Isnin, Jun 15, 2009

Rahsia Warna Cahaya Di Dalam Kehidupan

Rahsia Warna Cahaya di dalam kehidupan, memang itulah yang ingin saya kongsikan. Lumrah hidup di dunia, kita memerlukan cahaya untuk memberikan sinar kehidupan. Cahaya sememangnya merahsiakan pelbagai warna, namun ada dua yang utama yang ingin saya kongsikan dengan Anda iaitu Biru dan Merah.

Di dalam teori ilmu sains, warna Merah dianggap sebagai cahaya yang memancar (gelombang) paling pendek, berbanding warna Biru yang paling panjang. Kedua-dua sinaran warna yang berkilauan ini saya umpamakan sebagai Positif dan Negatif. Kilauan positif dan negatif ini memenuhi lumrah kehidupan yang ada Pro dan Kontranya.

Sama ada Merah atau Biru, bagi diri saya, tidak semestinya pancaran biru lebih baik berbanding yang merah. Pastilah saya berani mengatakan bahawa sama ada pendek atau panjang, kedua-duanya perlu bersinar iaitu bergantung pada waktu dan keadaan.

Tetapi harus juga Anda ketahui bahawa di dalam ilmu warna, yang terletak di tengah-tengah di antara Merah dan Biru ialah warna Kuning. Dan harus juga Anda ketahui bahawa bilamana warna Biru dan Kuning digabungkan menjadi SATU, maka akan tersinarlah kilauan warna HIJAU.

Barangkali ada sesuatu yang harus Anda ketahui mengenai kilauan warna Hijau ini kerana agama Islam sering dilabelkan dengan warna ini.

Selain itu, Anda pasti tahu mengenai TV bukan? Teknologi TV menggunakan sistem warna additif yang menggabungkan tiga warna utama iaitu BIRU, MERAH dan HIJAU.

Ketiga-tiga warna ini digunakan di dalam teknologi TV supaya terpancarlah sensasi warna di paparan skrin TV. Apa yang harus Anda pelajari ialah bilamana warna Biru, Merah dan Hijau bergabung menjadi SATU, maka terpancarlah CAHAYA PUTIH.

Sememangnya ada rahsia yang tersembunyi yang harus Anda selidiki mengenai perkara ini...

3 Komen:

IxoR@ berkata...

Hijau....Hijau....Hijau....

:D

kaixa89 berkata...

biru BN,merah Umno,hijau Pas..erm..xtaw nak ckp..

badri berkata...

tubuh kita dibekalkan dgn lapisan warna2 aura yg pelbagai-lebih2 lagi disekeliling tubuh.temui guru2 yg arif tentang faedah kekuatan warna dlm kehidupan utk kejayaan hidup didunia dan akhirat. urus ia sebelum mengalami zaman kepudaran.tq.

Catat Ulasan