Jumaat, Oktober 29, 2010

Cinta Melampau Wanita

Wow! hebat juga luahan hati adikku yang Dilimpahi Cinta. Paparannya bergemerlapan bila mana saya telaah.

Wooppsss... Salamelekom, wbt duhai adikku yang Tampan Bergaya, dan tidak dilupa jua adikku yang Dilimpahi Cinta.

Izinkanlah abg menconteng-conteng di sini, pagi ini. seandainya paparan yang terhasil membuatkan Anda meluat menelaahnya, maafkanlah saya... Memang begitulah lemahnya diri saya.

Hati wanita, memang penuh dengan cinta. Cinta terhadap segala-galanya. Tidak perlu saya menghuraikannya secara terperinci kepada Anda semua kerana lumrahnya cinta seringkali bersembunyi di dalam hati sanubari. Lebih-lebih lagi bila mana emosi wanita sudah mengatasi akalnya.


Ooppsss... duhai wanita, usahlah marahkan diriku yang bernama lelaki, kerana saya yang bergelar lelaki sepanjang masa memang memerlukan cinta seorang wanita.

Tanpa cinta wanita, kelamlah pengembaraan sang lelaki di dunia maya ini. Sungguh!

Akan terasalah kelamnya. Tiada gurau senda, tawa riang gembira, suram terasa.

Pengembaraan lelaki di dunia ini tanpa cinta seorang wanita seolah-olah sudah tiada keistimewaannya. Barangkali begitu jugalah halnya tentang wanita.

Ramasan dan belaian cinta seorang wanita memang terlalu indah. Itupun andai Anda sudah merasainya, tetapi ingat! terkadang jua belaian cinta seorang wanita berupaya menjadi sengatan berbisa dek pukauan syaitan durjana.

Syaitan memang suka memporak porandakan cinta seorang wanita terhadap sang kekasihnya yang bernama lelaki.

Syaitan juga akan terlalu gembira bilamana jampiannya berupaya membuatkan akal wanita diatasi oleh emosinya. Lebih-lebih lagi emosi berpandukan nafsu serakah. Kelak terciptalah mahligai kecurigaan.

Mahligai kecurigaan seringkali jua dihiasi oleh hasad-hasad kecemburuan lalu berupaya melenyapkan keindahan cinta pasangan kekasih. Apatah lagi cinta pasangan kekasih yang sudah dihalalkan oleh Tuhan Penguasa Alam. Pasti bercerai berailah akhirnya mereka dek ilusi jampi dan pukau oleh syaitan durjana.

Anda yang bernama Wanita, memang dilimpahi cinta, tetapi arah manakah cinta itu nak disemburkan? Pada mereka yang bergelar Kekasih? atau pada dia yang bernama Suami?.

Tanyalah hati Anda sendiri kerana kecintaan Anda belum tentu kekal selama-lamanya. Ianya akan luput dan termusnah suatu hari nanti, yang tinggal hanyalah kenangan-kenangannya sahaja. Tetapi lebih jauh dari itu, balasan Cinta dari NYA, Tuhan Yang Maha ESA adalah paling utama.

Bukti kecintaan Tuhan Yang Maha ESA kepada Insan yang bernama Lelaki dan Wanita ialah memberikan mereka pilihan sama ada Syurga atau Neraka.

Pilihlah mana satu kehendak hati kerana saya pasti, Anda memahami yang mana satu ingin dipilih.

(*___^)
Abgbent




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Selasa, Oktober 26, 2010

Aura Penawar Jiwa, bhg 2

Aura memang berupaya menjadi penawar jiwa. Itupun seandainya Anda berupaya melakukannya. Kenyataan itu saya tidak paksa Anda menyetujuinya kerana keupayaan ilmu yang Anda ada berupaya mengatakan sebaliknya.

Pengalaman yang saya lalui dan pengalaman yang Anda lalui barangkali sama dan ada kemungkinannya juga berbeza. Sebab itulah bila mana saya mengatakan Aura berupaya menjadi penawar jiwa, Anda berhak untuk menolaknya. Pilihan itu Anda berhak memilihnya dan saya tidak berupaya memaksa Anda untuk sama-sama bersetuju mengenai kenyataan yang saya beri di sini;

Aura berupaya menjadi Penawar Jiwa.

