Khamis, Oktober 21, 2010

Kenyitan Mata Bernafsu -> (*__^)

Heheheee...
Izinkanlah saya melakarkan sekuntum sengihan untuk Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Kalau paparan begini -> (*___*) biasa saya buatkan untuk Anda, kini, saya ingin pula memberikan satu lagi paparan untuk Anda iaitu ini;

(^___*) -> Senyuman berserta kenyitan mata. Bukannnya bernafsu, OK!

Harap-harap Anda tidaklah pula tergoda...
Cukuplah godaan yang saya terima di dunia nyata. Risau juga kalau ditambah di dunia maya begini, silap-silap boleh tergugat keimanan yang saya ada. Heheheee...

Cehhh! Perasan sungguh naluri saya konon-kononnya membuatkan orang lain tergoda. Cisss!


Baiklah, sebenarnya saya memang biasa membuat tanda itu untuk tatapan adik-adik yang saya kasihi kerana DIA. Ianya saya lakukan sekadar bergurau-senda melalui tulisan.

Tak apalah, saya tinggalkan bab sengihan memaparkan kenyitan mata yang tidak bernafsu itu.

Ada baiknya saya memberitahu kepada Anda bahawa sudah terlalu lama saya berehat iaitu tidak mengisikan sebarang contengan di dalam blog Pedoman Hidup ini.

Sebenarnya, memang sengaja saya melakukan begitu kerana saya ingin mentarbiyah kehendak nafsu.

Adakalanya, berblog perlu dikawal kerana tanpa kawalan, ianya berupaya melekakan dan melalaikan.

Saya tidak mahu memaksa Anda mempercayai kenyataan yang saya berikan di atas kerana Anda ada minda dan hati untuk menelaah kebenaran kenyataan yang saya beri.

Saya yang merasai, pastilah menilai kehendak hati. Saya tidak mahu nafsu menguasai diri. Biarlah berpada-pada menggunakan teknologi ini. Sebab itulah saya merehatkan diri daripada berblog beberapa minggu lamanya.

Saya juga perlu mengakui dan berterus terang dengan Anda bahawa sudah hampir lima bulan saya tidak melanggan jalurlebar (broadband) celcom kerana perlu menguruskan perbelanjaan keluarga dengan sebaiknya.

Maklumlah, anak pun sudah bertambah, maka keperluan harian juga harus ditambah. Bukanlah bermaksud jalur lebar itu tidak penting. Memang bukan!

Cuma sekarang ini, ada baiknya saya berjimat cermat. Maklumlah, pendapatan yang saya perolehi tidaklah seberapa. Cukup untuk keluarga. Heheheee...

InsyaAllah, ada rezeki lebih, saya akan melanggan semula jalur lebar dan membuat coretan lebih-lebih untuk Anda telaah dengan lebih kerap, ditambah, mudahlah pula untuk saya menjelajah ke blog kepunyaan Anda. Anda yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Blog Pedoman Hidup saya adakan bukanlah bermatlamat memandai-mandai atau menunjuk-nunjuk kehebatan diri, lebih-lebih lagi menjadi takbur. Konon-kononnya membuatkan Anda bermotivasi dan terus berubah. Memang bukan itu sebenarnya matlamat blog ini.

Ketahuilah bahawa saya sama seperti Anda. Manusia biasa yang belum sempurna. Masih banyak yang perlu dilalui di dalam kehidupan ini seterusnya dipelajari.

Sebab itu, andai ada yang bermanafaat coretan saya di sini, ambillah tetapi andai sebaliknya, buangkan ia jauh sejauh jauhnya.

Blog Pedoman Hidup juga bukan bermatlamat untuk menjadi popular konon-konon untuk menjadi ikut-ikutan. Memang bukan itu yang saya matlamatkan!. Memang bukan!

Sama ada Anda berubah menjadi bermotivasi atau tidak selepas membaca kandungan blog Pedoman hidup, sebenarnya itu bukanlah kuasa blog ini ataupun lebih tepat lagi, kehebatan saya. Memang bukan!

Sama ada Anda berubah menjadi bermotivasi atau tidak, sebenarnya itu adalah kehendak daripada diri Anda sendiri.

Itupun andai Anda merasai dan mengetahuinya. Usahlah mengikut-ngikut membuta tuli apa yang saya perkatakan di sini kerana itu taklid namanya.

Astagfirullah! Moga-moga kita dijauhkan daripada perbuatan sebegitu rupa. Bertaklid.

Fikir dan renungi setiap perkara yang dilalui di dalam kehidupan ini, moga-moga ilham dari NYA tersimbah di minda seterusnya menjadi bekalan semasa melalui kehidupan duniawi ini.

Salam kasih buat Anda yang saya kasihi kerana DIA. (*__^)

"Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja. (Az-Zukhruf, 43: 23)





2 Komen:

ShueQry berkata...

saya juga sama, menulis artikel motivasi semata-mata untuk melihat ada orang berubah dek membaca artkel yang saya tulis, mempopularkan blog motivasi kendalian saya bukanlah untuk membina nama tapi untuk membina channeling yang lebih besar untuk artikel motivasi itu sampai kepada jutaan orang di ruang internet Malaysia. Its for human development, not for profit oriented.

Abgbent berkata...

Abg tahu itu, duhai adikku Shueqry yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.

Teruskanlah usahamu yang sebenarnya ada menyerlahkan sinar kesungguhan. Sesungguhnya, usaha cekal dan tabah akan tetap menerima ganjaran yang tidak dapat diimaginasi oleh minda.

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa."
(Al-Baqara, 2: 177)

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" (Al-Imran, 3: 142)

"Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar." (Al-Baqara, 2: 249)

Catat Ulasan