Selasa, Ogos 25, 2009

Manusia - Sombong dan Bongkak ?

Siapalah saya yang boleh menentukan keimanan seseorang yang bergelar manusia?


Keimanan ini letaknya di dalam hati seseorang dan diselaputi oleh kepercayaan yang jitu mengenai kekuasaan TUHAN.


Oleh sebab itu, saya tetap menyakini bahawa Tiada Siapa pun yang layak menghakimi keimanan seseorang insan yang bergelar manusia selain empunya diri sendiri yang mengetahuinya. Apatah lagi bertindak seolah-olah mengetahui bahawa hanya manusia tertentu sahaja yang akan layak memasuki Syurga-NYA kelak.


Walaupun dianya berpangkat seperti ulama besar atau Tok Guru mana-mana anutan pun, bilamana menyentuh soal keimanan kepada TUHAN, sememangnya manusia tidak layak menghakimi keimanan yang dimiliki oleh insan-insan lain.


Ingatlah bagaimana Iblis yang mulanya mentaati Allah tetapi disebabkan kebongkakan dan kesombangannya sendiri, akhirnya iblis telah dilaknat oleh Allah.


Memanglah saya dan Anda boleh berkata mengenai pelbagai hukum-hakam yang terkandung di dalam mana-mana anutan setiap agama, tetapi ketahuilah bahawa untuk mengatakan saya atau hanya Anda yang akan layak memasuki syurga-NYA nan abadi, sememangnya ini adalah serpihan daripada sifat Iblis iaitu Sombong dan Bongkak.


Saya tetap meyakini bahawa hanya DIA yang mengetahui sama ada saya atau Anda akan layak menduduki Syurga NYA nan abadi. DIA yang saya maksudkan pastilah Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya hanya DIA yang layak menentukan manusia yang mana satu akan menduduki Syurga-NYA.


Siapalah kita yang berhasrat berperanan seperti Allah Yang Maha Esa? Apatah lagi menghakimi sesama manusia seolah-olah memiliki sebahagian daripada kekuasaan-NYA untuk menentukan si fulan dan si fulan itu akan memasuki Syurga-NYA...


Lainlah kalau Anda itu sudah menjadi Rasul suruhan Allah yang Maha Esa. Pasti saya akan menyakininya.


Anda masih boleh mengatakan pelbagai hukum-hakam yang terkandung di dalam mana-mana anutan, tetapi Anda sebenarnya belum layak untuk menentukan bahawa hukum-hakam yang Anda berikan itu adalah yang sebenar-benarnya betul dan menjadi kata pemutus.


Anda masih boleh menyatakan kepada seseorang tentang hukum-hakam yang Anda percayai, tetapi fahami jua keadaan dan situasi. Masih segar pesanan seorang sahabat kepada saya mengenai Imam Syafi'iy yang menutup kitabnya yang masyhur iaitu Al-Umm dengan mengatakan bahawa andai ada yang lebih baik daripada yang dinyatakannya, maka ambillah yang lebih baik itu sebagai pegangan. Itulah yang dinamakan sebagai keterbukaan.


Sesungguhnya, hanya DIA yang mengetahui segala-gala perkara sama ada yang terserlah atau tersembunyi. Mengapa? Kerana itulah namanya keajaiban NYA yang menjadi Hak Mutlak Bagi NYA jua.




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Terima Kasih Nuffnang Sdn Bhd dan Anda Yang Dikasihi Kerana DIA

Alhamdulillah, segala puji-pujian selayaknya hanya untuk-Nya yang Maha Esa. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan jua kehadrat-Nya kerana akhirnya dapat juga blog Pedoman Hidup diupdate entrinya hari ini.

Maaflah kerana beberapa hari saya telah terlepas mengisikan entri terbaru ke dalam blog ini. Sememangnya, terlalu banyak yang ingin dikongsikan dengan Anda, Anda yang saya kasihi kerana-Ilahi. Hanya kesibukan kerja-kerja harian menyebabkan hasrat mengupdate blog Pedoman Hidup setiap hari sering kali terbantut.

Di pagi yang penuh ketenangan ini, suka saya menyatakan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Nuffnang Sdn Bhd dan tidak dilupakan jua buat Anda, saudara-saudaraku, yang telah sudi mengklik iklan-iklan di dalam blog ini.

