Rabu, Julai 21, 2010

Law of Attraction, Sains dan Agama

Kini, saya lanjutkan kisah mengenai Law of Attraction untuk dikongsi bersama-sama dengan Anda. Ada orang beranggapan bahawa Hukum Penarikan berkuasa membantu untuk menggapai segala cita-cita. Lebih-lebih lagi hasrat untuk memperolehi kekayaan.

Memang ramai orang ingin menjadi kaya raya, kerana dari kekayaan itu akan memunculkan Kekuasaan. Kuasa untuk menarik segala material yang ada di dunia nyata.

Tetapi, ramai juga yang tidak sedar bahawa kekayaan itu bukan sahaja memunculkan kekuasaan, bahkan lain-lain perkara juga akan ditariknya bersama-sama, termasuklah segala dosa, noda dan tidak kurang juga pahala kebaikan.

Pada akhirnya, kekuasaan yang ditarik oleh kekayaan akan berkesudahan pada kematian. Kematian dalam istilah sains biologi dikenali Proses Pereputan. Manakala istilah agama menamakannya Kehidupan Alam Barzakh atau Alam Kubur.

Oopppsss... apa hal pula tiba-tiba saya mencampur adukkan tazkirah di paparan blog Pedoman Hidup hari ini ?. Adakah NUKLEUS saya sudah memancarkan cas positif untuk menarik-narik Elektron yang ada di sekeliling? (*___*)

Sebenarnya sekarang ini saya ingin berkongsi mengenai asas ilmu sains dan kaitannya dengan agama. Moga-moga dapatlah ianya difahami kelak menyerlahkan sedikit pancaran cahaya mengenai Law of Attraction, untuk memotivasikan diri sendiri.

Kalau di dalam pemahaman sains, Kuasa Penarikan digambarkan bermula dengan teori material yang sangat-sangat kecil iaitu dikenali Elemen atau Unsur. Ilmu sains mengenalinya sebagai ATOM.

Dahulu kala, pemahaman manusia mengenai bahan yang ada di dunia menjurus pada empat unsur asas iaitu dikenali Tanah, Api, Air dan Udara. Bahkan ada juga yang mengkategorikannya menjadi lima iaitu termasuk Besi. Sehingga kini, masih ada yang beranggapan asas unsur-unsur di dunia adalah begitu. Air, Api, Besi, Udara dan Tanah.


Namun, saya lebih tertarik menggunakan teori unsur yang dikenali Atom. Atom adalah unsur yang paling terkecil untuk material dan tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Mikroskop berkuasa tinggi yang terkini pun masih belum berupaya menelitinya. Gambaran Atom yang ada ketika ini adalah dihasilkan oleh Saintis dengan menggunakan kuasa minda separa sedar.

Minda separa sedar manusia digunakan untuk mengambarkan Teori Atom supaya penjelasan mengenainya lebih mudah dan dapat diterima oleh sesetengah manusia yang tidak berupaya menggunakan dengan sempurna Akal Separa Sedar mereka.

Gambaran Atom adalah seperti yang ditunjukkan pada foto di bawah. Dinyatakan bahawa setiap Atom mempunyai NUKLEUS dan ELEKTRON. Nukleus pula terbentuk hasil daripada gabungan PROTON dan NEUTRON.

 


Dinyatakan juga bahawa Proton bercas positif dan Elektron bercas negatif. Neutron pula tidak mempunyai sebarang cas, iaitu Neutral.

Lalu, apa kaitan Teori Atom dengan Law of Attraction merujuk Agama?
Sememangnya Hukum Penarikan bermula dari penjelasan Atom iaitu Proton akan menarik Elektron untuk membentuk identiti Atom.

Identiti Atom adalah bersandarkan kandungan Proton, Elektron dan Neutron pada sesuatu Atom.

Sengaja saya menyatakan asas ilmu sains ini kepada Anda kerana saya beranggapan tubuh badan manusia bersandarkan Agama, juga ada tafsirannya. Minda separa sedar saya melakarkan paparannya seperti berikut;

Nukleus adalah bersamaan Akal manusia dan Elektron pula merujuk Keimanan yang ada pada manusia. Lalu, Proton dan Neutron adalah gambaran mengenai Hati yang dimiliki. Kesemuanya akan menyerlahkan identiti Atom iaitu Akhlak yang menyelubungi diri manusia.

Nukleus = Akal
Elektron = e-man (Keimanan)
Proton & Neutron = Hati Sanubari
Atom = Akhlak


Pertanyaan lanjut kepada Anda yang saya kasihi kerana DIA ialah, bagaimanakah keadaan Akal yang dipunyai? Mungkinkah bercas Positif (Proton) atau barangkali tidak ada sebarang cas (Neutron) untuk menarik Elektron (e-man) agar paparan Hati Sanubari kelak menyerlahkan identiti Akhlak (Atom) yang dimiliki.