Sebelum ini saya sudah berkongsi cerita mengenai Aura di coretan terdahulu yang berjudul Aura Penawar Jiwa. Jadi contengan kali ini adalah sambungannya. Tajuk yang saya berikan untuk lakaran ini ialah Aura Penawar Jiwa, bhg 2. Harap-harap adikku AnaYNa berpuas hati bila mana menatapnya. Sekuntum senyuman berserta kenyitan mata saya paparkan di sini khusus untukmu, adikku AnaYNa yang dikasihi kerana DIA. (*___^)

Kali ini, saya harapkan Anda sudah memahami makna Aura yang saya maksudkan. Salah satu kaedah mudah memerhatikan Aura kepada Anda yang belum berupaya menguasainya ialah dengan memandang pada cahaya.

Opppsss...

Usah dipandang cahaya itu berterusan kerana kelak mata tersilau dek pancarannya yang amat kuat. Ianya berupaya merosakkan retina mata Anda. Takut-takut nanti keindahan duniawi tidak lagi dapat diperhati.

Oleh yang demikian, cara paling mudah yang saya boleh kongsikan dengan Anda untuk melihatnya ialah menggunakan perisai pandangan. Anda kena melindungi pandangan Anda dahulu menggunakan sesuatu, sebelum Anda melihat Aura. Sesuatu yang saya maksudkan ialah sesuatu yang dikurniakan oleh Tuhan Penguasa Alam.

Oklah, saya tidak mahu menggunakan bunga-bunga ayat yang lebih-lebih di sini kerana khuatir ianya membuatkan naluri Anda menyampah menelaahnya nanti. (*___*).

Ada baiknya saya berikan sahaja contoh yang agak mudah kepada Anda. Caranya begini,

Ketika berada di dalam kenderaan, seandainya waktu itu adalah hujan dan pandangan Anda agak gelap, pastilah Anda akan memasang lampu kenderaan bukan? Lalu, inilah waktu yang sesuai untuk Anda melihat Aura.

Caranya ialah dengan melihat kenderaan yang sedang berada di belakang Anda, ketika Anda sedang berada di dalam kenderaan. Pastikan kenderaan yang berada di belakang Anda ketika itu sedang menyalakan lampu kenderaannya juga. Lihatlah ke arah lampu kenderaannya yang sedang menyala. Seandainya cermin belakang kereta Anda ada menampung titisan air hujan, dan terdapat juga wap yang nipis, berkemungkinan besar Anda akan dapat melihat bukan sahaja nyalaan lampu yang terpancar dari kenderaan yang berada di belakang Anda, tetapi juga Aura yang saya maksudkan, iaitu serpihan cahaya yang terserak membulat ditepiannya. Itulah sebenarnya gambaran Aura yang saya maksudkan.

Aura akan berupaya diperhati bila ada lapisan air yang menghalang pandangan Anda. Cuba Anda perhatikan warna-warna pelangi yang terhasil di ruang angkasa. Anda sememangnya berupaya melihat secara terus warna-warna pelangi itu bila mana ada titisan-titisan air di ruang angkasa.

Tidakkah keadaan ini memberikan petanda kepada Anda untuk ditelaah dan diselidiki supaya kelak dapat difahami?

Mari saya luahkan ayat Al-Quran berkenaan suruhan Tuhan Yang Maha ESA mengenainya supaya dapatlah kita singkap bersama-sama, InsyaAllah.

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Maida, 5: 6)

Apakah dengan berwudhu Aura diri Anda akan terserlah nanti? Mungkinkah Aura yang Anda miliki kelak berupaya diperhati oleh manusia biasa-biasa?

Saya tidak mahu memaksa Anda mempercayainya kerana Anda mempunyai minda dan hati untuk meneliti kenyataan yang saya beri. Tetapi izinkanlah saya meluahkannya, kepada Anda, walaupun agak berat barangkali untuk Anda menerimanya.