Sebenarnya, cek daripada pihak Nuffnang telah diterima beberapa minggu yang lalu dan hanya berkesempatan ditunaikan ke dalam akaun bank kelmarin. Itupun menggunakan mesin secara automatik yang terdapat di dalam bank itu.

Walaupun jumlah yang diperolehi kecil sahaja, tetapi kegembiraan yang terselindung di sebalik jumlah yang kecil itu sebenarnya terlalu besar nilainya. Sekurang-kurangnya, cek itu membuktikan bahawa pihak Nuffnang sememangnya ikhlas memberikan ganjaran kepada empunya blog yang mengiklankan iklan-iklan daripada pihak mereka.

Dan yang lebih manis lagi, jumlah yang kecil itulah yang menjadi pendapatan pertama blog Pedoman Hidup ini. Apatah lagi penerima pendapatan blog ini telah diukirkan nama Isteriku Yang Tercinta. Moga-moga ianya akan mendapat keredhaan dari-Nya jua.

Blog Pedoman Hidup ini telah dimulakan sejak bulan Mac 2009 yang lalu dan hasil pertama ini diperolehi pada bulan Ogos 2009. Setinggi-tinggi terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Anda, saudaraku yang dikasihi kerana terus sudi mengklik iklan-iklan yang terdapat di dalam blog ini.

Suka juga saya memaklumkan bahawa pendapatan kali kedua blog ini pastilah akan menyusul tidak lama lagi kerana jumlah pungutannya telah mencapai tahap seperti yang dikehendaki.

Kepada Anda, saudara-saudaraku yang dikasihi, sekiranya belum memahami mengenai iklan-iklan daripada pihak Nuffnang ini, saya berkesudian untuk mencurahkan pemahaman mengenainya, InsyaAllah. Apa yang penting, Anda ingin mencuba dan berusaha untuk mengetahuinya.

Dan kepada Anda yang telah memahaminya, sekiranya telah mengklik iklan-iklan di dalam blog ini, usahlah pula lupa meninggalkan jejak Anda di sini kerana saya pasti akan mengunjungi blog Anda itu nanti.

Selain membaca isi kandungan yang terdapat di dalam blog Anda itu, pastilah saya juga akan berusaha mengklik iklan-iklan yang terdapat di dalamnya. Manalah tahu, iklan yang terpapar di dalam blog Anda itu berbeza dengan apa yang ada di dalam blog saudara-saudara saya yang lain.

Moga-moga kerjasama yang dijalinkan seperti ini akan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita semua. InsyaAllah.


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Ogos 18, 2009

Kembali Ke Malaysia

Alhamdulillah..., Saya telah selamat kembali ke tanah air tercinta, Malaysia pada 13 Ogos 2009 yang lalu, selepas berada di negara Jepun selama sebulan lamanya.

Disebabkan pelbagai urusan keluarga ditambah pula kenduri-kendara di sana sini bersempena meraikan ramadhan yang bakal tiba, akhirnya blog Pedoman Hidup tidak dapat diisi dengan apa-apa entri selama seminggu.

Di pagi yang penuh ketenangan ini, saya luangkan sedikit waktu untuk surf ke dalam blog saudara-saudaraku yang dikasihi untuk membaca apa sahaja entri dari mereka. Al maklum, dah seminggu tidak berkesempatan membaca apa-apa dari blog mereka.

Terima kasih jua buat saudara-saudaraku semua kerana tidak jemu menjenguk ke sini, blog Pedoman Hidup ini. Apatah lagi mengambil kesempatan untuk mengklik nuffnang yang ada di sini. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan buat saudara yang aku kasihi kerana DIA.

Buat adikku CikAmy yang Ayu dan Ixora yang Cun, setinggi-tinggi terima kasih kerana memberikan ucapan Happy Birthday untuk saya. Heheheee. Betulkah tarikh itu adalah hari lahir saya?

Apa-apa pun, nasib baik juga pada 16 hb Ogos itu saya telah berada di bumi Malaysia untuk menyambutnya bersama Isteri Tercinta dan Anak-Anak.

Sebelum menutup coretan kali ini, saya ingin kongsikan beberapa foto kenangan ketika berada di Jepun iaitu berkenaan makanan-makanan mereka yang cukup istimewa.

