Jumaat, Ogos 07, 2009

Pulau Yakushima Penuh Makna ...bhg 4 (Tiga Struktur)

Terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat saudara-saudaraku yang sentiasa mengklik nuffnang di blog Pedoman Hidup ini. Ketahuilah bahawa saya amat berbesar hati di atas kesudian saudara melakukannya.

Sememangnya, saya juga tidak akan lupa mengklik nuffnang Anda. Walau sesibuk manapun kerja-kerja yang kena dilakukan pada setiap masa, pasti akan diusahakan agar nuffnang Anda dapat diklik oleh saya. Hanya offline internet sahaja yang bakal menghalang diri saya berusaha mengklik nuffnang Anda.

Sekiranya Anda telah mengklik nuffnang di blog Pedoman Hidup ini, usah terlupa meninggalkan jejak agar mudahlah saya membalas usaha itu nanti.

Terlanjur sudah bercerita di waktu ini dengan Anda, izinkanlah saya berkongsi berkenaan tiga struktur yang sempat disnap semasa berada di Pulau Yakushima.

Tiga sturktur yang saya maksudkan ialah Tandas di dalam hutan belantara Yakushima, Pondok telefon berharga jutaan yen dan tidak ketinggalan struktur Sembahan untuk memohon sesuatu.

Gambar di sebelah menunjukkan Tandas yang digunakan semasa meninjau hutan asli di dalam Pulau Yakushima. Menurut Pemandu Pelancung yang bersama-sama ketika itu, tidak dibenarkan sesiapa membuang hajat di mana-mana bagi memelihara keaslian hutannya dan menghindarkan pelbagai pencemaran di sekitarnya.

Perlu juga saya beritahu bahawa selepas menunaikan hajat di dalamnya, beg plastik berisi bahan buangan hendaklah diikat dengan sebaiknya dan dibawa bersama-sama di sepanjang perjalanan nanti.


Hanya selepas keluar dari hutan barulah bahan buangan di dalam beg plastik itu diasingkan dari diri sendiri.

Atap tandas itu diperbuat daripada bahan lutsinar. Sebab itu perlu berhati-hati semasa menunaikan hajat di dalamnya. Manalah tahu ada sesiapa yang memanjat pokok di sebelah dan memerhatikan gelagat Anda semasa di dalamnya. Heheheeee, Saya cuma bergurau sahaja, ok.





Objek kedua yang saya ingin tunjukkan ialah Pondok telefon yang mahal harganya. Saya diberitahu bahawa ianya berharga dua ratus ribu juta yen. Menggeleng-geleng kepala saya mendengar betapa mahal harganya pondok telefon itu.

Memang ianya dihasilkan daripada sebatang kayu jati asli yang terdapat di hutan Yakushima dan telah berusia ribuan tahun. Sebab itulah begitu mahal harganya.




Dan struktur ketiga yang saya ingin tunjukkan kepada Anda ialah sebuah tempat sembahan dahulu kala yang telah digunakan oleh sebahagian masyarakat di Pulau Yakushima. Struktur ini terdapat di dalam Cultural Village Center yang pernah saya nyatakan sebelum ini kepada Anda.

Itu sahajalah yang dapat dikongsi dengan Anda untuk hari ini. InsyaAllah, di lain ketika akan disambung lagi untuk Anda yang saya kasihi kerana DIA.

4 Komen:

Cik Amy Sensei berkata...

salam abg bent...

waaahhh...dalam hutan pun leh ada pondok telefon yang cantik erk...

shinigamiheromi23 berkata...

assalamualaikom abg bent...selamat petang...


Dua ratus ribu juta yen tu kalau duit ringgit malaysia berapa erk...

Abgbent berkata...

Buat adikku CikAmy yang Ayu, gambar sebelah tandas itu bukanlah abg, tapi pemandu pelancung yang menunjukkan kepada kami semua yang istimewa yang terdapat di dalam hutan belantara Yakushima.

Buat adikku Shini, kalau sekarang, tak silap abg RM 1 menyamai Yen 26 atau 27.

So, cuba adik kira berapa jumlahanya. :)

iza berkata...

Pulau Yakushima tu di mana? Dekat dgn Tokyo ke...Orang Jepun ni memang kreatif, berdisiplin dan pandai menghargai alam sekitar. Suka ikuti blog Abg Bent. Tiap2 hari tertunggu2 cerita terbaru.Okay oya sumi nasai.

Catat Ulasan