Ahad, Mei 17, 2009

Mengapa Lelaki pula yang dipersalahkan? - Poligami

Hari ini diriku terlalu banyak ketawa. Pastilah kerana gembira. InsyaAllah, akan dikongsikan dengan Anda, apa sebenarnya yang terjadi. Sesungguhnya saya tidak alpa dan lupa kerana diberikan kegembiraan sedemikian rupa. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada NYA jua...

Sebenarnya saya tidak tertarik berkongsi cerita mengenai mengapa diriku gembira, tetapi saya ingin berkongsi dengan Anda mengenai satu perkara berkaitan poligami yang telah menarik perhatianku.

Seorang Professor yang mahir di dalam bidang kejuruteraan kimia telah melontarkan idea mengenai poligami. Dan ideanya itu dilontarkan semasa kami berbual-bual di KL Convention Centre petang semalam sementara menunggu Majlis Makan Malam pada pukul 7.30 pm.

Sebenarnya kami memulakan perbualan sekitar pukul 4.00 pm lagi, pastilah bercerita mengenai ilmu-ilmu sains dan bersangkut paut juga dengan kehidupan ini.

Satu topik yang telah menarik perhatianku ialah pandangan Professor itu mengenai poligami. Memang saya teruja mendengarnya. Sebab itu saya telah berusaha melakarkannya kembali untuk dikongsikan dengan Anda. Moga-moga adalah pengertian mengenainya.

Yalah, masing-masing di antara kita ada pandangan tersendiri, sebab itu pandangan professor yang agak berlainan ini saya lakarkan kembali di sini agar Anda memahami Hati Seorang Lelaki.

Pastilah Hati sepertimana yang dimiliki oleh Professor Kejuruteraan Kimia, yang telah melontarkan pandangannya kepada saya. Sekadar berkongsi dengan Anda, Professor Kejuruteraan Kimia ini pernah memiliki pengiktirafan sebagai Suami, Ayah dan Duda di dalam kehidupan ini.

Menurutnya, di dalam hal berpoligami, lelaki telah menjadi mangsa keadaan. Lumrah di dalam kehidupan ini, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan dan sentiasa menanggung risiko untuk dipersalahkan oleh para wanita. Heheheeee

Lelaki sebenarnya tidak bersalah di dalam hal berpoligami kerana hal itu ditimbulkan oleh wanita sendiri. Mengapa? Kerana sudah lumrah kehidupan seorang wanita, mereka ingin menarik perhatian lelaki.

Di dalam hal berpoligami misalnya, ianya terjadi disebabkan wanita inginkan curahan kasih sayang seorang lelaki. Tetapi Anda juga harus ketahui bahawa wanita jugalah yang menjadi penyebab terhalangnya lelaki mencurahkan kasih sayang kepada wanita.

Tak Faham? Mari saya lanjutkan coretan ini agar Anda memahami apa yang dijelaskan oleh Professor Kejuruteraan Kimia itu kepada saya semasa berbual-bual dengannya.

Di dalam hal berpoligami ini, seorang lelaki terhimpit dan berada di dalam keadaan dilemma, untuk menyelesaikannya.

Memang itulah lumrah kehidupan seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan menyelesaikan masalah-masalah kehidupan. Apatah lagi yang bersangkut paut dengan wanita. Barangkali itulah juga rahsia mengapa lelaki dipilih menjadi khalifah, dan bukannya wanita. Heheheee

“Seorang wanita memang menghendaki kasih sayang seorang lelaki. Tetapi wanita jugalah yang menghalang lelaki mencurahkan kasih sayang kepada wanita”.

Lucu juga bila professor kejuruteraan kimia itu melontarkan pandangan seperti di atas, kerana pada saya, memang ada kebenarannya. Memang idea itu telah mendorong dan memaksa diriku berfikir-fikir mengenainya, dan akhirnya berkongsi di sini, dengan Anda.

Di satu pihak, wanita ingin dicurahkan kasih sayang lelaki, manakala di satu pihak pula, wanita menghalang lelaki mencurahkan kasih sayang kepada wanita, iaitu tidak mahu dimadu.

Dalam erti kata lain, wanitalah sebenarnya yang menjadi penyebab masalah poligami yang berlaku di dalam kehidupan ini. Yang menjadi mangsa, pastilah lelaki kerana telah dijerumuskan ke dalam masalah dilemma.

Biasalahkan... lelaki memang rasional sifatnya. Sentiasa bertolak ansur, apatah lagi di dalam hal-hal mencurahkan kasih sayang. Ditambah pula pujuk rayu wanita, pasti cairlah hati lelaki. Heheeheeee...

Kalau nak tahu pandanganku, memang aku ingin setia pada yang satu iaitu pastilah Isteriku Yang Tercinta. Memang itu harapan diriku, dan moga-moga harapan yang menjadi doaku ini akan dimakbulkan-NYA. Sesungguhnya, Isteriku Yang Tercinta itu amat aku kasihi dan sayangi.

