Rabu, Julai 21, 2010

Law of Attraction, Sains dan Agama

Kini, saya lanjutkan kisah mengenai Law of Attraction untuk dikongsi bersama-sama dengan Anda. Ada orang beranggapan bahawa Hukum Penarikan berkuasa membantu untuk menggapai segala cita-cita. Lebih-lebih lagi hasrat untuk memperolehi kekayaan.

Memang ramai orang ingin menjadi kaya raya, kerana dari kekayaan itu akan memunculkan Kekuasaan. Kuasa untuk menarik segala material yang ada di dunia nyata.

Tetapi, ramai juga yang tidak sedar bahawa kekayaan itu bukan sahaja memunculkan kekuasaan, bahkan lain-lain perkara juga akan ditariknya bersama-sama, termasuklah segala dosa, noda dan tidak kurang juga pahala kebaikan.

Pada akhirnya, kekuasaan yang ditarik oleh kekayaan akan berkesudahan pada kematian. Kematian dalam istilah sains biologi dikenali Proses Pereputan. Manakala istilah agama menamakannya Kehidupan Alam Barzakh atau Alam Kubur.

Oopppsss... apa hal pula tiba-tiba saya mencampur adukkan tazkirah di paparan blog Pedoman Hidup hari ini ?. Adakah NUKLEUS saya sudah memancarkan cas positif untuk menarik-narik Elektron yang ada di sekeliling? (*___*)

Sebenarnya sekarang ini saya ingin berkongsi mengenai asas ilmu sains dan kaitannya dengan agama. Moga-moga dapatlah ianya difahami kelak menyerlahkan sedikit pancaran cahaya mengenai Law of Attraction, untuk memotivasikan diri sendiri.

Kalau di dalam pemahaman sains, Kuasa Penarikan digambarkan bermula dengan teori material yang sangat-sangat kecil iaitu dikenali Elemen atau Unsur. Ilmu sains mengenalinya sebagai ATOM.

Dahulu kala, pemahaman manusia mengenai bahan yang ada di dunia menjurus pada empat unsur asas iaitu dikenali Tanah, Api, Air dan Udara. Bahkan ada juga yang mengkategorikannya menjadi lima iaitu termasuk Besi. Sehingga kini, masih ada yang beranggapan asas unsur-unsur di dunia adalah begitu. Air, Api, Besi, Udara dan Tanah.


Namun, saya lebih tertarik menggunakan teori unsur yang dikenali Atom. Atom adalah unsur yang paling terkecil untuk material dan tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Mikroskop berkuasa tinggi yang terkini pun masih belum berupaya menelitinya. Gambaran Atom yang ada ketika ini adalah dihasilkan oleh Saintis dengan menggunakan kuasa minda separa sedar.

Minda separa sedar manusia digunakan untuk mengambarkan Teori Atom supaya penjelasan mengenainya lebih mudah dan dapat diterima oleh sesetengah manusia yang tidak berupaya menggunakan dengan sempurna Akal Separa Sedar mereka.

Gambaran Atom adalah seperti yang ditunjukkan pada foto di bawah. Dinyatakan bahawa setiap Atom mempunyai NUKLEUS dan ELEKTRON. Nukleus pula terbentuk hasil daripada gabungan PROTON dan NEUTRON.

 


Dinyatakan juga bahawa Proton bercas positif dan Elektron bercas negatif. Neutron pula tidak mempunyai sebarang cas, iaitu Neutral.

Lalu, apa kaitan Teori Atom dengan Law of Attraction merujuk Agama?
Sememangnya Hukum Penarikan bermula dari penjelasan Atom iaitu Proton akan menarik Elektron untuk membentuk identiti Atom.

Identiti Atom adalah bersandarkan kandungan Proton, Elektron dan Neutron pada sesuatu Atom.

Sengaja saya menyatakan asas ilmu sains ini kepada Anda kerana saya beranggapan tubuh badan manusia bersandarkan Agama, juga ada tafsirannya. Minda separa sedar saya melakarkan paparannya seperti berikut;

Nukleus adalah bersamaan Akal manusia dan Elektron pula merujuk Keimanan yang ada pada manusia. Lalu, Proton dan Neutron adalah gambaran mengenai Hati yang dimiliki. Kesemuanya akan menyerlahkan identiti Atom iaitu Akhlak yang menyelubungi diri manusia.

Nukleus = Akal
Elektron = e-man (Keimanan)
Proton & Neutron = Hati Sanubari
Atom = Akhlak


Pertanyaan lanjut kepada Anda yang saya kasihi kerana DIA ialah, bagaimanakah keadaan Akal yang dipunyai? Mungkinkah bercas Positif (Proton) atau barangkali tidak ada sebarang cas (Neutron) untuk menarik Elektron (e-man) agar paparan Hati Sanubari kelak menyerlahkan identiti Akhlak (Atom) yang dimiliki.

Ketahuilah bahawa gambaran diri kita adalah bersandarkan keupayaan Akal yang ada, Keimanan yang melengkapi Hati Sanubari, agar identiti diri, Akhlak (Atom) berupaya melakukan Law of Attraction di dunia nyata melalui bantuan Ilahi.

Ilahi adalah Tuhan Maha Pencipta yang memiliki segala-gala keajaiban duniawi yang melangkaui Law of Attraction dan juga Law of Rejection. DIA, Tuhan Maha Berkuasa di atas segala-galanya, Tuhan Maha ESA, Allah SWT.

"Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;” [Surah At-Tagabun 64: 4]


Akan saya sambung penjelasan selanjutnya...






2 Komen:

Afzainizam berkata...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/


Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

camilyn berkata...

Hi,

You have a very good weblog. Most people don't fully grasp what mind power can do to one's achievements Begin directing the amazing power of your mind and subconscious mind to generate the existence you desire with our Mind Power training program. Get the Cost-free Mp3, E-Course and CD today and begin directing the power of your respective mind and subconscious mind to generate the living you would like - in 7-simple actions.

Catat Ulasan