Sejujurnya, saya merasa seolah-olah teramat perit menjamah makanan-makanan yang dihidangkan, tetapi dek khuatir terkena gastrik, saya menjamah sahaja makanan itu, tetapi pastilah didahului dengan ungkapan "Bismillahi Rahman ni Rahim".


Foto dibawah memaparkan kepelbagaian hidangan semasa berada di sebuah hotel di Pulau Yakushima. Hidangan itu sempat saya jamah bersama rakan-rakan dari Jepun sebagai memenuhi makan malam.





Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Ogos 09, 2009

Coretan hari ini di Jepun

Pagi tadi, sejak awal pagi saya telah keluar dari rumah untuk melihat panorama bandar Kagoshima. Banyak cerita menarik yang ingin saya kongsikan dengan Anda.

Tetapi kerana berasa terlalu penat, tak dapatlah saya menguploadkan sebarang gambar untuk tatapan Anda di dalam coretan kali ini. Izinkanlah saya sekadar bercerita dengan Anda.

Awal pagi tadi semasa keluar dari rumah, terasa betul-betul sakit mata dek abu yang berterbangan di udara. Nak tahu abu itu berasal dari mana? Heheee... Gunung Sakurajima.

Nak berjalan pun punyalah sengsara kerana terpaksa dikecilkan sekecil-kecilnya bagi menghindarkan abu itu masuk ke dalam mata. Bayangkanlah saya berjalan di dalam keadaan sebegitu rupa.

Beberapa barangan istimewa sempatlah dibeli semasa menjelajah bandar Kagoshima, pastilah untuk saudara-mara dan tidak terlupa Isteriku Tercinta juga buat anak-anak yang disayangi.

Nanti kalau tak berbelanja, sedih pula sampai di Malaysia kerana tiada apa-apa kenangan yang dapat diberikan kepada mereka.

Selain itu, saya sebenarnya telah berkesempatan memasuki muzium Meiji Kagoshima yang menyimpan pelbagai sejarah kemajuan negara Jepun.

Fuhhh! memang best kerana muzium ini selain menyimpan pelbagai barangan statik, ada juga pelbagai robotik yang turut dipamerkan. Memang saya mengagumi muzium itu kerana selain menyimpan sejarah mereka dalam bentuk maklumat bertulis, ada juga drama-drama yang dipertontonkan.

Yang paling istimewa dan saya sukai ialah drama yang dihasilkan melalui teknologi hologram. Fuh! memang hebat. Lakonan patung-patung yang terjelma daripada cahaya Teknologi Hologram.

Di situ jugalah saya memahami bagaimana kemajuan teknologi Jepun bermula iaitu bilamana beberapa orang pelajar yang dikenali "Satsuma Clan" merantau keluar dari negara sendiri. Mereka telah menjadi pelajar di negara barat khususnya England untuk mempelajari teknologi moden dan akhirnya mereka membawanya kembali ke negara sendiri untuk reformasi.

Nanti kalau ada masa, akan saya kongsikan pelbagai foto-foto yang sempat disnapkan untuk kenang-kenangan.

Opsss... terlanjur pula saya bercerita, sebenarnya saya tak boleh lama online ketika ini sebab kena menyiapkan pembentangan untuk esok hari.

Memang saya kena membuat pembentangan esok sebagai penutup lawatan saya ke negara Jepun ini. Maklumlah, mereka telah memberikan perbelanjaan untuk saya di sini sebanyak Yen 343,000.00.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan Jepun kerana memberikan peluang ini untuk saya pelajari agar dapat dijadikan Pedoman Hidup ini.

Sebenarnya pembentangan itu saya telah siapkan beberapa hari yang lalu, tetapi lebih elok kalau saya menatapnya kembali malam ini, manalah tahu ada apa-apa yang boleh diperbaiki dan pastilah saya juga kena melatih diri. Heheheee

Buat saudaraku yang dikasihi, doakan untuk saya berjaya semasa pembentangan itu nanti.

Assalamualaikum, wbt.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Ogos 08, 2009

Sakurajima Lubuk Rahsia

Sehari sebelum bertolak ke Pulau Yakushima, sebenarnya saya telah berkesempatan melawat satu lagi simbol di negara Jepun yang sesuai untuk dilawati.



