Selasa, Februari 24, 2009

Lupakan perkara lalu!

Kali ini saya ingin kongsikan sesuatu mengenai masa silam yang telah terukir di minda. Masa silam yang terukir pasti ada yang manis dan ada pula yang pahit. Mungkin juga ada yang masam dan ada pula yang kelat!.

Semuanya itu pastinya apabila tergambar kembali di lakaran minda, akan mengukir pelbagai rupa wajah Kita. Ya, rupa wajah akan memberikan gambaran semua itu.

Hanya yang cekal dan tabah dapat memaparkan wajah disebalik gambaran kenangan lalu. Dan ketahuilah bahawa masa yang lalu itu pastinya tidak akan kembali lagi, ia akan terus mengalunkan gelombangnya sehingga Kita dijumpakan semula dengan gelombang itu di alam barzakh kelak.

Apa yang penting, jadikanlah kenangan-kenangan lalu itu sebagai pedoman untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Untuk membina kembali Matlamat Hakiki yang ingin Kita kecapi. Andai Kita masih mengambarkan kenangan lalu itu di minda, pasti pemikiran Kita lebih terarah ke haluannya sentiasa. Oleh itu, Kita akan lalai untuk mengapai matlamat-matlamat yang harus Kita capai.

Nasihat saya, jangan terlalu memikirkan apa yang telah berlaku, tetapi fikirkan apa yang harus dilakukan sekarang untuk memperbaiki yang lalu. Jadikanlah yang lalu itu sebagai pedoman untuk Kita sama-sama mengejar kejayaan-kejayaan seterusnya.

0 Komen:

Catat Ulasan