Jumaat, Mac 20, 2009

Gambar Bogel

Hah! Rupa-rupanya Andalah diantara yang suka mengklik kata nama di atas. Heheheee...

Opsss saya kena bersangka baik. Barangkali Anda sengaja mengklik tajuk itu sebab ingin tahu apa yang saya ceritakan di sini.

Baiklah, coretan saya kali ini akan menyentuh mengenai tajuk di atas itu, tetapi tajuk sebenarnya ialah Gambar Bogel vs Gedung Ilmu.

Mungkin sekarang ini Anda malas nak baca. Opsss… sekali lagi kena bersangka baik bahawa Anda pasti meneruskan membaca coretan ini sebab ingin mengetahui apa yang diceritakan di sini.

Memang ramai yang memandang negatif apabila Anda berusaha melihat gambar-gambar itu di dalam internet ini. Sebab itu saya kena mempositifkan pemikiran saya kali ini. Ya, mungkin juga gambar itu boleh jadi ilmu kepada Anda. Maklumlah konon-konon nak belajar… Opsss.. Saya tak mahu cerita lebih-lebih… Nanti lain pula jadinya.

Sebenarnya saya tetap mengakui bahawa kadang-kala apabila telah melihat gambar-gambar itu, pasti naluri akan membawa ke arah lain. Ya, saya pasti. Apatah lagi Anda belum berumah tangga. Gelora perasaan Anda akan menjadi-jadi.

Oleh itu, di sini saya juga ingin menyatakan bahawa di internet ini juga masih banyak ilmu-ilmu lain yang Anda boleh terokai. Mengapa tak klik sahaja ilmu-ilmu lain itu?

Ooo, baru saya ingat. Jawapannya mudah iaitu sekutu-Nya sentiasa ada di samping Kita. Para iblis dan para syaitan akan berusaha membisikan kepada Kita agar berusaha mencari tajuk di atas itu. Walaupun kadang-kala memerlukan masa yang terlalu panjang. Heheee

Jadi Anda ingin mendengar bisikan mereka-mereka yang saya maksudkan itu? Terpulanglah pada Anda kerana saya pasti mereka itu akan gembira bilamana berjaya membuatkan Anda melakukan apa yang mereka bisikan. Maklumlah dah berjaya membuktikan bahawa Kita yang diciptakan oleh-Nya ini memang terlalu lemah berbanding mereka-mereka itu.

Sekiranya Anda memang nak mereka itu gembira dan berbangga bahawa mereka lagi hebat berbanding Kita, maka seharusnya saya bersedih. Mengapa? kerana coretan saya kali ini tidak berjaya memberitahu kepada Anda mengenai sesuatu tentang-Nya.

Tajuk di atas itu memang banyak terdapat di laman-laman internet ketika ini. Apatah lagi kalau Anda sudah mahir dengan ilmu internet. Terpulang pada Anda sebenarnya. Hakikatnya, inilah dia Dunia Ilmu Tanpa Sempadan.

Ibarat pisau, kalau Anda gunakan untuk membunuh, maka buruklah peranan pisau itu, tetapi andai Anda gunakannya untuk memotong sesuatu yang bermanafaat, pasti pisau itu melaksanakan peranannya yang baik. Begitu jugalah dengan dunia internet ini. Andai Anda gunakannya untuk meneroka ilmu, peranannya telah terlaksana tetapi andai sebaliknya, bukan sahaja internet ini buruk, malah menyia-nyiakan atau merugikan masa yang Anda ada.

Surah Al-Asr (103): Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

3 Komen:

AHMADSUFI6177 berkata...

bravo... mmg bagus apa yang abg post, x dinafikan terjadinya menda2 gitu.. jadi kalo kita tertarik ke arah sana.. apa yg nak buat?? hati akan memberontak kalo x ikutkan nafsu.. jadi, camna nak kawal.. ?

=(

Abgbent berkata...

Tersenyum abg membaca komen adikku AhmadSufi. Ya, memang abg tidak nafikan. Memang abg suka dengan persoalan AhmadSufi. Terima kasih adikku kerana berkongsi soalan itu. Mungkin ada juga manafaatnya kalau adik baca pula artikel ini;

http://abgbent.blogspot.com/2009/03/bersetubuh-senggama.html

Na Shari berkata...

Salam abgbent,
Na bukan nak berlagak baik...tapi Alhamdulillah.Mungkin berkat didikan dari mak abah, Langsung tak terlintas kat fikiran Na ni utk tengok benda2 tak bermanfaat ni...Bagi Na, drpd search bnda yg bukan2...baik cari sumber ilmu utk dikongsikan dgn org lain...

Catat Ulasan