Gunung Sakurajima namanya iaitu terletak berhampiran bandar Kagoshima. Menariknya gunung ini ialah kerana masih lagi aktif dan mengeluarkan abu sepanjang masa menyebabkan bandar Kagoshima kadang kala bermandikan abu dari gunung ini.



Dahulu gunung Sakurajima merupakan sebuah pulau iaitu terletak di dalam Teluk Kagoshima, tetapi dek lahar yang telah dikeluarkan hasil letusan kedua, menyebabkan ianya telah bersambung ke tanah besar Jepun.



Kesempatan melihat dengan lebih dekat gunung ini dapat saya lakukan di ketinggian 373 meter sahaja. Memang di situlah sahaja para pelawat dibenarkan singgah, tidak boleh melebihi ketinggian itu kerana khuatiri sesuatu akan berlaku.


Saya kongsikan beberapa pemandangan yang sempat diambil semasa berada di ketinggian 373 m gunung Sakurajima. Pemandangan ini memperlihatkan sekitar Teluk Kagoshima dan tidak ketinggalan bandar Kagoshima itu sendiri. Sememangnya letusan Sakurajima seolah-olah menggambarkan betapa gelora hati dan sanubari yang sedang diriku alami kini.


Moga-moga Anda yang aku kashi mengerti hakikat ini kerana ciptaan Ilahi sememangnya begini, kadang senang dan terkadang amat sukar dimengerti. Hanya Jiwa yang bersih dan suci akan dapat memahami segala rahsia yang tersembunyi.



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Ogos 07, 2009

Pulau Yakushima Penuh Makna ...bhg 4 (Tiga Struktur)

Terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat saudara-saudaraku yang sentiasa mengklik nuffnang di blog Pedoman Hidup ini. Ketahuilah bahawa saya amat berbesar hati di atas kesudian saudara melakukannya.

Sememangnya, saya juga tidak akan lupa mengklik nuffnang Anda. Walau sesibuk manapun kerja-kerja yang kena dilakukan pada setiap masa, pasti akan diusahakan agar nuffnang Anda dapat diklik oleh saya. Hanya offline internet sahaja yang bakal menghalang diri saya berusaha mengklik nuffnang Anda.

Sekiranya Anda telah mengklik nuffnang di blog Pedoman Hidup ini, usah terlupa meninggalkan jejak agar mudahlah saya membalas usaha itu nanti.

Terlanjur sudah bercerita di waktu ini dengan Anda, izinkanlah saya berkongsi berkenaan tiga struktur yang sempat disnap semasa berada di Pulau Yakushima.

Tiga sturktur yang saya maksudkan ialah Tandas di dalam hutan belantara Yakushima, Pondok telefon berharga jutaan yen dan tidak ketinggalan struktur Sembahan untuk memohon sesuatu.

Gambar di sebelah menunjukkan Tandas yang digunakan semasa meninjau hutan asli di dalam Pulau Yakushima. Menurut Pemandu Pelancung yang bersama-sama ketika itu, tidak dibenarkan sesiapa membuang hajat di mana-mana bagi memelihara keaslian hutannya dan menghindarkan pelbagai pencemaran di sekitarnya.

Perlu juga saya beritahu bahawa selepas menunaikan hajat di dalamnya, beg plastik berisi bahan buangan hendaklah diikat dengan sebaiknya dan dibawa bersama-sama di sepanjang perjalanan nanti.


Hanya selepas keluar dari hutan barulah bahan buangan di dalam beg plastik itu diasingkan dari diri sendiri.

Atap tandas itu diperbuat daripada bahan lutsinar. Sebab itu perlu berhati-hati semasa menunaikan hajat di dalamnya. Manalah tahu ada sesiapa yang memanjat pokok di sebelah dan memerhatikan gelagat Anda semasa di dalamnya. Heheheeee, Saya cuma bergurau sahaja, ok.





Objek kedua yang saya ingin tunjukkan ialah Pondok telefon yang mahal harganya. Saya diberitahu bahawa ianya berharga dua ratus ribu juta yen. Menggeleng-geleng kepala saya mendengar betapa mahal harganya pondok telefon itu.

