Isnin, Januari 18, 2010

Bercinta dan Bertemu Jodoh

Salamelekom, wbt duhai adikku yang dikasihi kerana DIA. Izinkanlah abg melontarkan sekilas senyuman  :)  .

Jua buat adik-adikku yang berhasrat ingin mengecapi nikmat bertemu jodoh masing-masing. Baguslah kalau ada matlamat sebegitu. Memang amat penting matlamat sedemikian kerana lumrahnya manusia, memerlukan pasangannya.

Pasangan yang baik, adalah untuk mereka yang baik-baik dan sebaliknya, yang kurang baik akan bertemu pula pasangan yang kurang baik. Seandainya inginkan jodoh yang baik-baik, maka perbaikilah diri, agar bertemu jodoh yang terbaik nanti. Begitulah ingatan NYA kepada manusia yang diciptakan oleh NYA. DIA yang saya kenali Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta Yang Maha Kuasa.


Bertemu jodoh amat penting digariskan sebagai matlamat di dalam kehidupan duniawi. Ini memang saya sokong kerana ianya kelak menjadi benteng azimat diri dan menjadi ubat mujarab menyejukkan hati di dalam memerangi tentera-tentera durjana, yang saya kenali Iblis laknatullah.

Sememangnya mereka yang saya kenali tentera-tentera durjana ini amat suka menghasut naluri keinginan. Keinginan yang sukar dilakarkan kerana amat memalukan kepada yang bergelar Insan. Insan yang diciptakan dari setitis air mani yang seharusnya tidak disia-siakan.

Opsss…. :) saya tidak dapat menghuraikannya lebih-lebih di dalam coretan ini. Nanti tersasar pula matlamat yang diingini. Stop!

Saya sekadar ingin berkongsi supaya kelak ada yang berusaha mencari jodoh sendiri.

Selamat ulang tahun buat adikku Ida. Saja nak ucapkan selamat ulang tahun lebih awal kerana nanti kelambatan sekiranya tidak diselitkan sekarang. Kepada adik donny, moga-moga bertemu jodoh juga nanti, sepertimana saya mendoakan kepada adik-adikku yang lain.

Ketahuilah duhai adikku donny, walaupun keluarga jauh di mata, tetapi yang paling utama, mereka sentiasa tersemat rapi di dalam hati sanubari. Apatah lagi mengiringkan doa setiap hari kepada mereka yang dikasihi dan disayangi. Moga-moga ianya menjadi pendorong untuk adik menggapai kejayaan. Sememangnya hanya empunya diri yang dapat merasai kerinduan sebegini.


Aik! sebelum terlupa berkongsi cerita bertemu jodoh ini, sebenarnya saya ingin memberitahu luahan rasa pasangan kekasih yang bercinta-cinta sebelum mendirikan rumah-tangga. Kebiasannya mereka mengatakan memadu cinta sebelum berumah tangga adalah kerana ingin mengenali hati budi sesama sendiri.

Ya, ker…? :)

Ketahuilah bahawa untuk mengenali seorang manusia bukanlah kerja mudah kerana sifat manusia sentiasa berubah-ubah. Sungguh! Sekejap kasih, sekejap benci, sekejap sayang sekejap terajang. ;)

Memang begitulah sifat manusia, seumpama roda yang adakala di atas dan adakala pula di bawah. Seperti siang berganti malam. Itulah realitinya.

Memang payah nak kenal hati budi manusia. Hatta yang sudah mendirikan bahtera perkahwinan berpuluh tahun usianya pun boleh bercerai-berai kerana sifat mereka yang sedemikian rupa.

Tidak salah jika ingin mengenali pasangan dalam tempoh masa yang ada, tetapi ketahuilah bahawa yang diperolehi kelak hanyalah pura-pura kerana realitinya mereka akan berubah. Dari yang baik menjadi kurang baik atau sebaliknya dari yang jahat menjadi baik.

Tetapi perubahan yang lebih baik adalah menjadi lebih baik dari yang baik. :) Moga-moga begitulah keadaannya diri kita. InsyaAllah.

Untuk mendapatkannya, pastilah memerlukan petunjuk dari NYA kerana hanya DIA sahaja yang mengetahui dan memahami apa yang tersembunyi di dalam hati sanubari. Dengan berbekalkan sinar cahaya NYA, akan tersuluhlah liku-liku perjalanan duniawi yang sering dibayangi oleh bebayang diri sendiri.

9 Komen:

Brahim Nyior berkata...

Semuanya atas ketentuan Allah jua. Yang penting, kita berusaha untuk mencapai maghfirah ALlah s.w.t.

Jangan salahkan takdir jika apa yang dirancang, tak sama dengan ketentuan. Hikmah disebaliknya hanya ALlah yang tau..

Jasnia berkata...

Salam ziarah abangbent...Lama na tak bertandang di sini. Sengaja nak mendidik baby dalam kandungan supaya tak taksub dengan IT... Anyway, menarik topik kali ni. Zaman sekarang ni ramai yang lebih selesa bercinta sebelum kawin. Tak salah...tapi kena la pandai jaga batas2 pergaulan. As for me, lebih baik bercinta selepas kawin.

Guru berkata...

assalammualaikum

sudah resam dunia zaman kini.
tapi, yang baiknya , mohon petunjuk dari Allah

Tanpa Nama berkata...

Salam abgbent..

Salah nama saya tu..Marjan tu nama dalam blog saya..nama samaran..kalau nak tau nama saya, tgk profile saya yang ada tulisan jawi tu.. =)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
chem berkata...

salam, abg bent
chem pernah bercinta lebih dari 5 tahun akhir nye kecewa .. last2 jumpa en hubby tak sampai 3 bulan bercinta kami dah b'tunang, 6 bulan lepas tu kami berkahwin Alhamdulilah kami bahagia sampai skg ne. apa pun kita kembali kpd Allah swt, kan the best way.. huhuhuhu

Abgbent berkata...

Salamelekom, wbt duhai adikku mynameismy yang saya kasihi kerana DIA.

Waduh!
Soalan feqah yang sebegitu sememangnya terlalu lemah untuk saya menjawabnya. Dan soalan-soalan canggini, saya akan enjawabnya dalam bentuk yang sememangnya istimewa. :) Oleh kerana itu, saya telah berusaha terbang ke blog Soal Hati sebentar tadi untuk menjawabnya...

Tetapi hampa, kerana bila mana sampai sahaja di blog Soal Hati, tiba-tiba didapati ianya berkunci :) . Oleh kerana tidak mempunyai kekuncinya, maka jawapan hanya mampu dilayangkan melalui email mythegreat87@yahoo.com sebentar tadi.

Moga-moga bergunalah jawapan istimewa itu. Dan sekiranya ada fatwa yang lebih baik berbanding jawapan yang telah diberikan, maka ambillah yang terbaik sebagai Pedoman Hidup nanti. OK

chem berkata...

salam,
nama hubby kecintaan chem Khairi, tinggi dan hensom orgnye ,,huhuhuhuuh

Catat Ulasan