Ahad, Februari 15, 2009

Ingin Mengecapi Kejayaan Hakiki? - Bhg 3, Kejayaan Besar

Mengecapi Kejayaan Besar

Selain daripada Kejayaan Kecil dan Kejayaan Sedikit Besar itu, pastilah akan terbit pula kejayaan yang lebih besar!. Kejayaan lebih besar adalah merujuk kepada MATLAMAT yang Kita gariskan untuk memperolehi pengiktirafan daripada kelompok yang lebih ramai iaitu selain daripada Diri Sendiri dan saudara-mara serta sahabat-handai. Kadang kala, Pengiktirafan seumpama ini turut disertakan dengan Surat atau Sijil untuk mengiktiraf kejayaan yang dikecapi.

Sebagai perumpamaan, saya coretkan di sini ialah di dalam bidang keintelektualan atau dikenali juga sebagai Akademik. Perjuangan Kita untuk mengecapi kejayaan ini bermula dari bangku sekolah rendah sehinggalah ke menara gading. Ya, pelbagai pengiktirafan sepanjang proses untuk mengecapi kejayaan ini. Kejayaan atau Kegagalan yang dikecapi pastinya disertakan dengan pelbagai Sijil-Sijil Pengiktirafan.

Kalau di negara kita Malaysia, sijil-sijil pengiktirafan di dalam bidang ini termasuklah Kelulusan UPSR, PMR, SPM, STPM, SIJIL, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan pasti di kemuncak pencapaian iaitu Ijazah Kedoktoran (phd). Selain daripada itu, terdapat juga pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang merujuk kepada pelbagai gelaran termasuklah Hadiah Nobel Laurete.

Di dalam bidang lain seperti Kemewahan atau Kekayaan, pastinya indeksnya adalah berapa banyak harta yang terkumpul. Pengikitrafannya kadang kala di gambarkan sebagai Orang Terkaya sama ada di dalam negara Malaysia, Terkaya di Asia atau mungkin juga Terkaya Di Dunia!.

Di dalam bidang kerjaya pula, indikasinya merujuk kepada kecemerlangan di dalam melaksanakan tugas masing-masing. Gambarannya sudah pasti pengiktirafan yang diterima sepanjang berkhidmat di dalam sesebuah organisasi. Pengiktirafan itu pastinya diiringi dengan pelbagai Sijil-Sijil Kecemerlangan.

Semua itu akan tercapai andai Kita memulakannya dengan mengetahui MATLAMAT, TUJUAN, NIAT atau KEINGINAN Diri Kita Sendiri!. Sudah pasti selepas Kita mengetahui apa yang Kita Inginkan dan Niatkan, pelbagai usaha dan strategi perlu juga Kita lakukan untuk mencapainya. Ya, berusaha dengan melakukan pelbagai strategi bagi mengecapi Kejayaan yang saya telah sebutkan.

Istilah yang sering Kita dengar, USAHA TANGGA KEJAYAAN merupakan satu kata-kata motivasi untuk Kita renung-renungkan.

Andai Kegagalan yang Kita perolehi, berkemungkinan usaha dan strategi yang telah Kita lakukan kurang berkesan. Kalau ada peluang, apa salahnya dicuba lagi!. Pasti Kejayaan Besar itu akan dikecapi.


(Coretan akan disambung pula di lain ketika, InsyaAllah. Di dalam kepala saya sekarang ini, ada dua bahagian lagi sebelum saya tutup coretan mengenai tajuk ini).

0 Komen:

Catat Ulasan