Memang ianya dihasilkan daripada sebatang kayu jati asli yang terdapat di hutan Yakushima dan telah berusia ribuan tahun. Sebab itulah begitu mahal harganya.




Dan struktur ketiga yang saya ingin tunjukkan kepada Anda ialah sebuah tempat sembahan dahulu kala yang telah digunakan oleh sebahagian masyarakat di Pulau Yakushima. Struktur ini terdapat di dalam Cultural Village Center yang pernah saya nyatakan sebelum ini kepada Anda.

Itu sahajalah yang dapat dikongsi dengan Anda untuk hari ini. InsyaAllah, di lain ketika akan disambung lagi untuk Anda yang saya kasihi kerana DIA.


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Ogos 06, 2009

Marahku Beransur Surut?

Terima kasih kepada Anda yang berkongsi kemarahan dan memahami mengapa diriku memuntahkannya di dalam blog Pedoman Hidup sebelum ini (Diriku Memang Marah), terutama buat adikku ejdeejasmi yang Ayu dan Cikguku yang Tegas!, Cikgu Khairiza namanya.

Semoga adalah pengertian mengenai perkara itu nanti bagi segolongan mereka yang ingin berfikir mengenai kehidupan selepas kehidupan ini.

Siapalah saya yang sememangnya lemah berbanding Anda yang Gagah Perkasa!.

Kini, diriku teringat kembali pesanan Rasulullah mengenai Orang yang Gagah Perkasa. Terima kasih jua buat adiku yang cute, Ixora namanya, sahabatku Abgdin pemandu Lori yang berhemah! dan sekali lagi wahai Cikguku yang Tegas!, Cikgu Khairiza namanya. Wajahku memang tak handsome bila marah! Itulah pernyataan dari Isteriku Tercinta.

Kini, saya teringat satu pesanan yang dinukilkan di dalam Kitab Sahih Muslim bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya seseorang yang dapat menahan marahnya adalah Orang yang Gagah Perkasa"

Namun, suka jugalah saya menyatakan kepada Anda bahawa kemarahan yang saya muntahkan itu pastilah ada hadnya. Tidaklah sampai saya mengambil tindakan yang bukan-bukan. Apatah lagi menolak orang yang dimaksudkan dari bangunan yang tinggi dengan harapan dia akan mati.

Memang tidak!

Saya sekadar mengharapkan keredhaan-Nya di dalam melakukan perbuatan sebegini kerana mungkin ini adalah sebahagian dari ujian-ujian duniawi yang harus dilalui oleh Anda dan saya. Harap-harap markah yang saya perolehi nanti akan melepasi tahap kelulusan yang dikehendaki.

Ingatlah, bagaimanapun diri ini, marah, tetap ada juga terselit belas ehsan padanya yang bernama manusia. Sememangnya siapa pun golongan manusia itu, bukanlah hak saya untuk mengatakan bahawa mereka adalah pesalah!.

Moga-moga Anda yang saya kenali sebagai saudara, memahami lontaran coretan ini. Terima kasih kerana berkongsi pandangan ini dengan saya yang sememangnya lemah dan masih mengharapkan bimbingan dari Anda, yang ku kenali saudara.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rabu, Ogos 05, 2009

Diriku Memang Marah!

Assalamualaikum, wbt buat saudara-saudaraku semua.

Izinkanlah diriku melontarkan kemarahan di dalam blog ini.

Bukanlah marahkan Anda, tetapi marahkan segolongan manusia yang merasakan dirinya sudah berkuasa sehingga mencampuri pelbagai perkara yang tidak wajar dilakukannya.

Kemarahan ini terlahir bila mana saya membaca artikel Utusan Malaysia yang bertajuk Pas Desak Tarik Portfolio Ronnie.

Bukanlah saya nak mengasut Anda di dalam hal-hal sebegini rupa, tetapi saya masih ingat lagi dengan pesanan Rasulullah iaitu, bilamana berlaku kemungkaran, cegahlah dengan tanganmu, andai tidak mampu, iaitu selemah-lemah iman pastilah dengan hatimu.

Hatiku merupakan hati manusia biasa yang hanya dapat menzahirkan kemarahan terhadap perbuatan sedemikian rupa. Moga-moga Anda juga mengerti mengenainya. InsyaAllah.