Ketahuilah bahawa gambaran diri kita adalah bersandarkan keupayaan Akal yang ada, Keimanan yang melengkapi Hati Sanubari, agar identiti diri, Akhlak (Atom) berupaya melakukan Law of Attraction di dunia nyata melalui bantuan Ilahi.

Ilahi adalah Tuhan Maha Pencipta yang memiliki segala-gala keajaiban duniawi yang melangkaui Law of Attraction dan juga Law of Rejection. DIA, Tuhan Maha Berkuasa di atas segala-galanya, Tuhan Maha ESA, Allah SWT.

"Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;” [Surah At-Tagabun 64: 4]


Akan saya sambung penjelasan selanjutnya...







Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Julai 16, 2010

Merasai Law of Attraction

Ada orang amat suka dengan teori Law of Attraction kerana dipercayai ianya menyembunyikan kekuatan tersendiri semasa mengharungi kehidupan duniawi ini. Memang saya tidak menyangkal kepercayaan sebegitu kerana di dalam ilmu sains, hukum ini amat bermanafaat dan sehingga kini ianya telah berkembang untuk kebaikan umat manusia.

Sengaja saya menconteng cerita ini dan bergurau-gurau di sini kerana saya ingin memberitahu sesuatu kepada adikku yang betul-betul berminat ingin mengetahui mengenai Hukum Penarikan.

Lalu, senyuman ini saya paparkan untuknya (*___*).

Mudah-mudahan dia akan berupaya mengungkap rahsia sebenar Hukum Penarikan yang dimaksudkannya di dalam rahsia kerahsiaan alam, The Secret.

Disebalik Hukum Penarikan begitu, saya juga menyakini dan telah memberitahu kepada adikku bahawa selain Hukum Penarikan itu, kehidupan di dunia akan ada Hukum Penolakan, iaitu saya istilahkan Law of Rejection, barangkali boleh juga digunakan istilah Law of Repulsion.

Dan satu lagi yang mesti diketahui olehnya ialah andaian di dalam asas pemahaman Hukum Penarikan ialah sesuatu itu akan menarik di antara satu sama lain apabila mempunyai perbezaan.

Seumpama proton yang menarik elektron di dalam asas elemen yang dikenali atom. Proton diungkapkan bercas positif, manakala elektron adalah bercas negatif.

Pemahaman Hukum Penarikan di dalam ilmu sains mengatakan bahawa positif dan negatif pasti akan bertarikan antara satu sama lain.

Mungkin adikku juga perlu tahu rahsia kerahsiaan, The Secret yang terkandung di sebalik manusia yang bergelar Lelaki dan Wanita?.

Lelaki dan wanita memang berbeza.

Lalu, cepat-cepatlah mengecapi bahtera perkahwinan seandainya ingin merasai Law of Attraction. Adikku yang lelaki cepat-cepatlah menarik yang wanita atau wanita juga boleh menarik lelaki supaya Hukum Penarikan kelak dikecapi di dunia ini.

Sekali lagi senyuman ini saya paparkan buat adik-adikku yang berminat mengetahui Hukum Penarikan... (*____*)





Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Julai 08, 2010

Pengalamanku Bertemu Jodoh... bhg ? Edisi Khas (*____*)

Wah! Dah lama saya tidak menyambung kisah mengenai tajuk di atas. Maklumlah, banyak sungguh cerita yang saya kongsikan dengan Anda sebelum ini sehingga terlupa melanjutkan kisah berkenaan diriku bertemu jodoh.

Kalau sebelum ini aku kisahkan kepada Anda bagaimana beberapa gadis atau wanita cuba memikat diriku, tetapi kali ini aku ingin bercerita berkenaan cara-cara aku mengorat gadis dengan harapan mereka akan menjadi suri di dalam hatiku.

Sebenarnya aku memulakan usaha mengorat gadis setelah aku mengerti bahawa aku mesti berkahwin segera memandangkan usiaku semakin lanjut ketika itu.

Ada tiga gadis yang hampir-hampir aku kahwini. Bukanlah berkahwin sekali gus dengan ketiga-tiganya serentak, OK... tetapi kerana tidak berjaya dengan yang satu, aku mencuba pula yang berikutnya, sehinggalah aku bertemu dengan Isteriku Yang Tercinta.

Kisah ini aku ceritakan kepada Anda dengan harapan Anda akan mengerti dan mempunyai keyakinan untuk melakukannya. Manalah tahu... bukan? (*___*)

Sengaja saya mengkisahkannya di sini kerana ingin berkongsi dengan Anda. Anda sememangnya saya kasihi kerana DIA. Terima kasih jua kerana terus sudi berziarah ke sini. Ketahuilah bahawa tanpa rahmat NYA, siapalah saya untuk terus berbual-bual dengan Anda. Anggaplah usaha sebegini adalah jalinan ukhuwah agar kita bersatu hati. InsyaAllah.