Aura sememangnya ada kaitan dengan Law of Attraction. Itupun saya tidak memaksa Anda mempercayainya kerana setiap yang terluah di minda saya tidak bermaksud untuk memaksa Anda mempercayainya. Apatah lagi konon-kononnya untuk merubah hidup Anda. Astagfirullah! adalah ungkapan yang selayaknya saya lakarkan di sini.

Sebenarnya saya sekadar ingin berkongsi dengan Anda apa yang terluah di dalam hati nurani yang saya miliki. Moga-moga jua Anda, lebih-lebih lagi adikku AnaYNa kelak gembira bila mana menatapnya. Dan seterusnya seringlah berkunjung ke sini, ke blog Pedoman Hidup ini bila mana ada kelapangan masa.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehadiran Anda ke sini membuatkan saya berasa amat senang hati. Apatah lagi Anda berusaha mengklik iklan-iklan yang ada di sini. Bukan sahaja saya, malahan Isteriku Yang Tercinta juga akan turut gembira, bila mana Anda mengklik iklan yang ada.

Terima kasih jua saya ucapkan di atas kesudian Anda. InsyaAllah, andai ada masa di lain kali, saya akan sambung lagi coretan megenai Aura Penawar Jiwa dan kaitannya dengan Law of Attraction, berkenaan Kuasa Penarikan di dalam alam semesta.

(*___^)





Baca selanjutnya, Klik di sini...

Jumaat, Oktober 22, 2010

Lucah Melampau – Urut Kaki

Tiba-tiba saya tergerak hati berkongsi sebuah kisah dengan Anda. Kisah pengalaman hidup yang saya lalui ketika berada di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kisahnya bermula bila mana saya bersama tiga orang adik lelaki berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang dua bulan yang lalu iaitu semasa menyertai Pameran Penyelidikan Islam di Putrajaya, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2010.

Tiga orang adik yang berjalan-jalan dengan saya ketika itu masih muda, jauh lebih muda daripada umur saya.

Dua malam sebelum itu, kami telah bersama-sama menjamah makanan di sebuah gerai di Bangsar, sambil-sambil bersembang-sembang sehingga melebihi pukul 2.00 pagi tak silap saya.

Biasalah, bila mana saya berjauhan daripada Isteriku Yang Tercinta dek melaksanakan tugas, ada kala saya bersembang sebegitu rupa. Sehingga lewat pagi.

Barangkali dek teruja berbincang informal mengenai sains dan agama, kekuasaan dan keajaiban, maka akhirnya saya dipelawa oleh mereka untuk bersama-sama menikmati panorama kehidupan yang paling popular di Bukit Bintang menurut mereka iaitu merasai “urutan kaki”. Massage!

Sebenarnya saya tidak bernafsu merasai urutan kaki yang dimaksudkan itu kerana minda sedar saya menafsirkan bahawa urutan yang diberikan oleh Isteriku Yang Tercinta adalah lebih hebat nikmatnya. Apatah lagi keredhaan NYA mengiringi kenikmatan yang sementara dirasai itu, pasti tiada tandingannya.

Tapi itu saya tidak lontarkan kepada mereka kerana khuatir mereka tersinggung nanti. Lalu, saya pun mengiyakan sahaja pelawaan mereka. Sekadar untuk mengetahui dan mengalami sendiri panorama yang dinyatakan oleh mereka itu.

Kedai-kedai mengurut kaki memang banyak terdapat di sekitar Bukit Bintang. Pelbagai ragam dan bangsa yang ada di sana, termasuklah orang-orang dari Arab dan Barat.

Ada beberapa pengalaman yang saya masih ingat ketika berada di sana. Antaranya ialah ditawarkan dan dipaksa oleh seorang lelaki yang lagaknya seumpama maknyah.

Tawarannya ialah “urutan kaki” berkelas VIP.

Itu tawaran yang diberikannya kepada saya dan tiga adik-adik yang lain. Saya menolaknya dengan baik dan memandang ke arah adik-adik yang lain sambil memberikan isyarat gelengan kepala. Mereka tersenyum dan saya pun tersenyum.