Seandainya diriku berada di sekitar masjid itu, pastilah tidak akan aku sia-siakan untuk turut di dalam demonstrasi aman di sekitar masjid itu bersama dengan saudara-saudaraku seagama bagi meluahkan rasa kecewa.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Ogos 04, 2009

Pulau Yakushima & Pokok Suginya (Cedar) ...bhg 4


Selepas diorentasikan di dalam rumah semulajadi itu (baca di sini), pada keesokan harinya, hidangan sarapan pagi yang disediakan ialah ikan mackerel. Alhamdulillah, mereka memahami.



Rupa-rupanya orang Jepun ini memang baik hati. Semalam juga, semasa taklimat peraturan di dalam rumah semulajadi itu, saya diberitahu bahawa tidak dibenarkan ke bilik mandi pada awal pagi.

Hah! terkejut saya, namun ketika sesi soal jawab, saya memberitahu bahawa sudah menjadi rutin di dalam hidup saya perlu mandi di awal pagi.

Selepas memberitahu mereka, akhirnya peraturan yang dibuat telah dilonggarkan, bukan sahaja untuk diri saya, malahan rakan-rakan lain dari Indonesia dan juga dari Thailand, malahan semuanya boleh pergi ke bilik air untuk melaksanakan pelbagai hajat mereka.

Baru saya tahu bahawa orang Jepun kebiasaannya tidak mandi pada awal pagi. Menurut mereka ianya tidak menyihatkan.

Berbalik pada cerita mengenai sarapan pagi tadi, Alhamdulillah, hidangan itu bolehlah dijadikan pengalas perut sebelum saya masuk ke dalam hutan belantara Pulau Yakushima.


Coretan kali ini saya khususkan bercerita mengenai pokok sugi atau cedar yang terdapat di dalam hutan belantara Pulau ini.


















Lihatlah pelbagai bentuknya. Kredit juga saya harus berikan kepada saudara Hafiz dari Pakistan yang memberikan beberapa gambar yang telah disnap olehnya.














Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Ogos 03, 2009

Air Mata Gadis Jepun, Bicara Soal Iman Pada-Nya

Rupa-rupanya, kehadiran saya ke Jepun bukan sekadar menimba ilmu mengenai sains, tetapi juga membicarakan soal keimanan pada-Nya.

Walaupun sekadar berkesempatan menyatakan kepada dua orang gadis Jepun sehingga kini, itupun secara tidak sengaja, tetapi sekurang-kurangnya, adalah juga manafaatnya saya berbicara dengan mereka berdua tentang keimanan kepada Tuhan.

Seorang darinya telah menitiskan air mata kerana terkejut dengan penjelasan mengenai Tuhan Yang Maha Esa.

Barangkali saya terlalu terburu-buru menyatakan kepada gadis Jepun itu tempoh hari sehingga dia merasa terlalu jauh sudah saya menjelaskan kepadanya. InsyaAllah, akan saya kongsikan ceritanya dengan Anda.

Manalah tahu, ianya juga berguna untuk Anda gunakan semasa berbicara mengenai agama Suci iaitu mempercayai adanya Tuhan di sebalik minda yang tidak dapat menafsirkan segala macam kerahsiaan alam yang tersembunyi.

Kebanyakan penduduk Jepun kini mengamalkan kepercayaan tiada agama, Buddha dan ada juga yang bersandarkan pada ilmu sains semata. Itulah yang saya diberitahu oleh rakan-rakan yang ada di sini. Selain itu, masih ada juga yang mengamalkan agama Shinto, tetapi semakin sedikit jumlahnya.

Disebabkan ingin mengetahui mengenai agama Shinto, akhirnya saya terbaca pula keterangan mengenai agama Islam di Jepun iaitu dikarang di dalam akhbar Utusan Malaysia, Negaraku Tercinta.

Dinyatakan bahawa orang Islam Jepun yang pertama menunaikan fardu haji bernama Kotaro Yamaoka yang memeluk agama Islam pada tahun 1909 dan mengambil nama Omar Yamaoka.

Seorang lagi bernama Bunpaciro Ariga yang berniaga ke India dan memeluk agama Islam setelah berkenalan dengan orang-orang India Islam. Beliau kemudian mengambil nama Ahmad Ariga.