Sejujurnya aku memberitahu di sini bahawa aku bersua dan bertemu dengan Isteriku Yang Tercinta sekali pandang sahaja. Lalu terus bernikah. Akan aku kisahkannya kepada Anda kerana aku ingin berkongsi mengenainya memandangkan kekuasaan dan keajaiban NYA ada terselit di dalam kisah ini.

Bayangkanlah, dengan tiga gadis yang hampir-hampir aku jadikan suri di dalam hidupku, tetapi kerana mereka bertiga bukanlah jodohku, akhirnya Isteriku Yang Tercinta pula yang aku kahwini. Inilah yang dinamakan Jodoh. Sememangnya Jodoh adalah hak mutlak ketentuan-NYA.

DIA sememangnya maha berkuasa, tiada yang dapat menandingi kekuasaan yang ada pada NYA. DIA lah Tuhan Penguasa alam semesta, Allah SWT. Maha Suci Allah dari segala perbandingan yang zahir pada pandangan mata.

Allahuakhbar!

Perlu juga saya beritahu kepada Anda bahawa saya amat bersyukur di atas kurniaan-NYA, iaitu apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan ini, saya perlu yakini bahawa ianya adalah semata-mata merupakan ujian-ujian dunia yang harus dilalui.

Kepada-NYA jua saya memohon keampunan di atas segala kealpaan dan kesilapan dari tafsiran yang saya lakukan mengenai kerja-kerja di dalam kehidupan duniawi.

Sesungguhnya, diriku terlalu kerdil di dalam mengenali erti kesemua paparan yang ada semasa kehidupan duniawi ini. Apatah lagi untuk mengetahui segala-gala perkara yang tersembunyi. Memang saya tidak termampu andai belas ehsan dari NYA tiada mengiringkan cahaya NYA di sepanjang perjalanan kehidupan ini. Sungguh!, saya akan buta pandangan tanpa cahaya NYA. Itulah ungkapan mudah yang saya dapat luahkan kepada Anda.

Setinggi-tinggi kesyukuran diiringi ungkapan Alhamdulillah... kerana kini aku dikurniakan seorang wanita yang penuh dengan kasih-sayang yang dicurahkan kepadaku dan terlalu sukar untuk aku menyatakannya kepada Anda. Sememangnya dialah wanita yang aku kasihi dan sayangi, dialah Isteriku Yang Tercinta.

(*____*) Abgbent

(Akan disambung dalam masa terdekat ini...)



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Julai 05, 2010

Kepada MU... Saya Berserah

Salamelekom, wbt

Apa khabar Anda hari ini? Saya mendoakan semoga Anda sihat sejahtera hendaknya. Sentiasa berada di bawah lindungan NYA, begitu jugalah diri saya sekeluarga. InsyaAllah.

Hari ini saya terdorong memberitahu kepada Anda satu pengalaman yang baru sebentar tadi saya lalui. Terburu-buru pula saya ingin mengongsikannya dengan Anda.

Tapi sebelum itu, izinkanlah senyuman ini saya lontarkan buat Anda seketika.

(*____*)

Senyuman yang saya namakannya sebagai Senyuman Ukhuwah buat Anda, saudara yang saya kasihi kerana DIA.

Saya sebenarnya terdorong memberitahu perkara ini kepada Anda kerana saya baru sahaja merasai dan mengalaminya, sebentar tadi.

Sungguh! Ianya terasa luar biasa seketika. Itupun kalau Anda ingin mencubanya. Rasailah sendiri apa yang sedang saya perkatakan ini.

Selepas melakukannya sebentar tadi, saya tergamam dan terkelu seketika. Sebab itu saya terdorong memberitahunya kepada Anda walaupun realitinya kerja saya masih lagi banyak yang harus diselesaikan segera sekarang ini.

Sekali lagi senyuman ukhuwah saya paparkan buat Anda seketika ini. (*____*)

Pengalaman yang saya rasai sebentar tadi memang luar biasa keadaanya. Kalau Anda pernah melaluinya, Barangkali ada sesuatu yang perlu kita kongsi dan seterusnya selongkar bersama-sama mengenainya. Barangkali inilah juga salah satu daripada kekuasaan yang ada di dalam minda yang harus diketahui oleh kita bersama.

Perkara yang ingin saya beritahu kepada Anda ialah;

"Cuba renungi foto yang saya berikan di bawah ini seketika. Lihat tepat ke arah tiga titik hitam yang terdapat pada foto yang saya berikan di bawah. Biarkan mata Anda melihat tiga titik hitam itu dalam masa 10 saat.

Selepas itu, cuba alihkan pandangan Anda ke arah dinding pula. Pasti minda Anda melakarkan sesuatu yang harus Anda tafsiri sendiri mengenainya.

Cubalah... kalau Anda ingin merasai apa yang telah saya alami sebentar tadi."

Sekali lagi senyuman ukhuwah ini saya paparkan untuk Anda, seketika (*____*)







Baca selanjutnya, Klik di sini...