Jumaat, Februari 27, 2009

Ingin Mengecapi Kejayaan Hakiki? bhg akhir

Daripada pelbagai kejayaan yang telah saya utarakan, pastinya di antara kesemua kejayaan itu yang lebih penting dan utama adalah Kejayaan Hakiki. Kejayaan hakiki adalah kejayaan yang tiada tandingannya, sehebat yang menganugerahkannya iaitu sudah pasti DIA-MAHA PENCIPTA.

Kejayaan kecil, kejayaan sedikit besar atau kejayaan yang lebih besar seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, kemungkinannya bukanlah bersifat Kejayaan Hakiki. Ya, mungkinkah kejayaan-kejayaan yang saya telah sebutkan itu akan mengelongsorkan Kita daripada mengecapi Kejayaan Hakiki? Dan sebaliknya pula, andai Kegagalan yang diperolehi, mungkinkah daripada Kegagalan kecil, sedikit besar dan kegagalan besar itu, akan membawa Kita lebih dekat kepada Kejayaan Hakiki?. Siapa tahu…

Semuanya itu hanya DIA yang dapat menjawabnya. Bagi Kita sebagai hamba-Nya, pasti hanya mampu berusaha mengejar-ngejar semua kejayaan yang telah saya sebutkan dengan harapan agar mendekati Kejayaan Hakiki kelak. Ketahuilah bahawa kesemua daripada kejayaan-kejayaan itu andai diniatkan semata-mata kerana-Nya, pasti DIA mengetahuinya dan akan membalasnya dengan balasan yang setimpal. Sesungguhnya DIA sahaja yang adil dan bijaksana di atas segala semua perkara di dunia ini.

Seperti yang Kita maklumi, hidup kita di dunia ini hanyalah sementara sahaja dan di sebalik sementara itu, pasti ada yang tetap. Yang tetap itu adalah di akhirat kelak. Akhirat itu adalah tempat kehidupan yang abadi. Semua yang Kita lakukan sekarang ini adalah untuk bekalan ke akhirat. Oleh itu, jangan lupa untuk membulatkan matlamat agar tempat tinggal di akhirat akan lebih bermakna dan selesa.

Apa yang dapat saya nyatakan ialah Kita hanya mampu berusaha agar semua yang Kita lakukan mendapat keredhaan dari-Nya. Sama ada Kejayaan atau Kegagalan yang kecil, yang sedikit besar atau yang lebih besar yang kita perolehi, sememangnya agar Kita menghampiri Kejayaan Hakiki. Ketahuilah bahawa Kejayaan yang diperolehi kini belum tentu ianya adalah Kejayaan Hakiki dan begitu juga sebaliknya iaitu Kegagalan yang diperolehi, belum tentu ianya bersifat kegagalan Hakiki. Mungkinkah kejayaan atau Kegagalan yang dikecapi itu akan lebih mendekatkan lagi diri Kita kepada-Nya untuk mengecapi Kejayaan Hakiki? Siapa tahu…

Apa yang dapat saya nyatakan ialah Kejayaan Hakiki itu ganjarannya adalah Syurga-Nya. Adakah anugerah yang lebih hebat selain daripada Syurga-Nya? Apatah lagi yang menganugerahkannya adalah DIA-MAHA PENCIPTA.

Dari itu sama-samalah Kita berusaha mengapai Kejayaan atau Kegagalan di sepanjang perjalanan hidup di dunia ini kerana pastinyalah sama ada Kegagalan atau Kejayaan, yang penting DIA mengetahui bahawa yang Kita lakukan ini semua semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dari-Nya jua. Sama ada Kita berjaya mengapai Kejayaan atau Kegagalan, yang penting Kita semakin menghampiri Kejayaan Hakiki itu.

0 Komen:

Catat Ulasan