Rabu, September 09, 2009

Penghargaan Buat Saudaraku

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya ingin memberitahu kepada Anda bahawa saya ingin memberikan sedikit penghargaan berbentuk cenderahati kepada Pembaca blog Pedoman Hidup yang setia.

Selain itu, cenderahati ini juga sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Anda yang sentiasa mengklik iklan nuffnang iaitu sempena pendapatan pertama yang telah diperolehi daripada Nuffnang Sdn Bhd pada bulan lalu.

Sejujurnya saya juga ingin memberitahu bahawa saya tidak dapat menghulurkan kepada Anda secara keseluruhannya. Maklumlah, bajet untuk membeli cenderahati semasa berada di Jepun ketika itu tidak mencukupi. Mana lagi nak membeli untuk famili dan rakan-rakan... Memang bajet terlalu terhad ketika itu.

Oleh sebab itu, hanya lima cenderahati sahaja yang sempat saya sediakan untuk Anda, yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

InsyaAllah, kalau rezeki bertambah, akan saya tambah pula bilangan cenderahati untuk diberikan kepada Anda, Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Setelah berfikir, maka kriteria yang saya gunakan untuk memilih lima sahaja pembaca bertuah blog Pedoman Hidup ialah kepada saudaraku yang paling banyak memberikan Komentar di dalam Blog Pedoman Hidup.

Mereka yang saya pilih ialah adik-adikku bernama, Zaim yang Macho, Na Shari yang berseri-seri, Ixora yang Cun, Pretty yang memang masih pretty dan CikAmy yang Ayu.

Terima kasih buat adik-adik yang saya pilih. InsyaAllah, ada rezeki nanti, akan saya berikan pula. Kepada saudara-saudaraku yang tidak terpilih, maafkanlah saya kerana sememangnya terlalu sukar untuk saya membuat pilihan di dalam hal-hal begini.

Namun, Anda perlu tahu bahawa untuk melaksanakannya, saya perlu membuat pilihan ini. Moga-moga ada rezeki di lain kali, mana tahu, Anda pula yang terpilih, InsyaAllah.

6 Komen:

alang berkata...

ehem. Thank abg. apasal ada perkataan macho, malu le plak.hehe. Btw rasanya abg kut paling macho. N romantik plak tu klau dengan wife. :D

IxoR@ berkata...

Salam AbgBent....

Terima kasih....gembiranya rasa hati...

p/s: telah ku email di alamat email gmail abg.

Na Shari berkata...

Salam abgbent...

Terharunya bila ada yang sudi menghargai kita...Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki buat abgbent sekeluarga :)

prettyrain berkata...

salam abgbent,
sungguh tharu bila saya turut terpilih untuk terima cenderahati tu.
Dan saya tklah begitu pretty lagi..

;)

Abgbent berkata...

Buat adikku yang tetap Pretty,

Kecantikan luaran yang merujuk kepada kecantikan wajah seseorang, sifatnya adalah subjektif pada setiap insan. Namun, yang paling penting ialah kecantikan dalaman yang akan menyerlahkan kecantikan keseluruhan yang dimiliki oleh seseorang insan.

Sebab itu, peliharalah kecantikan dalaman, kelak akan menyinarkan pelbagai gemerlapan cahaya kecantikan.

Umpama istilah, Don't judge the book by its cover!.

Abg pun tak handsome, tetapi akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghandsomekan dalaman diri. Heheheee

Cik Amy Sensei berkata...

salam abg bent...

terima kasih kerana berjaya juga menyenaraikan nama saya dalam list penerima penghargaan ituu...sangat soookkaaaa ooo

Catat Ulasan