Dengan lahirnya masyarakat kecil Islam, beberapa buah masjid telah dibina iaitu yang utama diberi nama Masjid Kobe, dibina pada tahun 1935 dan Masjid Tokyo pada tahun 1938 (diperbaharui pada tahun 1990-an).

Bilangan sebenar orang Islam di Jepun tidak begitu jelas kerana kerajaan Jepun tidak bertanya mengenai agama dalam borang-borang banci dan lain-lain dokumen rasmi.

Dijelaskan oleh akhbar Utusan Malaysia itu juga bahawa masyarakat Islam muncul di negara Jepun apabila ratusan orang Turkoman, Uzbek, Tajik, Kirghiz, Kazakh dan lain-lain pelarian Islam dari Asia Tengah dan Rusia tiba di jepun iaitu akibat revolusi komunis . Mereka telah diberi perlindungan oleh Jepun dan selanjutnya bermastautin di beberapa buah bandar.

Coretan lanjut akan saya lakukan, InsyaAllah.

Bacalah juga karangan ini (Utusan Malaysia 1 dan Utusan Malaysia 2)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Pulau Yakushima Penuh Makna ...bhg 3

Selesai melawat ke dalam ruang pameran di Cultural Village Center, saya telah dibawa ke sebuah penempatan yang terletak di dalam lingkungan alam semulajadi.

Lebih kurang 15 minit perjalanan menggunakan bas dari Cultural Village Center ke rumah penempatan hutan semulajadi itu.



Lihatlah batu penanda yang terletak di hadapan kawasan penempatan rumah semulajadi itu.















Selepas menjejakkan kaki ke dalam rumah penempatan itu, saya telah diberikan oreintasi segala macam peraturan di dalam kawasan terbabit. Lihatlah gambar-gambar yang saya sempat snap yang memaparkan suasana di sekitar kawasan itu.



































Saya juga berkesempatan mendengar kuliah mengenai geologi bumi Jepun pada malamnya iaitu selepas menjamah makanan pada waktu senja.


















Sebenarnya hanya sedikit sahaja makanan yang saya jamah petang itu dek kerana lauk ayam yang dihidangkan saya telah berikan kepada salah seorang rakan dari Jepun.


Sekurang-kurangnya mereka memahami mengapa ayam itu saya tidak makan bersama-sama mereka. Akan saya ceritakannya kepada Anda dicoretan lain pula.
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Ahad, Ogos 02, 2009

Insan ku Kasihi dan Sayangi

Memang kerinduan padamu sentiasa menjelma di kala malam tiba. Terkadang siang hari pun wajahmu tiba-tiba menjelma bermain-main di ruangan minda.

Kesepian memang sedang dirasakan kini. Bukan hanya di dalam hati, tetapi jauh menusuk ke dalam sanubari ini.

Dikau yang aku kasihi dan sayangi. Wahai Isteriku Yang Tercinta.

Usahlah dikau risau wahai Isteriku Yang Tercinta kerana setiap hari pasti Doa diiringkan buatmu agar langkah-langkah di dalam kehidupan dapat disinari oleh cahaya-Nya.

Moga-moga cahaya-Nya itu dapat digunakan sebagai penyuluh agar tidaklah terpijak duri-duri yang melingkari kehidupan duniawi ini.

Sememangnya perasaan ini betul-betul merinduimu duhai sayangku. Dikaulah permata hatiku, jantung pada perasaanku. Lembaran ini khusus buatmu agar terlerailah keresahan yang dirasai ini.

Anda yang aku kasihi, moga-moga akan mengerti betapa rindunya hati lelaki, bila mana berjauhan dengan sang kekasih. Apatah lagi Kekasih yang bergelar Isteri.

Sememangnya itulah istimewanya wanita yang dianguerahkan oleh-NYA yang Maha Esa kepada insan yang bernama Lelaki seperti diriku ini.

Moga-moga DIA merahmati hubungan ini bukan hanya di dunia tetapi sehingga ke alam syurga-Nya nanti. InsyaAllah...
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sabtu, Ogos 01, 2009

Pulau Yakushima Penuh Makna ... bhg 2


Pengalaman hidup di Pulau Yakushima saya rasai bermula pada 28 – 31 Julai 2009. Memang indah Pulau ini. Apatah lagi saya telah mengalami sendiri berjalan di dalam kehijauan hutan belantaranya dan berenang di tepian pantainya.



