Ahad, Julai 26, 2009

Sushimi Jepun Akhirnya diJamah

Coretan kali ini saya khususkan buat adikku CikAmy yang saya kasihi kerana DIA. Moga-moga akan mengertilah mengenainya.

Beberapa hari lalu saya telah pergi ke Nagashima selama tiga hari bersama seorang Professor untuk melihat-lihat penyelidikan yang sedang dilakukannya. Memang saya teruja bila diajak oleh Professor itu ke sana. Apatah lagi dialah yang mengeluarkan perbelanjaan semasa berada di sana, di Nagashima selama tiga hari.

Di situlah pertama kali saya menjamah sushimi sebenarnya. Kalau ikutkan hati, memang saya tidak mahu memakannya, tetapi dek menghormati Professor itu, saya kuatkan jiwa untuk menjamahnya.

Mulanya memang saya merasa geli melihatnya. Cuba lihat foto yang saya tunjukkan di sebelah. Bayangkanlah perasaan saya yang tidak pernah memakan makanan mentah seperti itu. Pasti terasa ada juga gelinya.

Sejujurnya saya mengatakan, menggeletar juga chopstick yang saya pegang ketika mengambil hirisan ikan mentah itu.

Namun, selepas menjamahnya, saya boleh mengatakan ianya memang sedap rasanya. Patutlah masyarakat Jepun menyukainya. Apatah lagi Professor itu mengajar saya mengenai Shoba-Shoba iaitu ikan mentah itu dicelup ke dalam teh panas yang dihidangkan bersama-sama sushimi.

Perlu juga saya beritahu kepada adikku CikAmy bahawa sushimi itu perlu dicecah ke dalam sos kicap yang saya tunjukkan di bawah. Nampak tak tompokan hijau pada sos itu? Ianya dikenali wasabi iaitu seolah-olah cili pada masyarakt Jepun di sini. Itulah cili yang mereka gunakan.

Suatu ketika, adikku Ayuk telah menyuruh saya memakan wasabi itu secara terus di salah sebuah restoran di Kagoshima. Mulanya memang saya tidak tahu, tetapi selepas merasainya, barulah mereka terbahak-bahak mengetawakan saya.

Rupa-rupanya sengaja mereka mengenakan saya. Nak tahu rasanya wasabi itu bila dimakan secara terus? Heheheee....

Memang bercampur baur perasaan yang akan dirasai. Tak per... mereka mengenakan saya. At least itulah memori yang diberikan oleh mereka kepada saya. Merasai wasabi secara terus.

Berbalik kepada cerita memakan sushimi itu, selesai sahaja kami jamah, akhirnya inilah pula makanan yang dihidangkan.


Dari segi menghias makanan, pasti saya salute mereka kerana memang cantik kelihatannya makanan yang dihidangkan. Cuba lihat pula yang ini;


Semasa berada di Nagashima, setiap hari sushimi itulah yang saya jamah. Lima kali saya merasainya. Semasa sarapan pagi dan makan tengahari. Semuanya berlaku semasa berada di Nagashima bersama Professor yang saya hormati.

Inilah restoran yang saya kunjungi bersama Professor itu semasa berada di Nagashima. Nagashima adalah sebuah pekan nelayan sebenarnya.



6 Komen:

IxoR@ berkata...

Abgbent...

Kedai sushi tu halalkah?

Ixora memang suka makan SUSHI. Kat sini pun tercari-cari sushi yg sedap...wasabi tu, dia pedas..panas di dalam...aduhai, kesiannya Abgbent. Nway, itu kenangan....

Kirim sushi satu.... :D

Cik Amy Sensei berkata...

salam abgbent..

waahhh...camtu erk rupe sushi tu...nampak loya jekk..hehe..tahan lak abg dok makan ekk..kalo sy memang tak bleh masuk ni..adoooyaiii...

p/s: terima kasih kerana wat entry tentang sushi ini yee... ^__^

alang berkata...

hehe. Fist time rasa wasabi tu, melilau cari air sejuk. hehe

prettyrain berkata...

sushi sedap! suka! lagi-lagi klau dpt unagi dgn ebi. hehe.
masa kt korea aritu, itu jugak menu yg diblanja oleh org sana

JuLia d BuBbLes berkata...

japanese food. yummyyyyyyy!!!!!!!

Ramli Johor berkata...

bagus

Catat Ulasan