Opss... Professor itu terus mencelah. Itu adalah harapan seorang lelaki, tetapi harus diingat bahawa akan ada pula wanita yang berusaha menagih kasih sayang seperti mana yang dicurahkan kepada Isteri Tercinta Itu.

Saya menjadi keliru...

Professor Kejuruteraan Kimia itu terus menjelaskan pandangannya bahawa lelaki memang ingin setia pada wanita, namun disebabkan adanya wanita lain yang berusaha mencari-cari kasih sayang dari seorang lelaki menyebabkan lelaki terpaksa membahagi kasih sayang yang ada.

Itu dilakukan dengan harapan untuk menyelesaikan masalah wanita yang ingin dikasihi dan disayangi. Sebab itu lelaki terpaksa menuruti. Kenapa begitu, kerana itulah lumrahnya seorang lelaki. Sentiasa mengalah dan menjadi penyelesai masalah.

Namun demikian, walaupun lelaki cuba berusaha menyelesaikan masalah wanita yang ingin dikasihi dan disayangi, timbul pula masalah lain iaitu wanita juga yang menghalang lelaki melakukannya. Konon-konon tidak mahu berbahagi kasih dan sayang yang dicurahkan oleh lelaki. Dalam erti kata lain, tidak mahu dimadu.

Ini mengakibatkan seorang lelaki tersepit, dalam satu hal, nak menyelesaikan masalah wanita yang inginkan kasih sayang seorang lelaki, tetapi dalam satu hal, kena pula bertolak ansur kepada yang menentangnya. Nak berlaku adil di dalam hal ini? Pastilah agak susah kerana lelaki hanyalah insan biasa yang penuh dengan kelemahannya, bukannya Malaikat ok...

Yang nak dikasihi, wanita dan yang menghalang perasaan mengasihi, juga adalah wanita. Heheheeee

Entahlah... bagi diriku, pastilah ingin setia pada yang satu iaitu Isteriku Yang Tercinta, InsyaAllah...

Harap-harap tiadalah pula wanita yang cuba berusaha menagih kasih sayang yang tercurah ke atas Isteriku Yang Tercinta Itu...

8 Komen:

mama Tiara berkata...

hmmm..logik juga kan

ღ lyne ღ berkata...

even if salah perempuan pon yang sampai nyebabkan lelaki cari yang laen, lelaki patot try to be empathy.. cuba bayangkan apa perempuan rasa. ** mmg lah poligami itu halal but tak salahkan pk betul2 n dlm2 b4 react~

Na Shari berkata...

Na tak berani nak komen lebih2 la abgbent...isu ni sensitif sikit...Tapi hujah abgbent tu boleh diterima akal...

alang berkata...

haha. Kontrversi wooo artikel ni.hehe.Baca komen2 kat atas ni pun dah tau dah. :) Actuly, starting baca , ingatkan abg bent yg nak poligami, rupanya prof tu eh.hehe. Entah la abg bent. Setiap benda pasti ada baik dan buruk nya. Mcm kita makan ubat doktor. Setiap ubat pasti ada effectnya kan.hehe.

Emad berkata...

Yang penting nawaitu. Disamping mempunyai hujjah yang kuat untuk berpoligami. Berkeupayaan zahir dan batin. Tidak mendatangkan akibat yang lebih buruk eg. kesengsaraan kepada pihak2 tertentu. Boleh berlaku adil. Jangan sampai kebahagiaan yang dicari, kemurkaan Allah yang kita perolehi.......

adol berkata...

namun dalam islam x larang berpoligami jika cukup syart. maka perempuan x ada hak nak halang lelaki nak berpoligami jika betul laki tu berkemampuan, perempuan juga akan dapat kebaikan jika membenarkan lelaki berpoligami, bg lelaki kalu nak berpoligami tu pun ikut la syart2 yg di tetapkan bukan ikut nafsu semata2..

Cik Zahora berkata...

he. nak kongsi nie.. ada la sorang lelaki yang hebat dalam berkata2 telah menyatakan kepada sy.. love is sharing..
haha. tapi. depnds gk la. ngee. isu snsitf klu nk dbncgkn dgn pjg lebar.. hee

Abgbent berkata...

Saja mengambil kesempatan waktu ini untuk melakarkan kembali komentar balas buat saudara-saudaraku yang dikasihi,

MamaTiara, Lyne, Na Shari, alang, Emad, dan adol, sama-samalah kita ambil pandangan Professor itu. Memang kita ada pilihan masing-masing dan buatlah pilihan terbaik untuk diri kita, pastilah bukan untuk orang lain. Setiap kita masing-masing ada cabaran hidup yang tersendiri. Moga-moga kita semua akan mendapat manafaat darinya. didoakan jua agar kita sentiasa mendapat bimbingan NYA setiap masa dan ketika. Amin.

Cik Zahora dah abis examkah? Belajar bebetul dan moga mendapat keputusan yang terbaik nanti.

Catat Ulasan