Selasa, Julai 21, 2009

Pengalaman di Jepun …bhg 5 (Pesta Ogionsa dan Adikku Ayuk)

Sepertimana yang telah saya nyatakan semalam, kali ini saya ingin menjelaskan kepada Anda mengenai Festival Ogionsa yang saya alami kelmarin.


Sebenarnya saya tidak menyangka pun akan menghadiri Festival itu. Adik dari Malaysia yang saya kenali bernama Ayuk, telah mengajak saya melihat Festival Ogionsa di sekitar pekan Tenmonkan, Jepun.


Ayuk adalah salah seorang adik lelaki yang saya kenali di sini. Dia berasal dari Terengganu dan sudah lebih dua tahun berada di Jepun. Dia sedang belajar di dalam bidang Ijazah Sarjana Sains Biologi di Universiti yang sedang saya lawati.


Ayuklah yang banyak mengajar saya tentang kehidupan orang-orang Jepun dan dia jugalah yang bertanggungjawab menunjukkan kepada saya pelbagai makanan halal yang terdapat di sini.


Tetapi, hakikatnya, saya lebih suka bertandang ke rumahnya untuk menjamu selera. Maklumlah, ianya lebih terjamin halal berbanding saya makan di restoran-restoran sekitar kota ini.


Perlu juga saya beritahu bahawa walaupun si Ayuk ini masih single, tetapi dalam bab-bab memasak, saya harus salute padanya. Sememangnya saya kalah! Heheheeee.


Nasib baik juga dia ada menunjukkan dan mengajarkan kepada saya pelbagai perkara yang ada di Jepun ini. Bukan itu sahaja, dia juga telah mengorbankan banyak masanya untuk membawa saya ke beberapa lokasi-lokasi yang ada, selain mengajarkan budaya orang-orang Jepun di sini.


Terima kasih adikku Ayuk... Sememangnya saya mengasihimu kerana DIA. Kalau kembali ke Malaysia, jangan lupa menziarahi saya. Anggaplah setiap yang kita bincangkan bersama merupakan sesi taaruf yang harus ditempuhi bersama.


Opsss… terlanjur pula saya bercerita pasal si Ayuk yang handsome, lihatlah wajahnya yang seakan-akan orang Jepun sudah jadinya. Heheheeeee






Ayuklah yang telah mengajak saya melihat-lihat Pesta Ogionsa. Sememangnya saya tidak tahu bahawa selain Saya yang diajak oleh si Ayuk, rupa-rupanya Adik Manis yang saya perkenalkan sebelum ini, juga telah diajaknya bersama-sama untuk menemani.







Menurut adikku Ayuk, Adik Manis itu adalah rakan karibnya yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepadanya mengenai tulisan Jepun yang dikenali Kanji, selain bahasa Jepun itu sendiri.


Sememangnya ada beberapa perkara lagi yang telah diberitahunya kepada saya mengenai Adik Manis itu. Biarlah ianya menjadi rahsia, namun saya ingin mengucapkan kepada adikku Ayuk Syabas! dan Tahniah! di atas usaha murnimu itu.


Moga-moga kelak adikku Ayuk akan berjaya melakukannya. Sememangnya itulah tanggungjawab kita sebagai manusia yang bergelar insaniah.




Selain itu, adikku Ayuk jugalah yang telah membantu mengambil pelbagai post-post menarik semasa bergambar di sekitar pesta Ogionsa itu. Dan harus juga diberikan kredit kepada rakanku dari Indonesia yang bernama Taufiq kerana berkongsi foto-foto menarik berkenaan Pesta Ogionsa.


Panorama Ogionsa
















3 Komen:

IxoR@ berkata...

Ixora rasa la...Adik Manis Jepun tu gf Ayuk kot...sangat serasi bersama....

Ixora suka baca catatan macam ni, boleh tengok dan pelajari kebudayaan Negara Luar...

thanks Abg Bent.

setiasahabat berkata...

betul la Ixor@ diorang tu cam sepadan aje....

bila lah dapat g ke sana yea...

Abgbent berkata...

Woit! adikku Ixora yg cute dan sahabatku setiasahabat, cepat betul kalian mentafsirkan hubungan adikku Ayuk itu ya. Didoakan semoga kalian ada rezeki menziarahi negara ini kelak.

Sebenarnya adikku Ayuk dan Adik Manis itu memang rakan karib, tetapi bukanlah pasangan kekasih. Sememangnya adikku Ayuk masih available untuk semua gadis-gadis Malaysia.

Hakikatnya, Adik Manis itu adalah teman seperjuangannya iaitu untuk memahami mengenai ilmu-ilmu Ilahi.

Masih saya ingat ketika kami beristirehat selepas melihat-lihat panorama Pesta Ogionsa di sebuah restoran untuk menjamah makanan, adikku Ayuk bagi pihak Adik Manis itu telah menanyakan persoalan mengenai Orang Islam Berkahwin dengan Empat Wanita?

Itu antara persoalan yang diajukan oleh Adik Manis itu kepada adikku Ayuk yang sememangnya memerlukan penjelasan. Memang saya memberikan penjelasan dari perspektif ilmu yang saya ada. Daku bersyukur pada-Nya kerana penjelasan itu akhirnya difahami oleh Adik Manis itu dengan mengangguk-anggukkan kepalanya.

Adikku Ayuk sememangnya terkadang mencelah semasa saya menjelaskan kepada Adik Manis itu agar dia lebih memahami maksud pejelasan saya. Adikku Ayuk sememangnya mahir berbahasa seperti mereka.

Semoga penjelasan ini adikku Ixora dan setiasahabat dapat memahaminya. OK!

Adikku Ayuk memang berkawan dengan ramai pelajar Antarabangsa yang ada di sini iaitu tidak terhad kepada pelajar Jepun yang ada di sini. Sememangnya Adik Manis itu adalah salah seorang darinya.

Catat Ulasan