalipun, dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam
rumah. dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan? Nak saya
panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Pernah suatu hari saya menampar mukanya, kerana dia
bertanya kepada saya “Abang dah solat?” Abang tak pernah solat ke?” Paannggg..!!
Satu tamparan kuat saya berikan di pipinya. Perasaan geram, marah dan rasa
terhina bercampur ego yg menggila…
Bengkak pipinya, dia menangis terisak-isak. Saya ingatkan
mungkin dia akan membenci saya, tetapi rupa-rupanya dia BERSABAR dan melayan
saya sebagai suaminya.
Ustaz, pernah suatu hari, dia ingin bermanja dengan saya,
membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya. Pada masa itu, saya
sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone. Ketika dia ingin
menyuapkan nasi ke mulut saya, saya menolaknya sehingga jatuh berkecai pinggan bersama
nasi goreng yang digoreng khas untuk saya. Dengan linangan air mata, dia
mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan di lantai…
Saya bertambah lupa daratan. Saya habiskan masa berhibur
dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih
sakit hati dan meninggalkan saya. Rupa-rupanya, dia tetap TABAH & BERSABAR.
Pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak
mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Pernah suatu ketika apabila keluarganya datang
bertanyakan khabar, dia kata dia amat bahagia bersama saya. Tapi sebenarnya saya
tahu, yang dia berbohong untuk menutupi
kesilapan saya.
Suatu hari, saya telah diberikan balasan oleh Allah. Saya
terlibat dengan kemalangan. Tulang paha saya patah dan tidak berdaya utk
bangun. Hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya. Ketika itulah isteri
saya menjaga saya dengan setia sekali. Berak kencing saya dia tadahkan, dia
basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli. Dialah yang
memandikan saya, menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya. Bila
saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut
sakitnya, dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong-hayang
kerana tidak cukup tidur. Dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan
memberikan kepada saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur,
tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.
Ustaz, isteri sayalah yang menyuapkan saya makanan, dia
sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang. Dia akan membuatkan
makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan
kembali, sewaktu saya terlantar sakit, tiada siapa pun dari teman-teman yang
setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan. Apatah lagi
melawat. Kekasih saya, lagi lah... Apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak
boleh bangun, dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami
diputuskan. Kononnya saya sudah menjadi suami orang.
Huh... sekarang baru dia kata saya suami orang, dulu, dialah
yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya. Ketika
itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya
lakukan. Ustaz, saya seorang suami yangh kasar, kejam dan zalim kepada isteri
yg menyayangi saya. Besarnya dosa saya…, saya amat menyesal rasanya.
Ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya
beransur pulih, isteri saya jatuh sakit. Bbadannya menjadi kurus kering. Tiada
selera makan, terbaring, tak bermaya. Kata doktor yang merawatnya, isteri saya
jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati…. Hati saya menjadi sebak
kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz, kesihatan isteri saya makin teruk, mukanya makin
pucat, tetapi dia tetap senyum. Saya menangis sepuas-puasnya, memohon ampun dan
maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.
Dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan
saya…. “Abang saya dah lama maafkan abang… saya sayangkan abang”.
Berderai airmata saya, hancur hati saya, pilu bercampur
sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz, selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad
kecemasan. Saya menjaganya setiap hari. Saya belai rambutnya, saya kucup
dahinya… Sambil airmata ini tidak
berhenti-henti mengalir. “Jangan menangis bang…. bukan salah abang… mungkin
saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum, seolah-olah hati
saya disambar halilintar. Saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang
melawat terpaksa menenangkan saya. Malah ada yang memuji saya kerana
beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri. Ternyata pujian itu
bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz, isteri saya ada berkata, dia meminta maaf kerana
tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi
semakin hampir. Saya meraung, merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya. Tapi
katanya, setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri
baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya. Ustaz, saya menangis… Sehingga
saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata-kata terakhir itu.
Tepat jam 3.00 ptg, setelah dua minggu berada di hospital,
isteri saya telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.. Dengan bebanan
dosa dan jutaan kekesalan yang menerjah hati ini, saya meraung semahu-mahunya… menyesal
di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz, jiwa saya tidak tenteram. Apakah Allah akan
mengampunkan dosa saya ini? Apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk
saya kepada isteri akan diampunkan Allah? Tolonglah ustaz, saya amat menderita.
Jiwa saya terseksa, mungkin inilah hukuman yang patut saya terima. Masih
terngiang-ngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya. “Abang, jagalah
diri baik-baik, jangan lupa tunaikan solat, berbuat baik, takutlah kepada
Allah…. dan jika bertemu dengan insan bernama isteri, janganlah berkasar
dengannya, sayangilah dirinya.”
Ustaz, sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir,
dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati. Lagu
itu adalah harapan yang dia impikan dari saya, tetapi tidak sempat dia nikmati kasih-sayang
yang terkandung dalam lagu itu. Dia harapakan dari saya, di dalam nota itu dia
menulis “Abang, dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu, dahulu, saya sentiasa
menanti abang pulang ke rumah, menyambut ketibaan abang, saya teringin sangat
nak makan bersama abang, mendengar cerita daripada abang, bergurau dan bermanja
dengan abang, memeluk abang ketika tidur…., tetapi semuanya mungkin tidak
sempat bagi saya, jaga diri… Sayang Abang Selamanya."
Ustaz, .saya harap ustaz tak marah saya meluahkan
perasaan begini panjang kepada ustaz…. kerana inilah pesanan isteri saya sekiranya
saya merasa terlalu sedih. “Ceritakanlah pada ustaz, dia tahulah apa nak buat utk
tenangkan abang” itulah pesanannya.
Ustaz, saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi
mereka yg bergelar suami. Sayangilah isteri Anda, selama mana Anda berpeluang
utk berbuat begitu. Janganlah terjerumus dengan kesilapan yang saya lakukan. Pasti
Anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Tajuk lagu yang ditujukan oleh Isterinya ialah;
Klik di sini (Now & Forever) atau boleh juga di sini (Now & Forever) dengan lirik, Sumber dari Sini
0 Komen:
Catat Ulasan