Namun, lelaki itu terus mendesak dan bergerak ke dalam kedainya sambil menunjukkan ruangan di dalam kedainya yang ada pelanggan sedang diurut kaki. Saya bersama adik-adik lain sekadar melihat dari jauh dan sempat juga melihat lelaki itu memberikan isyarat penunjuk ke arah bilik yang berlabel VIP.

Hanya senyuman dan gelengan kepala saya lontarkan kepadanya. Adik-adik yang lain juga bersetuju. Mereka tidak mahu diurut disitu. Di dalam bilik khas dinamakan Urutan Kaki kelas VIP.

Selepas penat berjalan-jalan, kami berdiri berhampiran sebatang tiang lampu, dan tiba-tiba seorang lelaki mendekati dan menzahirkan pelawaan yang lain pula. Bukan urutan kaki. Pelawaan yang diluahkannya berbunyi “Adik nak perempuan?”

Hah!!!

Walaupun terkejut dilontarkan pelawaan sebegitu, saya berusaha mempamerkan reaksi bersahaja kepadanya diiringi gelengan kepala. Adik-adik yang lain turut melemparkan senyuman dan gelengan kepala.

Bukan sekali lelaki itu memberikan tawarannya, tetapi tiga kali dia memujuk kami. Walaupun kami berusaha menjauhinya, tetapi, dia tetap mengekori dan sempat juga dia menggores bahu saya serta mengenyitkan mata seolah-olah tafsirannya...

Marilah! Marilah!.

Atau barangkali terjemahannya ialah... Mahulah! Mahulah!


Cahaya di sekitar Bukit Bintang memang bergemerlapan. Lampu kelip-kelip memang banyak. Membuatkan ianya bertenaga. Tetapi hati saya menterjemahkan sebaliknya. Gelap tiada cahaya. Tidak seumpama namanya BeBintang Bergemerlapan.

Lalu, ketiga-tiga adik yang bersama-sama saya ketika itu membatalkan niat mereka untuk mengurut kaki di situ. Sebabnya? Entahlah!

Kalau Anda tanya saya, sudah pasti alasan yang saya berikan ialah saya hanya mahu merasai urutan daripada Isteriku Yang Tercinta.

Bukan setakat kaki, melebihi paras kaki pun saya tak kisah. Asal sahaja dia adalah Wanita yang saya kasihi dan sayangi, iaitu Isteriku Yang Tercinta.

(*___^)







Baca selanjutnya, Klik di sini...

Khamis, Oktober 21, 2010

Kenyitan Mata Bernafsu -> (*__^)

Heheheee...
Izinkanlah saya melakarkan sekuntum sengihan untuk Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Kalau paparan begini -> (*___*) biasa saya buatkan untuk Anda, kini, saya ingin pula memberikan satu lagi paparan untuk Anda iaitu ini;

(^___*) -> Senyuman berserta kenyitan mata. Bukannnya bernafsu, OK!

Harap-harap Anda tidaklah pula tergoda...
Cukuplah godaan yang saya terima di dunia nyata. Risau juga kalau ditambah di dunia maya begini, silap-silap boleh tergugat keimanan yang saya ada. Heheheee...

Cehhh! Perasan sungguh naluri saya konon-kononnya membuatkan orang lain tergoda. Cisss!


Baiklah, sebenarnya saya memang biasa membuat tanda itu untuk tatapan adik-adik yang saya kasihi kerana DIA. Ianya saya lakukan sekadar bergurau-senda melalui tulisan.

Tak apalah, saya tinggalkan bab sengihan memaparkan kenyitan mata yang tidak bernafsu itu.

Ada baiknya saya memberitahu kepada Anda bahawa sudah terlalu lama saya berehat iaitu tidak mengisikan sebarang contengan di dalam blog Pedoman Hidup ini.

Sebenarnya, memang sengaja saya melakukan begitu kerana saya ingin mentarbiyah kehendak nafsu.

