Ahad, Mei 24, 2009

Pengalamanku Bertemu Jodoh .. bhg 14 (Isteri Orang yang Curang)

Seperti yang telah diceritakan sebelum ini kepada Anda bahawa Isteri orang yang curang itu tidak berputus asa berusaha memaksa diriku agar meneruskan perbuatan berbual-bual melalui telefon dengannya. Pastilah semasa suaminya tiada di rumah.

Walaupun aku berusaha mengelak, tetapi hakikatnya diriku kadang kala tertewas jua dan terpaksa melayan panggilan telefonnya. Maklumlah, hati seorang lelaki yang mudah bersimpati.

Sebenarnya pada malam isteri orang yang curang itu menangis dengan penuh syahdu selepas aku memberitahu kepadanya agar dihentikan sahaja perbuatannya yang selalu mendail telefonku ketika malam hari, rupa-rupanya pada malam kejadian itu suaminya telah perasaan akannya. Itupun aku ketahui selepas berbual-bual dengan suaminya. Akan aku ceritakan kepada Anda nanti.

Memanglah sebelum aku berkesempatan berjumpa suami wanita yang aku maksudkan itu, pastilah diriku menerima pelbagai ugutan dan cacian. Namun, itu semua tidak mematahkan semangatku untuk berterus-terang dan berjumpa dengan lelaki yang bergelar suami kepada isteri orang yang curang itu.

Memang aku tekadkan di dalam diri untuk menyelesaikan cabaran itu dengan harapan setidak-tidaknya DIA mengetahui bahawa aku juga berusaha menghapuskan dosa-dosa yang aku tidak sengaja melakukannya.

Ceritanya bermula bilamana aku mendapat panggilan telefon dari seorang lelaki yang aku memang tidak kenali. Mulanya lelaki itu bertanya siapakah gerangan diriku?. Hah! Pastilah aku terkejut dan keliru kerana orang yang membuat pangggilan ke telefonku ketika itu bertanya siapakah aku? Mana mungkin dia menelefonku andai dia tidak mengetahui siapakah aku?

Sudah menjadi tabiat diriku untuk tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum orang yang memanggil itu memperkenalkan dirinya kepadaku. Rupa-rupanya reaksiku itu dibalas dengan kata-kata yang penuh dengan ugutan, cacian dan kejian. Bertambahlah diriku keliru dan mulalah mempermain-mainkan pemanggil itu. Ingatkan pemanggil itu adalah di kalangan rakan-rakanku yang suka mengenakan aku.

Mulanya memanglah aku tidak mengerti, mengapa orang yang memanggilku itu bertindak terlalu emosi sehingga menyebabkan aku juga turut beremosi. Tetapi selepas mengamati semua yang dilontarkannya barulah aku memahami bahawa diriku sebenarnya sedang mendengar muntahan perasaan dari seorang lelaki yang bergelar suami kepada isteri orang yang curang itu.


(Coretan ini akan aku lanjutkan nanti)

3 Komen:

I am ME berkata...

dah sampai klimaksss.. cepat2 sambung~!!

Na Shari berkata...

dah makin menarik cerita ni...

Abgbent berkata...

Saja mengambil kesempatan waktu ini untuk melakarkan kembali komentar balas buat saudara-saudaraku yang dikasihi,

Adikku I am ME dan Na Shari, memang hati ini hendak menghabiskan sahaja coretan itu, tetapi entah mengapa, ada saja perkara-perkara yang ingin didahulukan untuk diselesaikan, ditambah pula lakaran peristiwa itu sering kali jadi samar-samar sahaja menyebabkan sukar untuk diri ini mengakhirkannya. ermmm....

Catat Ulasan