Ketika Feri sedang mendekati jeti Pulau Yakushima, sempat juga saya mengambil gambar dari cermin feri. Inilah gambaran awal pemandangan di Pulau Yakushima yang saya lihat dari dalam feri.




Saya tidak akan memanjangkan coretan kali ini, kerana saya lebih tertarik berkongsi beberapa gambar yang telah saya ambil pada hari pertama lawatan ke Pulau ini. Pulau Yakushima namanya.


Sesampainya di daratan Pulau Yakushima, kami telah dibawa ke sebuah Pusat Pameran yang dikenali Cultural Village Center. Di sinilah saya mengenali serba sedikit mengenai Pulau Yakushima.














Di sisi gambar ini saya telah berposing. Gambar yang mempamerkan pelbagai jenis serangga yang ada di Pulau ini.












Ini pula memaparkan bunga-bungaan yang terdapat di atas bukit Pulau Yakushima.












Tidak ketinggalan, saya juga berposing di sisi gambar yang mempamerkan sebuah air terjun di lerengan bukit Pulau Yakushima.









Sememangnya terdapat pelbagai lagi sturktur yang dipamerkan di dalam dewan ini, tetapi biarlah ini sahaja yang saya pertontonkan untuk Anda. Anda yang saya kasihi kerana DIA.




Di akhir lawatan di dalam ruang pameran ini, saya telah berkesempatan bergambar dengan salah seorang penyambut tetamu di Cultural Village Center ini.







Baca selanjutnya, Klik di sini...

Wanita, Isteriku Yang Tercinta

Sememangnya terlalu istimewa, dikau yang bernama wanita. Tanpamu di sisi… terasa kosong hidupku ini. Aku yang bernama lelaki.


Izinkanlah aku meluahkan perasaan, perasaan yang teramat rindu padamu. Padamu wanita yang bernama Isteriku Yang Tercinta.


Memang aku mengerti kini, mengapa Nabi Adam amat memerlukan Hawa di sisi. Perasaan ini aku sedang rasai, bilamana engkau tiada di sisi, memang terasa sunyi dunia yang aku langkahi.


Nasib baik juga DIA yang Maha Esa, Tuhan yang Berkuasa di atas segala-galanya tidak jemuh memerhati segala gerak langkah yang aku lakukan ketika ini.


Seandainya jiwaku tidak merasainya, sudah pasti aku telah lama ditewaskan oleh mereka. Mereka yang aku kenali para tentera yang memusuhi manusia.


Duhai Isteriku yang Tercinta, izinkanlah aku meluahkan rasa, rasa hati yang dilanda sepi. Sepi kerana dikau tiada di sisi.


Moga-moga lakaran ini, dapat dimengerti olehmu yang bernama wanita, wanita pilihan hati, penyejuk sanubari lelaki. Engkaulah wanita yang aku kenali, Isteriku Yang Tercinta.


Sememangnya aku teramat mengasihi dan menyayangi mu!.


Hanya lakaran hati ini dapat aku zahirkan khusus untukmu ketika ini, moga-moga kerinduan yang juga engkau rasai, terubat dek lakaran jiwa ini.


Sesungguhnya aku teramat rindu padamu… Duhai kekasih yang aku kenali, Isteriku Yang Tercinta. Moga-moga engkau akan mengetahui dan memahaminya.


Dihadapan saudara-saudaraku ini, aku meluahkan rasa hati kerana sememangnya aku terlalu mendambakan kasihmu di sisi.


Barulah kini aku mengerti, akan erti rindu pada wanita, wanita yang digelar Kekasih.


Wahai Kekasih, yang bernama Isteriku Yang Tercinta, ketahuilah bahawa walaupun kini engkau jauh di mata, hati dan jiwa ini tetap melakarkan wajahmu agar terubatlah kerinduan yang sering bertandang di hati, moga-moga lenyaplah kesepian ini.


Warkah kosong, sengaja dilakarkan di kala insan-insan lain dibuai mimpi. Semoga ia menjadi penawar hati, di kala merasai keperitan rindu kerana tiada dikau di sisi, dikau yang bernama wanita, Isteriku Yang Tercinta.


Baca selanjutnya, Klik di sini...