Adakalanya, berblog perlu dikawal kerana tanpa kawalan, ianya berupaya melekakan dan melalaikan.

Saya tidak mahu memaksa Anda mempercayai kenyataan yang saya berikan di atas kerana Anda ada minda dan hati untuk menelaah kebenaran kenyataan yang saya beri.

Saya yang merasai, pastilah menilai kehendak hati. Saya tidak mahu nafsu menguasai diri. Biarlah berpada-pada menggunakan teknologi ini. Sebab itulah saya merehatkan diri daripada berblog beberapa minggu lamanya.

Saya juga perlu mengakui dan berterus terang dengan Anda bahawa sudah hampir lima bulan saya tidak melanggan jalurlebar (broadband) celcom kerana perlu menguruskan perbelanjaan keluarga dengan sebaiknya.

Maklumlah, anak pun sudah bertambah, maka keperluan harian juga harus ditambah. Bukanlah bermaksud jalur lebar itu tidak penting. Memang bukan!

Cuma sekarang ini, ada baiknya saya berjimat cermat. Maklumlah, pendapatan yang saya perolehi tidaklah seberapa. Cukup untuk keluarga. Heheheee...

InsyaAllah, ada rezeki lebih, saya akan melanggan semula jalur lebar dan membuat coretan lebih-lebih untuk Anda telaah dengan lebih kerap, ditambah, mudahlah pula untuk saya menjelajah ke blog kepunyaan Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Blog Pedoman Hidup saya adakan bukanlah bermatlamat memandai-mandai atau menunjuk-nunjuk kehebatan diri, lebih-lebih lagi menjadi takbur. Konon-kononnya membuatkan Anda bermotivasi dan terus berubah. Memang bukan itu sebenarnya matlamat blog ini.

Ketahuilah bahawa saya sama seperti Anda. Manusia biasa yang belum sempurna. Masih banyak yang perlu dilalui di dalam kehidupan ini seterusnya dipelajari.

Sebab itu, andai ada yang bermanafaat coretan saya di sini, ambillah tetapi andai sebaliknya, buangkan ia jauh sejauh jauhnya.

Blog Pedoman Hidup juga bukan bermatlamat untuk menjadi popular konon-konon untuk menjadi ikut-ikutan. Memang bukan itu yang saya matlamatkan!. Memang bukan!

Sama ada Anda berubah menjadi bermotivasi atau tidak selepas membaca kandungan blog Pedoman hidup, sebenarnya itu bukanlah kuasa blog ini ataupun lebih tepat lagi, kehebatan saya. Memang bukan!

Sama ada Anda berubah menjadi bermotivasi atau tidak, sebenarnya itu adalah kehendak daripada diri Anda sendiri.

Itupun andai Anda merasai dan mengetahuinya. Usahlah mengikut-ngikut membuta tuli apa yang saya perkatakan di sini kerana itu taklid namanya.

Astagfirullah! Moga-moga kita dijauhkan daripada perbuatan sebegitu rupa. Bertaklid.

Fikir dan renungi setiap perkara yang dilalui di dalam kehidupan ini, moga-moga ilham dari NYA tersimbah di minda seterusnya menjadi bekalan semasa melalui kehidupan duniawi ini.

Salam kasih buat Anda yang saya kasihi kerana DIA. (*__^)

"Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja. (Az-Zukhruf, 43: 23)






Baca selanjutnya, Klik di sini...

Isnin, Oktober 04, 2010

Doa buat Tun Dr. Mahathir


Pengisian ringkas ini khusus saya tujukan buat Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan doa semoga Tun segera sembuh, InsyaAllah.

Tun Dr. Mahathir kini sedang berada di Hospital Epworth, Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru. Sebelum ke Australia, Tun telah ke Kelantan menyertai majlis hari raya Perkasa dan sebelum itu ke Negeri China untuk melawat sebuah masyarakat Islam di pedalaman negara itu.

Gambar di atas dirakamkan pada 4 Oktober 2010, jam 11.00 pagi dan saya perolehi dari blog ini,
http://bigdogdotcom.wordpress.com
Baca selanjutnya, Klik di sini...